The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-72349276, 2021-09-05 02:10:25

SOLAT JUMAAT TAHUN 5 BAHAGIAN 1

SOLAT JUMAAT PART 1

Pendidikan Islam Tahun 5
Bidang : Ibadah

Tajuk : Solat Jumaat
Bahagian 1

Ustazah Hjh Hairiah bt Jelani

SK Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor

Standard Kandungan : 4.3 Merumus konsep Solat Jumaat

dan mengamalkan serta menghayatinya secara
beradab dan istiqomah.

Standard Pembelajaran :
4.3.1 Menyatakan maksud Solat Jumaat
4.3.2 Menerangkan dalil Solat Jumaat dan ertinya.
4.3.3 Membaca lafaz niat Solat Jumaat

Objektif :
Di akhir pembelajaran murid dapat:

1.Menyatakan maksud Solat Jumaat dengan
tepat.

2.Menerangkan dalil wajib Solat Jumaat dan
ertinya dengan betul.

3. Membaca lafaz niat Solat Jumaat
dengan betul.



Soalan 1
Apakah hukum Solat Jumaat tetapi tidak

mendengar khutbah Jumaat?

Jawapan :
Perbuatan lewat menghadiri solat Jumaat sehingga
ketinggalan khutbah Jumaat adalah dilarang kerana ia

menyalahi arahan Allah SWT di dalam al-Quran.
Walaubagaimanapun, solat Jumaatnya adalah sah
namun perbuatan dengan sengaja meninggalkan
kehadiran mendengar khutbah Jumaat adalah dikira

berdosa.

Mari kita baca dan fahami
dalil tentang kewajipan
Solat Jumaat dan maksud
'bersegera'





Sekarang..
Adakah murid-murid memahami kepentingan

'bersegera' menunaikan Solat Jumaat?
Tidak melengah-lengahkan Solat Jumaat
adalah bukti ketaatan dan kesungguhan dalam

beribadah.

Ketaatan dan kesungguhan dalam beribadah ini
hendaklah diamalkan di luar waktu solat.

Contohnya bersungguh-sungguh dalam apa
sahaja yang dilakukan seperti tekun belajar, tidak

ponteng kelas. Contoh yang lain? Kita mentaati
ibu bapa dengan bersegera apabila ibu bapa
meminta bantuan.

Kamu boleh membuat bacaan luas
dengan klik pautan berikut:

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-
fatawi/3009-al-kafi-1038-hukum-orang-perempuan-

menghadiri-solat-jumaat

Sekarang, mari kita
fahami dan praktikkan

Jumaat yang mulia..

Pelaksanaan
Solat Jumaat

Azan

Membaca
2 khutbah

Iqamah

Solat Jumaat
didirikan

Mari kita baca lafaz
niat Solat Jumaat



Sahaja aku solat fardhu
Jumaat 2 rakaat

mengikut imam kerana Allah
Taala

Penilaian

Tugasan 1

1.Perdengarkan lafaz niat Solat Jumaat kepada ibu atau ayah.
Tahniah kerana kamu berjaya melafazkan niat tersebut
dengan betul. Hantarkan rakaman audio bacaan niat Solat
Jumaat kepada guru kamu.

Tugasan 2 - Buat dlm buku latihan

1.Tuliskan maksud Solat Jumaat dengan betul.
2. Jelaskan dalil Solat Jumaat dan pengertiannya.
3. Apakah hukum menunaikan Solat Jumaat?

Selepas mengikuti pembelajaran
hari ini diharapkan murid-murid
memahami kepentingan bersegera
menunaikan Solat Jumaat. Tidak ada
urusan kehidupan yang lebih utama selain

mengutamakan Allah dalam
setiap urusan kita.

Julamgpi.a..


Click to View FlipBook Version