The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOP Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah 2022 (18Apr22)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by laporanpergigian, 2022-04-19 20:36:06

SOP Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah 2022 (18Apr22)

SOP Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah 2022 (18Apr22)

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

BAGI PELAKSANAAN
PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN SEKOLAH

DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN

TAHUN 2022

Bahagian Kesihatan Pergigian
Jabatan Kesihatan Negeri
Negeri Sembilan

ISI KANDUNGAN

1. TUJUAN 2

2. PENGENALAN 3

3. PENGURUSAN DAN PERANCANGAN 4

3.1. Tanggungjawab di Peringkat Daerah / Klinik 4

3.2. Pemilihan Sekolah 4

4. PELAKSANAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN BAGI

PELAJAR DI SEKOLAH 4

4.1. Persediaan Am oleh Pihak Sekolah 4

4.2. Pengendalian Umum Pelajar di Sekolah 5

4.3. Saringan Kesihatan 5

4.4. Kesiapsagaan Fasiliti 6

4.4.1. Laluan Pelajar 6

4.4.2. Ruang Menunggu 6

4.4.3. Bilik Rawatan Pergigian 6

4.5. Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di Sekolah (Klinikal) 6

4.6. Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di Sekolah (Promosi) 7

4.7. Pemakaian Alat Pelindung Diri / Personal Protective Equipment (PPE) 8

4.8. Contact Precautions 8

5. PELAKSANAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN BAGI

SEKOLAH YANG TIDAK MEMBERI KEBENARAN UNTUK RAWATAN PERGIGIAN 9

5.1. Tindakan oleh Pihak Sekolah 9
6. KESIMPULAN 9

7. RUJUKAN 10

1

1. TUJUAN

Dokumen ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai di :
i. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir
serta guru di sekolah yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan pergigian
sekolah, dan
ii. Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Pegawai
Pergigian Daerah dan semua kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian sekolah

dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit
COVID-19 di sekolah-sekolah di Negeri Sembilan.

Dokumen ini hendaklah dibaca bersama dengan:-
i. Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah
Kesihatan menurut Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit (Langkah Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)
(Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022 [ P.U.(A) 83/2022 ],
yang berkuatkuasa pada 1 April 2022.
ii. Garis Panduan Pengurusan Wabak COVID-19 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
(boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Program Kesihatan Pergigian KKM
www.ohd.gov.my),
iii. Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No. 5/2020 (versi terkini boleh
dimuat turun dari laman sesawang rasmi COVID-19 Malaysia http://covid-
19.moh.gov.my),
iv. Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah 2021 (untuk anggota
pergigian) DAN

sebarang pengemaskinian ataupun versi terkini yang menggantikan dokumen-dokumen di
atas.

Dokumen ini adalah terpakai kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk
Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan dalam dokumen induk ini perlu dirujuk bagi
penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian di semua sekolah di Negeri Sembilan.
Sebarang tambahan atau perubahan maklumat akan dijadikan tambahan (annex) kepada
dokumen ini.

2

2. PENGENALAN

COVID-19 adalah penyakit baru yang disebabkan oleh jangkitan virus baharu yang dikenali
sebagai Systemic Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) atau
lebih dikenali sebagai virus COVID-192. Virus ini adalah virus ke-7 dalam senarai coronavirus
(WHO 2020) yang boleh menjangkiti manusia dan genetik virus ini berkait rapat dengan
coronavirus yang menyebabkan wabak SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) pada
tahun 2003 (Zhou P. et. al 2020). Virus ini merebak dengan begitu cepat menyebabkan kadar
penularan meningkat secara mendadak.

Kaedah utama penyebaran jangkitan virus COVID-19 biasanya adalah melalui titisan
pernafasan dan sentuhan dengan individu positif COVID-192,5,7,8 dalam bentuk air liur, batuk
dan bersin. Bukti terkini menunjukkan penyebaran jangkitan kebanyakannya berlaku melalui
kontak rapat dengan individu yang mempunyai tanda dan gejala. Walau bagaimanapun
penyebaran juga boleh berlaku antara individu yang telah dijangkiti namun tidak mempunyai
gejala dan masih belum disahkan positif COVID-19. Keadaan ini berlaku memandangkan 80%
individu yang dijangkiti dengan COVID-19 akan mengalami gejala yang ringan dan sederhana
(WHO, 2020).

