The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by laporanpergigian, 2022-04-13 00:09:52

Panduan -isi kad LP8 12042020

Panduan -isi kad LP8 12042020

PANDUAN
MENGISI KAD RAWATAN PERGIGIAN

LP8 2019
SECARA MANUAL

L.P.8 - 1 PIN.8/2019 (KANAK-
KANAK/PRASEKOLAH/SEKOLAH/AM)

WARNA HIJAU

L.P.8 - 2 PIN.8/2019 (DEWASA/AM)
WARNA MERAH

L.P.8 - 3/2019 (KOMUNITI)
WARNA KUNING

Program Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia

2020

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 1

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Dr. Zainab Binti Shamdol

Timbalan Pengarah dan Ketua Cawangan – sehingga 24 Februari 2020
Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer
2. Dr. Nurrul Ashikin Binti Abdullah
Timbalan Pengarah
Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer
3. Dr. Tuan Yuswana Binti Tuan Soh
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer
(Melanjutkan Pelajaran Sarjana Pergigian Kesihatan Awam di UiTM –
bermula September 2019)

Dirakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Wan Salina Binti Wan
Sulaiman, Dr. Siti Masnira Binti Jamian dan Dr. Mohd. Shukri Bin Tolahah di atas
sumbangan usaha menyemak isi kandungan dokumen ini. Juga, diucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan penghasilan dokumen ini.

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 2

PANDUAN MENGISI KAD RAWATAN PERGIGIAN
SECARA MANUAL

Pengenalan

Kad rawatan LP8 adalah dokumen penting yang digunakan untuk merekod maklumat peribadi
pesakit yang merangkumi sejarah perubatan dan pergigian, penilaian risiko karies dan
pemeriksaan klinikal pergigian serta disimpan sebagai rujukan bagi rawatan temujanji. Ia juga
digunakan untuk memantau kesihatan pergigian pesakit, membuat laporan perubatan, dijadikan
bukti kes-kes di mahkamah dan untuk pengendalian kes pergigian forensik.

Kad rawatan LP8 sedia ada telah digunakan lebih dari 20 tahun (1997 – 2019).
Memandangkan banyak inisiatif / program baru yang telah dijalankan dalam tempoh tersebut
maka kad rawatan (L.P.8-1 PIN.7/97 dan L.P.8-2 PIN.7/97) perlu dikajisemula untuk memenuhi
keperluan kepada pengumpulan data yang baharu. Selain dari itu kad rawatan LP8 juga
merupakan sumber data bagi mengisi Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW) bagi
kesihatan pergigian.

Pada tahun 2019, kad rawatan LP8 ditambahbaik daripada 2 kategori perkhidmatan kepada 3
kategori perkhidmatan pergigian iaitu:

 L.P.8 - 1 Pin.8/2019 (Kanak-kanak/Prasekolah/Sekolah/Am) – Warna hijau
 L.P.8 - 2 Pin.8/2019 (Dewasa/Am) – Warna merah
 L.P.8 - 3/2019 (Komuniti) – Warna Kuning

Kad rawatan LP8 menggunakan Bahasa Melayu dengan merujuk kepada :
Buku Istilah Pergigian – 1988, Dewan Bahasa & Pustaka
Buku Istilah Perubatan – 2003, Dewan Bahasa & Pustaka

Pengambilan kebenaran rawatan pada Kad Rawatan LP8 harus mematuhi prosedur seperti
yang digariskan di dalam dokumen Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian KKM yang telah
dikemaskini dan berkuatkuasa pada 15 Januari 2020.

Objektif

Tujuan panduan ini adalah untuk:
 menyeragamkan pengisian maklumat di kad rawatan
 memastikan setiap butiran diisi dengan tepat dan betul mengikut keperluan semasa
 memastikan pemeriksaan dan rawatan pergigian yang diberi kepada pesakit direkod

dengan lengkap dan tepat.

