PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH TUGASAN PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH HAIKAL WAFIY
Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran berterusan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid dalam mencapai objektif kurikulum yang diharapkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). PBD telah dilaksanakan sejak akhir tahun 2016 dan diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Kurikulum (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan satu proses yang melibatkan proses pentaksiran secara berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang telah ditetapkan. PBD melibatkan proses mengumpul serta menganalisis maklumat dan juga membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP yang berlaku tidak kira secara formatif mahupun sumatif (Black & William, 2018; Ghazali et al., 2018; McMillan, 2018; Rahman, 2018; Pilok et al., 2019; Shepard, 2019; Umar, 2019). Menurut Arumugam (2020), PBD diperkenalkan untuk menilai dan mengukur kemajuan pembelajaran pelajar secara menyeluruh. PBD menggunakan penilaian formatif sebagai cara untuk meningkatkan kedua-dua proses pengajaran dan pembelajaran pelajar, dengan matlamat utama untuk meningkatkan prestasi keseluruhan. Sebaliknya, penilaian sumatif digunakan untuk menilai dan mengesahkan pencapaian pelajar apabila pelbagai topik atau unit pembelajaran telah dibincangkan. Pelaksanaan PBD yang betul memberikan pemahaman yang menyeluruh tentang kecekapan murid dalam memenuhi Standard Pembelajaran yang digariskan dalam kurikulum. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa maklumat yang diperoleh daripada PBD tidak bertujuan untuk membandingkan atau bersaing antara pelajar antara satu sama lain. Sebaliknya, ia berfungsi sebagai alat yang berharga untuk sekolah dan ibu bapa untuk menyusun strategi dan melaksanakan langkah-langkah yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan kejayaan pelajar dalam perjalanan pendidikan mereka. 1.0 PENDAHULUAN 2.0JENIS-JENIS PENTAKSIRAN ALTERNATIF Menurut Haziyah Hussin et al. (2021), pelaksanaan penilaian alternatif merupakan ciri penting Pendidikan 4.0. Ia seiring dengan PBD yang memfokuskan kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara holistik (Abdul Halim Abdullah dan Zuraini Marion, 2021, 24 Januari). Terdapat 2 jenis pentaksiran alternatif yang terdapat dalam PBD iaitu Pentaksiran Berasaskan Prestasi dan Pentaksiran Autentik. Pentaksiran berasaskan prestasi merupakan satu bentuk pentaksiran yang berlainan dengan peperiksaan tradisional yang menggunakan pensel dan kertas semata-mata. Pentaksiran beraasaskan prestasi bukanlah satu strategi menguji semata-mata namun ia melibatkan proses dan produk. Melalui pentaksiran ini, murid ditaksir berasaskan proses penglibatan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Pentaksiran Autentik pula merupakan proses pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran autentik ini dibuat bagi memastikan setiap murid dalam kelas memahami dan dapat menterjemah kehendak soalan. Menurut Mueller (2014), pentaksiran autentik adalah satu bentuk pentaksiran di mana murid disuruh untuk membuat tugas-tugas dalam dunia realiti yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting.
