PIBG Dirasmikan oleh ENCIK AHMAD ROSHNI HAJI MOHD KHALID Guru Besar, SK BUKIT PADANG
BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Kata alu-aluan Penasihat PIBG 2 - 3 2. Kata alu-aluan Yang DiPertua PIBG 4 - 5 3. Pendahuluan dan Objektif 6 4. Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 7 5. Aturcara Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 8 6. Ahli Jawatankuasa Tertinggi PIBG Sesi 2023/2024 9 7. Ahli Jawatankuasa Kerja/Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 10 - 14 8. Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung Kali Ke-20 15 - 21 9. Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-20 22 - 36 10. Laporan Aktiviti PIBG Julai – Disember 2023 37 11. Penyata Julai – Disember 2023 38 - 40 12. Laporan Kewangan Julai – Disember 2023 41 - 48 13. Senarai Usul dan Cadangan Sesi 2024/2025 49 - 52 14. Catatan 15. Sekalung Budi 1 ISI KANDUNGAN
2 KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG ~SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG~ Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia Madani, dan Salam Sejahtera Syukur alhamdulillah kerana dengan taufiq dan hidayah-Nya dapat kita semua berkumpul di sini bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Ke-21. Saya juga mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puanpuan ke majlis ini. Sesungguhnya, kehadiran tuan- tuan dan puan-puan sekalian amat bermakna kepada semua warga sekolah ini. Keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan sekalian pastinya akan menguatkan lagi semangat serta keazaman kami untuk menyemarakkan lagi pencapaian dan kejayaan sekolah ini. Hadirin sekalian, Apabila saya menjejak kali pertama ke sekolah ini, saya terus bertemu Encik Jonnas Joitol, YDP PIBG untuk berbincang bagi segala maslahat yang dihadapi oleh PIBG. Ini dapat dibuktikan apabila PIBG berjaya mendapat pengesahan dan pengiktirafan penubuhan jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024. Permuafakatan bersama pihak PIBG sangat penting demi memastikan usahasama ini dapat diteruskan untuk kecemerlangan anak murid SK Bukit Padang. Pelbagai inisiatif dan sumbangan yang diberikan oleh PIBG dalam membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Bukanlah mudah untuk pihak sekolah dalam melaksanakan program-program besar yang penting tanpa sokongan dan dorongan PIBG. Semangat mengambil berat dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memudahkan urusan sama dari segi kewangan, tenaga kerja mahupun idea dalam membentuk kemenjadian murid.
Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum dengan bantuan sokongan PIBG. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita. Hadirin yang dihormati sekalian, Kecemerlangan sesebuah sekolah juga bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Oleh itu, kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulatbulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah laku umpamanya tidak siapkan tugasan kepada sebesar-besar masalah, umpamanya ponteng sekolah, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anakanak. Pastikan anak-anak kita sentiasa hadir ke sekolah dan patuh kepada peraturan. Sebelum saya akhiri ucapan, saya rakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG dan semua pihak yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Bukit Padang pada kali ini. Sesungguhnya segala bakti dan sumbangan yang diberikan sama ada dalam bentuk kewangan, perkongsian idea serta kerjasama bagi kecemerlangan anak didik selama ini amatlah dihargai. Semoga mesyuarat kali ini, musyawwarah dilaksanakan dalam keadaan harmoni, cekap dan relevan. Sekian, terima kasih. AHMAD ROSHNI HAJI MOHD KHALID Penasihat PIBG SK Bukit Padang KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 3 ~SECORET KATA~
Salam sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21 ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung Tahunan ini, merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Kami AJK PIBG sesi 2023/2024 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini dimana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada sekolah. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudahmudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Bukit Padang. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SK Bukit Padang. Sekian, terima kasih. 4 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG ~SECORET KATA~
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 5 ~SECORET KATA~ Kami AJK PIBG sesi 2023/2024 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini di mana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada sekolah. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Bukit Padang. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SK Bukit Padang. Sekian, terima kasih. JONNAS JOITOL Yang DiPertua, PIBG SK Bukit Padang
6 MESYUARAT AGUnG TAHUNAN KALI KE-21 SeKolah kebangsaan BUKIT PADANG PENDAHULUAN Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21 merupakan aktiviti rutin yang diadakan di sekolah pada setiap tahun sejajar dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Melalui persatuan ini, pelbagai aktiviti untuk kepentingan sekolah khususnya para pelajar mampu digambleng dan direalisasikan serta diharapkan mampu memberi impak positif kepada kecemerlangan sekolah. OBJEKTIF 1. Memperkasa kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam pelbagai perkara. 2. Mengeratkan hubungan positif antara ibu bapa dan guru serta masyarakat setempat. 3. Memertabatkan nama baik sekolah melalui aktiviti berfaedah dan bermakna. 4. Membantu menangani pelbagai permasalahan pelajar secara bersama dalam aspek disiplin, akademik dan kokurikulum. 5. Menerapkan budaya penyayang dalam kalangan ibu bapa dan guru terhadap kepentingan hubungan kekeluargan sama ada di rumah mahupun di sekolah. 6. Memberi komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan pelajar khususnya dalam aspek sahsiah diri, akademik dan kokurikulum.