Kebanyakan prosedur rutin pergigian melibatkan rawatan Aerosol Generating Procedure
(AGP) yang menghasilkan titisan air dan aerosol bercampur dengan air liur dan darah yang
boleh mengandungi virus (Peng at. al, 2020). Keadaan ini berlaku akibat daripada
penggunaan peralatan seperti ultrasonic scalers, air water syringes dan hanpis berkelajuan
tinggi (Ather et. al, 2020). Bukti saintifik juga menunjukkan terdapat kehadiran virus COVID-
19 dalam air liur individu yang disahkan positif COVID-19 (Kai-Wang To, 2020). Penemuan
ini menunjukkan rawatan pergigian yang melibatkan AGP dan penghasilan aerosol yang
bercampur dengan air liur dan darah berpotensi untuk penularan jangkitan COVID-19 (Meng,
Hua & Bian, 2020). Jarak kedudukan antara pengamal pergigian dan pesakit yang dekat
(kurang daripada 1 meter) semasa menjalankan rawatan juga akan meningkatkan lagi risiko
jangkitan. Namun begitu, bukti secara pemerhatian menunjukkan jangkitan nosokomial tidak
berlaku apabila anggota kesihatan mengamalkan pemakaian PPE yang bersesuaian semasa
terdedah kepada pesakit COVID-19 (NHS, 2020).

Setelah hampir dua tahun wabak COVID-19 diisytiharkan sebagai pandemik oleh WHO,
Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan telah turut bersedia dengan kebiasaan
baharu dalam penyampaian perkhidmatan. Kepatuhan kepada amalan kawalan jangkitan
silang dan pemakaian PPE dalam rutin harian penyampaian perkhidmatan pergigian amat

3

penting bagi menyekat penularan jangkitan COVID-19 semasa menjalankan rawatan
pergigian sama ada melibatkan AGP atau tidak.

3. PENGURUSAN DAN PERANCANGAN

3.1. Tanggungjawab di Peringkat Daerah / Klinik
i. Pegawai Pergigian Daerah (PPD) / Pegawai Pergigian Yang Menjaga (PPYM) perlu

mendapat kebenaran bertulis dari pihak sekolah yang berkaitan dengan melampirkan :-
● Dokumen Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Pelaksanaan Perkhidmatan

Kesihatan Pergigian Sekolah di Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Tahun 2022,
● Borang Maklumbalas Permohonan Kebenaran Pelaksanaan Perkhidmatan Kesihatan

Pergigian Sekolah di Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Tahun 2022 (rujuk Lampiran
1), dan
● Jadual lawatan tentatif.
ii. PPYM perlu menghubungi pihak sekolah sehari sebelum lawatan untuk memastikan tiada
penularan wabak COVID-19 dalam kalangan kakitangan dan pelajar, ataupun kluster
yang aktif di lokaliti sekolah tersebut
iii. PPYM perlu memastikan hanya petugas yang telah mendapat vaksin lengkap dan
mempunyai kad/sijil digital vaksinasi (digital certificate) di aplikasi MySejahtera
dibenarkan masuk ke sekolah bagi melaksanakan perkhidmatan kesihatan pergigian

3.2. Pemilihan Sekolah
i. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah yang mempunyai risiko / beban penyakit

pergigian yang tinggi, juga dikenali sebagai sekolah berisiko tinggi, berdasarkan
Penilaian Risiko Sekolah (PERSiS) (rujuk Lampiran 2)
ii. Sekolah yang tidak pernah diperiksa dengan charting International Caries Detection and
Assessment System (ICDAS) (tanpa mengira tahap risiko)
iii. Sekolah yang tidak pernah dilawati dalam tempoh 2 tahun (tanpa mengira tahap risiko).

4. PELAKSANAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN BAGI
PELAJAR DI SEKOLAH

4.1. Persediaan Am oleh Pihak Sekolah
Pihak sekolah perlu memberikan kebenaran bertulis kepada pihak klinik dengan
mengemukakan Borang Maklumbalas Permohonan Kebenaran Pelaksanaan Perkhidmatan

4

Kesihatan Pergigian Sekolah di Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Tahun 2022 (seperti di 3.1)
kepada PPD / PPYM.
(Sekiranya pihak sekolah tidak memberikan kebenaran untuk rawatan pergigian, sila
rujuk PELAKSANAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN BAGI
SEKOLAH YANG TIDAK MEMBERI KEBENARAN UNTUK RAWATAN PERGIGIAN - m/s
9)

4.2. Pengendalian Umum Pelajar di Sekolah
Pengendalian semua pelajar yang hadir untuk pemeriksaan pergigian di sekolah adalah
penting bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 di sekolah. Pelajar perlu
dimaklumkan agar mempraktikkan kebiasaan baharu di dalam bilik rawatan seperti sentiasa
memakai face mask (hanya menanggalkan face mask bagi tujuan pemeriksaan klinikal dan
rawatan), kerap membasuh tangan dan mempraktikkan penjarakan fizikal antara pelajar lain
dan anggota pergigian.

