PERTANDINGAN
ANUGERAH GURU INOVATIF
SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU
PERINGKAT KEBANGSAAAN
2022
JPN JOHOR
KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
KAEDAH CEPAT
MENGENAL HURUF
MENGGUNAKAN
P’VILA
(PAPAN VISUAL AKRONIM)
MOHD SALIMI BIN BAHARUDIN
SK ULU TIRAM
PPD PASIR GUDANG
PENOMBORAN PERKARA
- Kategori pertandingan
- Tajuk Inovasi
1.0 Sinopsis Inovasi
2.0 Objektif Inovasi
- Umum
- Khusus
3.0 Kumpulan Sasaran
4.0 Latar Belakang Inovasi
- Perancangan
- Pelaksanaan
- Penilaian
- Tindakan
- Inovasi P’VILA
5.0 Isu / Masalah Yang Ditangani
Oleh Bahan Inovasi
- Kesan Inovasi Kepada
Guru
- Kesan Inovasi Kepada
Murid
6.0 Huraian Inovasi
- Bahan Yang Digunakan
- Cara/Manual P’VILA
Digunakan
- Kos Penghasilan
P’VILA
- Keberkesanan P’VILA
- Potensi Disebar Luas
7.0 Kesimpulan
- Bibliografi
- Pautan ‘QR Code’ Video
Kaedah Cepat Mengenal
Huruf Menggunakan P”VILA
INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
KAEDAH CEPAT MENGENAL HURUF
MENGGUNAKAN P’VILA
Mohd Salimi bin Baharudin
Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram
81800 , Ulu Tiam , Johor
1. SINOPSIS INOVASI
Kemahiran mengenal huruf merupakan kemahiran yang harus dikuasai oleh murid
pada peringkat awal persekolahan supaya murid bersedia untuk menghadapi peluang
pembelajaran yang lebih luas dan seronok semasa di sekolah. Maka menerusi 32
Kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan , kemahiran pertama yang perlu murid
pemulihan kuasai adalah mengenal, menyebut dan menulis huruf kecil. Namun
begitu, pemerhatian awal guru menunjukkan murid sukar untuk mengenal, menyebut
dan menulis huruf secara rawak walaupun mampu menyanyikan lagu ABC dengan
lancar. Didapati juga murid akan menyebut atau mengerakkan tangan di permulaan
huruf ‘a’ dahulu sebelum berhenti pada huruf yang di tunjukkan. Ini kerana murid hanya
menghafal lagu ABC tanpa mengenali sebutan selari dengan bentuk huruf. Mengingati
26 huruf secara satu persatu dan berterusan juga menyumbang kesukaran murid
untuk kuasai kemahiran 1 Bahasa Melayu Pemulihan.
Bagi mengatasi permasalahan di atas, inovasi ini direka untuk membantu murid untuk
menyebut, mengenal dan menulis huruf kecil secara rawak tanpa membebankan
kepada murid untuk menghafal 26 huruf secara konvensional melalui kaedah visual
dan akronim. Inovasi ini dinamakan Papan Visual Akronim atau P’Vila.
Dengan menggunakan pendekatan PDCA ( Plan, Do, Check and Act ), guru
menjalankan ujian pra dan ujian pasca serta pemerhatian ke atas 6 orang murid Tahun
2 Pro2B SAMURAI ( Saya Murid Pandai) untuk mengguji keberkesanan penggunaan
inovasi P’Vila bagi membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal
huruf kecil.
Hasil dapatan melalui teknik visual dan akronim ke atas murid melalui pendekatan
Pembelajaran Abad Ke-21 (Fun Learning) dilihat dapat membantu murid untuk
meningkatkan kemahiran murid mengenal, menyebut dan menullis huruf kecil. Hasil
dapatan juga berjaya mengubah persepsi murid bahawa secara tidak sedar mereka
sudah menyebut huruf tanpa mereka sedar sekurang-kurangnya dari pengalaman
mereka sendiri sebagai contoh mereka pernah menyebut sebutan KFC (Kentucky
Fried Chicken) ketika makan bersama keluarga.
Berdasarkan dapatan di atas, inovasi P’Vila boleh dijadikan sebagai satu alternatif
untuk membantu guru dalam pengajaran dan membantu murid mengenal huruf kecil.
Kata Kunci : PDCA, 32 Kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan , Pembelajaran Visual.
2. OBJEKTIF INOVASI
2.1 OBJEKTIF UMUM
Objektif umum inovasi adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman
murid untuk menyebut mengenal, menyebut dan menulis huruf kecil seterusnya
membantu murid kuasai 32 kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan.