7 Notis mesyuarat agung pibg kali ke-21 Rujukan : SKBP (KK)100-13/1/4( ) Tarikh :18/6/2024 Kepada, Ibubapa /Penjaga Pelajar, SK Bukit Padang, Kota Kinabalu. Melalui : Guru Besar, SK Bukit Padang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah. Tuan/Puan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KALI KE-21 SESI 2024/2025 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU ( PIBG) SK BUKIT PADANG,KOTA KINABALU. Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas . 02. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Padang amat berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat agung yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 29 JUN 2024 (Sabtu) Masa : 8.00 Pagi Tempat : DewanTerbuka Haji Jaafar, SK Bukit Padang 03. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian,Terima Kasih. “Malaysia Madani” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan Amanah (JONNAS JOITOL) Yang Dipertua , Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Padang. s.k Penasihat PIBG ,SU PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PADANG 88300 Kota Kinabalu,Sabah TeL : 088-249420 Fax : 088249420
8 Atur cara majlis mesyuarat agung tahunan pibg Tarikh : 29 Jun 2024 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka Haji Jaafar, Sekolah Kebangsaan Bukit Padang
9 Ahli jawatankuasa tertinggi pibg Sesi 2023/2024
10 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 21 SESI 2024/2025
11 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 21 SESI 2024/2025
12 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 21 SESI 2024/2025
13 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 21 SESI 2024/2025
14 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 21 SESI 2024/2025
15 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 MINIT MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN AJK TERTINGGGI PIBG SESI 2023 Tarikh : 15 Julai 2023 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka Haji Jaafar, Sekolah Kebangsaan Bukit Padang
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 15
16 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-20
17 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-20
18 SENARAI KEHADIRAN ibu bapa / waris MESYUARAT AGUNG KALI KE-20
19 SENARAI KEHADIRAN ibu bapa / waris MESYUARAT AGUNG KALI KE-20
20 SENARAI KEHADIRAN ibu bapa / waris MESYUARAT AGUNG KALI KE-20
21 SENARAI KEHADIRAN ibu bapa / waris MESYUARAT AGUNG KALI KE-20
22 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 Tarikh : 15 Julai 2023 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka Haji Jaafar, Sekolah Kebangsaan Bukit Padang Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi. 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang dapat menunaikan tanggungjawab untuk hadir dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG Sk Bukit Padang Kali Ke -20. 2. Pembentangan dan Pengesahan minit Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Padang Kali Ke -20 2.1En Jonnas Bin Joitol selaku Yang Di Pertua PIBG membentangkan Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke 20. Dicadang oleh : En.Saifunnohar Bin Awang Disokong oleh : En Ibrahim 3. Terdapat kehadiran yang tidak tersenarai dalam minit mesyuarat yang lepas. 3.1 Pn Aleeya (nama ibu murid tahun 2) 3.2 Pn Nor Hidayu binti Johari (ibu Idham 3 Gamma) 3.3 Pn. (ibu Haziq Syahmi 3 Sigma) (Makluman)
23 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 4. Terdapat 3 aktiviti yang telah dijalankan: 1. 15April – IFTAR Ramadhan bersama anak yatim 2. 22 April – Majlis Pemantapan ibu bapa 3. 21 Mei – Sambutan Hari Raya Aidilfitri 5. Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2022/2023. Mengikut akta pendidikan 1996, sub peraturan 7 (PIBG), pemilihan jawatankuasa adalah melalui undian dan semua jawatan perlu dipertandingkan kecuali kuota guru (Setiausaha dan Bendahari). (Makluman) 6. Pembentangan usul. Terdapat 12 usul yang diterima namun 6 sahaja yang dibincangkan setelah dirangkumkan kesemuanya. (Pihak Sekolah) Usul 1 : Cadangan agar makluman mesyuarat jemputan diedarkan seminggu lebih awal. Usul 2: Mewujudkan group whattsapp ibu bapa. Usul 3: Pembaikan dan baik pulih peralatan seperti kipas dan lampu.
