TAKLIMAT PROGRAM
TRANSISI TAHUN 1
SESI 2021 SECARA MAYA
SK BUKIT PADANG
PESANAN
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kita kerana pada hari ini, kita semua diberikan kesihatan dan kelapangan waktu bagi
sama-sama menjayakan Program Transisi Tahun Satu SK Bukit Padang yang dibuat secara maya.
Pandemik COVID-19 telah memberi implikasi terhadap pembelajaran murid kerana kurikulum tidak
dapat disampaikan secara bersemuka kepada murid pada semua peringkat persekolahan
termasuk prasekolah. Bagi memastikan murid bersedia menghadapi Pendidikan pada peringkat
sekolah rendah, Program Transisi Tahun Satu 2021 ini telah dirancang mengikut Kit Program Transisi
Tahun Satu 2021 yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dengan mengambil
kira kandungan kurikulum prasekolah yang terkesan dan kurikulum Tahun Satu.
Program Transisi Tahun Satu 2021 dirangka dengan memberi penekanan terhadap aspek
sosioemosi, kognitif dan fizikal murid bagi menyediakan mereka menghadapi perubahan,
menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah rendah.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
Program Transisi Tahun Satu 2021 ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu Fasa
Persediaan, Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan. Pelaksanaan ketiga-
tiga fasa ini memerlukan usaha dan penglibatan semua pihak termasuk
pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa/penjaga.
Tiga fasa ini adalah Fasa Persediaan pada 11 – 19 Januari 2021, Fasa
Penyesuaian pada 20 – 29 Januari 2021, di mana sebahagiannya akan
dijalankan secara dalam talian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dan Fasa Kesediaan pada 1 Februari – 25 Mac 2021. Diharapkan murid-
murid dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran sekolah
dan dapat membina hubungan baik dengan rakan dan guru serta dapat
membina keyakinan diri untuk berkomunikasi.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan
selamat datang kepada semua murid ke Sekolah Kebangsaan Bukit
Padang dan menjadi harapan saya agar murid-murid dapat
menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu di sekolah ini,
selepas berakhirnya program transisi ini.
Tuan Puan ibu bapa yang dihormati, untuk berjaya dan untuk cemerlang, kita
tidak boleh hanya bercakap dan bermimpi tetapi perlu bertindak untuk
memastikan anak-anak kita berjaya, tanggungjawab ini bukan semata di atas
bahu anak-anak kita dan guru sahaja. Kita sebagai ibu bapa juga perlu
sentiasa melibatkan diri dan memantau pelajaran anak-anak kita. Dalam
suasana pandemik ini, kerjasama erat antara guru dan ibu bapa/penjaga
amat perlu.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
Saya mengalu-alukan komitmen ibu bapa untuk bersama membantu sekolah demi
mencapai tahap optimum melalui peranan yang kita boleh mainkan. Sebarang
sumbangan sama ada melalui buah fikiran, material juga penyertaan dalam aktiviti
amatlah dihargai.
Akhir kata, tuan puan sekalian, saya mengharapkan kita sama-sama
dapat memastikan kecemerlangan sekolah, demi kecemerlangan anak-anak kita.
Dengan ini, saya sudahi wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian terima kasih.
Encik Mohd Masni Haji Nanun
Guru Besar
SK Bukit Padang, Kota Kinabalu
PESANAN PENYELARAS
PROGRAM TRANSISI
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wararakatuh, dan Salam Sejahtera kepada semua ibu
bapa/penjaga. Salam kasih sayang kepada semua murid tahun 1 2021. Selamat datang ke
Sekolah Kebangsaan Bukit Padang, Kota Kinabalu bagi memulakan alam persekolahan
sekolah rendah. Cikgu berharap murid-murid semua telah bersedia untuk menghadapi
pendidikan sekolah rendah pada tahun ini. Program ini merupakan satu program yang
diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan murid
menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di
sekolah rendah.
Program Transisi diorganisasi dalam 3 fasa iaitu:
1. Fasa Persediaan - 11 hingga 19 Januari 2021
2. Fasa Penyesuaian – 20 hingga 29 Januari 2021
3. Fasa Kesediaan - 1 Februari hingga 26 Mac 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan
terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat
membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan
perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada
tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.
Kepada ibu bapa semua. Diharap semua dapat bekerjasama dengan guru-guru. Kita sedia
maklum bermula tahun lepas dunia telah dikejutkan dengan pandemik covid-19. Justera
cara Pendidikan telah berubah daripada bersemuka menjadi secara maya atau lebih
dikenali sebagai pembelajaran dalam talian.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
Ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk mengikut
taklimat dalam talian. Pada tahun ini buat pertama kalinya sekolah mengadakan taklimat
tanpa bersemuka. Justeru, saya amat berharap agar semua ibu bapa mengambil masa
untuk membaca kandungan buku secara maya bagi memahami perjalanan pelaksanaan
program transisi tahun ini. saya sudahi wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh
Sekian dan terima kasih.