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 3

Skop

Panduan pengisian meliputi:
 Kad rawatan L.P.8 - 1 Pin.8/2019 untuk kanak-kanak dan murid sekolah yang berumur

kurang dari 18 tahun (0 – 17 tahun); termasuk pesakit kanak-kanak yang tidak bersekolah
 Kad rawatan L.P.8 - 2 Pin.8/2019 untuk pesakit dewasa yang berumur 18 tahun dan ke

atas
 Kad rawatan L.P.8 - 3/2019 untuk semua pesakit (pesakit am) yang menjalankan

pemeriksaan pergigian semasa program masyarakat / komuniti

Panduan Pengisian

Semua ruang di dalam kad rawatan hendaklah diisi dengan butiran yang betul mengikut
panduan ini.

Kad rawatan pergigian mempunyai 10 bahagian:

Maklumat Asas
A Maklumat Am
B Catatan Perubatan dan Pergigian
C Panduan Kod dan Skor
D Sapuan Fluorida
E Program Pencegahan dan Intervensi
F Pemeriksaan dan Catatan
G Tabiat Berisiko
H Penilaian Risiko Karies
Catatan Klinikal

MAKLUMAT ASAS
Terdapat 5 jenis maklumat yang perlu diisi di bahagian Maklumat Asas.

Kod / Maklumat Arahan

No. Rujukan Fail Isikan nombor rujukan fail / nombor pendaftaran. Pengisian
bergantung kepada sistem fail yang digunakan di klinik masing-
Tarikh Pendaftaran masing. Bagi rujukan atau penyimpanan fail / rekod, 4 angka terakhir
dari no. kad pengenalan digunakan.
Contoh: KP CS 5364 atau 5364

Isikan tarikh pesakit datang ke klinik kali pertama untuk mendaftar
bagi mendapatkan pemeriksaan/rawatan pergigian.
Contoh: 01/01/20

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 4

Kod / Maklumat Arahan

Tahun Tahun pesakit diperiksa.
No. Pendaftaran
Isikan nombor pendaftaran. Nombor pendaftaran diberikan kepada
Darjah/Tingkatan pesakit yang menghadiri klinik buat pertama kali setiap tahun. Ia
direkodkan juga dalam kad rawatan temujanji.

Pengisian bergantung kepada sistem pendaftaran yang digunakan di
klinik masing-masing atau mengikut nombor Pendaftaran Murid di
sekolah bagi murid yang diperiksa di sekolah (contoh: tahun 2020, no.
Pendaftaran 1M (kelas 1M) atau 1S 01 (kelas 1S no./bilangan satu).

Contoh L.P.8 – 1 Pin 8/2019

Tahun 2020

No Pendaftaran 1M atau 1S 01

Contoh L.P.8 – 2 Pin 8/2019 atau L.P.8 – 3/2019

Tahun 2020

No Pendaftaran 0001

Gunakan nombor siri dengan huruf besar dihadapan bagi bukan
Warganegara. Contoh: tahun 2020, A 0001.

Isikan Darjah/Tingkatan persekolahan atau tandakan (-) jika tidak
berkenaan.

A. MAKLUMAT AM

Terdapat 12 jenis maklumat yang perlu diisi di bahagian Maklumat Am.

Kod / Maklumat Arahan

1. Nama Isikan nama penuh pesakit dengan jelas dengan menggunakan Huruf
(Huruf Besar) Besar seperti dalam Kad Pengenalan/Pasport/Sijil Lahir/Lain-lain
dokumen rasmi. Contoh: AHMAD BIN ABDULLAH
2. No. MyKad/MyKid/
Pasport/ Tentera/Polis/ Isikan nombor jenis dokumen pengenalan yang berkenaan sama ada
Sijil Lahir MyKad/MyKid/Pasport/Tentera/Polis/Sijil Lahir. Sila potong mana
yang tidak berkenaan. Contoh: 600112-01-5387
3. Jantina:
Lelaki/Perempuan Sila potong mana yang tidak berkenaan.

4. Umur Isikan umur pesakit sewaktu pendaftaran dibuat pada tahun semasa.
Catat umur hanya pada lawatan pertama sahaja.

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 5

Kod / Maklumat Arahan

5. Tarikh Lahir Isikan tarikh lahir pesakit (dd/mm/yyyy).
6. No. Kad OKU/Pesara
Sila potong mana yang tidak berkenaan jika terdapat salah satu
/UNHCR (Jika ada) dokumen tersebut dan isikan no kad di ruangan yang disediakan.
Tandakan (-) jika tiada.
7. E-mel
8. No. Telefon Isikan alamat e-mel pesakit. Tandakan (-) jika tiada.

