VIRUS HFMD Virus bawaan daripada gigitan anjing COVID - 19 @aadhham BERSAMA PERANGI PENYAKIT BERJANGKIT VIRUS RABIES MAGIKA Penyakit berjangkit yang menggemparkan seantero dunia Penyakit tangan kaki dan mulut yang sering menjangkiti kanak-kanak dibawah umur 5 tahun. PENYAKIT BERJANGKIT EDISI 2023/2024 SM/SS RM 7.80 Info Kesihatan untuk anda MPU23052 SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM
ISI KANDUNGAN Ucapan Penulis 02 Apa itu Penyakit berjangkit? Fungsi Sains Teknologi dalam mendepani penyakit berjangkit PENGENALAN Virus HFMD Tanda-Tanda HFMD Langkah-Langkah pencegahan. Virus Covid-19 Permulaan Wabak Covid. Kesan awal Wabak Covid-19 kepada dunia. Tanda-Tanda Awal di jangkiti virus corona. Pengakhiran Wabak Covid-19 Vaksin covid 19 mengikut perspektif Islam Apakah Istihalah dan Istihlak? Virus Rabies Apa Itu Rabies? Tanda-Tanda dijangkiti Rabies Langkah-Langkah Pencegah 04 05 10 Rumusan Penutup Sumber rujukan Penghargaan 01 03 Sejarah penyakit berjangkit terawal 06-09 11-12
PENGHARGAAN Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana atas izinnya saya dapat menyiapkan tugasan e-majalah ini bagi subjek Sains Teknologi Kejuruteraan Islam untuk sesi 1:2023/2024. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada pensyarah saya yang arif dan bijaksana iaitu Puan Faridah Husain kerana telah memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada saya untuk saya menyiapkan emajalah ini. Dengan usaha beliau yang penuh dedikasi majalah saya akhirnya berjaya di siapkan dengan jayanya. 1
Ucapan Penulis Ahmad Adham B Ahmad Tarmizi 05DPB22F2002 Jabatan kejuruteraan Awam Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca majalah yang di tulis oleh saya sendiri yang bertajuk “Penyakit Berjangkit” Zaman duhulu hinggalah ke zaman modenisasi ini banyak penyakit berjangkit yang muncul di seantero dunia bahkan di negara kita sendiri Malaysia terdapat berita-berita yang sentiasa menyajikan kita dengan kemunculan-munculan wabak penyakit yang berbahaya.. Kita sebagai manusia hendaklah peka terhadap situasi semasa yang berlaku pada dunia ini seperti Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim). Akhir Kata, jiwa dan hati kita haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan pada satu hari nanti. Marilah Bersama Kita Mencegah Wabak Penyakit Berjangkit. 2
FUNGSI SAINS TEKNOLOGI DALAM MENDEPANI PENYAKIT BERJANGKIT SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM Sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam mengatasi penyakit berjangkit. Teknologi memungkinkan kita untuk mengembangkan vaksin dan obatobatan yang efektif untuk mencegah dan mengobati penyakit berjangkit. Selain itu, teknologi juga memungkinkan kita untuk memantau dan memprediksi penyebaran penyakit berjangkit dengan lebih efektif, sehingga kita dapat mengambil tindakan pencegahan yang tepat. Sains juga telah memainkan peranan yang penting dalam mendepani penyakit berjangkit melalui penelitian-penelitian Ilmiah yang terdahulu,pakar-pakar perubatan dan kesihatan dapat memahami bagaimana sesuatu penyakit itu merebak dan cara untuk mencegah sesuatu penyakit tersebut. Tanpa sains dan teknologi dalam mendepani penyakit berjangkit mungkin akan menyebabkan angka kematian yang tinggi atau penularan penyakit berjangkit yang tiada jalan henti. Justeru itu amatlah penting untuk kita menerapkan sains dan teknologi dalam dunia perubatan yang modenisasi ini. “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kehawatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya karenanya” (HR. AlBukhari) APAKAH ITU PENYAKIT BERJANGKIT Penyakit berjangkit ini adalah istilah umum yang merujuk kepada penyakit yang disebabkan oleh mikro-organisma yang disebarkan dari manusia ke manusia (dari kahak, STD, hepatitis), atau daripada gigitan serangga (vektor) seperti nyamuk (denggi), atau melalui air dan makanan yang tercemar. 3
