BUKU SKRAP
NOVEL PELARI
MUDA
Isi Kandungan
-PENGHARGAAN
-SINOPSIS
KESELURUHAN NOVEL
- SINOPSIS SETIAP
BAB (15 BAB)
- JADUAL KOMSAS
- PLOT
Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
kesyukuran kepada Allah swt kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk
dalam menghasilkan buku skrap ini .
Buku ini dapat dihasilkan dengan sempurna .
Hasil kerja ini adalah atas bantuan pelbagai
pihak. Mereka yang dimaksudkan ialah guru-
guru , ibu bapa , rakan-rakan dan adik beradik
saya .
Akhir sekali , saya berharap dapat
mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada
buku yang telah dihasilkan oleh saya ini , sekian
terima kasih .
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang
pelajar tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau
pernah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei.
Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di
Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah
menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau
bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada pandangan
kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego,
menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani
latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral
itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi
punca dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan
sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh
Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral.
Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar
kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik
Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik
Kadir dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan
berubah sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani
semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan
Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara telah
direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok
untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok,
Kamarul mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina
yang terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam
media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan
tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat
pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-
rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas
bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong
kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan
hasrat untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan
delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan
cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan
terbang Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada
ibu bapa dan rakan-rakannya.
BAB 1
Setelah pulang berjoging Kamarul
menunjukkan sikap yang berbeza daripada
biasa. Perubahan sikap Kamarul disedari
ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki
perubahan itu kerana pergaduhan dengan
Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar, apabila
Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit
salah faham dengan Saridah. Saridah menegur
sikap Kamarul yang menjauhkan diri
daripadanya dan juga kawan-kawan lain
setelah Kamarul menjadi terkenal sebagai
atlit sukan lumba lari 100 m di peringkat
antarabangsa. Kamarul berasa resah
mengenangkan pertengkaran yang berlaku itu
dan mencari Saridah untuk memohon maaf.
BAB 2
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji
untuk hadir pada sesi latihan di Pusat Sukan
Kampung Pandan. Sikap Kamarul telah
menimbulkan tanda tanya Sures. Encik Kadir
selaku jurulatih pula risau dengan prestasi
Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan
seperti biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir,
acara 100 m terpaksa dibatalkan. Setelah
tamat latihan, Sures pulang ke rumah.
Sewaktu sampai di laman rumah, Saridah
datang bertemu Sures bertanyakan tentang
Kamarul. Sures pula musykil dengan punca
masalah yang berlaku di antara Saridah dengan
Kamarul. Walau bagaimanapun, Saridah
berharap masalah yang dihadapinya tidak
diperbesar-besarkan.
BAB 3
Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat
berjumpa dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, dia
kecewa kerana Kamarul tidak muncul. Saridah berasa
kecewa dan merasakan dirinya dipersalahkan atas sikap
dingin Kamarul. Dalam keadaan sedih dan resah itu
muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang
masalah Saridah. Setelah diberitahu Saridah, Juriah
meminta Saridah tidak terlalu memikirkan tentang
Kamarul, sebaliknya percaya masih ada masa untuk
Saridah memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul.
Saridah tidak terus pulang ke rumah walaupun loceng
tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya
dia berseorangan di dalam bilik darjah memikirkan
masalahnya dengan Kamarul. Saridah membuat
keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah
yang menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah
belum pulang ke rumah. Kesempatan Juriah datang ke
situ, Saridah meminta pertolongan Juriah untuk
menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul
BAB 4
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika
Kamarul hendak keluar berjoging. Mak Jah terbayang
keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul
mula hendak pergi, Mak Jahpun memberikan surat
yang diterima kepada Kamarul. Kamarul pula berasa
musykil tentang pengirim surat itu tetapi tidak
dinyatakan oleh Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari,
Kamarul membaca surat yang diterima itu. Kamarul
terkejut kerana surat itu datangnya daripada
Saridah. Hatinya terharu dengan kejujuran Saridah
menulis. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium
Merdeka. Melihat suasana stadium yang luas itu,
Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi dan
penonton pula bersorak dengan bersemangat
menjerit-jeritkan namanya. Khayalan Kamarul
kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati
ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar
dari stadium dengan perasaan sayu mengingatkan
Saridah.
BAB 5
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika
Kamarul hendak keluar berjoging. Mak Jah
terbayang keresahan yang dialami Kamarul. Apabila
Kamarul mula hendak pergi, Mak Jahpun
memberikan surat yang diterima kepada Kamarul.
Kamarul pula berasa musykil tentang pengirim
surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah
pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca
surat yang diterima itu. Kamarul terkejut kerana
surat itu datangnya daripada Saridah. Hatinya
terharu dengan kejujuran Saridah menulis. Kamarul
terus berjoging masuk ke Stadium Merdeka.
Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul
terbayang dirinya sedang beraksi dan penonton
pula bersorak dengan bersemangat menjerit-
jeritkan namanya. Khayalan Kamarul kemudiannya
terganggu dan dia meraung sekuat hati ke dalam
stadium dan kemudiannya berlari keluar dari
stadium dengan perasaan sayu mengingatkan
Saridah.
BAB 6
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap kemerosotan prestasi Kamarul.
Manakala prestasi Sures kian cemerlang.
Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian
prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya
mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh
pelari sukan negara lain. Encik Kadir
memanggil Kamarul bertanya tentang masalah
yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak
menceritakan masalahnya, sebaliknya
menunjukkan respon yang angkuh terhadap
Encik Kadir. Kamarul memberitahu bahawa dia
boleh berlatih sendiri dan tidak perlu latihan
daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat
memeranjatkan Encik Kadir.
BAB 7
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah
membaca kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu
ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga Kamarul menerima
panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan
kemaafannya dan mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok
nanti. Pada sebelah petang di sekolah, Saridah bertemu
dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin begitu lama.
Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam
terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan
Juriah. Juriah memahami perasaan yang dialami Saridah dan
memberi kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan
pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke
padang sekolah.
BAB 8
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke
bilik guru. Sebelum keluar, berlaku sedikit
perang mulut antara Kamarul dengan
Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba
keluar kelas sebelum loceng berbunyi.
Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa
tidak puas hati Adibah. Apabila loceng
berbunyi, Kamarul terus pergi menemui
Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu
bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk
bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal
mengucapkan syabas kepada Kamarul dan
menasihati Kamarul supaya memberi
perhatian terhadap peperiksaan SPM di
samping kegiatan sukan yang diceburinya.
BAB 9
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-
sama dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures
menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala
Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya.
Encik Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian
Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius
dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak
menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul
berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh berjaya.
Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah
dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun,
Kamarul tidak mahu menerima pingat itu dan bertindak
melemparkannya di hadapan Encik Kadir. Encik Kadir
terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan
pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap
Encik Kadir. Terbayang juga dalam ingatan akan sikap
angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu.
Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah
menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah
kenderaan.
BAB 10
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami
dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik Kadir datang
menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di katil. Sebelum
beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah dengan harapan
kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati
Saridah ada di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah
menyampaikan salam daripada Encik Kadir dan Sures. Dalam
pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu
dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa kecederaan
Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-
kawan ke hospital membuatkan Kamarul berasa terharu,
terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul mengelamun
tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal,
Saridah dan kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam
dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan.
Encik Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu.
Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan membawa Kamarul
balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik
Kadir tetapi dalam masa yang sama dia ceria dan gembira kerana
dapat keluar dari hospital.
BAB 11
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang
dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik
Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di
katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah
dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah
sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya. Mereka
bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada
Encik Kadir dan Sures. Dalam pada itu, Saridah masih
berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor
memberitahu bahawa kecederaan Kamarul tidak serius dan
boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital
membuatkan Kamarul berasa terharu, terutama pada
Saridah dan Encik Kadir. Kamarul mengelamun tentang sikap
buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan
kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan
mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan. Encik
Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu.
Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan membawa
Kamarul balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan
keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa yang sama dia
ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.
BAB 12
Suasana di lapangan terbang sebelum
Kamarul dan atlet lain berlepas ke
Bangkok. Dalam keriuhan dan suara
kawan-kawan yang memberi semangat,
Kamarul masih tercari-cari Saridah yang
masih tidak muncul. Keresahan Kamarul
menjadi usikan kawan-kawannya Adibah
dan Fazilah. Tidak lama kemudian
Saridah sampai di situ dan disambut
riang oleh Kamarul. Saridah dengan
mesra mengucapkan selamat jalan
dengan harapan semoga Kamarul
berjaya.
BAB 13
Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul
dan Sures tinggal sebilik. Mereka seronok kerana
inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul
masih dilanda perasaan muram kerana bimbang
akan kecergasannya yang belum mencapai tahap
terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh
Sures dengan kata-kata semangat dan keyakinan
untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani
latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan
Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang
diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat
mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan
berbual panjang tentang publisiti De Wega, tentang
semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri.
Banyak maklumat yang diperoleh oleh Kamarul
daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang
meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa
gembira dengan pertemuan itu dan semangatnya
untuk berjaya semakin berkobar-kobar.
BAB 14
Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di
Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila diberitahu
oleh Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung upacara
pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai
perbarisan kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula
selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia telah memenangi
beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan
penolong jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada
Kamarul dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan
Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai
perangsang Kamarul. Kamarul menerima dan mengikatnya di
pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan
menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega yang
diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi
pingat emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat
pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit dan
pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan
di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan
kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir
memberitahu cadangannya untuk bersara selepas kejohanan
sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik
Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi
menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.