SUZENA LIAN BINTI MARCUS
Penyelaras Program Transisi Tahun 1
SK Bukit Padang, Kota Kinabalu
PESANAN KETUA
GURU DISIPLIN
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
BADAN DISIPLIN
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
DEFINISI
Peraturan untuk melatih
seseorang supaya
berkelakuan baik.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
OBJEKTIF
• MEMASTIKAN Semua murid memahami dan
menghayati peraturan sekolah dengan jelas
• Menjauhkan semua salah laku disiplin
• Mengamalkan budaya baik dan berbudi bahasa
• Meningkatkan kecemerlangan pembangunan
sahsiah murid
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
Waktu Persekolahan Sesi 2021
ISNIN HINGGA KHAMIS
6.50 pagi SEHINGGA 12.00 tengah hari
JUMAAAT
6.50 pagi hingga 11.30 pagi
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
HORMAT -MENGHORMATI
1. Peraturan sekolah mestilah dipatuhi dan dihormati oleh semua
pelajar.
2. Semua pelajar wajib menghormati semua warga sekolah;
guru-guru, kakitangan sekolah , semua murid serta pelawat
yang hadir ke sekolah.
3. Pelajar dikehendaki menghormati bendera kebangsaan ,
negeri dan sekolah.
4. Berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku , Sabah
Tanah Airku dan lagu sekolah serta menyanyikan lagu-lagu
tersebut dengan penuh semangat.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PAKAIAN DAN RAMBUT
• Peraturan mengenai pakaian dan rambut adalah
mengikut arahan surat pekeliling ikhtisas
bil.2/1976, bil.4/1976 dan bil.12/1978.
• Pakaian seragam yang bukan fesyen, bersih,
lengkap dengan lencana sekolah di atas kocek
baju (L) / tudung (P) dan memakai tag nama
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PAKAIAN DAN RAMBUT
Pelajar Lelaki
• Baju kemeja warna putih, lengan pendek,
dimasukkan dalam seluar, butang dikenakan
dengan lengkap. Seluar warna biru tua {navy blue}.
• Kain cotton bukan jeans.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PAKAIAN DAN RAMBUT
Pelajar Perempuan
• Baju kurung warna putih kain jenis cotton tetron,
lengan panjang bercekak, tudung warna putih (tepi
tidak berbunga) dan kain warna biru.
• Baju pinafore {kain melebihi paras lutut }
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PAKAIAN DAN RAMBUT
UNTUK KEGIATAN SUKAN DAN PJ
• BAJU PJ SEKOLAH ATAU
• BAJU RUMAH SUKAN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PAKAIAN DAN RAMBUT
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PAKAIAN DAN RAMBUT
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PAKAIAN DAN RAMBUT
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PAKAIAN DAN RAMBUT
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
• Jangan keluar dari kawasan sekolah ketika
waktu persekolahan kecuali dengan izin guru
besar, penolong kanan atau guru bertugas
mingguan.
• Hanya surat doktor (mc) atau surat yang
ditandatangani oleh waris yang menyatakan
sebab tidak hadir diterima sebagai bukti.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
• Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa
sebarang maklumat, akan diberi surat peringatan
pertama, kedua dan ketiga.
• Surat peringatan terakhir dihantar untuk
memaklumkan pelajar berkenaan diberhentikan
persekolahan / dibuang sekolah.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
• Pelajar-pelajar mestilah menjaga kebersihan dan
kesihatan diri, bilik darjah, bangunan dan
kawasan sekolah.
• Buang sampah dan sisa makanan dalam bakul /
tong sampah yang disediakan.
• Jaga kebersihan tandas.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
• Jangan meludah dari tingkap atas bangunan atau
meludah di lantai konkrit.
• Pelajar-pelajar mestilah berkelakuan baik, bersopan
santun dan mempunyai sikap bertanggung jawab
pada setiap masa.
• Jangan membawa, membaca atau memiliki buku-
buku komik, majalah, cd, vcd, dvd atau apa-apa bahan
yang boleh menjejaskan akhlak.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
• Jangan membawa atau memiliki alat-alat yang
berupa senjata.
• Tidak dibenarkan sama sekali membawa telefon
bimbit sekali
• Semua pelajar bertanggungjawab menjaga
keselamatan harta benda sekolah.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
• Minta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke
pejabat, bilik guru, bilik guru besar , setor atau
sebarang bilik
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
• Jangan membuat bising atau mengganggu
perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam
waktu persekolahan.
• Jangan keluar kelas tanpa kebenaran. Dapatkan
kad kebenaran keluar kelas terlebih dahulu dari
guru yang mengajar ketika itu.
• Pelajar yang keluar dari kelas tanpa kad
kebenaran keluar kelas akan dikenakan tindakan
serta merta.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
• Ingatkan kepada ibubapa/penjaga/saudara
• Pelawat-pelawat mestilah mendapat
kebenaran guru besar terlebih dahulu sebelum
berjumpa dengan guru atau pelajar.
• Pelajar di larang membeli makanan daripada
penjaja di luar kawasan sekolah pada masa
persekolahan.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
PERATURAN / UNDANG-UNDANG SEKOLAH
• Semua surat menyurat kepada pelajar akan
tertakluk kepada tapisan oleh pk hem, guru disiplin
dan mana-mana guru yang diarahkan oleh guru
besar.
• Sekian dan terima kasih.
MOHD AFFANDY ABDULLAH
Ketua Guru Disiplin
SK Bukit Padang, Kota Kinabalu
PENGISIAN PROGRAM
T RANSISI
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG