The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ziqa2000, 2023-05-13 12:50:57

E-FOLIO HIV

E-FOLIO latest

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRONIK SESI : 2 2022/2023 MPU23052 – SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM E – FOLIO NAMA PENSYARAH : USTAZ TOBRONI & USTAZ HJ MOHAD FARID BIN DAWAM BIL. NAMA MATRIK 1. NUR HAZIQAH BINTI ROSLAN 17DTK20F2001 2. NURSHUHADA BINTI ROSLI 17DTK20F2013 3. SITI FATIMAH BINTI ISMAIL 17DTK20F2018 4. LIYANA FATIHAH BINTI ISA 17DTK20F2019 5. AFIQAH BINTI AZHAR 17DTK20F2040


ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Objektif 3 Pengenalan 4 Langkah Membuat Saringan Hiv 5-6 Cara Penyebaran Hiv 7 Tanda-Tanda Hiv 8 Fasakh Nikah Kepada Pesakit Hiv 9 Pencegahan Daripada Mendapat Hiv 10 Dalil Al-Quran Dan Hadis 11 Kesimpulan 12 Rujukan 13


OBJEKTIF Membolehkan individu mengetahui status HIV mereka, terutamanya dalam kalangan mereka yang berisiko tinggi dan seterusnya mengambil langkah selanjutnya untuk mencegah penularan penyakit itu kepada orang lain. ➢ Individu yang dijangkiti diberi pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan lain-lain untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka dijaga. ➢ Ujian mandatori HIV sebelum perkahwinan tidak menghalang orang daripada dijangkiti selepas berkahwin, dan dengan itu meletakkan pasangan pada risiko dijangkiti. ➢ Majoriti mengenal pasti ujian HIV pra-perkahwinan sebagai dasar pencegahan HIV semasa yang berkesan yang dilaksanakan oleh Malaysia dan dilihat sebagai satu inisiatif yang positif. Kepercayaan, pendapat dan kebimbangan peserta dibentangkan di bawah mengikut tiga kumpulan pemegang kepentingan yang dikaji; iaitu ketua agama, ODHA dan pegawai Kementerian Kesihatan.


PENGENALAN ➢ Human Immunodeficiency Virus (HIV) ialah virus yang bertindak melemahkan dan memusnahkan sistem daya tahan badan manusia dan merupakan virus yang menyebabkan AIDS. ➢ HIV merupakan retrovirus yang menjangkiti sel manusia serta menggunakan tenaga dan nutrien yang disediakan oleh sel itu untuk tumbuh dan membiak. ➢ AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) ialah penyakit sistem imun badan yang idak berfungsi dan tidak dapat melawan jangkitan yang dikenali dengan ‘jangkitan oportunis tik’ dan penyakit lain yang bertindak dengan mengambil kesempatan terhadap sistem imun yang lemah. ➢ Penyakit Hiv boleh menyebabkan kematian.


LANGKAH MEMBUAT SARINGAN HIV 1. KENAL PASTI KLINIK KESIHATAN / HOSPITAL TERDEKAT ➢ Untuk makluman anda, Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan ataupun hospital kerajaan sahaja. Dan yang paling penting anda perlu menjalani ujian ini di negeri atau mengikut mukim masing-masing. ➢ Sekiranya anda bekerja atau bermastautin di negeri lain terdapat beberapa tambahan prosedur yang perlu anda patuhi bagi membolehkan ujian ini diambil. Bagi memudahkan kerja anda dan pasangan, sila cari dan daftar dengan klinik kesihatan terdekat terlebih dahulu. Dan ambillah kesempatan ini untuk bertanya samada klinik tersebut ada menawarkan servis ujian HIV atau tidak. Jika perlu setkan tarikh temujanji. 2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE KLINIK KESIHATAN / HOSPITAL ➢ Dokumen yang perlu dibawa semasa ujian ini diambil adalah kad pengenalan sahaja dan bayaran perkhidmatan yang dikenakan pula hanyalah RM1. ➢ Murah je kan bila berurusan dengan pusat perubatan kerajaan Malaysia ni. Satu lagi, sekiranya anda berkahwin dengan warga asing sila pastikan pasangan anda membawa passport ke klinik untuk menjalani ujian saringan ini. 3. LENGKAPKAN BORANG UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN ➢ Apabila selesai daftar dan membuat pembayaran di kaunter, anda boleh mula melengkapkan borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan yang telah disediakan oleh pihak klinik. ➢ Sekiranya anda menjalani ujian saringan ini di negeri lain sila muat turun borang ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing). Apabila selesai anda akan diminta tunggu sebentar sementara nama anda dipanggil untuk menjalani ujian saringan tersebut. 4. UJIAN SARINGAN HIV ➢ Doktor atau MA akan menjalankan ujian saringan ini dengan menggunakan kaedah Rapid Kit Test. Darah akan diambil di hujung jari anda dengan menggunakan jarum lancet. Selepas itu anda akan diminta untuk tunggu sebentar kerana keputusan ujian ini kebiasaannya siap dalam masa 15 hingga 30 minit bergantung pada jenis kit yang digunakan oleh pihak klinik.


5. KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV ➢ Keputusan ujian saringan ini akan diberikan oleh pihak klinik pada hari yang sama. Keputusan boleh dilihat pada kit yang digunakan. Sekiranya terdapat single line pada kit ia bermaksud negative atau anda atau pasangan anda bebas daripada dijangkiti virus HIV. ➢ Tetapi sekiranya keluar double line ia bermakna positif (reactive). Keputusan ini akan diberikan kepada anda untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Daerah masing-masing untuk langkah-langkah selanjutnya.


CARA PENYEBARAN HIV HUBUNGAN SEKSUAL ➢ HIV boleh merebak melalui hubungan seksual tanpa perlindungan dengan seseorang yang dijangkiti. Kebanyakan jangkitan HIV yang berlaku adalah melalui hubungan seksual. HUBUNGAN SEKSUAL (FARAJ / DUBUR ) ➢ HIV boleh menjangkiti melalui selaput lendir pada faraj (vagina) atau dubur (anal) secara langsung atau masuk melalui luka yang mungkin terjadi dan tidak disedari berlaku akibat hubungan kelamin. Justeru , hubungan seksual samada melalui faraj dan dubur sangat berisiko tinggi menularkan jangkitan HIV ini. HUBUNGAN SEKSUAL ORAL ➢ Risiko penularan HIV melalui tekak, gusi, dan membran/tisu di dalam mulut adalah lebih rendah berbanding faraj atau dubur. Walaupun risikonya lebih rendah, tetapi ia tidak mustahil berlaku. TRANSFUSI DARAH ➢ Penularan HIV boleh berlaku melalui penerimaan organ atau transfusi darah daripada orang yang dijangkiti HIV. Sehubungan itu, penghidap HIV dilarang menderma darah. Kini proses pendermaan darah dan organ juga dipantau dan disaring dengan ketat untuk memastikan bekalan darah dan organ adalah selamat. PERKONGSIAN JARUM SUNTIKAN ➢ Jarum suntikan terpakai yang dikongsi juga boleh menjadi medium penyebaran virus HIV ini dari satu pesakit ke perumah yang baru. CIUMAN MULUT ➢ Walaupun ianya sangat jarang berlaku, namun ada kemungkinan HIV dapat ditularkan melalui ciuman mulut yang terbuka dan mendalam. Meskipun virus tidak dapat merebak melalui air liu , penularan dapat terjadi jika adanya darah. Hal ini boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan mengalami masalah gusi berdarah atau luka di dalam mulut.


TANDA-TANDA HIV • Kebanyakan pesakit yang dijangkiti HIV tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti. Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 1-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:- I. Demam II. Sakit tekak dan batuk III. Sakit otot IV. Sakit kepala V. Cirit-birit VI. Letih VII. Ruam VIII. Sakit sendi IX. Turun berat badan


FASAKH NIKAH KEPADA PESAKIT HIV • Secara umumnya, tiada perbahasan khusus dikalangan para ulama silam mengenai hukum fasakh nikah untuk pesakit yang menghidapi AIDS. Hal yang demikian kerana, pasangan yang menghidap AIDS setelah berlaku perkahwinan, manakala pasangan yang sihat berhak memohon fasakh nikah kerana syarat untuk meneruskan perkahwinan ialah pasangan, terutamanya suami mampu untuk melakukan hubungan seks. • Selain itu, potensi untuk berlakunya jangkitan semasa hubungan seks amat tinggi jika si suami enggan menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks. Keengganan pesakit AIDS ini dianggap sebagai menzalimi pasangan yang sihat tubuh badan untuk mendapat maqasid sesebuah perkahwinan iaitu menghalalkan hubungan seks dan medapat zuriat. Hal ini dikira menjejaskan keharmonian berumah tangga. • Oleh itu, pasangan yang bebas daripada penyakit AIDS berhak dan harus untuk memohon fasakh daripada hakim kerana AIDS merupakan penyakit bahaya yang telah disebut oleh ulama silam. Bahkan ia merupakan sebahagian penyakit besar yang dinyatakan tidak menjumpai penawarnya serta ubat untuk menyembukkanya dan ia boleh membawa kematian. • Penyakit AIDS ini boleh menjangkiti pasangan serta kaum keluarga sekiranya tidak mengambil langkah penjagaan yang betul.


