The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naddy zane, 2021-06-09 03:10:44

BACAANLAH SAYANG

BAHAN BACAAN

Keywords: BACAAN

Idea asal

PUAN HAJAH JULIANI BINTI ABDULLAH

Disemak semula

PANEL PENERBITAN KREATIF KEMBARA SDN.BHD.

PRAKATA

Buku BACALAH SAYANG memperkenalkan satu “Formula” dan cara yang sistematik
untuk membina kemahiran bacaan secara cepat dan tepat tanpa perlu
mengenal keseluruhan abjad A-Z terlebih dahulu. Kaedah ini disusun berdasarkan
konsep terus membaca dengan satu huruf satu hari melalui kaedah suku kata.

Buku ini dihasilkan atas kesedaran:

1. Bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang paling mudah dipelajari jika terdapat
satu kaedah yang sistematik.

2. Wujudnya masalah yang dihadapi oleh guru tahun satu khasnya dan guru-guru amnya
tentang kaedah untuk mengajar murid-murid membaca dan menulis dengan cepat
dan tepat, sebelum mengajarkan kemahiran bahasa yang lain.

3. Bahawa kemahiran bacaan seharusnya dibina secara konkrit melalui proses kenal
huruf suku kata perkataan ayat dan seterusnya membaca petikan
dengan intonasi yang betul.

4. Bahawa kaedah tradisi, menghafal dan mengenal kesemua huruf abjad dahulu
sebelum boleh membaca, membuang masa dan membunuh minat murid-murid
untuk menguasai kemahiran bacaan.

5. Menginsafi masalah guru dalam penyediaan bahan tersusun ke arah mengajar
murid-murid menguasai kemahiran bacaan dan cekap menulis dalam jangka masa
yang pendek agar dapat menguasai kemahiran yang lain dengan penuh minat dan
berkeyakinan.

6. Bahawa buku ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Malaysia Tahun Satu
khasnya dan Kelas Pemulihan untuk membasmi buta huruf.

7. Bahawa buku ini boleh juga dijadikan sebagai bahan ujian pengesanan untuk menilai
tahap penguasaan dan kesukaran murid dalam menguasai kemahiran bacaan kerana
bahan bacaan disusun berperingkat-peringkat.

Sesungguhnya, buku ini dicipta dan disusun untuk mempercepatkan celik huruf dalam
kalangan murid-murid peringkat awal kanak-kanak lagi.Paparan ini akan dapat melahirkan
kanak-kanak yang bersikap positif, berwawasan, dan pintar cerdas.

Diharap buku ini dapat menyerap keprihatinan ibu bapa berganding bersama-sama
guru ke arah celik huruf seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan pelajaran
dalam Bahasa Malaysia.

nga ngi ngu nge nge ngo

singa nganga telinga pelangi

bunga wangi ungu ngeri

ngilu dungu Ngami

mengira mengeja belanga mengapa

Bunga ungu itu wangi.
Singa ada telinga.
Mengapa singa suka menganga?

Ini Ngami.
Ngami suka mengira.
Ngami juga suka mengeja.

nya nyi nyu nye nye nyo

nyonya bunyi nyanyi penyu

nyata nyala punya sunyi
nyiru nyawa menyapu

Itu bunyi penyu.
Nyonya suka penyu itu.
Penyu suka hari sunyi.

Nyonya suka menyanyi.
Nyonya menyanyi masa sunyi.
Nyonya juga suka menyapu.
Nyonya menyala api pada hari sunyi.

ak ik uk ek ek ok

kapak betik datuk pokok nenek

budak bilik beruk rokok cicak
muzik balik duduk emak manik
masuk gemuk laksa komik waktu
esok sepak adik batuk masak
kakak katak minyak banyak
keropok memekik jurusolek

Datuk buka kotak.
Katak masuk kotak itu.
Adik usik katak itu.
Kakak saya memekik.
Emak tolak katak itu.
Katak itu masuk bilik.

at it ut et et ot

lalat sabit sikat kasut rakit

ubat parit semut ulat kulit
sakit jahit perut tumit badut
kaset joget langit kunyit pulut
belut semut ikut dekat sepat
sihat biskut lawat pahit sangat
pesawat Mamat nasihat jururawat

Emak Mamat masak pulut.
Emak masak pulut kunyit.
Mamat balik sakit perut.
Emak beri Mamat ubat pahit.
Mamat nyata jadi sihat.
Mamat joget ikut muzik daripada kaset.

