PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 3 BIDANG IBADAH
PERKARA-PERKARA SUNAT
DALAM SOLAT
OLEH :
HJH HAIRIAH BINTI JELANI
SK SIJANGKANG, 42500 TELOK PANGLIMA GARANG,
KUALA LANGAT, SELANGOR
✓Standard Kandungan :
4.3 Merumus konsep sunat abádh dan sunat haiat serta mengamalkan
dalam solat
✓Standard Pembelajaran :
4.3.1 Menyatakan pengertian sunat abádh dan sunat haíat.
4.3.2 Menerangkan perkara-perkara sunat sunat abádh dan sunat haíat.
4.3.3 Mengklasifikasikan perkara-perkara sunat abádh dan sunat haíat.
4.3.4 Menerangkan perkara yang perlu dilakukan sekiranya Buku Teks Pendidikan
meninggalkan sunat abádh. Islam Tahun 3 rujuk
bahagian Ibadah muka
4.3.5 Melazimi amalan sunat dalam solat surat 92 hingga 97
✓Menyatakan pengertian sunat abádh dan sunat haiát dalam
solat dengan betul.
✓Menjelaskan perkara-perkara sunat abádh dan sunat haiát
dengan betul.
✓Membezakan perkara-perkara dalam sunat ab’adh dengan
sunat hai’ at dengan betul.
✓Menjelaskan perkara yang perlu dilakukan sekiranya
meninggalkan sunat abádh dengan betul.
✓Melakukan ámali sujud sahwi dan bacaannya dengan betul.
Perkara sunat dalam solat ialah perkara-
perkara yang sangat dituntut kita lakukan bagi
menyempurnakan ibadah solat. Ia menampung
kecacatan yang mungkin berlaku dalam solat
kita.
Ingat ya murid-murid..
Apabila kita menjaga kesempurnaan ibadah solat,
Insya Allah solat kita itu akan menjadi penghalang kepada kita
daripada melakukan perkara keji dan mungkar.
Sebagaimana Firman Allah SWT yang berbunyi :
ِِ • ِإ َّن ال َّص اَلةا تا ْن اهى اع ِن ا ْلفا ْح اشا ِء اوا ْل ُم ْنَ اك
Maksudnya:
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari
(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.”
(QS. Al ‘Ankabut: 45)
Murid-murid perasan tak kadang-kadang ada
orang yang solat tetapi masih mengumpat? Menunaikan
solat, tetapi masih mencuri? Mendirikan solat, tetapi
masih tetapi terlibat dengan perkara-perkara yang
dilarang Allah?
Justeru itu marilah kita semak perlakuan solat
kita adakah kita menjaga kesempurnaannya?
Mari kita pelihara kesempurnaan solat, mudah-mudahan Allah
SWT menerimanya sebagai ibadah. Jika semua antara kita
berupaya menjaga kesempurnaan solat nescaya negara kita akan
sejahtera kerana rakyatnya terdidik dengan hikmah
kesempurnaan solat itu sendiri iaitu menghalang kita daripada
terlibat dengan perkara yang dilarang Allah.
Nak berjaya di dunia dan di akhirat? Mari kita sama-sama
berusaha menjaga kesempurnaan solat!
Sunat abádh ()ابعاض
Sunat haíat ((هيئات
PERBEZAAN ANTARA SUNAT AB’ADH
DAN SUNAT HAI’AT
هيئات ابعاض
سنة ابعاض
PERKARA-PERKARA SUNAT ABÁDH
DUDUK DAN MEMBACA TAHIYYAT AWAL
MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD
SAW DALAM TAHIYYAT AWAL
MEMBACA SELAWAT KE ATAS KELUARGA NABI
MUHAMMAD SAW DALAM TAHIYYAT AKHIR
( SELAWAT IBRAHIMIYYAH)
MEMBACA DOA QUNUT SEMASA SOLAT SUBUH
BERDIRI SEMASA MEMBACA DOA QUNUT
MEMBACA SELAWAT KE ATAS KELUARGA NABI
MUHAMMAD SAW SEMASA DOA QUNUT
Duduk dan membaca Tahiyyat Awal
Membaca selawat ketika tahiyyat awal :
Membaca selawat, ke atas
keluarga Nabi Muhammad
SAW semasa tahiyyat akhir
Berdiri dan membaca doa qunut,
membaca selawat ke atas
keluarga nabi Muhammad SAW
semasa doa Qunut pada solat
Subuh.