PENCEGAHAN DARIPADA MENDAPAT HIV Pencegahan di kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV. Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah :- a) Jauhi diri daripada mengadakan hubungan seks bebas. b) Setia kepada pasangan anda. c) Amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom. d) Gunakan jarum baru atau alat suntikan pakai buang. e) Jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, pembedahan caeserian section yang dirancang dan mengelakkan penyusuan susu ibu. f) Anggota-anggota kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan kawalan jangkitan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam. g) Individu berisiko tinggi hendaklah menjalankan ujian HIV . h) Pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu. i) Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan agama dan nilai-nilai murni.


DALIL AL-QURAN DAN HADIS “Yakin Itu Tidak Boleh Dihilangkan Dengan Syak” Definisi : ➢ Yang diyakini tidak dihilangkan oleh syakIaitu yang telah diyakini tidak dihilangkan oleh datangnya rasa syak/keraguan.Bermakna hukum yang sabit pada asal tidak boleh ditinggalkanatau dihapuskan hukumnya disebabkan ada perasaan syak dalam hati atau ragu-ragu.Hukum yang asal itu masih kekal,tidak boleh berpegangdengan syak atau keraguan,kecuali ada suatu keyakinan baru yang menghilangkannya. Contoh :- ➢ Bakal pengantin membuat saringan HIV untuk menyakinkan diri bahawa mereka tidak mempunyai penyakit tersebut. Kesimpulannya, mereka akan lebih yakin dengan kesihatan mereka dan tidak merasa was-was. “Kemudharatan itu harus dihilangkan” Definisi ➢ Arti dari kaedah “ad-Dhararu yuzalu” adalah kemudaratan/kesulitan harus dihilangkan. Jadi, konsep kaedah ini memberikan pengertian bahawa manusia harus dijauhkan dari idhrar (tindakan yang menyakiti) baik oleh dirinya mahupun orang lain dan tidak semestinya ia menimbulkan bahaya (menyakiti) pada orang lain. Contoh :- ➢ Jika bakal pengantin melakukan saringan HIV, mereka dapat tahu tentang status kesihatan mereka samada positif atau negatif. Jika mereka disahkan positif, merekdapat membuat rawatan untuk menyembuhkan penyakit ini dengan secepat mungkin.Kesimpulannya, HIV merupakan penyakit yang mendatangkan kemudaratan yang harus dihilangkan.


KESIMPULAN • Kesimpulannya islam menegah sikap memandang hina, prasangka dan menindas kepada mangsa HIV mahupun AIDS demi masa depan mereka. Islam menuntut kita agar mengasihi insan yang lemah dengan sentiasa menghulurkan bantuan dari segi mental dan fizikal terhadap pesakit HIV. • Islam juga menuntut tanggungjawab bersama dalam menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kemungkaran. Untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang akan datang selepas berkahwin, setiap pasangan wajib mengetahui hak diri dan kemampuan masing-masing bagi melayari bahtera sehingga akhir hayat. • Setiap pasangan perlulah mengetahui kesihatan diri dengan sihat tubuh badan, bebas dari segala penyakit yang boleh membahayakan diri dan pasangan. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama telah meletakkan syarat agar setiap pasangan yang bakal berkahwin menjalankan ujian saringan HIV supaya dapat mengetahui status HIV masing-masing. • Hal yang demikian, individu yang telah dijangkiti penyakit HIV akan diberikan perhatian dengan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.


RUJUKAN ❖Aaliyahmad. (2021, November 16). Xpresi. Retrieved from Saringan HIV: Permohonan Temujanji Online 2021: https://www.xpresi.org/saringan-hiv-permohonan-temujanji-online-2021/ ❖Afiqah, N. (2021, April 28). DoctorOnCall. Retrieved from Jangan Keliru! Ketahui Cara Sebenar Penularan Penyakit HIV/AIDS: https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/aids- hiv/penyebaran-hiv ❖Baru, P. (2019, September 29). Pengantin Baru. Retrieved from 5 Langkah Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Yang Perlu Anda Tahu: https://www.pengantinbaru.com.my/ujian-saringan-hiv/ ❖Mohammad, D. W. (2020, Ogos 28). MYHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from HIV/AIDS: http://www.myhealth.gov.my/hiv-aids/ ❖Rahman, F. (2018, September 16). Kaedah Ad-Dharurah Yuzalu. Retrieved from Kaedah AdDharurah Yuzalu: http://fauzurr.blogspot.com/2018/09/kaedah-ad-dharurah-yuzalu.html?m=1


Click to View FlipBook Version