The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JBC7002-Buku Skrap Digital Dato' Onn Jaafar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10262824, 2021-04-20 20:56:54

Tokoh Pemimpin Johor-Dato' Onn Jaafar

JBC7002-Buku Skrap Digital Dato' Onn Jaafar

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Dato’ Onn Jaafar

Nama : WONG YU THONG

Kelas :6B

Alamat e-mel : [email protected]

Nama dan alamat sekolah : SJK( C) BEKOK, JALAN PEJABAT POS, 86500 BEKOK,
SEGAMAT, JOHOR.

Kandungan
. Pendahuluan
. Biodata Dato’ Onn
. Pendidikan Dato’ Onn
. Kerjaya Dato’ Onn
. Sumbangan Dato’ Onn
. Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
. Penutup
. Sumber rujukan

PENDAHULUAN

Sejarah hidup Dato’ Onn ialah riwayat orang Melayu menentang penjajahan dalam
abad ke-20, iaitu satu babak dalam Sejarah Tanah Melayu.

Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian
politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu
beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui semua kalangan.
Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi walaupun
tidak menjejak kaki di Universiti. Beliau juga pemidato dan juga pengarang yang terkenal
dengan kebolehan bahasa ynag menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu
pergolakan politik tanahair paling memuncak beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan
orang-orang melayu dan membentuk corak olitik yang akan diikuti kemudian.

Perjalanan perjuangan Datuk Onn adalah sebahagian daripada sejarah Tanah Melayu
kita selepas perang dunia kedua. Walau apapun tanggapan terhadapnya, tiada siapa pun dapat
melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan negara.

BIODATA DATO’ ONN ( 12 Februari 1895 hingga 19 Januari 1962 )

Datuk Onn Jaafar di lahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah,
Johor Bharu. Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang
anak perempuan. Bapanya Datuk Jaafar bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang
pertama semasa pemerintahan Sultan Ibrahim. Datuk Jaafar berketurunan Bugis dan berasal
dari Daik. Ibunya bernama Rugayah berasal dari Timur Dekat, berketurunan Turki. Datuk
Onn di pelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak angkat Baginda sejak berusia enam tahun.u
merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan

Datuk Onn menamatkan zaman bujangnya dan bertemu jodoh yang pertama dengan
Che’ Rafiah Binti Abdullah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Hawa, Rukiah dan Cik
Salehah. Jodohnya dengan Rafiah tidak panjang kerana beliau telah kembali kerahmatullah
selepas melahirkan Cik Salehah. Kemudian Datuk Onn berkahwin dengan Cik Jamilah Binti
Othman dan dikurniakan seorang anak, Azmir. Walau bagaimanapun jodoh beliau dengan
Cik Jamilah tidak panjang dan mereka bercerai dan Datuk Onn telah berkahwin pula dengan
Datin Halimah Binti Husain dan dikurniakan enam orang anak iaitu Tun Hussein, Gharib,

Major Ja’afar, Tahir, Nurziah dan Nel. Datuk Onn dan Datin Halimah hidup sebagai suami
isteri selama 41 tahun. Dato’ Onn menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 19 Januari
1962 di Johor Baharu.

PENDIDIKAN
Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di

England. Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika
menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya
ke Sekolah Aldebury Lodge, di Soffolk, England. Dato Onn meneruskan lagi pelajarannya
setelah pulang ke tanah air pada (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah
tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor.

Kolej Melayu Kuala Kangsar

KERJAYA DATUK ONN

Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan
kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan
kemudian berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah
ke Pejabat Penasihat British (British Advisor).

Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan
dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai
Pembantu Kerani Besar.

1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor,
kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada
tahun yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.

Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera
Johor pada bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat Leftanen. Dari Bukit Timbalan Johor
Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama
berkhidmat kerana diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan
perselisihan faham dengan Baginda.

Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau
berniaga kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti
keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor
sebagai pegawai tambah sementara dalam pejabat tanah.

Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di
Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan
kemudiannya berpindah ke Johor Bahru.

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya
kepunyaan Syed Husin Alsagof dari tahun 1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun
1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan Mingguan Lembaga Malaya
dan Harian Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya.

Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima dengan syarat
beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938 beliau dilantik pula sebagai Setiausaha
sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oeh Sultan sama ada peribadi,
kerja istana atau kerajaan.

Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan,
kedudukan Datuk Onn sangat penting kepada Sultan. Apabila meletusnya Perang Dunia dan
pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan
Negeri Johor mula 1 Januari 1942 hingga tahun 1945

SUMBANGAN DATO’ ONN

Dato’ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu.Jasanya meniupkan semangat
nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput dan ingatan dan masih segar terpahat
di sanubari rakyat Malaysia.Mantan Menteri Besar Johor ini , merupakan pengasas dan Yang
DiPertua pertama UMNO , peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan
Malayan Union dan tokoh pelapor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di
Malaysia.

Dato’ Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun , dan
pada tahun 1934 , menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.Disamping itu ,
beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.Semasa zaman Pendudukan
Jepun , Dato’ Onn menjadi ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.Dato’ Onn pernah
bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British , tetapi kemudian
berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.