Bacaan doa qunut
https://www.youtube.com/
watch?v=xmSX-rMjelc
Sekiranya tertinggal salah satu daripada perkara-perkara
tersebut perlu menggantikannya dengan Sujud Sahwi.
Apa itu Sujud Sahwi ialah, sujud yang
Sujud dilakukan sebanyak dua kali setelah
Sahwi? selesai bacaan tahiyyat akhir sebelum
salam. Sujud Sahwi dilakukan untuk
menutup kecacatan dalam
melaksanakan ibadah solat kerana
terlupa dan hukumnya adalah sunat.
Bacaan semasa Sujud Sahwi..
(Video cara pelaksanaan sujud sahwi)
https://www.youtube.com/watch?v=oypxSFQaCjo
UJI KEFAHAMAN..!
Soalan
Aiman terlupa membaca Doa Qunut
semasa solat Subuh. Apakah tindakan yang
sepatutnya Aiman lakukan? Jelaskan
mengapa Aiman perlu mengambil tindakan
tersebut?
Jawapan
Aiman perlu melakukan Sujud Sahwi kerana membaca Doa
Qunut termasuk dalam perlakuan sunat abádh iaitu sunat
yang sangat dituntut. Aiman melakukan tindakan tersebut
kerana dia berusaha menjaga kesempurnaan solatnya
mudah-mudahan Allah SWT menerimanya sebagai ibadah
bukti ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT.
Masyaa Allah..! Hebatnya adab Aiman dalam menjaga
kesempurnaan solat. Semoga murid-murid mencontohi
Aiman ya!
Penilaian
Berdasarkan video yang kamu lihat tadi, lakukan amali
sujud sahwi. Hantarkan rakaman amali kamu kepada saya
melalui ‘WhatsApp’, Telegram, GC atau link GF.
Jika belum menguasai? Lihat semula video berikut :
(Video cara pelaksanaan sujud sahwi)
https://www.youtube.com/watch?v=oypxSFQaCjo
سنة هيئات
Apakah perkara-
perkara sunat
haiát?
Pertama, mengangkat
kedua-dua tangan ketika
takbiratul ihram,
rukuk, iktidal dan bangun
selepas tahiyyat awal.
Meletakkan tangan
kanan di atas tangan
kiri ketika berdiri
dan mata melihat
tempat sujud.
Duduk iftirasy iaitu duduk
ketika kamu duduk antara
dua sujud dan duduk tawarru’
iaitu duduk ketika tahiyyat akhir.
Meletakkan kedua-dua
tangan di atas peha
ketika duduk tahiyyat
awal dan tahiyyat akhir,
mengangkat jari
telunjuk ketika tasydid.
Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri
ketika memberi salam.
✓ Melafazkan takbir
intiqoolat
..iaitu Allahu Akbar yang mengiringi setiap perpindahan
perbuatan dalam solat.
✓Seterusnya membaca isti’azah sebelum surah al
Fatihah iaitu أعوذ بالله من الشيطان الِجيمdan menyebut
aamiin selepas membaca surah alFatihah
✓Menyaringkan suara pada bacaan surah alFatihah dan
bacaan surah pada rakaat pertama dan kedua ketika
solat Subuh, Maghrib, Isya’ dan solat Jumaat
Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud, membaca
,
dan membaca doa ketika duduk antara dua sujud.
MEMBACA SELAWAT KE ATAS KELUARGA NABI MUHAMMAD SAW
DALAM TAHIYYAT AKHIR ( SELAWAT IBRAHIMIYYAH)
https://www.youtube.com/watch?v=I3HOS9GJR3s
Perkara terakhir yang termasuk
di dalam sunat haiat ialah
memberi salam yang kedua .
Sebagai latihan pengukuhan
terhadap apa yang telah kita
pelajari sebentar tadi,
mari sama-sama kita semak
semula perlakuan berikut
sama ada sunat abádh atau
sunat haiat?
Membaca selawat ketika tahiyyat
awal
Membaca selawat, ke atas keluarga Nabi
Muhammad SAW semasa tahiyyat akhir