9. Alamat Surat-menyurat Isikan nombor telefon bimbit di ruang (Bimbit), nombor telefon rumah
Poskod di ruang (Rumah) & nombor telefon pejabat di ruang (Pejabat).
Contoh: (Rumah) 03-88834248 / (Pejabat) 03-88844433/
10. Warganegara: (Bimbit) 012-3333222
Malaysia/Warga Asing Tandakan (-) jika tiada.

11. Kumpulan Etnik Isikan alamat lengkap pesakit yang terkini.
(Nyatakan) Isikan nombor poskod bagi alamat pesakit.

Sila potong mana yang tidak berkenaan.
*Pemastautin Tetap (pemegang kad pengenalan merah – adalah

warga asing) tetapi memperolehi pengecualian caj rawatan seperti

warganegara (rujuk Garis Panduan Perintah Fi (Perubatan) (Kos

Perkhidmatan 2014 untuk Warganegara Asing).

Isikan nama kumpulan etnik/keturunan/bangsa pesakit. Contoh:

Melayu Pesakit berketurunan Melayu, termasuk

juga keturunan Melayu Sarawak

Cina Pesakit berketurunan Cina
India
Pesakit berketurunan India, Pakistan, Sri
Lanka (Warganegara sahaja)

Bumiputera Lain Pesakit berketurunan Siam (warganegara
(Semenanjung) sahaja)

Bajau Pesakit berketurunan Bajau
Dusun Pesakit berketurunan Dusun
Kadazan Pesakit berketurunan Kadazan
Murut Pesakit berketurunan Murut
Bumiputera Sabah Pesakit berketurunan Bumiputera Sabah
Lain selain yang tersebut di atas
Lain

Melanau Pesakit berketurunan Melanau
Kedayan Pesakit berketurunan Kedayan
Iban Pesakit berketurunan Iban
Bidayuh Pesakit berketurunan Bidayuh
Bumiputera Sarawak Pesakit ialah Bumiputera Sarawak
berketurunan selain di atas
Lain

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 6

Kod / Maklumat Orang Asli Arahan
Semenanjung
12. Nama Sekolah/Klinik Pesakit berketurunan Orang Asli yang
berasal dari Semenanjung

Isikan nama sekolah tempat pesakit berdaftar atau nama
klinik/institusi bagi pasukan bergerak yang hadir ke sekolah atau
nama fasiliti/lokasi bagi aktiviti masyarakat/komuniti yang dijalankan.
Tandakan (-) jika tidak berkenaan.

B. CATATAN PERUBATAN DAN PERGIGIAN

Tandakan () di ruang yang disediakan jika mempunyai penyakit berkenaan dan tandakan (x)
jika tidak berkenaan. Isikan ruangan yang diberikan untuk maklumat lanjut.

Kod / Maklumat Arahan

a. Hipertensi Darah tinggi
b. Diabetes Kencing manis
c. Penyakit Jantung Contoh: Lemah jantung, rheumatic heart disease, jantung
berlubang
d. Kegagalan Buah Pinggang
e. Epilepsi Sawan
f. Hepatitis Jaundice
g. Alergi Alahan pada ubat/makanan/lain-lain
h. Tuberkulosis
i. Asma Contoh: Haemofilia, talasemia, anemia
j. Masalah Mental
k. Masalah Darah
l. Pendarahan Berlanjutan Selepas

Cabutan

m. Penyakit lain Nyatakan penyakit tersebut. Contoh penyakit lain: Kanser,
Nyatakan _________________ Sexually Transmitted Disease (STD)

n. Pernah Menerima Rawatan Di Nyatakan nama hospital/klinik di mana pesakit mendapatkan

rawatan.
Hospital/Klinik. Nyatakan _________

o. Pengambilan Ubat-ubatan Rekod jenis ubat-ubatan yang diambil oleh pesakit (termasuk

Nyatakan______________________ herba/tradisional).