3.1 KAEDAH Kaedah yang digunakan dalam aktiviti yang dijalankan ini ialah kaedah bertulis. Murid akan menggunakan kemahiran menulis mereka untuk melaksankan tugas yang diberikan oleh guru kepada murid iaitu mereka perlu melengkapkan maksud pantun mengikut rima akhir yang betul. 3.2 AKTIVITI Aktiviti yang dijalankan dalam instrumen lembaran kerja ini ialah murid perlu melengkapkan maksud pantun mengikut rima akhir yang betul. Guru telah menyediakan jawapan bagi soalan-soalan berikut. Murid hanya perlu memilih jawapan yang disediakan dan mengisi di tempat kosong. Pertama sekali, guru memberikan lembaran kerja tentang pantun 4 kerat kepada setiap murid. Kemudian, guru menerangkan cara untuk menjawab lembaran kerja tersebut iaitu murid perlu memilih jawapan yang telah disediakan dan mengisi di tempat kosong. 5.3 TAJUK PDP Tajuk yang dipelajari ialah tajuk pantun. 3.3 STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI Standard pembelajaran yang dipilih ialah 4.3.1 Mencipta bahan sastera secara berpandu dan mempersembahkan secara kreatif; pantun empat kerat. Standard prestasi yang berkait dengan aktiviti yang dijalankan ini adalah Standard prestasi kemahiran menulis. Tahap penguasaannya pula ialah pada TP 4 iaitu menulis jawapan pemahaman dengan betul pada tahap kukuh. 3.0 INSTRUMEN LEMBARAN KERJA BERTULIS
3.4 KEUPAYAAN INSTRUMEN MENTAFSIR MURID Lembaran kerja memainkan peranan penting dalam menilai kecekapan pelajar dalam pelbagai mata pelajaran. Lembaran kerja juga meningkatkan pemahaman pelajar tentang topik yang dipelajari (Lee, 2012). Mereka bukan sahaja mengukur keupayaan mereka untuk memahami dan melengkapkan kemahiran yang berbeza tetapi juga berfungsi sebagai alat yang berharga dalam kelas pemulihan. Lembaran kerja ini bertindak sebagai panduan, membantu pelajar mengukuhkan pemahaman mereka tentang topik yang diajar oleh guru. Sebab di sebalik keberkesanannya terletak pada ilustrasi yang menarik, format yang jelas dan mudah dibaca serta gaya penulisan yang mesra pengguna. Apabila guru mencipta lembaran kerja mereka sendiri, ia menambahkan unsur keterujaan untuk pelajar dalam kelas pemulihan, menjadikan pelajaran lebih menyeronokkan. Lembaran kerja boleh digunakan sebagai alat untuk kaedah penilaian bertulis dan jenis penilaian ialah penilaian kendiri. Penilaian kendiri merujuk kepada penilaian pelajar sendiri terhadap kemajuan pembelajaran mereka sendiri berdasarkan matlamat atau standard pembelajaran yang perlu mereka capai (Lee et al., 2024). Penilaian kendiri membolehkan pelajar memahami apa yang dipelajari dan mencapai kejayaan (Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah et al., 2015). Biasanya, pelajar menyiapkan lembaran kerja di rumah sebagai kerja rumah (Mohd Nazi Abdul Rahman, 2021, 30 November). Aktiviti ini sangat sesuai untuk para pelajar tahun 3 kerana ia merupakan aktiviti yang tidak berapa sukar dengan keupayaan mereka. Hal ini demikian kerana guru telah memberikan arahan yang mudah, ringkas dan jelas difahami. Murid hanya perlu memilih jawapan yang telah disediakan dan mengisi tempat kosong dengan betul. Kelemahan aktiviti ini ialah aktiviti yang dijalankan tidak selari dengan standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana murid tidak perlu mencipta sebarang pantun. Mereka hanya perlu memilih dua rangkap pantun terakhir dan mengisinya dalam tempat kosong bagi melengkapkan pantun empat kerat. Cadangan penambahbaikan yang ingin saya cadangkan adalah guru perlu menjalankan aktiviti sesuai dengan standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Guru boleh menjalankan aktiviti seperti murid perlu mencipta empat kerat pantun secara individu. Hal ini secara tidak langsung dapat menyelarikan aktiviti dengan standard pembelajaran yang ditetapkan.