BAB 15
Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah
berakhir. Malaysia menduduki tepat kedua. Di
hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega.
De Wega mengucapkan tahniah kepada
Kamarul. De Wega memberi nasihat dan kata
perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul
memberikan cenderamata kepada De Wega
sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De
Wega turut memberikan cenderamata berupa
sebutir pingat emas yang pernah dimenangi
dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul.
Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di
Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan
disambut meriah oleh emak, ayah,kakak,
Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya.
Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan
Kamarul.
NILAI PERWATAKA WATAK
N
Seorang yang
tegas
Ketegasan
Adibah
Disiplin seorang yang Sures
berdisiplin
seorang yang Saridah
berani
Keberanian
Bertimbang seorang yang Encik Kadir
rasa bertimbang
rasa
Kegigihan seorang yang Kamarul
gigih berusaha
LATAR PERSOALAN PENGAJARAN
MASYARAKAT
Masyrakat ketegasan kita mestilah
yang tegas seorang ketua menjadi teas dan
tidak memilih kasih
kelas sebagai seorang
pemimpin
Masyarakat tentang disiplin kita haruslah
yang seorang atlet berdisiplin dalam
ketika berlatih
berdisiplin semua perkara
Masyarakat tentang keberanian kita mestilah
yang berani seorang sahabat berani menegur
dalam menegur
rakan nya rakan kita jika
mereka membuat
kesalahan
Masyarakat tentang seorang kita haruslah
yang jurulatih yang bertimbang rasa
kepada orang yang
bertimbang bertimbang rasa ke atas disekeliling kita
rasa at5let yang dibawah
bimbingan nya
Masyarakat
yang gigih tentang atlet- kita mestilah mempunyai
berusaha atlet yang gigih kegigihan di dalam
berusaha demi
kejayaan kelak msemua perkara yang
hendak dilakukan
CONTOH PERISTIWA
Adibah tegas menengking Kamarul yang
ingin keluar rehat sebelum loceng berbunyi.
Sures mempunyai disiplin diri dalam
menepati masa ke latihan .
Saridah berani menegur sikap Kamarul yang
sombong dan bongkak setelah menjadi
popular .
Encik Kadir bertimbang rasa dan bertolak
ansur dengan Kamarul.
Kamarul dan atlet-atlet yang lain berusaha
keras demi kejayaan yang bakal diperolehi
mereka kelak .
BPinloatan
PERMULAAN
PERKEMBANGAN
KLIMAKS
PELERAIAN
PERMULAAN
YRKKPDBCKOHKAAEEAEAIEELAKRRNAMMNNNKMGAJHAGGDGAAUAANTRGAARRMRLNAAZAKNUUAUUYAGNLLHKNSLALIAGUENTTAAAB..DIEBARN-SDEDRMAULIERADKAIL,NUKNSKEALAGGOLIGAHMUAGSAALAMPREEANSBTM-MUKHENISEAODMB.YSINKALAIAUARAGAPNKKANHEGIASN, NA N
PERKEMBANGA
N
TKBEMOSLKSDBKAENAAEEEUELEARTRREKMDNGKMMIKHOULAIGGHABRAAEBLNAARAEONRTAAKNNUNNSSIUAHEHHLCAEKMLLRY. IKKNE.DAKAAKETEONKWKEANNNEKRALAGNMLAGJAAAAMNGGAAANDNBHDNHAAALR-IAA.IANRNYKRBUBGNAAUSELAABEIW.ILURNNMNEJLIDYEARUYCKAAAANNGAAGITTKHGAKNAI HGUAALNN
KLIMAKS
KKDRKMDDKBAUKKAEAAAAAKDIIEEAACMMMMINTYWANMBEEAKGRAAAAUAAANREAARRRRRTTRGKRGNUUUUAUKUTEAAALLLLNNEEELPSHHPM.RMPMDNA-SOPAKELTICUEENULOSAANEIDLLMANSKNPMLNGAIINYAENIUATGKASMTNAGHTENAAARARBAOGNSDHUHNLUTUSLAGE.IALENNERJLRMJRTLSBHAAGAKIKAHAIELL.NLKEKETEKARUTAREGERIMIAGNHNNADE,KHPA.ANTIIAADNRAASPU.I..H
PELERAIAN
CKKSD4BTLWPAMKAAAAIE0ETEIAAENRLHRANDMM0LGMGEITNIDAAAKAMRATAUPIEYRLE.ATREEKDYRSAU-KHTCUA1EAAAIYALEAULRM4NNMDSMRM.T-MGAIAADTRAAED1RSUTEIALR.NA0IANBKAKKPUDEL0AADIAAALDARANRNANMMDLEIMDMPGPA-ANAEARAUKMSAGTRNEATOLUEUANUKAAKARKDNLCCACN.TAUDAINADLGNKAAPNEREKNATYAE-NA