am im um em em om

ketam garam jarum jem

ayam kolam hakim alim

demam minum ombak mimpi
senam tanam kalam Halim
siram semalam bayam Mak Som

rempeyek kokurikulum

Ayam itu lari dekat Halim.
Mak Som nampak Halim.
Mereka minum sama-sama.
Mak Som tanam pokok bayam.
Mak Som tanam bayam di tepi kolam.
Hari-hari Mak Som siram pokok
bayam itu.

an in un en en on

ikan sabun cawan lilin belon

dan cincin timun kebun dewan
kendi besen jalan mandi Harun
bendi angin rajin kunci tekun
tangan cantik lengan pensel bangun
telefon penjaga menteri pelamin
halaman rambutan pelajaran

Harun ada kebun.
Dekat kebun ada kolam ikan.
Dalam kolam ada banyak ikan.
Harun rajin ke kebun pada awal pagi.
Harun tanam timun, bendi, dan rambutan.
Harun siram pokok timun, bendi, dan rambutan.

al il ul el el ol

katil bakul botol bantal

tebal pil tukul dodol gol
mahal bisul degil betul ajal
kecil Gopal novel Jalil epal
wisel Kamal ambil basikal kerikil

Kamal penjaga gol bola sepak.
Kamal berasa sakit kerana ada bisul.
Kamal duduk sahaja di atas katil.
Kamal ambil pil dari dalam botol.
Jalil dan Gopal melawat Kamal.
Mereka bawa epal, dodol, dan novel.
Mereka beli epal, dodol, dan novel itu di pekan.

ah ih uh eh eh oh

rumah gajah buluh basuh

ayah susah pedih sedih suruh

merah dadih didih hodoh subuh

indah tanah buruh jatuh letih

sampah dakwah sawah mahkota

Faridah mahkamah Sarimah

Rumah Sarimah di tepi sawah.
Halaman rumah Sarimah indah.
Ayahnya tanam buluh di tepi rumah.
Rupa-rupanya, Sarimah ada adik.
Adik Sarimah namanya Faridah.
Ayah suruh Faridah sapu sampah.
Ayah kasih akan Sarimah dan Faridah.
Ayah beri Sarimah dan Faridah dadih.

ar ir ur er er or



cadar jelir telur sayur obor

gitar sifir kapur kotor motokar
mahir cukur bubur jalur terjatuh
banjir motor asar pasar pelajar
ajar kurma catur lahir farmasi
doktor dapur pergi makmur merpati
hantar pakar umur arkitek berjumpa

Pagi itu, Johar ke pasar.
Johar bawa motokar Basir.
Johar beli sayur dan telur.
Basir terjatuh daripada motor.
Mukanya lebam dan calar-balar.
Basir dihantar berjumpa doktor pakar.

as is us es os

lipas berus kubis tikus betis

bas kapas emas manis

kamus Ogos garis keris lukis

kupas lepas nanas miskin Anas

bengis keras mancis

Pak Abas menangis pengemis

Pak Abas ada kebun nanas.
Pak Abas tanam nanas madu.
Anas cucu tiri Pak Abas.
Anas suka makan nanas.
Anas petik dan kupas nanas.
Nanas itu lazat dan manis.

10

ap ip up ep ep op

asap kicap sup sudip

atap gagap kutip hirup cekap
tutup sirip celup gugup sirap
gelap kacip cukup malap hidup
karipap lenyap senyap helikopter

Anas cekap memasak.
Anas masak sup sirip ikan dengan kicap.
Anas ajak Salim hirup sup itu.
Rasa sup itu sangat sedap.
Selepas hirup sup, Anas minum sirap.
Anas turut makan karipap.
Tiba-tiba dapur itu jadi malap.
Anas rasa amat gugup dan terus tutup api
dapur itu.

11

ab ib ub ob ad id ud od

arnab kitab Ahad masjid
sebab nasib
kutub karib wad murid
adab wajib
Arab tabib abad jilid
akrab arkib
kitab Ayob akad Hamid

murtad Majid

abjad sujud

rekod

Ayob dan Hamid rakan karib.
Mereka selalu baca kitab lama.
Mereka juga suka bela arnab.
Pada hari Jumaat mereka ke masjid.
Di masjid mereka jumpa Haji Majid.
Ketiga-tiga mereka amat akrab.

12

ai au ia iu io ua ui

petai pisau peria buaya kuih

gerai daun tuala buih dua dia
kedai hijau jual kuil kuah
misai kerbau niaga buah duit
deria piano cuaca ceria biola
juadah rambai limau pandai periuk
pegawai belalai muzium tembikai luas

Pak Lebai ada gerai dekat muzium.
Gerai Pak Lebai luas dan ceria.
Di gerainya ada buah tembikai, tapai, dan limau.
Pelbagai jenis kuih juga dijual di situ.
Ramai pegawai ke kedai Pak Lebai.
Pak Lebai pandai main biola dan berniaga.
Dia pandai mencari duit.