2.2 OBJEKTIF KHUSUS
• Murid mampu menyebut huruf berdasarkan visual atau gambar
• Murid mampu mengenal huruf berdasarkan visual atau gambar
• Murid mampu menulis huruf berdasarkan visual atau gambar
• Membantu memudahkan guru menyediakan bahan bantu mengajar.
3. KUMPULAN SASARAN
Sebelum inovasi ini dihasilkan, seramai 6 orang murid Tahun 2 Kelas Pro2B SAMURAI
telah diuji pencapaian mereka mengikut kemahiran 1 Bahasa Melayu Pemulihan
setelah PdP secara bersemuka dibenarkan. Pemilihan murid ini adalah disebabkan
saya ialah guru pemulihan Kelas Pro2B SAMURAI.
4. LATAR BELAKANG INOVASI P’VILA
4.1 PERANCANGAN (PLAN)
6 orang murid Tahun 2 Kelas Pro2B SAMURAI telah diuji pencapaian mereka
mengikut kemahiran 1 Bahasa Melayu Pemulihan iaitu kemahiran mengenal huruf
kecil. Penilaian mereka akan dinilai berdasarkan berapa banyak huruf yang betul
ditulis apabila guru menyebut secara rawak 23 huruf. Huruf huruf q, x dan v
dikecualikan kerana penggunaan huruf tersebut kurang digunakan dalam literasi
Bahasa Melayu.
Hasil dapatan berapa banyak huruf yang betul ditulis oleh murid akan dijadikan
sebagai data pra untuk dibandingkan dengan data pasca setelah inovasi ini dihasilkan.
4.2 PELAKSANAAN (DO)
Hasil dapatan awal atau pra didapati majoriti murid tidak menguasai 23 huruf yang
disebut oleh guru.
Ini jelas menunjukkan setiap murid mempunyai kesukaran untuk mengenal huruf.
Didapati juga setiap murid yang dinilai mempunyai kemahiran mengenal huruf yang
berbeza.
Melalui pemerhatian pula, didapati beberapa murid menyanyikan lagu huruf bermula
huruf ‘a’ untuk menulis huruf yang disebut . Selain itu, kesilapan yang jelas dilihat
adalah murid-murid ini boleh menulis bentuk huruf yang betul walaupun sebutannya
salah. Sebagai contoh bila disebut huruf ‘m’ namun ditulis bentuk huruf ‘f’. Penulisan
huruf tulisan cermin juga didapati semasa penilaian.
Melalui dapatan awal dan pemerhatian di atas , saya jadikan ia sebagai objektif untuk
menghasilkan inovasi yang boleh membantu murid menyebut, mengenal dan menulis
huruf.
4.3 PENILAIAN (CHECK)
Untuk mengenal pasti penguasaan huruf kuasai dan tidak kuasai oleh murid , saya
menetapkan jumlah huruf yang dikuasai oleh murid perlulah melebihi atau sekurang-
kurang 5 daripada 6 per huruf. Ini bagi memudahkan saya menilai dan membuat
pecahan huruf yang dikuasai dan tidak kuasai oleh murid.
Berikut adalah jadual (Jadual 1 )hasil pecahan huruf yang dikuasai dan tidak kuasai
oleh murid.
Jadual 1 jelas menunjukkan agak sukar untuk melatih murid untuk mengenal dan
menulis 19 huruf yang tidak dikuasai secara sekaligus dan berperingkat dalam
tempoh yang singkat.
HURUF KUASAI HURUF TIDAK KUASAI
a bcde
o fghi
l jkmn
u prstwyz
Jadual 1
Namun jika diamati rajah di atas , terdapat akronim yang jelas kelihatan seperti
akronim bagi a.b.c ( Jadual 2 ) dan a.t.m ( Jadual 3 )
HURUF KUASAI HURUF TIDAK KUASAI
a bcde
o fghi
l jkmn
u prstwyz
Jadual 2
HURUF KUASAI HURUF TIDAK KUASAI
a bcde
o fghI
l jkmn
u prstwyz
Jadual 3
Melalui penilaian pemerhatian huruf akronim ini , tercetus idea untuk menghasilkan
satu inovasi berasaskan bahan bantu mengajar secara visual atau gambar bagi
membantu murid mengenal dan menulis huruf secara rawak. Ini kerana banyak
penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan gambaran visual
sebelum, semasa dan selepas membaca sesuatu bahan bantu mengajar akan
dapat meningkatkan kefahaman (Gambrell & Bales, 1986; Sadoski & Paivio,
2001).
