USTAZAH HJH HAIRIAH BT JELANI
SK SIJANGKANG, 42500 TELOK PANGLIMA
GARANG, KUALA LANGAT, SELANGOR
ستندرد كاندوغن
3.4مروموس كفنتيغن ممفرتاهنكن عقيدة درفد فربواتن
سيحير.
ستندرد فمبلاجرن
3.4.1مثاتاكن مقصود سيحير.
3.4.2منرغكن حكوم سيحير برداسركن دليل نقلي سرتا ترجمهنث.
3.4.3منجلسكن خونتوه فربواتن سيحير.
3.4.4مغاناليسيس كسن فربواتن سيحير دالم كهيدوفن.
موريد دافت :
.1مثاتاكن مقصود سيحير دغن بتول.
.2منرغكن حكوم سيحير برداسركن دليل نقلي سرتا ترجمهنث
دغن تفت.
.3منجلسكن خونتوه فربواتن سيحير دغن بتول.
.4منجلسكن كسن فربواتن سيحير دالم كهيدوفن دغن بتول
سيحير دضوناكن اونتوق منيمبولكن
كبنخين ،كاسيه سايغ دان كساكيتن.
Maksud sihir ialah ilmu yang berkaitan dengan
perbuatan halus melalui pertolongan makhluk
ghaib iaitu jin dan syaitan untuk memudaratkan
atau mengelirukan manusia.
Melakukan sihir berdosa besar dan boleh
merosakkan akidah/kepercayaan kepada Allah.
Contoh sihir
1. Menggunakan susuk untuk kelihatan cantik.
2. Menggunakan ilmu hitam untuk memisahkan suami-isteri
supaya bercerai-berai.
3. Ilmu pukau dan santau untuk menganiayai orang lain.
4. Mendatangkan penyakit mental atau fizikal kepada
mangsanya
Kesan amalan sihir dilarang Islam
1. Membatalkan akidah seseorang muslim.
2. Mewujudkan perpecahan dalam masyarakat
kerana mementingkan diri sendiri.
3. Berleluasanya amalan buruk seperti fitnah dan hasad
dengki.
4. Tidak meletakkan Allah SWT sebagai tempat mengadu
dan pergantungan yang sebenar.
Kesan amalan sihir dilarang Islam
5. Menjadikan syaitan sebagai medan untuk
menyampaikan hajat buruk.
6. Membazir harta, tenaga dan masa kerana melakukan
perkara-perkara yang sia-sia.
7. Menjadikan pengamal sihir riak, sombong dan angkuh
8. Mendorong manusia yang mengamalkan sihir
melakukan kezaliman terhadap sesama manusia
KISAH TENTANG SIHIR DALAM MASYARAKAT
“Angkara hasad sihir,
syirik masih berleluasa”
Dua bulan lalu, bapa kenalan saya terlantar di hospital kerana tidak
sedarkan diri. Doktor dan pakar perubatan sudah melakukan
pelbagai ujian menentukan penyakit sebenar dan ribuan wang juga
melayang, namun bapa kenalan saya ini sehingga ke saat ini masih
terlantar.
Beberapa minggu lalu, dia dibawa pulang ke rumah selepas
sedarkan diri, namun bukan lagi seperti dahulu. Dia hilang ingatan
dan tidak ubah seperti pesakit lumpuh.
Secara kebetulan penghujung Ogos lalu, kejadian serupa berlaku
kepada adik saya sendiri. Dia tiba-tiba pengsan di tempat kerja
sebelum disyaki diserang jangkitan kuman pada bahagian otak.
Beberapa kali keadaan adik saya bertukar nazak. Pada saat itu,
kami sekeluarga sudahpun reda jika segala kemungkinan lebih
buruk berlaku. Alhamdulillah nyawanya masih panjang.
Yang pelik, ujian Pengimbas Imej Magnetik (MRI) empat kali dilakukan
doktor di dua hospital berbeza, namun tiada pengesahan penyakit
sebenar dinyatakan.
Itu tidak termasuk kali prosedur pengambilan air tulang belakang yang
berkali-kali dilakukan, namun kuman yang menjangkiti bahagian otak
sukar dijelaskan. Ia tidak ubah seperti kempen biskut popular,
Chipsmore ‘sekejap ada sekejap tiada’.
Seperti bapa kenalan tadi, adik saya ini juga seperti hilang ingatan dan
tidak kenal sesiapa walaupun keluarga sendiri. Ia berlarutan berbulan-
bulan lamanya. Atas nasihat ahli keluarga, kami membawa beberapa
ustaz ke hospital untuk melihat keadaan adik saya.