24 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 Usul 4: Pembaikan jalan raya yang banyak lubang (sedang diusahakan). Usul 5: Mengetatkan keselamatan murid. Isu keselamatan murid di dalam sekolah. Hal ini kerana dari segi pemantauan, ada ibu bapa yang terus masuk dan berhenti di bahu jalan. Usul 6: Tambahan kerusi dan tempat duduk di kantin. 7. Laporan setiausaha PIBG sesi 2022/2023. (Cik Asni) 7.1 Kekerapan mesyuarat dijalankan sebanyak 4 kali setahun. 1. Mesyuarat Bil.1 – 27 Januari 2023 2. Mesyuarat Bil.2 – 18 Mac 2023 3. Mesyuarat Bil.3 – 17 Jun 2023 4. Mesyuarat Bil.4 – 1 Julai 2023 Semua mesyuarat dijalankan di bilik mesyuarat SK Bukit Padang. (Makluman) 7.2 Pihak sekolah juga telah menerima sumbangan untuk majlis graduasi dan iftar ramadhan. Selain itu, pihak sekolah telah menerima sumbangan penghawa dingin sebanyak 4 unit untuk kegunaan bangunan kelas PPKI yang baharu adalah daripada dana luar. (Prof Dr Janice) (Makluman)
25 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 7.3 Keterlibatan PIBG dalam program sekolah: 1. Program gotong-royong sekolah 2. Majlis Anugerah Cemerlang 3. Majlis Apresiasi Kokurikulum 4. Pendaftaran tahun 1- 6 5. Pemeriksaan tempat letak kenderaan 6. Sambutan Hari Guru dan Kelab Rekreasi 7. Majlis penyerahan kunci stor sukan PIBG kepada pihak sekolah Pihak PIBG 2022/2023 mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru dalam usaha menjayakan aktiviti dan program demi kemenjadian murid. (Makluman) 7.4 Cadangan 1. En Ibrahim menyuarakan pendapat berdasarkan pembentangan program-program tersebut, beliau dapati bahawa program yang dijalankan kurang melibatkan keterlibatan dan pengetahuan murid. Beliau mencadangkan agar aktiviti akan datang adalah yang melibatkan murid seperti lawatan yang boleh memberi impak dan pengalaman yang bermakna kepada murid. 2. En Mohd Fadhil menyentuh mengenai kekerapan mesyuarat yang dijalankan agar setiap kali habis mesyuarat perlu diwarwarkan keputusan mesyuarat dan apakah tindakan yang telah diputuskan. Dicadang oleh : En Saiful Bin Awang Disokong oleh: En Ibrahim
26 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 8. Laporan Penyata Kewangan oleh Bendahari (En Christen Dounny) 8.1 Merujuk penyata laporan kewangan yang telah diedarkan, akaun semasa adalah melalui simpanan Bank Islam manakala akaun terima adalah melalui simpanan tunai. 8.2 Bayaran elaun guru ganti bagi menggantikan guru yang cuti bersalin telah dibayar menggunakan kewangan PIBG sebanyak RM1200.00 x 3 bulan. (Akaun Bank Islam) 8.3 Manakala, sumbangan duta PIBG tarian telah dibayar sebanyak RM210.00 dan sumbangan kepada penari telah dibayar sebanyak RM210.00. (Akaun tunai) (Makluman) 8.4 Laporan pembentangan kewangan ditutup. Dicadang oleh : En Saiful Bin Awang Disokong oleh : En Sharif Cadangan/Perkara berbangkit 9.1 En Mohd Fadhil bin Hayat memberi komen bahawa penyata kewangan tidak dinyatakan rekod tarikh wang masuk dan keluar secara terperinci. Respon Bendahari: Penyata laporan yang diedarkan hanya ringkasan dan rekod laporan terperinci memang ada direkodkan dalam simpanan beliau. 9.2 En Razali bin Buyung mencadangkan agar setiap aktiviti perlu dicatat/tulis perinciannya agar ibu bapa lebih maklum. Sebagai contoh, setiap perbelanjaan aktiviti atau program perlu dinyatakan dan perlu diwar-warkan agar semua tahu. Tambahan lagi, beliau juga mencadangkan agar program dan perbelanjaan yang digunakan haruslah program yang memberi impak kepada murid.