AM NEWS SEJARAH PENYAKIT BERJANGKIT TERAWAL ANGKA KEMATIAN TUBERCULOSIS (TB) MENINGKAT Apakah punca penyakit ini? Penyakit Berjangkit Terawal di Dunia Penyakit Tuberculosis (TB) atau batuk kering merupakan satu penyakit berjangkit tertua yang dipercayai menjadi penyebab kepada kematian manusia. Ini dibuktikan melalui kajian ke atas fragmen tulang belakang mumia dari tahun 2400 S.M di negara Mesir. World Health Organization (WHO) dalam laporan tahunannya yang bertajuk Global Tuberculosis Report 2014, menyatakan pada tahun 2013 sebanyak 9 milion penduduk dunia telah dijangkiti penyakit TB, manakala 1.5 milion lagi maut akibat dari jangkitan ini. Negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Pasifik telah menyumbang sebanyak 56% daripada jumlah bilangan kes TB seluruh dunia dimana India dan China merekodkan bilangan tertinggi iaitu masing-masing 24% dan 11% daripada jumlah kes TB global www.amnews.com 4 3 March 2003 .Penyakit TB disebabkan oleh sejenis bakteria iaitu Mycobacterium tuberculosis. Bakteria ini akan dibebaskan ke udara apabila pesakit TB batuk, bersin, bercakap atau bernyanyi. Individu sihat yang berdekatan atau individu yang mempunyai kontak dengan pesakit, berpotensi untuk mendapat jangkitan melalui proses pernafasan. Bakteria ini akan masuk ke dalam salur pernafasan dan menjangkiti paru-paru, juga dikenali sebagai pulmonary TB (TB paru-paru) malah, boleh juga menjangkiti bahagian badan yang lain dan dikenali sebagai extrapulmonary TB.
HFMD Demam Ulser di tekak dan mulut Ruam dan Lepuh di tapak tangan,kaki,lulut dan kawasan lampin. Sakit kepala hilang dan hilang selera makan HAND FOOT MOUTH DIASEAS LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN TANDA-TANDA HMFD Kerap membasuh tangan Bawa ke hospital atau klinik berdekatan untuk membuat pemeriksaan Elakkan membawa anak ke tempat yang sesak Pastikan membawa “Hand sanitizer” sebelum membawa anak bermain di Taman Permainan Pastikan Anak-anak tidak berkongsi sudu ketika makan 5
PERMULAAN WABAK COVID-19UM NEWS Edition #30 JANUARI 2022 Pada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan bahawa koronavirus baharu yang menjadi penyebab penyakit pernafasan sekelompok penduduk di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China, yang dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019. Tidak seperti wabak SARS pada tahun 2003, nisbah kematian kes untuk COVID-19 jauh lebih rendah, tetapi penularannya jauh lebih tinggi, dengan jumlah kematian yang ketara. Ekoran daripada peningkatan jumlah kes yang mendadak pada bulan Mac 2020, kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 di seluruh negara. PKP yang sepatutnya tamat pada 31 Mac 2020 telah dilanjutkan hingga awal bulan Mei 2020. KESAN COVID-19 KEPADA DUNIA Pada 15 Mac 2020, Malaysia menyaksikan peningkatan mendadak kes aktif COVID19. Oleh itu, pada malam 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia ke-8 , Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengadakan siaran langsung seluruh negara bagi mengumumkan keputusan kerajaan pusat dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berdasarkan siaran langsung malam itu, enam sekatan telah dikenakan Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Bagi umat Islam, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat dibatalkan yang selaras dengan keputusan yang dibuat pada 15 Mac 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Tidak ada jangkitan penyakit, tiada ramalan buruk, tiada sial burung hantu dan tiada sial bulan Safar, dan larilah daripada pesakit kusta sebagaimana kamu lari daripada singa. 6
Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara, dengan mereka yang baru pulang dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan prauniversiti. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan فر من المجزوم كما تفر من األسد Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)“ 7
