The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENITI IMPIAN ( LATAR, NILAI DAN PENGAJARAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00411717, 2021-10-10 00:38:19

MENITI IMPIAN (LATAR, NILAI & PENGAJARAN)

MENITI IMPIAN ( LATAR, NILAI DAN PENGAJARAN)

NOVEL MENITI
IMPIAN

LATAR
NILAI
PENGAJARAN

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU NUR AMALINA BT MAT
NAWI
TARIKH: 11 OKTOBER 2021

LATAR MASA

Lima Tahun
– Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot berupa bangsal di sebelah
rumahnya sejak lima tahun yang lalu kerana berminat dengan kerja-
kerja pertukangan.

Setahun
– Zahar telah bekerja sejak setahun yang lalu di bengkel pak ciknya, Pak
Yusuf.

Tiga Tahun
– Sejak tiga tahun yang lalu selepas berhenti sekolah, Zahar sentiasa
berusaha memohon pelbagai jawatan tetapi tidak berjaya.

Waktu pagi
– Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak
Usin pada awal pagi

2.30 petang
– Lima mini sebelum 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya
dikehendaki berkumpul di padang pada minggu suai kenal.

Waktu malam
– Norimi dan Zahar telah mendeklemasikan sajak hasil ciptaan mereka
sendiri pada malam pentup minggu suai kenal di IKM Sungai Petani.

Awal bulan
– Semua pelatih IKM termasuk Zahar akan menerima wang imbuhan
sebanyak RM200.00 pada setiap bulan.

Dua minggu

– Pasukan bola sepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani
dua minggu selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka.

Enam bulan
– Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani
selama enam bulan.

– Zahar dan rakan- rakannya perlu menjalani latihan dalam loji selama
enam bulan. Zahar diterima menjalani latihan di Kilang Perabot Usaha
Bersatu di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat pekebun
– Selain menerima tempahan perabot di bengkelnya, Pak Yusuf juga
sering pergi membersihkan kebunnya.

– Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah bagi menampung
keperluan keluarganya.

Masyarakat pelajar
– Pelatih-pelatih di IKM termasuk Zahar,Ramli dan Norimi belajar
bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas.

Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain
– Zahar sedar bahawa cerita akan timbul jika dia dan Suhaili menaiki
bas atau teksi bersama-sama kerana sikap masyarakat suka bercerita
dan menokok tambah cerita.

Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain
– Suhaili selalu memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki
IKM sebagai pelatih berbanding dirinya berkelulusan ITM.

Masyarakat yang rajin bekerja
– Zahar dan Razaki bekerja dengan rajin di kilang perabot Usaha
Bersatu walaupun dia menjalani latihan loji sahaja.

Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat
– Zahar berusaha untuk mencapai cita-citanya sebagai usahawan
perabot terutama setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka
di Alor Setar.

Masyarakat yang bergotong-royong
– Penduduk kampung bergotong royong mendirikan bengkel perabot
milik Zahar di sudut kanan halaman rumahnya.

Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
– Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6, Zahar memohon untuk
memasuki IKM untuk menambah ilmu pengetahuan.

Masyarakat yang ambil berat
– Pak Yusuf mengambil berat tentang anak saudaranya dengan
menyewa teksi dan menghantar Zahar mendaftar di IKM.

LATAR TEMPAT

Bengkel Pak Yusuf
– Sejak setahun yang lalu, Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf bagi
membantu pendapatan keluarganya.

– Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf
menyiapkan tempahan perabot daripada penduduk kampung dan jiran-
jirannya.

Bengkel Pertukangan Perabot
– Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di dalam
bengkel Pertukangan Perabot. Mereka diberi masa 15 jam untuk
menyiapkan rak buku.

Padang
– Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang bola
kerana mereka kekurangan pemain.

Rumah Ketua Kampung
– Pada hari satu kepulangan Zahar ke kampung,ada kenduri di rumah
ketua kampung Pak Karim.

Stesen Bas MARA
– Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu
dengan Suhaili.

Kompleks City Point, Alor Setar
– Zahar dan Suhaili makan di Restoran Kentucky Fried Chicken di
Kompleks City Point, Alor Setar.

IKM Sungai Petani
– Zahar dan Norimi bertemu pertama kali semasa mereka mendaftar di
IKM Sungai Petani. Zahar mengikuti kursus Pertukangan Perabot
manakala Norimi mengikuti kursus Lukisan Seni Bina.

Kampung Carok Petitih, Sik
– Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih menuju ke
IKM Sungai Petani menaiki teksi Pak Usin.

NILAI

(a) Kerajinan.
Contohnya, Pak Yusuf rajin mengusahakan bengkel perabotnya
walaupun usianya telah mencecah 60-an.

(b) Kerjasama.
Contohnya, rakan-rakan Zahar bekerjasama membina bengkel perabot
Meniti Impian.

(c) Ketabahan.
Contohnya, Zahar tabah meneruskan cita-citanya walaupun hidupnya
dihimpit kemiskinan.

(d) Kesetiaan.
Contohnya, Zahar tetap setia kepada Norimi, walaupun Suhaili cuba
berbaik-baik dengannya semula.

(e) Kesyukuran.
Mak Kiah bersyukur kerana Zahar berjaya mencapai impiannya untuk
belajar di IKM.

(f) Hormat-menghormati.
Contohnya, pelatih junior menghormati pelatih senior walaupun mereka
telah ditegur secara keras sewaktu minggu orientasi.

(g) Mengenang budi.
Contohnya, Zahar mengenang budi Pak Yusuf yang telah banyak
membantunya selama ini.

(h) Kesabaran.
Contohnya, Zahar bersabar apabila dihina oleh Suhaili.

(i) Jimat cermat.
Contohnya, Zahar berjimat cermat dalam menggunakan wang elaun
berjumlah RM200.00 yang diterimanya pada setiap bulan.

PENGAJARAN

(a) Kita tidak seharusnya menghina orang yang lebih rendah daripada
kita.
Contohnya, Suhaili menghina Zahar sewaktu Zahar memberitahu Suhaili
tentang niatnya untuk menyambung pelajaran di IKM. Suhaili
menyatakan bahawa, belajar di IKM tidak ada masa depan berbanding
belajar di ITM.

(b) Kita hendaklah berjimat cermat dan tidak boros berbelanja.
Contohnya Zahar berjimat cermat menggunakan wang elaun yang
diterimanya setiap bulan kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya
di kampung.

(c) Kita hendaklah setia dalam perhubungan.
Contohnya, Zahar setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba berbaik-
baik dengannya semula.

(d) Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita. Contohnya,
Zahar gigih berusaha untuk membuka bengkel perabot di kampungnya.
Akhirnya Zahar berjaya membina bengkel perabotnya sendiri yang
diberi nama Meniti Impian.


Click to View FlipBook Version