27 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 YDP memberi respon: Beliau memaklumkan bahawa selepas ini akan ada penambahbaikan dalam pembentangan penyata kewangan dan makluman kepada ibu bapa akan lebih dipergiatkan melalui hebahan group whattsapp khususnya 9.3 En Ibrahim juga bersetuju dengan cadangan En Razali, beliau mempertikaikan bahawa perbelanjaan pada Sambutan Hari Raya sangat besar sehingga mencecah RM6000.00. Bagi beliau, ini adalah tidak relevan dan tidak ada kebaikan kerana ianya hanya bersifat hiburan. Beliau berharap agar akan datang diperbanyakkan pula program dan aktiviti yang bermanfaat kepada murid. YDP memberi respon: YDP memberi ulasan bahawa perbelanjaan program hari raya itu memang dibelanjakan dan digunakan untuk ibu bapa dan murid. Perbelanjaan memang besar, namun SKBP juga banyak melibatkan murid dalam aktiviti sekolah dan terdapat juga murid yang mewakili pertandingan ke peringkat kebangsaan. Beliau berharap agar sumbangan PIBG lebih menggalakkan selepas ini. 9.4 En Robail bin Ramli meminta penjelasan berkenaan yuran PIBG dan sumbangan PIBG ini apa kegunaannya kerana setiap program atau aktiviti tidak diminitkan. Hal ini kerana ibu bapa perlu tahu berapa bajet yang diperlukan supaya ibu bapa lebih maklum. Sebagai contoh, sumbangan sebanyak RM30.00 ibu bapa kepada PIBG kemanakah wang itu digunakan. Jika ada sebilangan jumlah yang diperlukan boleh maklumkan kepada ibu bapa agar sama-sama dapat membantu.
28 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 Respon YDP: Mengikut akta 1996, perbelanjaan wang PIBG membolehkan wang tersebut digunakan untuk kegunaan persatuan dan membantu pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah. Respon Guru Besar : Wang sumbangan sememangnya digunakan untuk aktiviti dan program murid sebagai contoh, perbelanjaan makan dan minum murid bagi pasukan Rugbi yang telah mewakili sekolah. Bagi pertandingan Bola Sepak, pihak sekolah tidak dapat menghantar peserta kerana murid yang sama mewakili pasukan Rugbi dan kos yuran yang sangat tinggi di SK Malawa. Namun, pihak sekolah juga telah banyak menghantar penyertaan murid dalam pertandingan seperti pertandingan rekacipta dan mendeklamasi sajak. Pihak sekolah tidak pernah memohon mana-mana bantuan untuk menampung program sekolah, namun PIBG lah yang telah menambah dana untuk program-program tersebut. Malahan, setakat ini tiada sebarang permohonan kewangan daripada ibu bapa sebaliknya pihak sekolah lebih memohon kewangan daripada kalangan guru. Selagi pihak sekolah boleh tampung,pihak sekolah tidak meminta daripada ibu bapa. Namun, jika ada keperluan barulah pihak sekolah memerlukan sokongan daripada pihak PIBG. Wang sumbangan PIBG juga kebanyakkan digunakan untuk menampung yuran penyertaan, makan minum murid dan kipas yang rosak di sekolah.