Pada 1-4 Mac 1946 , 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan
Sulaiman , Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres melayu pertama yang diadakan untuk
menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang
melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu.Hasil daripada mesyuarat ini , sebuah badan
yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor
Bahru pada 1 Mei 1946.Disebabkan Dato’ Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme
Melayu , kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Dato’ Onn bin Jaafar mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan
Malaysia khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam
aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu mengenai
kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah
pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai
presiden UMNO yang pertama.

Pada 1 Oktober 1946 , Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor.Tiga tahun
kemudian , beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.Di
bawah kepimpinannya , UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan Tanah Melayu
1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat
kerakyatan , serta memberi hak istimewa orang Melayu.Dato’ Onn kemudiannya berasa
kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO , dan
mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu , tanpa
mengira kaum , dan nama UMNO ditukar menjadi ‘Pertubuhan Kebangsaan’.Penduduk
Tanah Melayu Bersatu.

Oleh sebab cadangan itu ditentang , Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden
UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agong Keenam diadakan pada 25-26 Ogos
1951.Dato’ Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos
1951.Malangnya parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang melayu.Pada tahun
1954 , beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding
dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.Parti

Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh
sokongan daripada orang-orang Melayu.Walaupun demikian , partinya masih gagal mendapat
sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.

Penubuhan UMNO juga menekankan aspek pembangunan ekonomi masyarakat
Melayu. Sumbangan dan usaha Dato’ Onn dalam memajukan masyarakat Melayu sangat
bermakna sehingga kini kerana kita dapat lihat peratusan kaum Melayu terlibat dalam aktiviti
ekonomi semakin meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut menggubal Rancangan Lima
Tahun yang menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu yang berlandaskan
objektif UMNO iaitu menambah pendapatan dan modal, menggalakkan penyertaan dalam
dunia perniagaan, menubuhkan sekolah teknik dan melatih golongan muda terhadap pelbagai
kemahiran.

Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib
masyarakat Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain dengan menubuhkan Lembaga
Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah
Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh
beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu
menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal
di kampong supaya menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA akan memasarkan
produk tersebut dipasaran domestik sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka
akan mengambil alih perniagaan tersebut. RIDA juga memastikan masyarakat Melayu
mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah nasib serta masa hadapan
mereka akan datang.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian
politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu
beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui semua kalangan.
Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi walaupun
tidak menjejak kaki di Universiti. Beliau juga pemidato dan juga pengarang yang terkenal
dengan kebolehan bahasa ynag menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu
pergolakan politik tanahair paling memuncak beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan
orang-orang melayu dan membentuk corak politik yang akan diikuti kemudian.

Semua pihak perlu mencontohi sikap pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar, yang tidak
memburukkan parti dan pemimpinnya selepas meninggalkan parti berkenaan.Naib Presiden
UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata datuknya itu juga tidak menghasut
sesiapa untuk menentang parti berkenaan termasuk mengajak rakyat turun ke jalanan ketika
memutuskan untuk keluar parti pada 1951.

Beliau yang kemudian membacakan pesanan Onn ketika meninggalkan UMNO,
berkata datuknya itu tidak pernah meminta rakyat menjatuhkan pemimpin ketika itu."Saya
bawa pesanan terakhir Onn. 'kepada UMNO, maka saya berharap pihak UMNO akan
memandang kepada pandangan yang luas, pandangan yang dikatakan nasional atau
kebangsaan dan jangan semata-mata hadapkan pandangan itu kepada pandangan sempit
semata-mata iaitu hidup hanyalah di bawah tempurung sendiri dengan tidak menghiraukan
tempurung lain yang terletak di sebelah dan dengan ucapan ini maka saya tamatkan pekerjaan
saya'.

PENUTUP

Penghasilan buku skrap digital ini telah banyak member input baharu dan pengalaman
kepada saya. Sepanjang proses ini, saya telah dapat mengetahui secara mendalam tentang
perjuangan Dato’ Onn Jaafar dalam sejarah tanah air kita.

Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupai
zaman ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu
dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau
membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan kea rah kemerdekaan akhirnya.
Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripada “Hidup
Melayu” kepada “Merdeka”.

Kesimpulannya, jasa beliau tetap dikenang dalam sejarah tanah air kita. Beliau
merupakan pejuang kemerdekaan yang sangat besar jasanya, pengasas UMNO, dan tokoh
yang Berjaya menggagalkan Malayan Union yang dirancang oleh Inggeris. Kemerdekaan
hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan
darinya, tetapi sebenarnya adalah merupakan hasil asas yang dibinanya. Asas dan rangka
kemerdekaan yang dilakar oleh Dato’ Onn tetap menjadi ikon perintis jalan kepada bangsa
Melayu walaupun beliau tidak dianggap sebagai pemimpin Melayu yang memperjuangkan
kemerdekaan.

SUMBER
https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-sumbangan-
tokoh.html
https://www.openlearning.com/content/5ae1cd035aa80a651bd34850/
http://fazlinhazwani.blogspot.com/2016/02/peranan-dato-onn-jaafar.html
https://www.themalayapost.my/allahyarham-dato-sir-onn-jaafar-pelopor-perjuangan-
kemerdekaan/


Click to View FlipBook Version