The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00411717, 2021-09-28 10:29:34

SAJAK KUNCI BAHASA

SAJAK KUNCI BAHASA

SAJAK

KUNCI BAHASA

TINGKATAN 1

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU NUR AMALINA BINTI MAT NAWI

SAJAK

MAKSUD

Rangkap 1

Bahasa yang bermaruah tidak akan diucapkan oleh
lidah dengan bahasa yang tidak sopan.

Rangkap 2

Bahasa berbuah itu ialah ucapan yang baik boleh
digunakan berkali-kali.

Rangkap 3

Bahasa bersejarah ialah bahasa dalam
perbincangan dan perbahasan secara
berkesan.

MAKSUD

Rangkap 4

Bahasa berwasilah ialah bahasa yang digunakan
bagi mengeratkan perhubungan dan persahabatan.

Rangkap 5

Bahasa berbudi merupakan bahasa yang sudah
menjadi lumrah digunakan oleh masyarakat untuk
urusan harian.

Rangkap 6

Bahasa begitu indah dan tidak habis
walaupun digunakan pada setiap hari.

TEMA

Bahasa dan kepentingannya
dalam kehidupan manusia.

PERSOALAN

❑Bahasa hendaklah digunakan dengan betul.

❑Sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa juga
mencetuskan perbahasan.

❑Bahasa boleh digunakan untuk memperkukuh
silaturahim.

❑Bahasa yang berbudi sudah menjadi amalan dan
budaya dalam masyarakat.

❑Bahasa begitu indah kerana manusia tidak boleh
dipisahkan daripada bahasa.

Bentuk dan Ciri-ciri
Sajak

❖Berbentuk terikat.

❖Terdiri daripada enam rangkap.

❖Setiap rangkap mempunyai dua baris.

❖Bilangan katanya dua hingga empat patah kata sebaris.

❖Terdiri daripada enam hingga sebelas suku kata
sebaris.

❖Rima akhir setiap rangkap ialah aa.

NILAI

❑Berhati-hati.
❑Kebijaksanaan.

❑Perpaduan.
❑Berbudi bahasa.
❑Menghargai bahasa

PENGAJARAN

❑Kita hendaklah berhati-hati dalam berkomunikasi.

❑Kita harus bijak menggunakan bahasa.

❑Kita harus memperkukuh perpaduan menerusi wahana
bahasa.

❑Masyarakat hendaklah menggunakan bahasa yang
sopan.

❑Pengguna bahasa harus menghargai
bahasa


Click to View FlipBook Version