4.3. Saringan Kesihatan
Saringan kesihatan hendaklah dijalankan ke atas:

i. Semua anggota pergigian setiap kali datang bekerja dan sebelum mereka memulakan
rutin harian untuk menyertai pasukan pergigian ke sekolah.

ii. Setiap pelajar sekolah akan menjalani proses saringan kesihatan dan diambil suhu
badan sebelum pemeriksaan pergigian

Pemeriksaan pergigian akan ditangguhkan bagi pelajar yang mempunyai gejala
jangkitan wabak COVID-19, iaitu:

i. Demam
ii. Kelesuan
iii. Sukar bernafas
iv. Sakit otot / badan
v. Sakit kepala
vi. Hidung berair
vii. Batuk / sakit tekak
viii. Muntah / cirit birit
ix. Hilang deria rasa dan bau
x. Kontak rapat kepada pesakit COVID-19 (dalam tempoh 5 hari yang lepas)
Anggota pergigian yang mempunyai gejala seperti di atas juga TIDAK dibenarkan menyertai
pasukan ke sekolah.

5

4.4. Kesiapsagaan Fasiliti
4.4.1.Laluan Pelajar
Sebaiknya laluan satu arah bagi pelajar dibuat bagi mengurangkan penyebaran jangkitan.
Laluan ini hendaklah menggunakan aliran keluar dan masuk yang berasingan, merangkumi
dari mula pelajar sampai sehingga selesai urusan di bilik rawatan.

4.4.2.Ruang Menunggu
Ruang bagi pelaksanaan aktiviti dan ruang menunggu sebelum mendapatkan rawatan
pergigian perlu mempunyai jarak minimum dan tempat duduk di kawasan menunggu juga
perlu disusun dan ditandakan bagi memastikan penjarakan fizikal.

Bilangan pelajar yang dipanggil untuk saringan pada satu-satu masa adalah bergantung
kepada keluasan dan kapasiti bilik pemeriksaan kesihatan. Sekiranya pelajar dikehendaki
menunggu giliran, mereka diwajibkan untuk sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut dan
mengamalkan penjarakan fizikal

4.4.3.Bilik Rawatan Pergigian
Bilik rawatan pergigian sedia ada perlu dipastikan mempunyai pengudaraan yang baik dengan
peralatan yang minimum sahaja diletakkan semasa rawatan. Manakala barang atau dokumen
yang tidak berkaitan disisihkan.

Bagi bilik rawatan dilengkapi yang dengan unit pergigian dengan konsep terbuka,
penghadang mesti diletakkan di antara unit pergigian bagi memastikan penjarakan fizikal
minimum 1 hingga 2 meter dilaksanakan.

4.5. Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di Sekolah (Klinikal)
Perkhidmatan klinikal yang boleh diberikan di sekolah adalah yang tidak melibatkan Aerosol
Generating Procedure (AGP) seperti berikut:

i. Pemeriksaan Pergigian
ii. Rawatan Pencegahan

o Sapuan varnis berfluorida
iii. Rawatan Ringkas

o Rawatan tampalan menggunakan Atraumatic Restoration Technique (ART)
o Penskaleran secara manual (hand scaling)
o Cabutan gigi desidus yang longgar

6

Walau bagaimanapun, sekiranya fasiliti di sekolah telah memenuhi ciri-ciri bilik rawatan AGP
minimum, rawatan pergigian yang melibatkan AGP boleh dijalankan. Pelajar yang
memerlukan rawatan yang tidak dapat dijalankan di sekolah perlu dirujuk ke klinik
pergigian.

4.6. Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di Sekolah (Promosi)
Perkhidmatan promotif yang akan diberikan di sekolah adalah terhad kepada:

i. Pendidikan Kesihatan Pergigian (PKP) dan sesi saringan dan intervensi bagi
program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) dan Latihan Memberus
Gigi (LMG)

o Secara berkumpulan
Boleh dijalankan secara berkumpulan, namun bergantung kepada ruang dan
penjarakan fizikal

o Secara one-on-one
Bagi intervensi lanjutan untuk program KOTAK, intervensi boleh dijalankan
secara individu (untuk memelihara hak pelajar terhadap privasi dan
kerahsiaan)

o Secara chairside
PKP di atas kerusi pergigian dengan pelajar secara individu dan mematuhi
prosedur operasi standard (SOP)

o Dalam kelas
Diberikan secara bersemuka di dalam kelas dengan menggunakan tayangan
audio-visual, mengikut jadual dan pada masa yang ditetapkan oleh pihak
sekolah

o Secara dalam talian
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Dalam Talian (PKPDT) akan dijalankan
sekiranya:
o sekolah ditutup kerana lokaliti tersebut dikenakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
PKPD