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 7

C. PANDUAN KOD DAN SKOR

Bahagian ini mengandungi rujukan kod / skor bagi percartaan gigi, pemeriksaan status
gigi dan gusi seperti di bawah:

C1 – Kod Carta Gigi
 Tampalan Ulangan – merupakan tampalan yang dibuat semula /
redo dalam masa 5 tahun

C2 – Skor Plak
Gred Skor Plak
 Bagi semua kategori kad rawatan LP8 2019

C3 – Gred Skor Index Gingivitis (GIS)
 Bagi kad rawatan LP8 - 1 Pin.8/2019 (Kanak-
kanak/Prasekolah/Sekolah/Am) dan LP8 - 3/2019 (Komuniti)

C4 – Skor Pemeriksaan Asas Periodontik (BPE)
 Bagi LP8 – 2 Pin.8/2019 (Dewasa/Am)
 Bagi LP8 – 3/2019 (Komuniti)

D. SAPUAN FLUORIDA

Kod / Maklumat Arahan

Tarikh Isikan tarikh setiap kali sapuan fluorida dilaksanakan.
Keseluruhan sapuan fluorida adalah sebanyak 4 kali (setiap
6 bulan selepas sapuan pertama).

E. PROGRAM PENCEGAHAN DAN INTERVENSI

Program saringan merokok untuk kumpulan sasaran Sekolah Rendah, Sekolah
Menengah dan Pesakit Luar.

Kod / Maklumat Arahan

Tahun Isikan tahun setiap kali saringan dilaksanakan. Bagi pelajar
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, isikan tahun setiap
kali saringan KOTAK dilaksanakan. Contoh: saringan
dilakukan pada tahun 2020, tulis 2020.

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 8

Kod / Maklumat Arahan

STATUS MEROKOK Tandakan () di ruang yang disediakan jika berkenaan
TANDA - TANDA MEROKOK mengikut tahun saringan. Tandakan (-) jika tidak berkenaan.
KESEDIAAN BERHENTI MEROKOK
KESEDIAAN UNTUK INTERVENSI Sila rujuk ‘Garis Panduan Pelaksanaan Program
LANJUTAN Pencegahan Dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah,
Program Kesihatan Pergigian KKM yang terkini’

F. PEMERIKSAAN DAN CATATAN

Kod / Maklumat Arahan

No. Rujukan Fail Isikan nombor rujukan fail / nombor pendaftaran. Pengisian bergantung
kepada sistem fail yang digunakan di klinik masing-masing. Bagi rujukan
atau penyimpanan fail/rekod, 4 angka terakhir dari no. kad pengenalan
digunakan.
Contoh: KP CS 5364 atau 5364

Tarikh Isikan tarikh pesakit datang ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan /
rawatan pergigian.
Contoh: 01/01/20

Catatan Perubatan dan Isikan maklumat kesihatan dan pergigian yang terkini / berkenaan semasa

Pergigian Terkini pemeriksaan / rawatan dibuat. Isikan ruangan yang diberikan sekiranya

pesakit telah dikesan menghidap penyakit pada pertengahan rawatan.

Contoh: Pesakit daftar pada 1 Jan 2020, tiada Hipertensi semasa
pendaftaran dan ruangan Hipertensi pada Bahagian Catatan
Perubatan Dan Pergigian (B) telah ditandakan ‘X’. Namun begitu
sekiranya pesakit datang semula pada 1 Jun 2020 dan dikesan mempunyai
Hipertensi sila catat: 1 Jun 2020 Dikesan Hipertensi oleh Hospital
Putrajaya. Pada ruangan catatan perubatan dan pergigian terkini pada
Bahagian Pemeriksaan Dan Catatan (F)

Lesi Tandakan () di ruang yang disediakan jika berkenaan. Tanda (-) jika tiada
Luar Mulut lesi luar/dalam mulut.
Dalam Mulut
Nyatakan dengan jelas jenis lesi luar/dalam mulut dan lokasinya di
bahagian catatan klinikal.
Contoh: mucocele di bibir bawah kiri, ulser di lidah sebelah kiri.
Contoh lesi: ketumbuhan, bengkak, white lesion, red lesion, cleft palate dan
lain-lain.

