The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA DAN LATIHAN SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI & PADA SEKUNTUM MAWAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00411717, 2021-09-29 12:03:12

NOTA DAN LATIHAN SAJAK KUCARI DAMAI DISINI & PADA SEKUNTUM MAWAR

NOTA DAN LATIHAN SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI & PADA SEKUNTUM MAWAR

PUISI MODEN

Sajak Kucari Damai Di

Sini

&

PADA SEKUNTUM MAWAR

(A. HAMID JEMAIN)

TINGKATAN 2

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU NUR AMALINA BINTI MAT NAWI

KU CARI DAMAI DI SINI

(A. HAMID JEMAIN)

SAJAK DAN MAKSUD SAJAK

Kucari damai di sini Rangkap 1:

di tanah subur makmur dan merdeka Penyajak menyatakan bahawa dia mencari
yang menyilau dan merdeka antara realiti kedamaian di negaranya makmur dan
dan mimpi merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap
membebat perasaan kehidupan berada antara kenyataan dengan impian. Hal
dengan sejarah persaudaraan ini demikian kerana wujudnya perasaan
mengikat naluri kemanusiaan. tidak puas hati antara rakyat. Namun
demikian, penyajak menyatakan bahawa
perasaan negative itu perlu diubati dengan
bersangka baik iaitu dengan menjadikan
sejarah persaudaraan sebagai dasar untuk
membina rasa kemanusiaan.

Kucari damai di sini Rangkap 2:

cinta dan jati diri Penyajak menyatakan bahawa kedamain
bersemarak di laman sukma juga dicari dengan rasa kasih sayang dan
dengan kasih sayang dengan kepribadian mulia rakyat Malaysia.
bersemadi di naluri. Perasaan kasih mengasihi perlu dididik
dalam diri manusia.

Di sini damainya badai Rangkap 3:

moga gemilang sepanjang zaman Penyajak menyatakan bahawa walaupun
menjadi catatan sejarah kebanggaan negara kita mempunyai masalah, kita masih
untuk generasi masa depan. boleh berdamai dan hidup dengan aman.
Penyajak berharap agar kemerdekaan yang
dicapai berkekelan. Segala masalah perlu
diselesaikan dengan bijaksana supaya
kejayaan tercipta menjadi kebanggaan
generasi akan datang.

antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2,

1.0 Tema sajak:
Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
Contoh:

Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai kerana wujudnya kasih sayang
yang ikhlas dan tulen. Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut masih
dapat diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan rakyat hinggalah ke generasi yang akan
datang.
2.0 Persoalan:
1. Persoalan kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan
sendirinya.
2. Persoalan negara kita ialah negara aman yang aman dan makmur
3. Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
4. Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
5. Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
3.0 Bentuk:
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya,:
• rangkap 1: enam baris;
• rangkap 2: lima baris;
• rangkap 3: empat baris;
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata.
Contohnya, dengan sejarah persaudaraan
4. Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan belas suku kata.
Contohnya, dengan kasih sayang

yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
5. Sajak ini berbentuk bebas.
6. Nada patriotik.
4. 0 Unsur bunyi:

1. Asonansi.
Contohnya, • bersemarak di laman sukma (perulangan vokal a);

2. Aliterasi.
Contohnya, • mengikat naluri kemanusiaan. (perulangan konsonan n);

5.0 Gaya Bahasa Contoh
Gaya Bahasa membebat perasaan kehidupan
Hiperbola tanah
Penggunaan unsur alam. Kucari damai di sini
Repetisi.
Pengajaran
6.0 Nilai dan Pengajaran Kita hendaklah berusaha untuk medapatkan
dan mengekalkan kedamaian.
Nilai Kita hendaklah mencintai negara yang
Nilai kedamaian merdeka ini.
Kita mestilah saling hormat-menghormati dan
Nilai patriotisme berkasih sayang antara satu sama lain.

Nilai hormat-menghormati

Sajak Pada Sekuntum Mawar

karya Mahwa Mohamed

SAJAK & MAKSUD SAJAK

Rangkap 1:

Sehelai kelopakmu gugur Maksud Sajak Penyajak mengumpamakan
adalah titis air mata bonda bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah
yang luruh dalam lipatan usia. seorang gadis tercemar, maka ibunya akan
berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.

Merenung pada malam yang kematian angin Rangkap 2:

pada laut yang kematian ombak Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka
seperti telah menutup ibu akan merasakan bahawa segala-galanya
pintu kehidupan ini telah musnah. Dia merasakan bahawa
menjadi sepi dan lara hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta. juga merasakan bahawa segala-galanya telah
musnah dan tidak ada lagi jalan untuk
memperbaiki keadaan tersebut.

Rangkap 3 :

Sekuntum mawar Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak
bukan melontar harum indahmu akan membiarkan diri mereka tercemar dalam
di hujung lembah menghadapi kehidupan yang serba mencabar
tapi mengangkat seri mahkotamu ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya
menjadi gadis yang beriman dan dihormati
masyarakat.

ke puncak iman.

Antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2,

1.0 Tema sajak:
Anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat mereka sebagai seorang gadis. Jika
seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama
keluarganya turut tercemar.

2.0 Persoalan:
1. Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
2. Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan bahawa hidupnya sudah tidak
bermakna lagi.
3. Kehilangan maruah seorang gadis merupakan suatu kemusnahan yang tidak sanggup
diterima oleh seseorang ibu.
4. Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh,
iaitu sebagai gadis yang beriman.

3.0 Bentuk:
(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya, • rangkap 1: tiga baris;

• rangkap 2: enam baris;
• rangkap 3: lima baris.
(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata.
Contohnya, Sekuntum mawar (2 patah kata) Merenung pada malam yang kematian angin (6
patah kata)
(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat belas suk kata.
Contohnya, di hujung lembah (5 suku kata)
(e) Sajak ini berbentuk bebas.

4. 0 Unsur bunyi
Asonansi.
Contohnya, • adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a);

Aliterasi.
Contohnya, • seperti telah menutup. (perulangan konsonan t);

5.0 Gaya Bahasa Contoh
Gaya Bahasa pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.
Sinkope malam; angin; laut;
Penggunaan unsur alam. seperti telah menutup.
Simile
Pengajaran
6.0 Nilai dan Pengajaran Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu
Nilai tidak menderita.
Nilai kasih sayang Kita hendaklah menjaga diri agar tidak
menghadapi kemusnahan dalam kehidupan.
Nilai berwaspada. .
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada
Nilai kesedaran. terlibat dalam masalah sosial.

➢ LATIHAN RUJUK SOALAN DI DALAM BUKU DI BAWAH INI DAN JAWAB
DI DALAM BUKU TERSEBUT (BAGI PELAJAR YANG SUDAH
MEMBELINYA).

➢ BAGI MURID YANG TIADA BUKU INI, MURID PERLU MEMBACA SOALAN
YANG DIBERIKAN, KEMUDIAN TULIS JAWAPAN YANG BETUL SAHAJA
DALAM BUKU LATIHAN KOMSAS ATAU PRINT.

➢ KEMUDIAN SNAP GAMBAR DAN HANTAR KEPADA CIKGU.

➢ CONTOH CARA MENULIS:

SAJAK AKU:
1. A Penyajak mengakui kewujudan Tuhan.
2. _______________________________




Click to View FlipBook Version