29 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 9.5 En Razali minta penjelasan adakah pihak sekolah telah memohon daripada PPD berkenaan meja dan kerusi yang telah rosak sebelum meminta bantuan daripada ibu bapa? Hal ini kerana, pihak sekolah mempunyai waran khas untuk memohon kerusi dan meja daripada PPD. Respon Guru Besar Memang pihak sekolah ada mohon namun jawapan PPD adalah memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang dilanda banjir khususnya seperti SK Rampayan dan lain-lain. Pihak sekolah sudah mengambil tindakan, namun bantuan agak lambat dari pihak atasan. 9.6 Kedua, adakah 3 aktiviti yang dijalankan itu mempunyai kertas kerja dan spesifikasi bajet perbelanjaan? Jika ada, mohon war-warkan kepada ibu bapa (PIBG) juga. Respon Guru Besar: Pihak sekolah juga memang mempunyai kertas kerja dan perincian peruntukkan tersebut namun hanya untuk simpanan pihak sekolah. Pihak sekolah tidak mengedarkan kepada ibu bapa kerana dana perbelanjaan tidak melibatkan kewangan PIBG. 9.7 En Razali memohon agar mana-mana program atau aktiviti yang melibatkan kewangan PIBG, perlu dikongsikan kertas kerja dan laporan perbelanjaan kewangan dengan lebih jelas.
30 Respon YDP: Setiap program yang melibatkan kewangan PIBG, YDP akan mengadakan mesyuarat sesama AJK PIBG terlebih dahulu sama ada setuju atau tidak berdasarkan status kewangan semasa. 9.8 Pn Nadiah menyuarakan bahawa perbelanjaan RM6000.00 untuk Majlis Sambutan Raya terlalu besar dihabiskan dalam masa sehari. Beliau berasa ianya tidak berbaloi dan adalah lebih baik agar sumbangan yang diberi digunakan untuk membeli keperluan buku dan peralatan tulis kepada murid-murid yang memerlukan. Program seperti itu, perbelanjaannya perlu dihadkan kerana ibu bapa dan jemputan juga sememangnya membawa juadah dari rumah untuk berkongsi. Respon YDP: Meskipun sudah berbelanja secara berhemah, namun harga barangan dan kos juga tinggi pada masa kini. Tambahan lagi, sekolah juga sudah lama tidak meraikan sambutan sedemikian disebabkan PKP baru-baru ini. YDP memohon maaf sekali lagi kerana memang begitulah perbelanjaan yang telah digunakan. Beliau berharap agar tahun-tahun akan datang, perbelanjaan sambutan raya ini wajar dikurangkan. MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20
31 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 9.9 Prof Madya Dr Janice menjelaskan berkenaan dengan perbelanjaan PIBG dan pihak sekolah. Selaku AJK PIBG, beliau amat berterima kasih kepada YDP kerana begitu telus dan tegas dalam setiap perbelanjaan kewangan PIBG. Beliau mencadangkan agar kalau boleh warga ibu bapa jangan dulu sentuh isu duit PIBG seolah-olah ibu bapa hanya lihat program hiburan sahaja yang diutamakan. Hal ini kerana, ada banyak lagi program yang bukan hiburan telah dilaksanakan. Contohnya, agihan bantuan baju raya kepada asnaf dan miskin, sumbangan membaikpulih bangunan kelas PPKI. Prof Madya Dr Janice juga merakamkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dan telah membantu dalam ubah suai bangunan kelas PPKI pada hari Sabtu tanpa digaji dan overtime. Begitu juga guru-guru yang telah berkorban masa untuk anak-anak SKBP. Untuk makluman semua, bangunan kelas PPKI yang telah diubahsuai bukannya menggunakan dana PIBG pun, malah semuanya adalah daripada dana luar. Beliau juga menyatakan bahawa telah usahakan untuk mendapatkan sumbangan penghawa dingin untuk kelas PPKI. Akhirnya beliau berjaya dapatkan 4 biji penghawa dingin untuk kegunaan murid-murid. PPKI khususnya. Semua ini tidak menggunakan duit PIBG. Kerusi dan meja juga masih sedang diusahakan. Sampai tahap itu pihak sekolah berusaha untuk tidak menggunakan wang daripada PIBG. Beliau menegaskan bahawa barisan AJK PIBG dan pihak sekolah bukanlah AJK Hiburan, tapi lebih kepada AJK Prihatin sebenarnya. Justeru, beliau berharap agar ibu bapa lebih faham bahawa pihak PIBG dan sekolah bukanlah tidur sahaja. Akhir sekali, beliau mencadangkan agar tahun akan datang wang PIBG tersebut. Jangan lagi digunakan untuk sambutan raya dan adalah lebih baik digunakan untuk program akademik yang melibatkan murid.