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 9

Kod / Maklumat Arahan

Dentur: Tandakan () di ruang yang disediakan jika berkenaan. Tanda (-) jika tidak
Sedia ada berkenaan.
Perlu
Isikan skor dan jumlah mengikut panduan dari Bahagian C.
Catatkan Skor yang  Skor Plak/Gred Skor Plak (Kebersihan Mulut) - Untuk semua pesakit
berkenaan  Skor Index Gingivitis (GIS) - Untuk pesakit yang berumur bawah 18

Skor Plak tahun.
Skor GIS  Skor Pemeriksaan Asas Periodontik (BPE) - Untuk pesakit yang
Skor BPE
berumur 18 tahun dan ke atas.

Perlu Penskaleran Tandakan () di ruang yang disediakan jika pesakit memerlukan rawatan
penskaleran. Tandakan (x) jika tidak perlu/berkenaan.
Carta Gigi
Carta gigi mesti direkodkan untuk setiap batang gigi untuk semua pesakit.
Bilangan gigi Isikan status kesihatan gigi dan setiap permukaan gigi menggunakan
panduan kod Carta Gigi di Bahagian C1. Bagi gigi susu yang telah
d digantikan dengan gigi kekal, tandakan (-). Pengenalan gigi adalah
f mengikut FDI 2-digit notation.
x
dfx Gigi susu
d – karies
D f - telah ditampal
M x - perlu dicabut
F
X Gigi kekal
DMFX D – karies
X+M M - telah dicabut disebabkan karies
Jumlah gigi kekal F - telah ditampal
X - perlu dicabut
E Dari carta gigi, jumlahkan bilangan D M F X, X+M untuk gigi kekal dan dfx
Status untuk gigi susu.
Jumlahkan gigi kekal yang ada dan berfungsi.
MBK
BK Karies Awal untuk gigi kekal.
MBG
TPR Tandakan () pada ruang yang disediakan jika berkenaan dan tandakan (-)
TSL jika tidak berkenaan. Ruangan ini perlu diisi untuk murid sekolah. Bagi
kategori pesakit lain, diisi mengikut keperluan.

MBK (Mulut Bebas Karies), (DMFX=0, dfx=0) – Dimana pesakit yang
mempunyai gigi kekal dan desidus bebas dari karies. Merujuk kepada kes
yang tiada karies, tampalan sementara/kekal dan kehilangan gigi
disebabkan karies. Termasuk jika dfx=0, tanpa gigi kekal (berdasarkan

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 10

Kod / Maklumat Arahan

keputusan Mesyuarat Pemantapan Data pada 10-11 April 2019, Program
Kesihatan Pergigian, KKM).

BK (Bebas Karies), (DMFX=0) - Pesakit yang mempunyai gigi kekal bebas
dari karies. Merujuk kepada kes yang tiada karies, tampalan
sementara/kekal dan kehilangan gigi disebabkan karies

MBG (Mulut Bebas Gingivitis), (GIS=0) - Pesakit yang mempunyai jumlah
Skor Index Gingivitis (0) merujuk kepada gusi pesakit tidak mengalami
keradangan.

TPR (Tidak Perlu Rawatan) - Pesakit yang tidak memerlukan rawatan
dalam tahun berkenaan walaupun mereka telah diberikan rawatan pada
tahun yang lepas. Ini termasuk kes mulut bebas karies dan bebas gingivitis.
(Tidak termasuk kes ortodontik).

TSL (Tooth Surface Loss) - Pesakit yang didapati mempunyai kehilangan
permukaan gigi akibat erosion/attrition/abrasion dan atau lain-lain (akibat
unsur fizikal atau kimia). Sekiranya ada dan tidak boleh dirawat di klinik
pergigian primer, perlu rujuk kepada pakar restoratif.

G. TABIAT BERISIKO

Maklumat Arahan
Disaring
Tandakan () di ruang yang disediakan jika pesakit dilakukan
saringan.