Selepas melalui rawatan ringkas, dia akhirnya mula sedarkan
diri, tetapi masih tidak pulih sepenuhnya. Begitu juga bapa
kenalan saya itu, yang semakin baik selepas dipertemukan
dengan ustaz.
Dakwa ustaz ini, adik saya dan bapa kenalan tadi masing-
masing terkena sihir dan ia dilakukan individu terdekat atas
niat tertentu. Saya tidak ingin nyatakan apa tujuan sihir
dilakukan kerana masih bersandarkan kemampuan rawatan
perubatan moden yang ada.
Apa yang penting, keadaan kedua-duanya semakin baik. Adik
saya sendiri sudah balik berkhidmat dengan syarikat lamanya
dan bapa kenalan saya dibawa pulang ke rumah.
Jika dilihat, nasib kedua-dua mereka ini lebih baik berbanding
seorang lagi ahli keluarga yang terpaksa menanggung derita
hingga akhir hayat.
Kisahnya bermula apabila membuka perniagaan kedai makan.
Selepas beberapa bulan laris, kedai dibuka terpaksa ditutup dek
penyakit misteri. Keluar masuk hospital ibarat rutin dan beberapa
bulan selepas itu, dia meninggal dunia tanpa penjelasan
perubatan terperinci.
Semua kisah ini mungkin sebahagian cebisan cerita sihir yang berlaku
dalam masyarakat hari ini. Ia sukar untuk dijelaskan, bak kata orang
sukar untuk difahami jika tak kena pada batang hidung sendiri.
Yang pasti, amalan sihir dalam kalangan masyarakat hari ini masih
berlaku meskipun zaman silih berganti dan kemajuan teknologi
semakin menguasai kehidupan.
Puncanya hanya satu, iaitu ‘hasad dengki’ yang memaksa individu
menggunakan jalan pintas untuk berkompromi secara syirik.
Mereka yang menggunakan sihir ini sebenarnya tidak yakin dengan
kuasa Allah, tidak yakin dengan rezeki yang sudah ditetapkan dan
tidak takut dengan pembalasan Tuhan.
Masyarakat harus sedar golongan sebegini tidak akan pupus dan
berkemungkinan bercambah kerana perasaan hasad dengki serta
ketamakan sudah membelenggu diri.
Masalahnya, kita tidak akan mudah mengenali kelompok ini kerana
mereka juga seperti orang biasa. Yang berbeza, cuma diri mereka
penuh hasad dengki tidak senang melihat orang lain berjaya atau
mencapai tahap melebihi diri mereka.
Yang jelas, mereka ini adalah kelompok manusia
yang tidak mahu berusaha, apatah lagi yakin dengan
Allah walaupun sedar perbuatan sihir itu
menyekutukan Yang Maha Esa balasannya di akhirat
kelak diletakkan di dalam neraka .
Perasaan kurang senang adalah benih sifat iri hati dan hasad dengki. Iri hati ialah sifat yang
muncul akibat dari perasaan ego dan sombong sehingga tidak boleh menerima serta melihat
orang lain melebihi dirinya. Lantas, rasa iri hati membuahkan pula sifat atau penyakit hasad
dengki.
Sehubungan itu, seseorang yang berpenyakit hasad dengki sentiasa gelisah atau tidak
puas hati melihat apa yang dimiliki oleh orang yang didengkinya. Apabila perasaan itu
tidak lagi dapat dikawal, maka si pendengki akan menyusun strategi agar hasrat buruk
itu tercapai dengan apa cara sekalipun.
Dan situasi inilah yang menatijahkan gejala negatif seperti mereka-reka
cerita, menfitnah, mengumpat, memaki dan sebagainya bertujuan memburuk-
burukkan orang yang didengki. Malah, ada di kalangan yang dihidapi penyakit
hasad itu sanggup bersekongkol dengan pihak musuh menggunakan segala
cara yang ada termasuk media sosial hatta melanggani tukang-tukang sihir
dan mengamalkan perbuatan keji lainnya semata-mata untuk menjatuhkan
orang yang didengkinya.
Berhati-hati dengan hasad. Bimbang
terjerumus kepada melakukan sihir!
Orang yang dilanda sifat serta penyakit hasad dengki, di depan berlagak
saudara, mulut manis tetapi di belakang mereka umpama gunting dalam
lipatan. Ia membuktikan bahawa apabila hati diselimuti hasad, qada dan
qadar Allah sanggup dinafikan.