The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainuljazmina161, 2020-10-08 00:30:18

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

CIRI NEGARA DAN BANGSA

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU21032
JUN2020

NAMA PENSYARAH:
ENCIK IZZAT AMIN BIN MOHD NASIR

SENARAI NAMA AHLI DAN PENSYARAH

NAMA: NAJWA BINTI MOHD FAUZI
NO.PENDAFTARAN: 16DAT20F1068

NAMA: AINUL JAZMINA BINTI JA’AFAR
NO.PENDAFTARAN: 16DAT20F1023

NAMA: ADRINI BARTISHYA BINTI
ABDULLAH
NO.PENDAFTARAN: 16DAT20F1019

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK

1. PENGENALAN

2. KONSEP NEGARA BANGSA

3. CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KERAJAAN
ALAM MELAYU

4. CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
KESULTANAN MELAYU MELAKA

5. PENUTUP

6. SUMBER RUJUKAN

PENGENALAN

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan
politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit)
wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala
"bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa
kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk
kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia
menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan
merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-
negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib
sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme
Akibat kekaburan dalam perkataan “negara”,istilah “negara bangsa” kadangkala disalahguna
untuk merujuk kepada mana-mana negara berdaulat,samada sempadan politiknya menyamai
sempadan-sempadan etnik mahupun budyanya. Penggunaan ini dikatakan timbul sebagai
percubaan membezakan “negara bangsa” daripada “negara”(negeri) yang menganggotai
sesebuah sistem persekutuan,seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

KONSEP NEGARA BANGSA

Chamber’ Encyclopedia memberi definisi “nation building” sebagai negara bangs aitu
merupakan satu proses yang melahirkan bangsa baru,yakni sebuah negara yang mempunyai
kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan oleh ikatan-ikatan seperti bahasa, budaya,
nilai-nilai dan lain-lain yang membentuk bangsanya. Tujuan utama pembinaan bangsa itu
adalah untuk melahirkan perasaan taat setia dan perpaduan terhadap sesuatu pertubuhan
(bangsa) itu.
Konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara
melalui konsep satu bangsa, satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada
sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh
sentiment perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang
dilihat boleh membawa kepada perpecahan.

CIRI NEGARA DAN BANGSA

1.1CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KERAJAAN ALAM MELAYU

 Pembentukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu berbeza daripada yang
berlaku di Barat. Ciri-ciri negara bangsa berkembang mengikut peredaran masa dan
keperluan. Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang,
wilayah pengaruh dan rakyat.

 Antara ciri bangsa dan negara ialah raja. Raja menjadi tonggak utama kerajaan.
Kedudukan raja diperkukuh dengan system pentadbiran yang dibantu oleh para
pembesar. Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya. Raja sentiasa ditaati dan
dianggap suci. Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan
dikaitkan dengan Dewa Siva. Ciri yang kedua ialah undang-undang. Undang-undang
dilaksanakan bagi mematikan kesejahteraan sesebuah kerajaan. Undang-undang
tersebut terpakai di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam
pentadbiran kerajaan. Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang
Kutara Manawa.

 Selain itu, ciri negara dan bangsa ialah wilayah pengaruh. Wilayah pengaruh
merupakan Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan
seseorang raja. Contohnya, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yng luas
dari Sungai Mekong, Tlu Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra. Ciri yang
keempat ialah rakyat. Rakyat merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang
setia kepada Raja. Contohnya, rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan
mereka kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah.

Rajah 1 Rajah 2

Telaga Kerajaan
Batu Majapahit
Srivijaya

• Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang telah meneruskan ciri-ciri negara
bangsa yang diasaskan oleh kerajaan Alam Melayu sebelumnya, iaitu kerajaan Funan
dan Champa. Kesinambungan ini memberikan asas yang kukuh untuk kerajaan
Srivijaya berkembang dan muncul sebagai empayar yang terkenal. Ciri- ciri negara
bangsa membawa kesejahteraan kepada empayar Srivijaya dan diwarisi oleh
Keslultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka menyerapkan ciri-ciri lain
dalam memperkukuh negara bangsa kesultanan ini. Kesultanan Johor-Riau pula
meneruskan ciri-ciri ii dengan menekankan kepentingan Islam dalam usaha
melaksanakan ciri-ciri negara bangsa.