7

o pihak sekolah tidak memberi kebenaran untuk pasukan pergigian
melawat ke sekolah

4.7. Pemakaian Alat Pelindung Diri / Personal Protective Equipment (PPE)
Semua anggota pergigian perlu mematuhi arahan pemakaian alat pelindung diri (PPE)
yang lengkap berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Wabak COVID-19 Perkhidmatan
Kesihatan Pergigian yang terkini. Perincian adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Pemakaian Alat Pelindung Diri / Personal Protective Equipment (PPE)

Bil. Proses Kerja Anggota Jenis PPE yang Digunakan
Terlibat
Saringan Kesihatan ● 3-ply surgical mask
1. ✔ Pendaftaran pelajar *PP ● Face shield / Goggles
JP ● Long sleeved fluid-
✔ Pengambilan suhu PPP
badan PPK resistant isolation gown

Perkhidmatan Kesihatan *PP ● 3-ply surgical mask
Pergigian (Klinikal) JP ● Face shield / Goggles
✔ Pemeriksaan pergigian PPP ● Gloves
✔ Rawatan tampalan PPK ● Long sleeved fluid-

secara ART resistant isolation gown
2. ✔ Penskaleran secara

manual
✔ Cabutan gigi desidus

longgar
✔ Sapuan varnis

berfluorida

Aktiviti Promosi Kesihatan ● 3-ply surgical mask
✔ PKP *PP ● Face shield / Goggles
3. JP ● Long sleeved fluid-
✔ KOTAK
✔ LMG resistant isolation gown

* PP–Pegawai Pergigian, JP–Juruterapi Pergigian,
PPP–Pembantu Pembedahan Pergigian, PPK–Pembantu Perawatan Kesihatan

4.8. Contact Precautions
Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran wabak apabila menjalankan rawatan
pergigian, perkara-perkara berikut akan dijalankan oleh anggota pergigian:
i. Amalan mencuci tangan yang lebih teliti dan kerap
ii. Pemakaian PPE yang lengkap dan bertepatan dengan fungsi kerja

8

iii. Penggunaan disposable barriers untuk melindungi permukaan dan peralatan yang
terdapat dalam bilik rawatan

iv. Peralatan dan bahan rawatan dikeluarkan secara minimum mengikut keperluan
v. Proses disinfeksi yang menyeluruh dan lebih kerap
vi. Penyimpanan peralatan yang telah dibasmi kuman dalam bekas yang bertutup
vii. Pembuangan sisa klinikal yang menepati operasi piawai

5. PELAKSANAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN BAGI
SEKOLAH YANG TIDAK MEMBERI KEBENARAN UNTUK RAWATAN PERGIGIAN

Sekiranya pihak sekolah tidak memberikan kebenaran untuk rawatan pergigian, maka
hanya pemeriksaan pergigian sahaja akan dijalankan. Pelajar sekolah yang memerlukan
rawatan akan dirujuk ke Klinik Pergigian yang berdekatan.

5.1. Tindakan oleh Pihak Sekolah
Pihak sekolah perlu memaklumkan ibubapa pelajar yang terlibat dan memajukan jadual
temujanji kepada mereka untuk tindakan selanjutnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak
sekolah untuk memaklumkan perkara yang berikut kepada pihak ibubapa:-

i. Sekiranya pelajar yang disenaraikan ingin mendapatkan rawatan pergigian, ibubapa
boleh menghubungi klinik pergigian untuk mendapatkan slot masa.

ii. Kehadiran pelajar yang tersenarai ke klinik pergigian adalah SUKARELA dan
TIADA PAKSAAN kepada ibubapa untuk membawa anak ke klinik sekiranya
tidak bersetuju.

iii. Bagi pelajar yang namanya tidak disenaraikan tetapi ingin mendapatkan rawatan
pergigian, ibubapa / penjaga juga boleh menghubungi klinik pergigian yang terdekat
untuk mendapat slot temujanji. Ini adalah terpakai juga untuk ahli keluarga semua
pelajar sekolah.

