The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nonie.7781, 2020-10-20 10:49:40

MODUL SAINS TAHUN 1

modul

MODUL 2

NAMA MURID : _______________________________
KELAS : _______________________________
SEKOLAH : _______________________________

DISEDIAKAN OLEH NONIE BINTI MOHD KASSIM
GURU MATAPELAJARAN SAINS TAHUN 1

@NMK-SKP 2020

SENARAI KANDUNGAN MODUL 2

BIL PERKARA MUKASURAT
1. Panduan untuk ibubapa 2
2. Objektif modul 3
3. Sasaran modul 3
4. Tempoh pelaksanaan modul 3
5. PdPr Minggu 12
6. PdPr Minggu 13 4 - 10
7. PdPr Minggu 14
8. PdPr Minggu 15
9. PdPr Minggu 16
10. PdPr Minggu 17
11. PdPr Minggu 18
12. PdPr Minggu 19
13. PdPr Minggu 20

@NMK-SKP 2020

PANDUAN UNTUK IBUBAPA

1. Setiap murid Tahun 1 akan mendapat satu set Modul 2 Sains yang
disediakan.

2. Murid dikehendaki untuk membuat dan menyiapkan latihan-latihan yang
diberikan dalam modul ini.

3. Ibu bapa dimohon untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada
anak anda dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sepanjang berada di
rumah.

4. Tuan/Puan/Encik/Cik boleh menghubungi saya melalui kumpulan Whatsapp
pembelajaran kelas anak masing-masing sekiranya terdapat pertanyaan
atau masalah berkenaan latihan yang diberikan dalam modul ini.

5. Kerjasama ibubapa & penjaga amatlah diharapkan agar modul ini dapat
dimanfaatkan dan disiapkan dengan sepenuhnya oleh anak anda.

Sekian, terima kasih

@NMK-SKP 2020

OBJEKTIF MODUL

1. Modul 2 Sains ini adalah sebagai bahan sokongan aktiviti PdP murid

semasa berada di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar tidak berlaku keciciran dalam
pembelajaran.

2. Memenuhi peruntukan minima jam setahun mengikut matapelajaran

selaras dengan Penjajaran Kurikulum.

3. Membantu murid untuk menguasai objektif pembelajaran selaras dengan

kemahiran yang diperuntukkan dalam standard kandungan dan standard
pembelajaran.

4. Membantu guru untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi murid

selepas sesi pembelajaran dan intervensi yang boleh dilakukan.

SASARAN MODUL

Modul 2 Sains ini disasarkan kepada semua murid Tahun 1 Bijak dan Tahun 1
Bestari Sekolah Kebangsaan Payang Lahad Datu.

TEMPOH PELAKSANAAN MODUL

Modul ini akan digunakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB). Setiap latihan yang diberikan adalah mengikut baki tajuk dalam
Rancangan Pengajaran Penjajaran yang belum diajar bermula dari minggu 12 (19
Oktober 2020-18 Disember 2020).

@NMK-SKP 2020

PdPr MINGGU 12 (19 OKTOBER – 23 OKTOBER 2020)

Tema Teknologi dan kehidupan lestari
Tajuk Unit 10: Asas Binaan
Standard Kandungan 10.1 Binaan daripada bongkah bentuk asas
Standard Pembelajaran 10.1.2 Mengenalpasti bongkah bentuk asas iaitu kubus, kuboid,
piramid, prisma, kon, silinder dan sfera.
Objektif pembelajaran 10.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang hasil binaan melalui
Kriteria kejayaan lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengenalpasti bongkah
bentuk asas dengan betul.
Murid dapat mengenal pasti semua bongkah bentuk asas dengan
sekurang-kurangnya 50% betul dengan bimbingan.