4.1 KAEDAH Kaedah yang digunakan dalam instrumen senarai semak ini ialah kaedah lisan. Murid diminta untuk menggunakan kemahiran lisan mereka untuk melafazkan pantun yang mereka pilih di hadapan kelas. 4.2 AKTIVITI Aktiviti yang dijalankan dalam instrumen senarai semak ini ialah aktiviti melafazakan pantun mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Pertama sekali, guru akan membahagikan murid-murid dalam kelas kepada 4 kumpulan. Kemudian, guru akan meminta setiap wakil kumpulan untuk datang ke hadapan bagi memilih serangkap pantun untuk dilafazkan. Setelah selesai sesi pemilihan pantun, setiap kumpulan perlu menghantar dua wakil ke hadapan kelas bagi melafazkan pantun yang telah dipilih. 5.3 TAJUK PDP Tajuk yang dipelajari ialah tajuk pantun. 4.3 STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI Standard pembelajaran yang dipilih ialah SP 4.3.1 Mencipta bahan sastera secara berpandu dan mempersembahkan secara kreatif; pantun empat kerat. Standard prestasi yang berkait dengan aktiviti yang dijalankan ini adalah Standard prestasi kemahiran bertutur. Tahap penguasaannya pula ialah pada TP 4 iaitu menyampaikan maklumat menggunakan idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila pada tahap kukuh. 4.0 INSTRUMEN SENARAI SEMAK
4.4 KEUPAYAAN INSTRUMEN MENTAFSIR MURID Senarai semak merupakan senarai untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap, sahsiah dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. la memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan (/) atau cara lain. Aktiviti ini sangat sesuai dengan keupayaan murid tahun 3 kerana ia bukan aktivti yang sangat sukar. Mereka hanya perlu melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang jelas. Aktiviti ini juga baik kerana aktiviti tersebut dijalankan secara berkumpulan dan berpusatkan murid. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar semasa melakukan tugasan tersebut. Kelemahan dalam aktiviti yang dijalankan ini ialah guru hanya memanggil dua orang wakil sahaja untuk melafazakan pantun di hadapan kelas. Secara tidak langsung, pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak menyelurug. Hanya sesetengah murid sahaja yang boleh menguji keupayaan mereka dan belajar untuk melafazkan pantun di hadapan kelas. Cadangan penambahbaikan yang boleh saya berikan adalah guru boleh menjalankan aktiviti ini dengan melibatkan kesemua pelajar yang ada dalam kelas tersebut. Guru boleh meminta setiap ahli dalam kumpulan tersebut untuk datang ke hadapan dan semua ahli dalam kumpulan tersebut perlu melafazkan pantun secara bergilir-gilir. Secara tidak langsung, semua pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran dan keupayaan mereka untuk melafazakan pantun di hadapan kelas.
5.1 KAEDAH Kaedah yang digunakan dalam instrumen ini ialah kaedah lisan. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru iaitu membina empat rangkap pantun berdasarkan tema kemasyarakatan. 5.2 AKTIVITI Aktiviti yang dijalankan dalam instrumen pentaksiran secara lisan antara guru dan murid ini ialah murid perlu membina empat rangkap pantun berdasarkan tema kemasyarakatan secara lisan. Pertama sekali, guru akan memanggil beberapa orang murid secara rawak untuk datang ke hadapan. Kemudian , guru akan menanyakan soalan iaitu bina serangkap pantun empat kerat berdasarkan tema kemasyarakatan. Seterusnya, murid akan membaca pantun yang mereka fikir dan guru akan mencatat pantun tersebut dalam instrumen pentaksiran secara lisan antara guru dan murid ini. Akhir sekali, guru akan memberikan komen dan dicatat dalam borang instrumen ini. 5.3 TAJUK PDP Tajuk yang dipelajari ialah tajuk pantun. 5.3 STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI Standard pembelajaran yang dipilih ialah SP 4.3.1 Mencipta bahan sastera secara berpandu dan mempersembahkan secara kreatif; pantun empat kerat. Standard prestasi yang berkait dengan aktiviti yang dijalankan ini adalah Standard prestasi kemahiran bertutur. Tahap penguasaannya pula ialah pada TP 4 iaitu mendengar dan memberikan respons dengan betul serta menyampaikan maklumat menggunakan idea yang kritis dan kreatif pada tahap kukuh. 5.0 INSTRUMEN PENTAKSIRAN SECARA LISAN ANTARA GURU DAN MURID
