The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eizaa27, 2020-09-04 10:42:00

TENTERA DARAT MALAYSIA

e book kerjaya-PDF

Keywords: TDM

Tentera Darat Malaysia

Tentera Darat Malaysia ialah komponen darat dan
komponen terbesar dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor yang
diaturkan menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-
pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan.
Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera

Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.

MISI

• Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan
kepentingannya daripada ancaman luar serta
membantu pihak berkuasa awam untuk
mencapai keamanan dan kemakmuran
negara

MATLAMAT TDM ADALAH

• Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi
(high state of readiness) dan mampu

melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam
pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi

mempertingkatkan perkhidmatan kepada
rakyat dan negara

Sejarah

• Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25
orang pemuda Melayu sebagai Kompeni percubaan Pasukan Askar
Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi
batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu
pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941
iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.

• Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam
peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda
ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan tahun 1948.
Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah
menjadi tujuh batalion.

• Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan
pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron
Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju
dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi . Tentera
Darat Malaysia dipermodenkan menjadi satu pasukan tentera
untuk peperangan konvensional.

Mahkota - Melambangkan Taat Setia Tentera Darat
Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Bulan dan Bintang - Melambangkan sikap anggota
Tentera Darat Malaysia yang taat setia kepada
agama Islam yang merupakan agama rasmi Negara.

Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan
Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai
pesuruh-Nya.

Berlian melambangkan kekayaan hasil bumi yang
dinikmati rakyat Malaysia.

Kalungan Bunga Padi sebanyak 16 butir
menunjukkan 16 kor yang terdapat di dalam
Tentera Darat Malaysia.

Keris Bersilang Duku Ilang melambangkan
keperwiraan. Lambang ini menunjukkan pantang
undur dan sanggup berjuang



➢TAAT SETIA ETIKA KERJA

➢BERDISIPLIN

➢BERANI

➢AMANAH

➢BERDAYA KEPIMPINAN

➢SEMANGAT SETIAKAWAN.

➢KEKUATAN KEROHANIAN.

➢PRIHATIN

➢MENGHAYATI SISTEM PEMERINTAHAN REJIMENTAL (SPR).

-Mengikuti aturan hidup yang ketat berdasarkan arahan, adat dan tradisi di mana

semangat perajurit dan disiplin yang tinggi merupakan keperluan utama. Ia

memerlukan pengabdian diri kepada perkhidmatan ATM demi mempertahankan

maruah pasukan dan menentukan pencapaian kejayaan dalam segala tugas yang

diarahkan.

PANGKAT TDM

• Terdapat 17 susur jalur pangkat dalam TDM
bermula daripada Prebet sehingga ke Jeneral
yang boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu kumpulan Pegawai dan kumpulan Lain-
lain Pangkat (LLP).

Pegawai Kanan

• Terdiri daripada Leftenan Kolonel sehingga Jeneral

Lt. Kolonel Kolonel Brigidier Jeneral

Mejar Jeneral Leftenan Jeneral Jeneral

Pegawai Medan

• Terdiri daripada pegawai-pegawai berpangkat Mejar.

Mejar

Pegawai Muda.

• Bermula daripada Leftenan Muda sehingga Kapten

Leftenan Muda Leftenan Kapten


Click to View FlipBook Version