NAMA PENSYARAH: PN MARDZIAH BT
ABDULLAH PAKRI
NAMA AHLI KUMPULAN 4
➢MUHAMMAD AMMAR BIN ROSLAN
03DET20F1020
➢ MUHAMMAD ASYRAF BIN RODZI
03DET20F1131
➢ MUHAMMAD HATEM SHRIF
03DET20F1056
➢ NATTHAWUD A/L SOMAROM
03DET20F1092
➢ LEE BO CHEN
03DET20F1080
1
ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN (3)
2. PEGENALAN (4-5)
3. ISI
I. KONSEP HUBUNAGAN SESAMA MANUSIA-
KONSEP KEJIRANAN(6)
II. KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
TERHADAP PERPADUAN(7-8)
III. CARA MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
DALAM KALANGAN MASYRAKAT(9-13)
IV. FAEDAH HIDUP BERJIRAN(14)
4. KESIMPULAN(15)
5. RUJUKAN(16)
2
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi
kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan
izin kurnianya dapat kami menyempurnakan e-majalah
bagi subjek penghayatan etika dan peradaban ini
dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini kami amat
berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih
kepada Puan Mardziah Bt. Abdullah Pakri, selaku
Pensyarah kami kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan
tugasan yang diberikan.
Di samping itu, kami ingin mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa kami kerana telah memberi
dorongan dan sokongan kepada kami untuk menyiapkan
e-majalah ini. Tidak lupa juga kepada pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu
kami menyiapkan e-majalah ini.
Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada kawan-kawan yang turut membantu kami
dalam menyiapkan e-majalah ini. Tunjuk ajar, sokongan,
dorongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua
pihak amtlah kami hargai.
3
PENGENALAN
Berdasarkan syarak, jiran adalah orang yang
berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri,
di depan atau belakang mahupun di tingkat atas
ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut.
Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud
orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga.
Oleh itu, ini dapat disimpulkan bahawa semangat
kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan
yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini
menunjukkan bahawa Islam menitik beratkan
hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu
sama lain dan agama Islam ialah sebaik-baik agama
yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara
sesama manusia.
4
Semangat kejiranan yang kita warisi sejak
turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Hal ini
kerana semakin banyak rakyat Malaysia tidak
mempaktrikkan semangat kejiranan. Keadaan
tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran
banyak faedahnya.
Dengan semangat kejiranan, kita akan mudah
mendapat bantuan jika kita menghadapi masalah.
Selain itu, semangat ini juga boleh menjamin
keselamatan tempat tinggal kita dan masalah
jenayah akan dikurangkan.
Nyatalah semangat kejiranan banyak memberi
faedah baik kepada diri sendiri, penduduk setempat
dan masyarakat umumnya. Faedah yang lebih besar
ialah semangat kejiranan ini dapat mendorong
terjalinnya hubungan baik antara kaum dan
membawa kepada perpaduan kaum.
5
KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
– KONSEP KEJIRANAN
Hubungan kejiranan adalah suatu konsep yang sangat penting
untuk melahirkan masyarakat yang akan memberi kesan yang
besar kepada pembangunan, keamanan dan kesejahteraan suatu
negara. Konsep kejiranan juga boleh dianggap sebagai penentu
kesejahteraan hidup bagi suatu masyarakat setempat, melaluinya
kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk.
Di samping itu, hubungan kejiranan juga boleh mewujudkan
interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan
perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam konteks kejiranan dalam umat Islam, ia adalah satu
jewajipan untuk mengekalkan hubungan baik dan mesra antara
jiran. Ini adalah kerana ia memainkan peranan yang penting
dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Bagi memantapkan hubungan kejiranan, kesedaran tentang
keperluan dan kelebihan hidup harus disedari. Antaranya adalah
seperti :-
1. MEMBERI BANTUAN KETIKA KECEMASAN
2. DAPAT MENAMBAH KENALAN
3. MENJAMIN KESELAMATAN SETEMPAT
4. MENJAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT
5. MENJAGA KEBAJIKAN PENDUDUK SETEMPAT
6
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
TERHADAP PERPADUAN
lahir apabila semangat
kejiranan timbul di kawasan
yang didiami oleh kita dan
menjadi suri teladan hidup
berjiran.
Semangat kejiranan dapat
melahirkan masyarakat yang
harmoni dan sejahtera.
Masyarakat yang mengamalkan
sifat yang baik seperti tolong-
menolong, saling bertegur sapa
Malaysia merupakan negara yang dan menjaga keselamatan
unik kerana kita mempunyai masyarakat dapat mewujudkan
rakyat yang berbilang bangsa, satu suasana yang tenang dan
kaum dan agama. Namun, aman. Masyarakat harus
disebalik perbezaan kita berjaya melakukan perkara yang baik
mencari persamaan dan mengekalkan keamanan yang
berbekalkan nilai-nilai murni terpelihara. Tamsilan yang jelas
seperti hormat-menghormati serta dapat dilihat dalam aktiviti
bertolak ansur sering menjadi bergotong-royong, masyarakat
amalan masyarakat. Mutakhir ini, sentiasa menghulurkan bantuan
timbul anasir-anasir yang ingin antara satu sama lain dalam
memecah belahkan perpaduan membersihkan kawasan
yang telah terjalin begitu lama perumahan. Hubungan jiran
oleh masyarakat kita. Semangat bagai aur dengan tebing dapat
kejiranan yang mantap dapat meningkatkan lagi semangat
menjadi solusi bagi melawan kejiranan dalam sesebuah
polemik yang semakin membarah masyarakat. Sejajar dengan hal
dalam komuniti pada masa ini, masyarakat dapat menjalani
kini.Natijahnya, perpaduan yang kehidupan dalam suasana aman
erat antara satu sama lain akan dan harmoni.
7
Semangat kejiranan yang diselesaikan dengan mudah.
teguh dapat menjadikan Bukan itu sahaja, hubungan
sesebuah masyarakat itu yang erat dapat diwujudkan
lebih cekap dalam ketika melakukan pekerjaan
melaksanakan sesebuah bersama-sama. Masyarakat
program. Hubungan mereka yang memupuk semangat
amat akrab dan boleh kejiranan dapat
meningkatkan ramai melaksanakan sesuatu
kenalan dalam sesebuah pekerjaan dengan lebih
masyarakat. Sesuatu cekap dan menghasilkan
pekerjaan dapat sesuatu yang lebih baik.
dilaksanakan dengan cepat
dan lancar dengan bantuan
ramai pihak. Jika
masyarakat bertindak bagai
enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-
masing, sesuatu pekerjaan
atau program tidak dapat
dilaksanakan dengan cekap.
Contohnya, jiran membantu
jiran yang lain dalam
mengadakan kenduri
dengan bersama-sama
menyediakan makanan
untuk tetamu dan
mendirikan khemah untuk
para tetamu. Lantaran itu,
pekerjaan dapat
8
CARA MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
DALAM KALANGAN MASYARAKAT
9
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan jiran adalah
dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti
gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada
masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk
bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di
samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat
bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan
kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai
dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai
contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan
ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan,
taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya.
Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan
serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat
kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama
dituruni.
10
Selain itu itu, perpaduan jiran antara kaum di Malaysia boleh
dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di
Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan kunjung-
mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan
silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum.
Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan
perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan
sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan
perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan
kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat
mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka
antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat
dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu
menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar
atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
11
Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan
juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan
dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali
penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di
Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan
adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan
yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian
bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya.
Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola
keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum
di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina
sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki
dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain
bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta
seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat
antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan
negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara
sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat
antarabangsa.
12
Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos
1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara.
Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka
satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di
Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan
menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap
tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan
nescaya dapat menambahkan ukhwah dan
permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan
Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap
dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus
mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak,
di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di
Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang
digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia
hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap
warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah
menjadi duri dalam daging dalam usaha negara
mencapai Wawasan 2020.
13
FAEDAH HIDUP BERJIRAN
Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang
berthemah tinggi dan hidup Bersatu padu seia sekata.Jika
masyarkat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan
kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan
gemilang.Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen
penting dan vital demi melahirkan sikap hormat-
menghormati dalam kalangan masyarakat yang harmoni,
mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara .Jika
masayrakat dapat hidup Bersama dalam suasana yang aman
dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh
lerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati
Bersama-sama secara adildan saksama. Sebagai contohnya,
kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan
infrastruktur di kawasan taman-taman perumahan seperti
dewan orang ramai,balai raya,taman permainan kanak-kanak
mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan
dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di
sesetengah Kawasan tempat tinggal.Jelaslah semangat
kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam
sesuatu Kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan
awam yang disediakan oleh pihak kerajaan,
14
KESIMPULAN
Intihannya,semangat kejiranan merupakan sebahagian
daripada amalan dan menjadi budaya unik pada
pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di
seluruh dunia . Masyarakat diharap tidak mengamalkan
gaya hidup “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing –masing”. Seorang aktivis masyarakat, Tan Sri Lee
Lam Thye pernah berkata bahawa kewujudan masyarakat
madani adalah dengan mengamalkan semangat hidup
berjiran. Masyarakat diseur supaya mengamalkan
semangat kejiranan agar kebaikan yang akan dijelmakan
melalui semangat teersebut dapat dimanfaatkan oleh
semua pihak. Tuntasnya, semangat kejiranan bukan sahaj
a penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam
kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya
cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus
cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan
dating kerana rakyanta yang bersahsiah terpuji bagi
melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang
dapatr memacu negara tercinta ke arah kegemilangan
puncak jagat,akhir kalam semangat kejiranan terbukti
menjadi asbab atau factor terbesar kepada perpaduan
masyarakat.
15
RUJUKAN
1) https://teamnur.blogspot.com/2019/08/pengenala
n.html
2) http://dskpotter.blogspot.com/2017/08/kebaikan-
semangat-kejiranan.html
3) https://www.academia.edu/33760569/Jiran_ialah
_orang_yang_tinggal_di_sekeliling_rumah_kita
4) http://ilmu4shared.blogspot.com/?m=1
5) http://ilmu4shared.blogspot.com/?m=1
16