DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU NUR AMALINA MAT NAWI
Tema
Semangat dan kesungguhan pelatih IKM dalam usaha untuk mencapai
kejayaan.
Persoalan
(a) Kasih sayang dalam keluarga.
(b) Cinta dalam kalangan remaja.
(c) Rela berkorban demi keluarga.
(d) Ketabahan dalam menghadapi kesusahan hidup.
(e) Kemiskinan penduduk kampung yang tinggal di kawasan
pedalaman.
(f) Hubungan yang mesra antara kaum.
(g) Kepentingan pelajaran dalam kehidupan.
(h) Sikap rajin membawa kejayaan.
Watak dan Perwatakan
Zahar
(a) Anak sulung kepada Mak Kiah.
(b) Mempunyai dua orang adik lelaki, iaitu Halim dan Zakri.
(c) Ayahnya telah meninggal dunia.
(d) Seorang yang gigih dan rajin.
(e) Bercita-cita tinggi.
(f) Tidak mudah berputus asa.
(g) Bertanggungjawab.
(h) Penyayang.
(i) Setia.
(j) Taat akan perintah agama
(k) Beradab dan berbudi pekerti mulia.
(l) Seorang yang berprinsip.
Pak Yusuf
(a) Bapa saudara Zahar, adik kepada emak Zahar, Mak Kiah.
(b) Mempunyai isteri bernama Mak Temah dan dua orang anak yang
masih menuntut di universiti.
(c) Memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot.
(d) Seorang yang lemah lembut dan bertimbang rasa.
(e) Berumur dalam lingkungan 60-an dan masih kuat bekerja.
(f) Seorang yang prihatin.
(g) Baik hati.
(h) Pemurah.
Mak Kiah
(a) Emak kepada Zahar.
(b) Sudah kematian suami.
(c) Mempunyai tiga orang anak, iaitu Zahar, Halim, dan Zakri.
(d) Sudah tua dan sering sakit.
(e) Mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang.
(f) Seorang yang penyayang.
(g) Mementingkan pelajaran anak-anaknya.
Mak Temah
(a) Isteri kepada Pak Yusuf.
(b) Badannya agak berisi.
(c) Rajin memasak.
(d) Patuh kepada suami.
(e) Sentiasa memberi dorongan kepada Zahar untuk berjaya.
Suhaili
(a) Bekas teman sekelas Zahar.
(b) Anak kepada Pak Karim, Ketua Kampung Caruk Petitih.
(c) Bekas pelajar di ITM.
(d) Pernah bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya dan kemudian
menjadi Penolong Ketua Unit Pemasaran di kilang perabot di
Kamunting, Perak.
(e) Merupakan seorang yang cantik, pendiam, tetapi mesra dengan
orang yang mengenalinya.
(f) Pernah menjadi buah hati Zahar.
(g) Ego.
(h) Mementingkan pelajaran.
(i) Sedar akan kesalahannya.
Norimi
(a) Berasal dari Johor.
(b) Sama-sama menyertai kursus di IKM bersama Zahar.
(c) Seorang yang lemah lembut, cantik, dan menarik.
(d) Mengambil jurusan seni bina di IKM.
(e) Menjalin hubungan yang istimewa dengan Zahar.
(f) Berbudi pekerti mulia.
(g) Seorang yang rajin dan cemerlang dalam peperiksaan
sewaktu di IKM