Namun terdapat kekangan terhadap penggunaan gambar dan akronim yang
digunakan untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Sebagai contoh, murid-murid di
kawasan saya jarang atau kurang kenali gambar dan sebutan mesin a.t.m
(Automated Teller Machine ) atau Mesin Teler Automatik. Pun begitu, untuk akronim a.b.c
(Air Batu Campur), murid-murid mudah untuk mengambarkan apa itu air batu campur serta
mudah untuk menyebutnya.
Maka apa yang saya dapat simpulkan, inovasi atau alat bantu untuk mengajar akronim
yang hendak dihasilkan perlulah mempunyai gambar yang selalu atau sekurang-
kurangnya pernah dilihat dan diketahui oleh murid.
4.4 TINDAKAN (ACT)
Berikut adalah gambar berserta akronim yang saya akan gunakan untuk inovasi yang
akan dihasilkan.
a.b.c k.f.c l.e.d g.p.s
j.d.t b.m.w u.s.b r.x.z
Berdasarkan gambar yang akan digunakan di atas, ia membolehkan murid menyebut
sekurang-kurangnya 18 huruf secara rawak.
Untuk mencapai objektif, murid boleh mengenal dan membezakan serta mampu
menulis huruf secara rawak, sesuatu tapak perlu direka.
4.5 P’VILA ( PAPAN VISUAL AKRONIM )
Setelah pelbagai pengubahsuai dan tambah baik , maka terhasillah inovasi yang di
namakan P’VILA
P’VILA
P’VILA ini mempunyai dua papan atau tapak iaitu tapak yang mempunyai bahagian
yang berlubang. Tapak yang berlubang ( Gambar 1 ) ini akan menunjukkan gambar
dan huruf akronim. Tapak seterusnya merupakan tapak yang mempunyai cetakan
pelbagai gambar dan huruf akronim yang akan digunakan di dalam P’VILA
( Gambar 2 dan Gambar 3 ).
Bahagian Bahagian
menunjukkan menunjukkan
visual / gambar huruf akronim
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
5. ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH P’VILA
5.1 KESAN INOVASI P’VILA KEPADA GURU
• Guru berupaya mengesan kesilapan murid semasa aktiviti menulis huruf.
• Guru mampu membantu murid secara terus dengan menunjukkan huruf yang
betul berdasarkan gambar.
• Guru berupaya melakukan pembelajaran berfokus dan berperingkat
mengikut kemahiran murid.
5.2 KESAN INOVASI P’VILA KEPADA MURID
• Murid berupaya menyebut huruf akronim berdasarkan gambar. Ini secara
tidak langsung murid akan belajar mengenal huruf.
• Murid berusaha untuk menulis huruf berdasarkan sebutan akronim pada
gambar.
• Murid melakukan pembetulan jika berlaku kesilapan atau merujuk kepada
panduan jika ada kekeliruan.
6. HURAIAN INOVASI
6.1 BAHAN YANG DIGUNAKAN
Berikut ialah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan P’Vila boleh
merujuk kepada Jadual 4
Bil. Bahan Fungsi
1. 4 kertas lamina Melindungi kertas daripada mudah rosak dan
memudahkan penulisan menggunakan pen
papan putih.
2. 2 kertas berwarna 1 cetakan berlubang di bahagian depan , 1 untuk
dan 2 kertas putih sambungan bahagian belakang manakala 2
bersaiz A4 cetakan bergambar dan huruf akronim.
3. Gunting , pisau dan Gunting dan pisau digunakan untuk memotong
pembaris bahagian yang berkaitan manakala pembaris
digunakan untuk memastikan bahagian yang
dipotong kemas.
4. Mesin lamina Untuk melaminakan kertas
5. Komputer dan mesin Mengedit gambar dan reka bentuk tapak P’Villa
pencetak serta mencetakkannya.
6. Pita Pelekat Memastikan muka depan dan muka belakang
‘double side’ dapat dilekatkan.
Jadual 4
6.2 CARA / MANUAL P’VILA DIGUNAKAN
Penggunaan P’Villa secara asasnya menggunakan kaedah gelongsor atau ‘sliding’
ke arah kanan atau ke kiri mengikut kemahiran yang hendak diberikan kepada
murid. Kemahiran yang hendak diberikan murid pula adalah mengikut kaedah
ansur maju. Terdapat 6 kemahiran yang sediakan oleh P’Vila
Kemahiran 1 : Pengenalan Huruf
• Kemahiran ini bertujuan sebagai pengenalan huruf secara akronim
berdasarkan gambar yang dipaparkan.