Nota: (BONGKAH BENTUK ASAS)

1. Pelbagai bongkah bentuk asas digunakan disekeliling kita.
2. Bongkah bentuk asas adalah BERBEZA dengan bentuk asas. Mari kita kenali bongkah

bentuk asas ☺

KUBUS KON KUBOID

SILINDER PIRAMID SFERA

PRISMA

3. Contoh bongkah bentuk asas di sekeliling kita ialah seperti:

Bola – Sfera Atap rumah – Prisma

4. Murid boleh merujuk buku teks Sains Tahun 1 mukasurat 92-93.

@NMK-SKP 2020

Latihan:
LATIHAN 1

@NMK-SKP 2020

LATIHAN 2
@NMK-SKP 2020

@NMK-SKP 2020

Tema Teknologi dan kehidupan lestari
Tajuk Unit 10: Asas Binaan
Standard Kandungan 10.1 Binaan daripada bongkah bentuk asas
Standard Pembelajaran 10.1.3 Menaakul kepentingan pelbagai bentuk bongkah.
10.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang hasil binaan melalui
Objektif pembelajaran lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan kepentingan
Kriteria kejayaan bongkah bentuk asas.
Murid dapat menyatakan kepentingan bongkah bentuk asas dalam
kehidupan dengan betul dengan bimbingan.

Nota: (KEPENTINGAN BONGKAH BENTUK ASAS)

@NMK-SKP 2020

LATIHAN 1
@NMK-SKP 2020

@NMK-SKP 2020

PdPr MINGGU 13 (26 OKTOBER – 30 OKTOBER 2020)

Tema Teknologi dan kehidupan lestari
Tajuk Unit 10: Asas Binaan
Standard Kandungan 10.1 Binaan daripada bongkah bentuk asas
Standard Pembelajaran 10.1.2 Mengenalpasti bongkah bentuk asas iaitu kubus, kuboid,
piramid, prisma, kon, silinder dan sfera.
Objektif pembelajaran 10.1.3 Mereka bentuk objek atau struktur menggunakan bongkah
Kriteria kejayaan bentuk asas.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat mereka bentuk sturuktur
menggunakan bongkah bentuk asas.
Murid dapat membina satu objek menggunakan bongkah bentuk
asas dengan bimbingan.

Latihan: (REKABENTUK MENGGUNAKAN BONGKAH BENTUK ASAS)

1. Anda dikehendaki untuk menghasilkan satu rekabentuk robot dengan bongkah bentuk
asas menggunakan tanah liat. Sila rujuk buku teks muka surat 94 langkah-langkah untuk
membina robot.

2. Anda boleh menggunakan tanah liat yang di beli atau anda boleh menghasilkan tanah
liat sendiri.

CARA MEMBUAT HOMEMADE TANAH LIAT:

1 cawan tepung
½ cawan air
2 sudu the baby oil
1 cubit garam
Pewarna makanan (jika ada)

3. Setelah selesai, simpan hasil rekabentuk anda dan hantar semasa sekolah dibuka
kembali.

4. Selamat mencuba!

@NMK-SKP 2020

CONTOH HASIL

@NMK-SKP 2020

PdPr MINGGU 14 (2 NOVEMBER – 6 NOVEMBER 2020)

Tema Sains hayat
Tajuk Unit 6: Tumbuhan
Standard Kandungan 6.1 Bahagian tumbuhan
Standard Pembelajaran 6.1.1 Membanding dan membezakan bahagian pada tumbuhan
iaitu:
Objektif pembelajaran daun: jenis urat daun;
Kriteria kejayaan bunga: berbunga, tidak berbunga;
batang: berkayu, tidak berkayu; dan
akar: akar tunjang, akar serabut.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan bahagian pada
sesuatu tumbuhan.
Murid dapat menyatakan bahagian pada sesuatu tumbuhan dengan
betul dengan bimbingan.

Nota: (BAHAGIAN TUMBUHAN)

Kenali bahagian tumbuhan:

@NMK-SKP 2020

Setiap tumbuhan mempunyai ciri bahagian yang berbeza:
JENIS URAT DAUN

Terdapat tumbuhan yang mempunyai daun urat jejala dan ada juga tumbuhan yang
mempunyai daun urat selari

BUNGA
Terdapat tumbuhan yang berbunga dan ada juga tumbuhan yang tidak berbunga.

@NMK-SKP 2020

AKAR
Terdapat tumbuhan yang mempunyai akar serabut dan ada juga tumbuhan yang mempunyai
akar tunjang.

BATANG
Terdapat tumbuhan yang mempunyai batang berkayu dan terdapat juga tumbuhan yang
mempunyai batang tidak berkayu.

@NMK-SKP 2020

LATIHAN 1
Labelkan bahagian bagi tumbuhan berikut:

@NMK-SKP 2020


Click to View FlipBook Version