5.4 KEUPAYAAN INSTRUMEN MENTAFSIR MURID Guru sering menggunakan penilaian lisan di dalam bilik darjah. Pendekatan ini boleh berlaku secara spontan semasa PdP atau boleh dirancang melalui sesi soal jawab atau kuiz. Kaedah pentaksiran lisan dapat mengesan kemajuan atau penguasaan murid dengan mudah dan cepat (Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Antaranya, penilaian lisan direka bentuk untuk mengesan kelancaran sebutan, mengesan amalan dan sikap pelajar serta-merta, mengesan kebolehan membaca dan ingatan pelajar, memahami pengetahuan dan pemahaman pelajar serta-merta, serta mengesan kemajuan dan pencapaian pelajar dalam kemahiran komunikasi. Semasa menyediakan alat penilaian pertuturan, guru perlu memastikan soalan, penyataan, ilustrasi, dan bahan rangsangan adalah jelas dan boleh difahami. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang sesuai dengan keupayaan murid. Dalam aktiviti yang dijalankan ini, ia dilihat selari dengan standard prestasi iaitu murid perlu mencipta serangkap pantun empat kerat berdasarkan tema kemasyarakatan. Ia secara tidak langsung akan membantu murid untuk mengasah pengetahuan mereka dalam mencipta karya sastera iaitu pantun. Kelemahan yang saya kenalpasti dalam aktiviti ini ialah ia tidak dijalankan secara menyeluruh. Hal ini demikian kerana guru hanya memanggil beberapa orang sahaja untuk mencipta pantun. Ini membuatkan murid yang lain tidak mendapat peluang untuk mengenalpasti tahap penguasaan yang mereka perolehi dalam penciptaan pantun. Cadangan yang saya ingin kemukakan adalah guru boleh menjalankan aktiviti ini secara menyeluruh melibatkan kesemua pelajar. Setiap murid berhak untuk mendapat peluang bagi mengenalpasti tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Secara tidak langsung, guru boleh mengenalpasti bahawa adakah muridnya faham tentang topik yang dipelajari dan jika tidak, guru boleh menyediakan latihan untuk mengasah lagi pengetahuan mereka.
Secara ringkasnya, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu pentaksiran berasaskan sekolah yang dijalankan oleh Unit Pembangunan Kurikulum. Pelaksanaan PBD yang bersesuaian dan berkesan memberi impak positif kepada guru dan pelajar. Guru boleh mengenal pasti kefahaman dan penguasaan murid terhadap kandungan pembelajaran. Pelajar juga boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka dengan melaksanakan PBD di sekolah. Untuk mencapai aspirasi pendidikan negara, guru hendaklah bijak memilih jenis pentaksiran, kaedah pentaksiran, dan alat pentaksiran yang sesuai dengan kebolehan setiap pelajar. Lagipun, peranan guru dalam pentaksiran amat penting agar PdP yang dilaksanakan dapat lebih berkesan. 6.0 KESIMPULAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah edisi ke-2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Panduan pengurusan dan pentadbiran pentaksiran sumatif PT3. Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum. pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161. Lee, C. W. (2012). Pembelajaran visual dalam usaha meningkatkan tahap kefahaman murid prasekolah. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 85-97. Haziyah Hussin, Najah Nadiah Amran, Nur Farhana Abdul Rahman, Adawiyah Ismail, Zamzuri Zakaria . (2021). Amalan pentaksiran alternatif dalam program pengajian islar di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam mendepani cabaran pandemik COVID-1915 Islamiyyat, 43(1), 3-14. Abdul Halim Abdullah & Zuraini Marion. (2021, Januari 24). Guru perlu kreatif taksir murid dalam norma baharu. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/779528/guru-perlu-kreatiftaksir-murid-dalam - norma-baharu Mahaya Salleh et. al,. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Local Publications. Lee, L. H.. Boon, P. Y., Lawrence, A. A.. & Ihavenil Narinasamy. (2024). Pentaksiran dalam pendidikan. Pustaka Nadwa Sdn Bhd. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Sazelli Ab Ghani. Che Nidzam Che Ahmad, & Asmayati Yahaya. (2015). Students' discourse in learning mathematics with self-regulating strategies. Procedia Social and Behaviora/ Science, 191, 2188-2194. , Mohd Nazri Abdul Rahman. (2021, November 30). Kerja rumah tingkatkan pencapaian murid? Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/11/893483/kerja-rumahtingkatkan-pencapaian-murid SUMBER RUJUKAN