32 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 9.10 En Mohd Fazil bin Hoyak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Puan Prof Madya Dr Janice atas usaha yang telah diberikan demi murid-murid SKBP. Beliau mencadangkan untuk memantapkan kewangan, 10% daripada jumlah baki kewangan semasa boleh digunakan untuk setiap program yang bakal diadakan. Tetapkan jumlah perbelanjaan bagi setiap program kemudian program atau aktiviti yang dirancang perlu disenaraikan dan ditetapkan bajet setiap programnya. Hal ini supaya kewangan PIBG tidak jatuh begitu susut secara mendadak. Gunakanlah 10% daripada baki program atau peruntukkan RM1000.00 bagi setiap program. Laporan perbahasan kewangan ditutup. Dicadang oleh: En Saiful bin Awang Disokong oleh: En Sebastian Harun 10.0 Perbahasan Usul 10.1 Cadangan Usul 1 (Dicadangkan oleh: En Sehon) En Sahon mencadangkan agar sesi persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi dan pembinaan jejantas dihadapan sekolah. Ulasan GB: -Pertukaran masa agak sulit untuk diubah kerana pihak sekolah perlu memohon kepada pihak atasan. Namun, sekolah juga mempunyai kekangan kerana pada setiap hari Rabu murid-murid tahap 2 mempunyai aktiviti kokurikulum. Murid-murid juga mempunyai aktiviti 1M1S pada setiap hari Selasa bermula seawal pada pukul 6.30 pagi. Selain itu, sekolah juga menghadapi masalah kekurangan guru agama, dan ini menyulitkan penyusunan jadual waktu guru-guru dan kelas khususnya.
33 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 10.2 Cadangan Usul 2 (Dicadangkan oleh En Railey bin Mohamad) En Railey mencadangkan agar menubuhkan kumpulan pemantau penyediaan makanan di kantin khususnya RMT dalam kalangan ahli PIBG. Hal ini kerana, didapati pihak kantin telah menggunakan kertas daripada buku latihan untuk membungkus pau. Perkara ini merisaukan kerana kertas daripada buku latihan mempunyai ink dan ini membahayakan keselamatan murid. 10.3 Cadangan Usul 3 (Dicadangkan oleh Pn Saunah Gohit) Pintu tandas perlu dibaiki dan bangunan yang uzur membahayakan murid dan guru. Ulasan GB: Pihak sekolah dan PIBG telah berusaha semampunya untuk menampung kekurangan yang ada. 10.4 Cadangan Usul 4 (Nordiyana binti Mohd Jalil) Buat group whattsapp setiap tahun 1 – 6 Lantik ibu bapa setiap kelas. Untuk cadangan AJK PIBG dicadangkan pemilihan calon di group kelas terlebih dahulu.Sekiranya ada usul atau cadangan, perlu dimuatnaik ke dalam group whattsapp ibu bapa terlebih dahulu sebagai makluman awal. Sebagai contoh, ibu bapa boleh isi dalam google form dan ini dapat mempercepatkan urusan persetujuan. Usul yang diterima atau ditolak akan dipilih supaya dapat dibahaskan.
34 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 10.5 Cadangan Usul 5 (En Fadzil bin Hoyak) En Fadzil bin Hoyak mencadangkan agar semua usul perlu dibaca kepada semua, kemudian barulah diputuskan sama ada usul diterima atau ditolak. Usul yang perlu dibahaskan pada hari ini, perlu dibahaskan dan dibincang pada hari mesyuarat tersebut. Selain itu, design baju sukan yang baru setiap tahun adalah membebankan kerana tidak rasional. Hal ini kerana setiap murid masih berada dalam rumah sukan yang sama sedangkan baju sukan masih boleh digunakan. Beliau mencadangkan agar baju sukan ditukar 3 tahun sekali, baru lah wujudkan design baru. Tambahan lagi, dari segi buku kerja pula ada beberapa buku kerja yang dibeli tetapi tidak digunakan. Syabas dan tahniah kepada panitia Pendidikan Islam yang telah menggunakan 80% buku aktiviti. Beliau mencadangkan agar biarlah murid tahap 2 juga sama seperti tahap 1 iaitu hanya subjek tertentu sahaja yang perlu membeli buku kerja. 10.6 Cadangan Usul 6 (Nordiyana binti Mohd Jalil) Isu tali leher. Mencadangkan 4 subjek sehari.Tahun 1 yang sudah membayar tali leher namun sehingga naik ke darjah 3 masih belum terima tali leher. Sedangkan, pada tahun 2023 ada pula belian tali leher design baharu yang perlu dibayar. Ibu bapa kelas 1 Gamma pada tahun tersebut tidak mendapat sebarang penjelasan daripada pihak sekolah. Ulasan GB: Jika ada ibu bapa yang terlibat selama 3 tahun tidak menerima tali leher, mohon berjumpa dengan guru besar kelak. (Kelas 1 Gamma, 2021) Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022/2023 ditangguhkan pada pukul 11.33 pagi.