Empayar Srivijaya abad ke-12

Ciri-ciri negara bangsa yang menjadi warisan telah memperkukuh kerajaan
Srivijaya. Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau.
Pewarisan ini menyebabkan kerajaan tersebut terkenal dan berkuasa di
Alam Melayu. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan
bekerjasama untuk mempertahankan warisan negara.

1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

• Ciri-ciri negara bangsa yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka memberikan
gambaran elas tenteang kepentingan pembinaan dan perkembangan sesebuah negara
bangsa. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai system pentadbiran, peraturan,
masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk
negara bangsa. Ciri-ciri negara bangsa tersebut ilah kerajaan, rakyat, kedaulatan,
wilayah pengaruh, undang-undang dan lambang kebesaran.

Kerajaan

 Kerajaan muncul disebabkan oleh adanya raja. Raja
merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh
pembesar. Pemerintahan beraja diperkukuh dengan
Sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjadi
tonggk pentabiran Melaka. Sistem pentadbiran
kerajaan yang tersusun menjadikan Melaka sebagai
empayar yang terkenal. Selepas kedatangan Islam,
pemerintah Kesultanan Melayu Melaka mula
menggunakan gelaran sultan.

Rakyat

 Rakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi undang-undang
yang dikuatkuasakan dalam Kesultanan Melayu Melaka. Secara umum, rakyat
Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut. Glongan diperintah terdiri
daripada rakyat yang merangkumi golongan merdekan dan hamba.Kesejahteraan
rakyat Melaka dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kuasa sultan.
Hubungan timbal balik mewujudkan persefahaman dan ikatan antara golongan
pemerintah dengan golongan diperintah.

Kedaulatan

Kedaulatan ialah lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan. Kedaulatan ini merupakan
hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah. Kedaulatan Kesultanan Melayu
Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan asing. Kedaulatan
Kesultanan Melayu Melaka juga diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming. Kerajaan Dinansti
Ming telah menghantar beberapa orang utusan antaranya termasuklah yang diketuai oleh
Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka.

Wilayah Pengaruh

Wilayah pengaruh merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi
keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera. Wilayah ini diperoleh
melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.

Undang-undang

Terdapat dua undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut
Melaka. Undang-undang ini digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat.
Undang-undang ini juga menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan
yang unggul.

Lambang Kebesaran

Lambang kebesaran merupakan identity sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
Lambang kebesaran ini juga menjadi symbol kedaulatan sultan yang memerintah . Antara
lambing kebesaran ini termasukah adat istiadat, penggunaan warna, nibat, regalia dan cop
mohor. Cop mohor digunakan untuk mengesahakan arahan daripada sultan.

Cop Mohor Sumatera

PENUTUP

Bagi membina negara bangsa ini, nilai-nilai kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam
setiap sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum bagi memperjuangkan keamanan dan
mencapai matlamat wawasan 2020 sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju. Sebagai ahli keluarga, sikap Kerjasama dapat mengukuhkan institusi keluarga dan
seterusnya menyumbang keseahteraan masyarakat. Walau bagaimanapun bukan mudah untuk

membentuk Malaysia sebagai negara bangsa. Oleh itu, semua pihak harus memainkan
peranan masing-masing dan harus konsisten bagi memastikan pembentukan negara bangsa

Malaysia tercapai dan menuju ke arah negara maju.

SUMBER RUJUKAN

NO. SUMBER
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/negara_bangsa
2. https://fliphtml5.com/esdoe/ljrx/basic
3. https://www.slideshare.net/naddoya/topik-2-ciri-

negaraampwarisanpemerintahan

4. https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa


Click to View FlipBook Version