Sila Isi Borang Saringan Kanser Mulut Jika Ada Satu Atau Lebih Tabiat Berisiko di bawah:

Merokok/Shisha/Vape Tandakan () di ruang yang disediakan jika berkenaan dan tandakan
Pengambilan Alkohol (-) jika tidak berkenaan.
Mengunyah Sireh/Buah Pinang
Lain – lain Tandakan () di ruang yang disediakan jika berkenaan dan tandakan
(-) jika tidak berkenaan.
Tandakan () di ruang yang disediakan jika berkenaan dan tandakan
(-) jika tidak berkenaan.

Tandakan () di ruang yang disediakan jika berkenaan dan tandakan
(-) jika tidak berkenaan.

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 11

H. PENILAIAN RISIKO KARIES

Maklumat Arahan
Tandakan () di ruang yang disediakan berdasarkan
Langkah 1 Kod yang Tertinggi dan tandakan (-) jika tidak
Sound berkenaan.
Karies Awal
Karies Tandakan () di ruang yang disediakan jika
berkenaan
Langkah 2 Boleh tanda () lebih dari satu.
Plak yang Boleh Dilihat (Gred C dan E) Jumlahkan bilangan yang ditandakan () untuk
Kesesakan Gigi dimasukkan ke ruangan Langkah 3.
Terdapat Aplians Pergigian
Tidak Terdedah Kepada Fluorida Isikan jumlah dari Langkah 2 di ruangan yang
Pengambilan Makanan Bergula Antara berkenaan. Bulatkan maklumat Penunjuk risiko
Waktu Makan Karies yang berkaitan antara maklumat Langkah 1
Kompromi Perubatan/Kesihatan dan Langkah 2.
Ibu/Adik-Beradik Mempunyai Riwayat Karies Tandakan () di ruang yang disediakan mengikut
Mulut Kering keperluan pesakit untuk rawatan temujanji samada
setiap 3 bulan (risiko tinggi), 6 bulan (risiko
Langkah 3 sederhana) atau 12 bulan (risiko rendah).
Penunjuk Risiko Karies

Langkah 4
3 Bulan
6 bulan
12 Bulan

CATATAN KLINIKAL

Kod / Maklumat Arahan

No. Rujukan fail Isikan nombor rujukan fail/nombor pendaftaran. Pengisian bergantung
kepada sistem fail yang digunakan di klinik masing-masing. Bagi rujukan
Tarikh (Atas) atau penyimpanan fail/rekod, 4 angka terakhir dari no. kad pengenalan
Tarikh digunakan.
Kedatangan B/U Contoh: KP CS 5364 atau 5364

Isikan tarikh pesakit didaftarkan.
Contoh: 01/01/20

Rekodkan tarikh rawatan diberi.

Isikan B untuk kedatangan Baru dan U untuk ulangan bagi tahun semasa.

Tanda gigi Nyatakan gigi yang dirawat mengikut indeks dan permukaan gigi yang

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 12

Kod / Maklumat Arahan

Rawatan yang telah bersesuaian seperti (B) Buccal, (L) Lingual, (O) Occlusal, (M) Mesial, (D)
dibuat Distal, (C) Cervical atau kombinasi mana mana permukaan.
Kod rawatan Contoh: 21 (M), 22 (D), 41 (B), 44 (MOD)
Permukaan gigi Catat rawatan yang telah dibuat.

Gigi Isi maklumat di ruang yang disediakan bagi permukaan gigi, gigi dan mulut.
Isikan Kod Rawatan untuk permukaan gigi seperti panduan yang diberikan.

RAWATAN KOD
PERMUKAAN GIGI
Gigi Kekal Gigi Susu
Amalgam
Tampalan Sewarna Baru Ulangan 1S
Tampalan Sementara 2S
Pengapan Fisur 1KB 1KU 3S

2KB 2KU

3KB

4KB 4KU

Contoh : Bagi rawatan Amalgam
Untuk Tampalan baru Gigi Kekal = 1KB
Bagi tampalan Amalgam ulangan Gigi Kekal = 1KU
Bagi tampalan Amalgam Gigi Susu = 1S

Isikan Kod Rawatan Gigi seperti panduan yang diberikan.