35 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 11.PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SESI TAHUN 2022/2023 11.0 YDP menyerahkan perjalanan mesyuarat pengerusi sementarakepada Encik Fraund Amantun. 11.1 Pengerusi sementara memaklumkan pemilihan jawatankuasa adalah melalui undian dan semua Jawatan perlu dipertandingkan kecuali Kouta guru (Setiausaha dan Bendahari). 11.3Cadangan Jawatan kuasa tertinggi dikekalkan kerana menunjukkan prestasi dan komitmen yang baik dan komited (En .Fazdil Bin Hoyak). (Semua yang hadir dalam mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang diberi). 11.4.Hanya Jawatan Timbalan Yang Dipertua dipertandingkan.Pn Kartini Binti Madun telah mendapat undian tertinggi daripada ibu bapa untuk jawatan Timbalan Yang Di Pertua PIBG. Berikut adalah pemilihan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua yang telah dipersetujui sebulat suara oleh semua yang hadir: Yang Dipertua : Tn Jonnas Jaitol Naib YDP : Pn.Kartini Binti Madun
36 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 12.0 UCAPAN PENANGGUHAN/PENUTUP. YDP Tn. Jonnas Jaitol Mengucapkan terima kasih atas lantikan dan kepercayaan yang di berikan sekali lagi untuk Sk Bukit Padang, Beliau berharap semua AJK yang di lantik dapat memberikan kerjasama kepada beliau serta lantikan baharu dapat menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 Petang. Dicatat dan dikemaskini oleh, Disemak dan disahkan oleh, ASNI BINTI ISA JONNAS JAITOL Setiausaha Kehormat PIBG Yang DiPertua PIBG Sesi 2023/2024 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Dicadang oleh: Disokong oleh:
37 LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG 2023/2024 (JULAI HINGGA DISEMBER 2023)
38 LAPORAN KEWANGAN PENYATA JULAI - DISEMBER PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK BUKIT PADANG PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN BAGI BULAN JULAI – DISEMBER 2023 (A) AKAUN SEMASA DALAM BANK ISLAM
39 (A) AKAUN SEMASA DALAM BANK ISLAM (B) AKAUN TUNAI LAPORAN KEWANGAN PENYATA JULAI - DISEMBER
40 LAPORAN KEWANGAN PENYATA JULAI - DISEMBER JUMLAH BAKI KESELURUHAN KEWANGAN PIBG PADA DISEMBER 2023 IALAH RM 10,033.14 Disediakan oleh EN CHLRISTEN DOUNY BENDAHARI PIBG SK. BUKIT PADANG Disemak oleh EN. RICHARD CLEMENT MAKULIM JURU AUDIT IBU BAPA SK BUKIT PADANG Dicadangkan oleh TARIKH: DIsahkan oleh TARIKH:
41 1. AKAUN DALAM BANK ISLAM PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER 2023
TARIKH BULAN / ITEM PENDAPATAN (RM) PENGELUARAN (RM) BAKI (RM) 13 JULAI 2023 Perbelanjaan makanan dan hadiah hamper mesyuarat AGM 2023 Caj pengeluaran cek Bayaran pemprosesan cek 950.00 2.00 0.50 13,404.49 13,402.49 13,401.99 14 JULAI 2023 Sumbangan daripada YB Datuk Peto Galim 1,000.00 14,401.99 JUMLAH 16,757.49 2,355.50 14,401.99 1 OGOS 2023 OGOS 2023 Jumlah baki ke hadapan pada 1 OGOS 2023 14,401.99 - 14,401.99 8 OGOS 2023 Sumbangan topi sempena sukan sekolah SK Bukit Padang. Bayaran pemprosesan cek 1,600.00 0.50 12,801.99 12,801.49 JUMLAH 14,401.99 1,600.50 12,801.49 42 PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER 2023