• Gambar yang ditunjukkan adalah seperti :
a.b.c , k.f.c , l.e.d dan g.p.s (Set 1)
j.d.t , b.m.w , u.s.b dan r.x.z (Set 2)
• Murid akan menyebut sebutan seperti di dalam gambar tanpa
mengetahui bentuk huruf. Guru akan membantu murid untuk menyebut
dengan betul. Ini kerana murid mungkin akan menyebut sebutan
mengikut pemahaman mereka.
• Guru akan memberikan penerangan sebutan dari gambar dengan huruf
akronim.
• Murid sebenarnya mempunyai memori menyebut huruf berdasarkan
gambar cuma mereka belum mahir menzahirkan bentuk huruf selari
dengan sebutan yang betul.
Kemahiran 2 : Latihan Menulis Huruf
• Kemahiran ini untuk melatih murid bagaimana menulis huruf dengan
betul dengan menggunakan tulisan bertitik.
• Huruf yang ditulis masih sama berdasarkan kemahiran 1:
• Murid akan menyebut semasa menulis huruf berdasarkan gambar.
Kemahiran 3 : Latihan Kefahaman 1
• Kemahiran ini untuk melatih murid bagaimana menulis huruf dengan
betul apabila satu huruf akronim dari sebutan dihilangkan .
• Murid akan menulis huruf di ruang kosong. Sebarang kesilapan tulisan
akan dipantau oleh guru dan pembetulan boleh dilakukan secara terus
dengan mengelongsor tapak bagi menunjukkan jawapan yang betul.
Kemahiran 4 : Latihan Kefahaman 2
• Kemahiran ini sama seperti kemahiran 3 cuma 1 huruf lain pula
dihilangkan.
Kemahiran 5 : Latihan Kefahaman 3
• Murid diuji kefahaman mengemal huruf apabila 2 huruf dari akronim
pada gambar dihilangkan.
Kemahiran 6 : Latihan Kefahaman 4
• Murid diuji kefahaman mengemal huruf apabila 2 huruf dari akronim
pada gambar dihilangkan.
6.3 KOS PENGHASILAN P’VILA
Disebabkan penghasilan P’Vila melibatkan penggunaan bahan bercetak, kos
utama penghasilan hanya melibatkan bilangan kertas lamina , kertas warna dan
pita pelekat ‘double side’ sahaja . Penggunaan bahan yang minima ini
membolehkan inovasi ini boleh dihasilkan mengikut jumlah keperluan. Hanya
masa yang menjadi kekangan kerana proses memotong dan mengunting perlu
dilakukan secara individu dan manual.
Bil. Bahan Harga Jumlah
1. 4 kertas lamina , saiz A4 RM 36/100 helai 4 x 0.36 =
2. 2 kertas A4 berwarna = RM 0.36 RM 1.44
3. 2 kertasA4 putih seunit
RM 3/25 helai = 2 x 0.12 =
RM 0.12 seunit RM 0.24
RM 10/500 helai 2 x 0.02 =
= RM 0.02 RM 0.04
seunit
Jumlah RM 1.44
Jadual 5
6.4 KEBERKESANAN INOVASI
Sebelum saringan intervensi (data pasca atau pos) dijalankan, 12 masa PdP , 2
minggu, murid telah didedahkan penggunaan P’Vila Set 1 . Set 1 merupakan set
untuk menyebut dan menulis huruf berdasarkan gambar a.b.c , k.f.c, l.e.d dan
g.p.s pada Kad 1. Menerusi Kad 1, murid telah didedahkan untuk sebut dan tulis
11 huruf iaitu huruf a, b, c, d, e, f, g, k, l, p dan s. Oleh demikian , untuk
perbandingan data pra dan data pos, 11 huruf yang dinyatakan akan dijadikan
penanda aras perkembangan murid mengenal huruf secara rawak mengikut Set
1.
Data Pra Huruf
Betul
Murid abcde f gk l ps
A 9
B /////// / / 4
C 10
D //// 6
E 5
F ///////// / 4
///// /
/// //
////
Jadual 6
Data Pos Huruf
Betul
Murid abcde f gk l ps
A 11
B /////////// 7
C 11
D //// /// 11
E 7
F /////////// 7
///////////
//// ///
//// ///
Jadual 7
Berdasarkan perbandingan data pra dan data pos, didapati ada perkembangan
positif kefahaman murid terhadap kemahiran hurul kecil. Merujuk kepada Carta 1,
majoriti murid berupaya untuk menulis huruf dengan betul apabila guru menyebut
huruf yang berkaitan.