Demam berpanjangan dan suhu melebih 35 darjah celcius. Bibir menjadi kebiruan. Kesukaran bernafas. Sakit dada. TANDA-TANDA DIJANGKITI COVID 19 Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka pada bulan hadapan, masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu. Malaysia akan menerima bekalan vaksin COVID-19 menerusi perjanjian dengan syarikat farmaseutikal dari United Kingdom, AstraZaneca dan syarikat Pfizer dari Amerika Syarikat. Biarpun kita sudah hampir pasti akan mendapat bekalan vaksin COVID-19 dalam tempoh terdekat ini menerusi perjanjian dua hala itu bagi membendung penularan pandemik, ‘suara-suara sumbang’ ini dilihat seolah-olah mempertikaikan tindakan kerajaan biarpun ia dilihat sebagai satu langkah terbaik di dalam situasi global yang penuh mencabar ini. Kementerian Kesihatan (KKM) masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19 bukan lagi kecemasan kesihatan global. Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementeriannya masih dalam peringkat perbincangan dan pemantauan secara berterusan sebelum sebarang keputusan baharu dibuat. “Kita akan juga mempertimbangkan tentang perkara tersebut dan sedang melakukan perbincangan di peringkat tertinggi KKM dan kita akan teruskan (SOP) buat sementara ini. SOP seperti biasa itu sehinggalah kita membuat keputusan yang muktamad. Sama ada untuk mengikut seperti mana yang disarankan oleh WHO atau sebaliknya. PENGAKHIRAN WABAK COVID 19 VAKSIN COVID 19 MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Antara alasan yang sering dilontar dan diulangpakai oleh golongan antivaksin ini terutamanya dalam laman media sosial ialah bahan yang digunakan ketika penghasilan vaksin diambil dari unsur haram untuk umat Islam seperti DNA babi, konspirasi jahat Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) untuk mengurangkan dan mengawal populasi penduduk dunia, serta pelan billionair Bill Gates untuk menjayakan ‘Plandemik’. Dakwaan-dakwaan berat dikeluarkan golongan ini pastinya sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam hati orang ramai terutama umat Islam, sedangkan kita sedia maklum bahawa Islam melarang umatnya menggunakan benda yang haram. Ternyata sebenarnya masih ramai orang awam khususnya orang Islam tidak tahu kewujudan kaedah Fiqh Islami yang khusus berkaitan isu penyucian bahan di dalam vaksin yang dikenali sebagai Istihalah dan Istihlak. 8
Beliau menjelaskan bahawa konsep Istihalah dan Istihlak turut boleh diaplikasikan di dalam fatwa semasa berkaitan isu kehalalan sesuatu vaksin. “Istihalah ialah proses semulajadi yang memberikan kesan perubahan hukum (dari haram ke halal) kerana berubah zatnya iaitu bahan dari sumber yang haram yang telah berubah struktur kimia dan ciri fizikalnya kepada suatu unsur dan sifat yang lain, maka hukumnya adalah halal dan suci. Ini pandangan mazhab Hanafi dan dipersetujui oleh ulama tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan Sheikh Wahbah Al-Zuhaili. “Konsep Istihlak pula ialah bahan haram yang sedikit bercampur dengan bahan yang suci berlipat kali ganda sehingga menghilangkan sifat dan ciri-ciri asal yang terkandung dalam bahan itu. Bahan berkenaan telah rosak sifat dan ciri asalnya, walaupun zatnya masih kekal seperti mencampurkan setitis arak ke dalam air. Istihlak mempunyai kesan hukum sama seperti Istihalah,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini. 9 APA ITU ISTIHALAH, ISTIHLAK? Pendakwah bebas Dr Abdul Rahman A. Shukor memberikan penerangan bahawa isu berkaitan penggunaan unsur haram di dalam vaksin telah lama dibincangkan sejak dahulu oleh para agamawan dan ulama, bahkan ia adalah ‘settled issue’, dengan begitu banyak fatwa tempatan dan antarabangsa yang telah dikeluarkan mengenai vaksin yang boleh dirujuk. Beliau, yang juga Penasihat Shariah Institusi Perbankan Islam turut menjelas lanjut, kaedah asal mengikut hukum Islam ialah vaksin jika dihasilkan daripada benda suci dan tidak memudaratkan manusia maka tidak timbul isu syariah mengenainya, di samping ianya harus digunakan sebagai langkah pencegahan daripada penyakit yang berjangkit atau wabak yang boleh membawa kepada risiko kematian. APAKAH KANDUNGAN VAKSIN? HARAM ATAU HALAL?
APA ITU VIRUS RABIES Rabies adalah jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.Virus rabies, sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus dan cara jangkitan Virus rabies adalah terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka. Rabies adalah sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis) Rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan. Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiupan angin (aerophobia). Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut. TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS RABIES. ِتي َّل َّال َفَشا ِفيِهُم الَّطاُعوُن َوا َألْوَجاُع ا ْوٍم َقُّط َحَّتى ُيْعِلُنوا ِبَها ِإ ِفي َق َفاِحَش ُة اْل َلْم َتْظَه ِر َّلِذيَن َمَضْوا ْس َالِفِهُم ا َلْم َت ُكْن َمَضْت ِفي َأ Maksudnya : Tidaklah muncul kejahatan pada sesebuah kaum sehinggalah mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan akan merebak dalam kalangan mereka wabak taun serta penyakitpenyakit yang tidak pernah muncul dalam kalangan generasi sebelum .mereka Riwayat Ibn Majah LANGKAH PENCEGAHAN Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik. Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air. 10
PENUTUP Akhir kalam, telah sampai kita penghujung majalah ini apa yang saya ingin rumuskan di sini ialah hendaklah kita sentiasa bewaspada dan menjauhi segala penyakit berjangkit yang berlaku di dunia tidak kira masa mahupun dimana anda berada.Penyakit berjangkit ini bukanlah isu yang biasa kerana penyakit berjangkit ini akan memudaratkan kesihatan kita malah ia boleh membawa kepada kematian. Selain daripada penyakit berjangkit yang saya ketengahkan iaitu virus HFMD , Virus Rabies,Virus Covid 19 terdapat banyak lagi virus-virus di luar pacaindera mata kita yang kita tidak nampak tetapi ia wujud.Seperti mana yang kita lihat saya telah mengemukakan satu penyataan dan pandangan seorang pendakwah bebas mengenai isu berkenaan vaksin ada sesetengah orang keliru dengan suntikan vaksin yang akan diberikan kepada seluruh rakyat untuk menangani virus Covid 19 yang menyebabkan puluhan ribu rakyat meninggal dunia disebabkan virus tersebut, sehinggakan mereka tidak mengambil peduli langsung berkenaan dengan vaksin kerana mereka takut vaksin itu adalah sumber daripada sesuatu yang haram. Saya harap penjelasan yang telah saya kemukan dapat membantu kita untuk lebih memahami hukum suntikan vaksinasi itu. Saya akhiri rumusan saya dengan petikan hadis “Dan mereka tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan pelbagai ujian) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mereka mahu beringat (serta insaf)?”
https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/01/vaksin-covid19- menurut-perspektif-islam http://www.myhealth.gov.my/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd/ http://www.myhealth.gov.my/en/rabies-penyakit-anjing-gila/ http://www.myhealth.gov.my/tuberkulosis-tb/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19_di_Malaysia Sumber Rujukan
AHMAD ADHAM BIN AHMAD TARMIZI 05DPB22F2002