RAWATAN GIGI KOD
Korona 10
Jambatan 11
Endodontik 12
Cabutan 13
Surgikal (Gigi) 14
X-Ray diambil 15
Komplikasi selepas Cabutan 16

Contoh : Rawatan Korona = 10

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 13

Kod / Maklumat Arahan

Mulut Isikan Kod mengikut perosedur rawatan yang dilakukan seperti panduan.

Catatan Klinikal RAWATAN MULUT KOD
Dentur:
20A
Impresi pertama 20B
Penuh Atas (PA) 20C
Penuh Bawah (PB) 20D
Sebahagian Atas (SA) 20E
Sebahagian BAwah (SB) 21
Selesai Kons 22
Selesai Kes 23
Tidak Perlu Rawatan 24
Penskaleran

Contoh : Sekiranya pesakit menerima rawatan penskaleran = 24

Isikan catatan klinikal dengan terperinci dan tulisan yang jelas.
 Gunakan cop atau rekodkan secara bertulis/tanpa cop
- Masa Menunggu, bacaan Tekanan Darah dan Pain Score
 Rekod Pemeriksaan dan Diagnosis yang telah dilakukan
 Catat Pelan Rawatan (sekiranya pesakit memerlukan rawatan) dan
berikan penerangan mengenai rawatan berkaitan meliputi:
- Jenis dan tujuan rawatan
- Risiko rawatan
- Risiko tidak menerima rawatan
- Manfaat
- Sequelae
- Kekangan
- Pilih rawatan lain
- Kos terlibat
 Lengkapkan Kebenaran Rawatan – Gunakan Cop (contoh size 3.7 x
2.3 cm, Font size - 10)
 Rekodkan rawatan/ubat/termujanji susulan/dan lain-lain dokumen
yang berkaitan yang diberikan kepada pesakit.

Contoh kenyataan kebenaran di kad rawatan:

Saya telah diberi penerangan dan telah faham berkaitan rawatan yang
akan diberi. Dengan ini, saya telah bersetuju / tidak bersetuju dengan
pelan rawatan pergigian di atas.

Sendiri/Ibubapa/Penjaga Saksi

Tandatangan: ........................... Tandatangan: ................................
Nama: ....................................... Nama: ...........................................
No. MyKad/Pasport: ................. No. MyKad/Pasport: ......................
Tarikh: ...................................... Tarikh: ...........................................

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 14

Kod / Maklumat Arahan

 Bahasa Malaysia (bahasa lain sekiranya perlu)
 Bagi pesakit berumur dibawah 18 tahun perlu diisi oleh ibu, bapa atau

penjaga.
 Saksi: Ahli keluarga pesakit yang berumur 18 tahun dan ke atas

(pengiring) atau Pembantu Pembedahan Pergigian.
 Perlu ditandatangani oleh pesakit setelah Pelan Rawatan dipersetujui.
 Perlu diperbaharui sekiranya Pelan Rawatan berubah (perlu

dimaklumkan kepada pesakit dan perlu ditandatangani oleh pesakit)
Rekod rawatan yang telah diberikan dan maklumat rujukan (jika
berkaitan)

Bayaran dibuat (RM)/ Isikan jumlah yang (perlu) dibayar oleh pesakit serta no resit. Setelah diisi,
No Resit/No.GL/ No. perlu ditandatangan dan tulis nama/cop oleh pegawai/pembantu
Kad (Bukti pembedahan pergigian.
Pengecualian)
Sekiranya pesakit diberi pengecualian/pengurangan, isikan no. rujukan yang
membolehkan pesakit diberi pengecualian/pengurangan.
Contoh : Pesara Kerajaan - No.Kad Pesara: CL123456

RUJUKAN

1. Operational Manual for Dental Officers and Dental Nurses: Gingival Index for Schoolchildren.
Oral Health Division, 2013.

2. Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia. No. pindaan 4, 15
Januari 2020.

3. Garis Panduan Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan 2014 untuk Warganegara Asing

Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 15

KESIHATAN NG HAYATPERGIGIAN SEPANJA
Panduan Mengisi Kad Rawatan LP8 2019 | 16


Click to View FlipBook Version