6. KESIMPULAN

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dan juga di seluruh dunia telah memberikan
kesan dan impak yang besar terhadap penyampaian perkhidmatan pergigian, termasuk
perkhidmatan di sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan
penyampaian perkhidmatan pergigian yang terbaik kepada pelajar sekolah dengan

9

mengutamakan aspek keselamatan serta kebajikan awam mengikut prosedur operasi
standard (SOP) ditetapkan.

7. RUJUKAN

Ather A., Patel B., Ruparel N.B., Diogenes A., Hargreaves K.M., (2020). Coronavirus Disease
19 (COVID-19): Implications for Clinical Dental Care. Journal of Endodontics.

Kelvin Kai-Wang To K. K-W., et. al. (2020). Consistent Detection of 2019 Novel Coronavirus
in Saliva. Clinical Infectious Diseases. Retrieved from:
https://academic.oup.com/cid/advance-article/doi/10.1093/cid/ciaa149/5734265

Majlis Keselatan Negera. (2020). Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) - Sektor Kesihatan

Meng L, Hua F, Bian Z.(2020). Coronavirus disease 2019 (COVID-19): emerging and futures
challenges for dental and oral medicine. Journal of Dental Research.

National Health Service (NHS). (2020). Mitigation of Aerosol Procedures in Dentistry Version
1.1. Retrieved from: https://www.sdcep.org.uk/wp-content/uploads/2021/01/SDCEP-
Mitigation-of-AGPs-in-Dentistry-Rapid-Review-v1.1.pdf

Peng Xian, Xu Xin, Li Yuqing, Cheng Lei, Zhou Xuedong, and Ren Biao.(2020). Transmission
route of 2019-nCoV and controls in dental practice. International Journal of Oral
Science.

Program Kesihatan Pergigian. (2020). Garis Panduan Pengurusan Wabak COVID-19
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian.

Program Kesihatan Pergigian. (2020). Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
Sekolah. (unpublished)

Program Kesihatan Pergigian. (2020). Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.
5/2020.

World Health Organization.(2009). Natural ventilation for infection control in health-care

settings. Retrieved from

https://www.who.int/water_sanitation_health/publications/natural_ventilation/en/

World Health Organization. (2020). Modes of transmission of virus causing COVID-19:
implications for IPC precaution recommendations: scientific brief 29 March 2020.
Retrieved from: https://www.who.int/news-room/commentaries/detail/modes-of-
transmission-of-virus-causing-covid-19-implications-for-ipc-precaution-
recommendations

10

World Health Organization. (2020). Naming the coronavirus disease (COVID-19) and the virus
that causes it. World Health Organization.
https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/technical-
guidance/naming-the-coronavirus-disease-(covid-2019)-and-the-virus-that-causes-it.

Zhou, P., Yang, X. L., Wang, X. G., Hu, B., Zhang, L., Zhang, W., Si, H. R., Zhu, Y., Li, B.,
Huang, C. L., Chen, H. D., Chen, J., Luo, Y., Guo, H., Jiang, R. D., Liu, M. Q., Chen, Y.,
Shen, X. R., Wang, X., Zheng, X. S., … Shi, Z. L. (2020). Addendum: A pneumonia
outbreak associated with a new coronavirus of probable bat origin. Nature, 588(7836),
E6. https://doi.org/10.1038/s41586-020-2951-z

11

Lampiran 1

BORANG MAKLUMBALAS
PERMOHONAN KEBENARAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
PERGIGIAN SEKOLAH DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022

Nama Sekolah: _________________________________________________

1. Pihak institusi dengan ini membuat keputusan untuk : -

(Tandakan √ pada satu kotak sahaja A/B/C)
A. Membenarkan pasukan pergigian melawat ke sekolah untuk melaksanakan Perkhidmatan
Kesihatan Pergigian (semua jenis Perkhidmatan Klinikal & Promosi)

ATAU

B. Hanya membenarkan pasukan pergigian melawat ke sekolah untuk melaksanakan
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di Sekolah seperti yang berikut : -
(Tanda √ pada 1 atau lebih kotak)

Pemeriksaan pergigian
Rawatan pencegahan

Rawatan ringkas

Aktiviti promosi pergigian (PKP, KOTAK, LMG)

ATAU

C. Tidak membenarkan pasukan pergigian melawat ke sekolah untuk melaksanakan
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di Sekolah (semua jenis Perkhidmatan)

2. Sebarang cadangan / maklumbalas lain (sekiranya ada) :-
_________________________________________________________________________

Sekian, terima kasih
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….....
………………………………….....
………………………………….....

s.k : Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan

12

Lampiran 2
Penentuan Tahap Risiko Sekolah Melalui Kaedah PERSiS

13


Click to View FlipBook Version