Memperkasakan Pendidikan, Melestarikan Kemenjadian Murid
S’KeLaWiT “Gemilang Terbilang 2023”
Hari/ Tarikh:
Isnin/ 21 Mac 2022
Masa:
6.30 Pagi
Tempat: Pagar Utama
Program Guru Penyayang, Unit Bimbingan dan Kaunseling
Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan
agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan
atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas
kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru
Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat
kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa
murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga,
dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap
masa. Penyayang membawa maksud perbuatan atau
perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas
kasihan serta menghormati orang lain.
Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang
yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap
perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child
matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Berikut merupakan objektif Program Guru
Penyayang:
Menanamkan sifat penyayang dalam diri
seorang guru.
Menggalakkan kehadiran murid ke sekolah.
Menyedari bahawa setiap murid adalah aset
kepada sekolah.
Menghargai sumbangan murid, ibu bapa,
komuniti / masyarakat kepada sekolah.
Guru mengalu-alukan ketibaan murid di pintu pagar
sekolah:
pada setiap sesi persekolahan baharu.
semasa murid datang ke sekolah / pulang dari sekolah.
Kaedah:
i. Menyambut kedatangan murid;
Penampilan guru yang kemas dan ceria.
Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati
murid.
Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid
ii. Membuat sapaan;
Memberi salam dan menyambut salam semasa datang
sekolah.
Mengambil suhu badan dan mencatat .
Lambaian pulang.
Bertanya khabar.
iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara
berhemah;
Contoh (SOP Covid-19)
Menunjuk cara yang betul cara menghormati.
Membasuh tangan dengan cara yang betul .
PENASIHAT
Encik Janudin bin Ab Rahman
Guru Besar SK Kelawit
PENGERUSI
Encik Rudy Anak Chuat
GPK Hal Ehwal Murid
NAIB PENGERUSI
Puan Wati binti Pini
GPK Pentadbiran & Kurikulum
Encik Endang Anak Sambang
GPK Kokurikulum
PENYELARAS
Cik Umi Sakina binti Mazelan
Guru Bimbingan & Kaunseling
AJK
SEMUA GURU
Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling SK
Kelawit ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan “Program Guru Penyayang” buat kali
ini. Segala kerjasama dan sokongan padu daripada
semua pihak khususnya kepada guru-guru SK
Kelawit adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.