Berdasarkan pemerhatian pula, didapati penggunaan gambar yang minimum serta
mudah diterangkan, mungkin adalah punca perkembangan murid mengenal huruf.
Perbezaan pendekatan P’VILA berbanding kaedah konvensional boleh dirujuk
pada Jadual 8.
Perbandingan sebelum dan selepas
menggunakan P'VILA
12 11 11 11
10 9 10
87 7 7
6 4
64
4 5
2
0
ABCDE F
PRA POS
Carta 1
Bil. Perkara P’Vila Konvensional
P’Villa hanya memerlukan 4 Kaedah biasa memerlukan
gambar atau visual untuk 11 gambar untuk
menyatakan 11 huruf seperti menyatakan huruf yang
PdP huruf a,b,c,d,e,f,g,k,l,p,dan s, sama seperti P’Villa
1. Secara Contoh : satu gambar air Contoh : Penyediaan 3
Visual batu campur ( abc ) sudah gambar untuk menyatakan
memberi pengenalan huruf huruf
a, b dan c a - ayam
b - bola
c - cawan
Tidak terikat dengan bilangan Terikat satu huruf , satu
akronim dan gambar yang gambar walaupun bertukar
digunakan. gambar,
Contoh : kekangan Contoh : kekangan
mengenal huruf ‘r’ gambar
2. ABM Kenal mengenal huruf ‘r’ raket kepada bunga ros.
huruf menggunakan gambar
motorsikal r.x.z mungkin
murid sukar ingat , maka
boleh digantikan dengan
gambar logo r.t.m
Jadual 8
6.5 POTENSI DISEBAR LUAS
Pandemik Covid-19 jelas memberi impak negatif kepada semua pihak. Namun ini
bukan penghalang kepada guru untuk memikirkan bagaimana untuk
menyampaikan sesuatu ilmu kepada murid. Pandemik Covid-19, memungkinkan
guru untuk menuntut kemahiran baharu seperti kemahiran perkongsian ilmu
melalui Youtube Channel, AnyFlip.com , Liveworksheet.com dan sebagainya bagi
membolehkan perkongsian pembelajaran dapat disampaikan dan diakses kepada
mereka yang memerlukan semasa PdPR atau PdP bersemuka.
P’Villa secara tidak langsung juga telah menyumbang idea untuk kemahiran
mengenal huruf kecil melalui visual dan akronim kepada penonton youtube melalui
CikMie Online Youtube Channel. Berikut adalah contoh perkongsian video
Youtube mengenal huruf kecil di dalam CikMie Online Youtube Channel.
Kenali Huruf Kecil Bersama CikMie
• Video ini menerangkan bagaimana perkara yang berada disekeliling atau
persekitaran boleh dijadikan bahan untuk mengenal huruf
• Video ini boleh dilihat pada pautan
https://www.youtube.com/watch?v=G7HkcynrQZE&t=115s
• Video ini turut dikongsikan di platform Telegram dan WhatsApp guru
pemulihan seluruh Malaysia. Respon yang diberikan cukup positif . Berikut
adalah respon daripada penonton.
Apabila melihat respon dari media-media ini, saya mempunyai keyakinan inovasi
P’VILA mempunyai potensi yang bagus untuk disebarluaskan kepada guru-guru dan
murid-murid seluruh negara. Hal ini dikatakan kerana inovasi P’VILA mudah
diaplikasikan kepada murid-murid, melibatkan kos yang rendah dan mudah dibawa.
Penggunaan visual atau gambar yang berada dipersekitaran juga membantu
pengenalan huruf secara akronim dapat dikembangkan.
7. KESIMPULAN
Kemahiran mengenal huruf adalah satu kemahiran yang penting. Kegagalan murid
untuk mengenal huruf, menyebabkan mereka akan jauh ketinggalan serta
menyebabkan pelbagai permasalahan. Anak-anak ini perlulah dipersediakan
kemahiran asas seperti menyebut, mengenal dan menulis huruf supaya mereka boleh
membina masa depan yang cerah .
Melalui inovasi P’VILA, berdasarkan pengajaran kaedah secara visual dan akronim,
murid secara tidak langsung sebenarnya sudah ada ingatan untuk menyebut huruf
secara bukan formal. Oleh itu inovasi P’VILA adalah pintu keluar kepada murid untuk
mengenal dan menyebut huruf kecil dengan betul berdasarkan pengalaman dan
kefahaman mereka manakala guru boleh menggunakan inovasi ini sebagai alternatif
pemudah cara untuk PdP mengenal huruf kecil.
Pautan ‘QR Code’ Video Kaedah Cepat Mengenal Huruf Menggunakan
P”VILA