13

ang ing ung eng eng ong

pisang kucing terung hidung sotong

angkat padang kacang cangkul
bingkai
kandang banglo sangkar singlet
burung
dacing gasing ringgit conteng
condong
anjing baling kambing sayang

bumbung kangkung bengkok

ponteng tengku bongkah

bohong kongsi pongkes

Pak Awang bela kambing dan burung.
Pak Awang buat kandang di tepi padang.
Anjing suka kejar kambing Pak Awang.
Pak Awang angkat sebuah pongkes.
Pak Awang baling pongkes ke arah anjing.
Anjing itu takut lalu lari lintang-pukang.

14

sya syi syu sye

syampu syiling televisyen

syabas syirik syukur syiar

syarat nasyid syurga tuisyen

syarahan syaitan syarikat

masyarakat mesyuarat

kha khi khu khe

Khamis khilaf khusus

khabar khidmat khurafat

khas mutakhir khusyuk

khatib khianat khutbah

khayal khemah

Khalid

khazanah

khalayak

15

Hari ini hari Khamis. Sekolah Khalid
mengadakan pertandingan syarahan. Khalid
bersyarah di hadapan khalayak ramai. Tajuk
syarahan Khalid ialah “Khazanah Melayu Lama”.
Guru besar mengucapkan syabas kepada
Khalid. Khalid ingin berkhidmat sebagai
pensyarah khusus tentang khazanah Melayu.

16

Haiwan peliharaan

arnab kucing

angsa ayam

anjing kerbau

17

Haiwan liar

gajah beruang

singa buaya

landak kera

18

Serangga

semut lipas

rama-rama lalat

tebuan kala

19

Buah-buahan

nanas manggis

mangga jambu

langsat pisang

20

Sayur-sayuran

terung petola

tomato bendi

lobak merah kacang panjang

21

Jenis-jenis bunga

bunga raya bunga ros

bunga kertas bunga matahari

bunga teratai bunga orkid

22

Jenis-jenis pakaian

baju kurung baju Melayu

baju kemeja seluar panjang

sapu tangan songkok

23

Bahagian tumbuhan

daun

bunga

batang buah
biji akar

24

Anggota badan haiwan

kucing

ekor

hidung

mata telinga

mulut misai
kuku
kaki

25

Anggota badan haiwan

ayam jantan
ekor

balung
mata

paruh taji
kaki

26

Taman bunga

Ini taman bunga. Taman bunga ini cantik dan
bersih. Di sini terdapat pelbagai jenis bunga.
Ada bunga raya, bunga kertas, bunga tasbih, dan
lain-lain. Udara di sini juga segar dan nyaman.
Di taman bunga juga disediakan tempat duduk
untuk kita berehat. Kita tidak boleh membuang
sampah di merata-rata tempat. Pada hari minggu
dan cuti am, ramai orang ke taman bunga.

27

Dusun buah-buahan

Datuk saya ada dusun buah-buahan. Di sini
terdapat berbagai-bagai jenis pokok buah-
buahan. Ada pokok duku, durian, rambutan,
manggis, langsat, dan cempedak.
Di dusun itu ada sebuah pondok kecil.
Datuk selalu berehat di pondok itu. Pada musim
durian datuk tidur di pondok itu.
Saya selalu ke dusun datuk bersama-sama
dengan ayah, emak, abang, dan adik. Ayah dan
abang pandai memanjat pokok rambutan dan
manggis. Saya sungguh seronok makan buah-
buahan tersebut.

28

Pekebun sayur

Bapa Harun pekebun sayur. Kebun
sayurnya luas. Ada berbagai-bagai jenis sayur
di kebun itu. Ada sayur sawi, bayam, lobak,
kangkung, terung, kacang panjang, bendi, dan
timun. Sayuran tersebut ditanam di atas batas.
Bapa Harun bangun pada waktu pagi untuk
menyiram sayuran itu. Dia menyiram sayuran
dua kali sehari. Sayuran itu juga dibubuh baja
supaya subur. Harun selalu menolong bapanya
di kebun.

29

Kebersihan diri

Tiap-tiap pagi Aina gosok gigi. Gigi Aina
putih dan bersih. Gigi bersih tidak mudah sakit.
Aina mandi menggunakan sabun.
Selepas memakai pakaian, Aina menyikat
rambutnya. Rambut Aina kemas dan bersih.
Pakaian Aina sentiasa bersih. Dia menjaga
pakaiannya supaya tidak kotor.
Aina juga memotong kukunya seminggu
sekali. Kuku tangan dan kakinya pendek dan
bersih.

30


Click to View FlipBook Version