TARIKH BULAN / ITEM PENDAPATAN (RM) PENGELUARAN (RM) BAKI (RM) 1 SEPTEMBER 2023 SEPTEMBER 2023 Jumlah baki ke hadapan pada 1 September 2023 12,801.49 12,801.49 JUMLAH 12,801.49 12,801.49 1 OKTOBER 2023 OKTOBER 2023 Jumlah baki ke hadapan pada 1 Oktober 2023 12,801.49 12,801.49 30 OKTOBER 2023 Pembayaran penyediaan makanan program gotongRoyong madani Bayaran pemprosesan cek 980.00 0.50 11,821.49 11,820.99 1 NOVEMBER 2023 NOVEMBER 2023 Jumlah baki ke hadapan pada 1 November 2023. 11,820.99 11,820.99 2 NOVEMBER 2023 Bayaran pemprosesan cek 0.50 11,820.99 6 NOVEMBER 2023 Sumbangan perbelanjaan karnival sukan dan permainan SK Bukit Padang 2023. Caj pengeluaran cek Bayaran pemprosesan cek 612.00 2.00 0.50 11,208.49 11,206.49 0.50 11,205.99 PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER 2023 43
44 PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER 2023
45 PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER 2023
TARIKH BULAN / ITEM PENDAPATAN (RM) PENGELUARAN (RM) BAKI (RM) 1 JUN 2023 JUN 2023 Jumlah baki ke hadapan pada 1 JUN 2023 679.15 - 679.15 12 JUN 2023 Sumbangan PIBG 50.00 - 729.15 19 JUN 2023 Sumbangan air mineral dan isotonik pasukan bola baling SKBP 180.00 549.15 27 JUN 2023 Bayaran PPM bulan JUN 380.00 169.15 JUMLAH 729.15 560.00 169.15 1 JULAI 2023 JULAI 2023 Jumlah baki ke hadapan pada 1 JULAI 2023 169.15 - 169.15 14 JULAI 2023 Sumbangan PIBG Perbelanjaan persediaan mesyuarat agung PIBG 2460.00 626.00 2629.15 2003.15 20 JULAI 2023 Sumbangan PIBG 50.00 2053.15 28 JULAI 2023 Pembayaran PPM bulan JULAI 340.00 1713.15 JUMLAH 2679.15 966.00 1713.15 1 OGOS 2023 OGOS 2023 Jumlah baki ke hadapan pada 1 OGOS 2023 1713.15 1713.15 46 1. AKAUN TUNAI PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER 2023
9 OGOS 2023 Sumbangan air isotonik sempena sukan sekolah 370.00 1,343.15 25 2023 OGOS Pembayaran PPM bulan OGOS 280.00 1,063.15 JUMLAH 1,713.15 650.00 1,063.15 1 SEPTEMBER 2023 - SEPTEMBER 2023 Jumlah baki ke 1,063.15 1,063.15 hadapan pada 1 SEPTEMBER 2023 8 Sumbangan SEPTEMBER kewangan kepada 215.00 848.15 2023 atlet PPKI ke MSS Ranau JUMLAH 1,063.15 215.00 848.15 1 OKTOBER OKTOBER 2023 2023 848.15 - 848.15 Jumlah baki ke hadapan pada 1 OKTOBER 2023 2 OKTOBER 2023 Pembelian cenderahati GB Ahmad Roshni 154.00 694.15 6 OKTOBER 2023 Pembelian cenderahati GB Masni 85.00 609.15 12 OKTOBER 2023 Sumbangan hadiah pertandingan bola baling SKBP 300.00 309.15 23 OKTOBER 2023 Pembelian plak lawatan penanda aras SK Mabul dan SK Bandar Tawau 2 300.00 9.15 JUMLAH 848.15 839.00 9.15 47 PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER 2023
48 LAPORAN KEWANGAN PENYATA JULAI - DISEMBER JUMLAH BAKI KESELURUHAN KEWANGAN PIBG PADA DISEMBER 2023 IALAH RM 10,033.14 Disediakan oleh EN CHLRISTEN DOUNY BENDAHARI PIBG SK. BUKIT PADANG Disemak oleh EN. RICHARD CLEMENT MAKULIM JURU AUDIT IBU BAPA SK BUKIT PADANG Dicadangkan oleh TARIKH: DIsahkan oleh TARIKH: