Majlis Konvokesyen
SMK St. Francis
Convent 2021
1 APRIL 2022
(Jumaat)
BILIK MESYUARAT
SMK ST. FRANCIS CONVENT
TEKS UCAPAN PENGETUA
Teks Ucapan Pengetua
Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang berusaha,
Puan Rahima Sontori, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK
St. Francis Convent, Kota Kinabalu. Yang berusaha, Puan
Aini Sigismond Balgut, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang berusaha, Puan Laini Ahing @ Tracy, Penolong Kanan
Kokurikulum. Yang berusaha, Puan Wee Lian Lui,
Penyelaras Program, Majlis Konvokesyen Tahun 2021. Ketua-
ketua Bidang, barisan guru-guru selaku AJK Pelaksana Majlis
Konvokesyen Tahun 2021 dan murid-murid tingkatan 5 yang
dikasihi dan diraikan sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada
semua AJK Pelaksana Majlis Konvokesyen Tahun 2021 yang telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mengadakan majlis ini dengan tujuan untuk memberi
pengiktirafan dan meraikan semua murid tingkatan 5 yang bakal menamatkan alam
persekolahan dalam jangka masa terdekat ini. Majlis ini pasti akan menjadi salah satu
lakaran memori dan kenangan bermakna dalam kehidupan yang saya percaya nyata
berbeza berbanding dengan rakan-rakan yang terlebih dahulu telah menamatkan
persekolahan di sekolah ini sebelum ini. Seperti mana yang kita lihat dan lalui dalam
realiti kehidupan sejak dua tahun ini kebelakangan ini, ternyata kita sangat diuji apabila
terpaksa berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 sehingga kita terpaksa akur
dengan kekangan dan terikat dengan norma baharu demi menjaga keselamatan dan
kesejahteraan bersama. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah tetap mengambil
inisiatif untuk mengadakan majlis konvokesyen ini khas untuk meraikan puteri-puteri
Convent tahun 2021 yang dikasihi sekalian. Tidak dinafikan situasinya pasti nyata
berbeza 360 darjah berbanding dengan suasana majlis-majlis sebelum ini yang terlakar
mewah dan indah di lokasi dewan hotel yang saya pasti sangat membuatkan anak-anak
teruja. Namun demikian, saya berharap semua murid akan menghargai usaha ini
meskipun tampak ringkas tetapi cukup bermakna buat kita semua. Kata orang, “jangan
lihat kehidupan orang lain yang lebih daripada kita, tetapi lihatlah kehidupan orang
yang lain yang kurang daripada kita. Di situ, kita akan belajar untuk menghargai
dan bersyukur.”
Murid-murid yang dikasihi sekalian,
Selain meraikan kejayaan murid-murid semua menamatkan
persekolahan dan menjadi salah seorang alumni SMK St. Francis Convent Kota
Kinabalu, majlis konvokesyen ini juga diharapkan menjadi perangsang untuk
semua murid tingkatan 5 tahun 2021 ini berjuang dan berusaha mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam segala bidang apabila menempuh
kehidupan selepas tamatnya alam persekolahan. Ingatlah, peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal ditempuhi pada bulan Mac 2022 nanti
hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakal diterokai, namun
hakikatnya anak-anak bakal menempuhi duri dan-
Teks Ucapan Pengetua
rintangan yang bukan sedikit ke arah pencapaian sebenar dalam kehidupan nanti. Di
sinilah kegigihan dan usaha serta keyakinan diri yang tekal dituntut agar dapat
menoktahkan kecemerlangan dalam kehidupan untuk mengejar cita-cita dalam
kehidupan alam dewasa. Benarlah apa yang orang sering katakan, “kita
bertanggungjawab atas segala yang berlaku dalam hidup kita. Apa yang sering
kita fikirkan dan ucapkan, itulah yang kita akan dapat.” Semoga puteri-puteri
Convent ini tidak akan menyerah kalah dan berusahalah tanpa mengenal putus asa
untuk melakar nostalgia yang manis dalam kehidupan.
Murid-murid yang diraikan sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ucapkan syabas dan
tahniah kepada semua murid tingkatan 5 tahun 2021 dan semua guru kerana
berganding bahu bersama-sama berusaha berjuang untuk kecemerlangan dan
kejayaan yang pastinya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit untuk mencapai
impian yang diharapkan selain menjanjikan kebanggaan kepada ibu bapa dan warga
sekolah suatu hari kelak. Perjuangan kita belum bernoktah namun masih belum
terlambat untuk semua murid memerah keringat, memacu tenaga dan usaha yang
jitu untuk berjaya dalam hidup kerana Lulus, Cemerlang atau Gagal itu sentiasa
menjadi pilihan dalam kehidupan. Hanya orang yang bijaksana tahu membuat
pertimbangan dan penilaian untuk membuat pilihan yang terbaik maka tepuk dada,
tanyalah selera. Semoga semua murid tingkatan 5 tahun 2021 terus diberi
kecerdasan fikiran, kesihatan yang berpanjangan dan keterangan hati untuk
menempuhi SPM tahun 2021 dengan jayanya.
Akhir kata, saya kongsikan kata-kata motivasi ini untuk kita fahami dan mengambil
iktibar dari maknanya bersama-sama;
“Orang yang berjaya cepat membuat keputusan dan lambat menukarnya,
TETAPI orang yang gagal, lambat membuat keputusan dan cepat pula
menukarnya. Buat keputusan untuk menjadi orang yang baik dari segi
pemikiran, perasaan dan perbuatan. Sekiranya setiap hari kita berniat untuk
menjadi baik, maka kita akan menjadi baik sepanjang hayat.”
Sekian, terima kasih.
CHONG MEI LAN @ THERESA
Pengetua SMK St. Francis Convent
TEKS UCAPAN KETUA MURID &
WAKIL MURID SETIAP KELAS
Teks Ucapan Ketua Murid 2021
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan
kepada Puan Cong Mei Lan @ Theresa, Pengetua SMK St
Francis Convent, Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua
Bidang, guru-guru yang dikasihi dan rakan-rakan
seperjuangan sekalian.
Hadirin sekalian,
Pertama sekali, terima kasih kepada semua guru dan rakan-rakan atas peluang
yang diberikan kepada saya untuk memberikan ucapan selaku Ketua Murid yang mewakili
murid-murid tingkatan 5 tahun 2021 buat kali terakhir.
Rakan-rakan sekalian,
Tibalah masanya kita akan meninggalkan tempat ini, sekolah tempat kita menimba
ilmu, SMK St. Francis Convent, Kota Kinabalu. Ternyata agak sukar untuk kita
menyangkal hakikat bahawa sekolah ini penuh dengan pelbagai memori. Memori indah,
memori pahit serta memori-memori persahabatan antara kita sebagai rakan seperjuangan.
Walaupun kita meninggalkan sekolah tersayang ini, kita haruslah membawa bersama-
sama kenangan-kenangan manis agar kekal di dalam sanubari kerana SMK St. Francis
Convent telah membentuk kita mencapai impian menjadi insan-insan yang berjaya.
Jika terdapat apa-apa nilai yang saya telah pelajari semasa berada di SMK St.
Francis Convent, nilai berkerja keras menjadi tonggak utama kerana usaha tangga
kejayaan. Oleh itu, saya sarankan rakan-rakan seperjuangan untuk terus berusaha
mengecapi kejayaan sebenar dalam hidup.
Saya berdoa dan berharap agar setiap murid yang berada di sini
akan meraih kejayaan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia
dan ingatlah. walau apapun keputusan yang kita peroleh, saya terlebih
dahulu ingin merakamkan perasaan bangga terhadap setiap kejayaan
individu yang menjadi rakan-rakan seperjuangan saya di sini.
Sekali lagi, terima kasih atas peluang ini dan semoga berjaya dalam
SPM!
Mencintai dan berkhidmat, To love and serve, Amare et. Servire.
Sekian, terima kasih.
ANOUSHKA YUSAK DHARMALINGAM
Ucapan 5 STEM Tahun 2021
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Puan Chong
Mei Lan @ Theresa, Pengetua SMK St Francis Convent, Penolong-
penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, guru-guru yang dikasihi dan
rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Saya mengucapkan syukur kepada Tuhan dan terima kasih atas
kesempatan yang diberikan kepada saya sebagai wakil kelas 5
STEM tahun 2021 untuk mencoret kenangan bersama-sama rakan
seperjuangan.
Mengimbau kembali sepanjang 5 tahun menuntut ilmu di sekolah ini, banyak
pengalaman pahit dan manis yang dilalui. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
banyak aktiviti dan rancangan untuk tahun-tahun terakhir kami di sekolah sini tidak dapat
dilaksanakan. Sewajarnya, kami harus menerima hakikat terpaksa melalui pembelajaran
secara dalam talian atau ringkasnya pdpr bagi menempuhi format baharu KSSM SPM yang
pastinya penuh cabaran.
Di sebalik kekecewaan dan keluhan, banyak pengalaman indah yang terselit. Sebagai
murid, kami bukanlah yang terbaik dari aspek akademik, kokurikulum dan tingkah laku.
Tidak dapat dinafikan, hebatnya kami beraksi tanpa kehadiran guru di dalam kelas. Aktiviti
tidur di dalam kelas hinggalah aksi mereka yang berlatih tarian tik tok di belakang kelas
merupakan situasi biasa yang mencuit hati. Saya hargai setiap detik membesar bersama-sama
rakan semua dan setiap memori yang dicipta bersama. Sadly, I now have no reason to call and
text you early in the morning, we can’t no longer party before teacher Wilfred enter our
googlemeet, we can’t no longer “lawan” for marks with Teacher Tok, no more “hehe” from
Teacher Lim and political gossip with teacher Wan. Akan kami rindui rambut biru Cikgu
Saw, Cerita Bulgogi Cikgu Janih, Whistle Sister Carmen, makanan dalam bilik disiplin dan
karipap daripada Cikgu Asri.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua dan semua guru atas teguran dan
nasihat yang pasti akan mendewasakan kami. Kepada guru-guru yang mengajar kami
terutama sekali guru kelas kami, Cikgu Wilfred Chew, terima kasih yang tidak terhingga
kerana telah berkorban masa dan tenaga untuk mengajar serta membimbing kami dengan
penuh dedikasi. Terima kasih juga kerana memahami dan menjaga kami dengan penuh
prihatin. Kami juga ingin memohon maaf kerana pernah mengecewakan dan menyinggung
perasaan guru-guru. Saya berharap agar suatu hari nanti kami akan dapat menyumbang
kembali kepada sekolah ini dan membalas semula jasa guru-guru.
Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan dan diri
saya sendiri kerana berjaya sampai ke tahap ini. Saya berbangga dengan pencapaian kita
semua kerana turut berjaya menamatkan alam persekolahan sehingga ke noktahnya. Semoga
kita akan mencatatkan keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021
bersama-sama.
“Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.”
Sekian terima kasih.
DEBORA SYLVIA DEVID
Ucapan 5 Dinamik Tahun 2021
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Puan Chong
Mei Lan @ Theresa, Pengetua SMK St Francis Convent, Penolong-
penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, guru-guru yang dikasihi dan
rakan-rakan seperjuangan sekalian.
5 tahun yang lalu, kami telah menjejakkan kaki di sekolah ini dan
pada 2 tahun yang lalu, 35 orang pelajar 5 Dinamik telah ditakdirkan
untuk mengharungi pelbagai cabaran yang sememangnya bukan
mudah.
Kami semua pada dasarnya hanyalah individu yang tidak mengenali antara satu sama
lain namun telah dipertemukan melalui pendidikan. Memori-memori yang telah tercipta
secara sengaja ataupun sebaliknya akan kami simpan di lubuk hati yang terkunci rapat dalam
lipatan nostalgia yang indah. Kini, tanpa disangka destinasi semakin terang menghampiri
pengakhiran pengembaraan dalam meniti alam persekolahan.
Meskipun Majlis graduasi yang diadakan penuh sederhana namun amat berharga bagi
kami, murid-murid tingkatan 5. Kami amat bersyukur kerana dapat merasai pemakaian jubah
graduasi selepas 2 tahun belajar secara dalam talian apatah lagi dalam waktu pandemik.
Pemakaian jubah graduasi seolah-olah menggambarkan bahawa kami telah menerima ijazah
di menara gading. Sesungguhnya, majlis ini akan membakar semangat kami untuk menduduki
peperiksaan SPM 2021 dengan penuh azam dan tekad untuk cemerlang.
Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang sebenar bukanlah
satu perkara yang mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Oleh hal yang demikian, biarlah pengakhiran kami sebagai seorang murid sekolah menengah
menjadi titik permulaan kepada kami untuk menyeluk pekasam sehingga ke pangkal lengan
agar pada suatu hari nanti kami menjadi sebiji benih yang dicampakkan ke laut menjadi pulau.
Ke hadapan guru-guru yang kami sanjungi,
Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan murid-murid seperti kami,
guru-guru sering kali berhadapan dengan pelbagai karenah dan cabaran. Segala pengalaman
pahit manis ditelan dengan penuh sabar sehingga kami dapat merasakan guru-guru di sekolah
ini amat luar biasa. Kami mohon restu dan halalkanlah segala ilmu dan pengalaman yang
telah dikongsikan. Rasa bersyukur dan berterima kasih kami, tidak dapat diungkap dengan
perkataan, namun kami percaya bahawa guru-guru yang telah membimbing kami akan
sentiasa diberkati Tuhan.
Rakan-rakan seperjuangan, marilah bertemu kembali di saat kita semua telah
mencapai kejayaan masing-masing…… “Dipertemukan oleh pendidikan, dipisahkan oleh
masa depan…”. Sekian, terima kasih.
“Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.”
Sekian terima kasih.
SANDRINE SOPHIA TEO SULIT
Ucapan 5 Efektif Tahun 2021
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Puan
Chong Mei Lan @ Theresa, Pengetua SMK St Francis Convent,
Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, guru-guru yang
dikasihi dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Pada hari yang penuh kenangan ini, saya ingin berterima kasih
atas peluang mewakili rakan-rakan dari kelas 5 Efektif untuk
menyampaikan ucapan sempena Majlis Konvokesyen pada kali ini.
Pada hari yang penuh kenangan ini, saya ingin berterima kasih atas peluang mewakili
rakan-rakan dari kelas 5 Efektif untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Konvokesyen
pada kali ini. Saya dan rakan-rakan berasa sangat terharu kerana tahun ini merupakan tahun
terakhir kami di sekolah ini. Betapa cepatnya masa berlalu namun rasa sayang kami kepada
sekolah ini tidak akan pernah padam. Hubungan antara warga sekolah ini bagaikan sebuah
keluarga besar yang bahagia.
Sepanjang kami berada di sekolah ini, banyak ilmu yang dipelajari selain pengalaman
yang mematangkan. Tidak lupa jasa guru-guru yang telah mendidik kami tanpa kenal jemu
malah tidak kenal lelah menjadi pendidik, terima kasih cikgu! Sudah pasti kami akan
merindui detik-detik yang diluangkan bersama-sama guru-guru tersayang. Buat cikgu Erna,
kami tidak akan melupakan sesi “English With Lucy”. Buat cikgu Munis, “Kami harap cikgu
akan jumpa keropok yamg dicari-cari. Itu keropok tiada di Bataras, Cikgu.” Buat semua guru
dan warga sekolah, kami sangat sayangkan kalian kerana telah menjaga kami sepanjang kami
bergelar murid di SMK St. Francis Convent, Kota Kinabalu.
Sesungguhnya, semua kenangan manis ini tidak akan pernah luput untuk selamanya.
Doakan kejayaan kami dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021. Semoga kami akan
menjadi insan-insan yang berjaya untuk mengharumkan nama sekolah suatu hari nanti.
Sekian.
RAFFIQAH ROZZANA ROGER
Ucapan 5 Kreatif Tahun 2021
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Puan
Chong Mei Lan @ Theresa, Pengetua SMK St Francis Convent,
Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, guru-guru yang
dikasihi dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Alam persekolahan merupakan satu pengalaman yang
amat bermakna dalam hidup seseorang. Di sekolah, kita menimbah ilmu,
mencari rakan dan menimbah pengetahuan. Apabila menginjak ke alam
dewasa, pasti sekolahlah yang paling dirindui.
Berada di sekolah menengah merupakan kenangan paling manis kerana ketika ini usia
kita sedang meningkat remaja dan banyak perubahan dari segi fizikal dan mental yang kita
alami seperti kematangan minda, berdikari dan tentunya berkongai pelbagai kenangan indah.
Ternyata, alam persekolah mengajar kita untuk sentiasa menghargai apa yang kita ada
sekarang. Walaupun banyak halangan dan cabaran untuk menuntut ilmu ketika COVID-19
melanda, tetapi halangan dan cabaran ini membuatkan kami berani untuk menghadapinya.
Bukan itu sahaja, saya juga sedaya upaya cuba untuk sentiasa melengkapkan semua
tanggungjawab sebagai ketua kelas dan bersama-sama menuntu ilmu demi kejayaan .
Berada di kelas 5 Kreatif, banyak tercoret kenangan yang mengelikan hati apatah lagi
kami bertuah mempunyai guru kelas yang sangat sporting. Personaliti setiap murid di
dalamnya sangat berbeza, ada yang suka diam, ada yang suka membuat bising dan tidak
dinafikan ada juga yang nakal. Namun, senakal dan sedegil manapun kami, kami tetap saling
menghormati malah sangat menghargai ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru di dalam kelas.
Kami juga sering kali saling membantu dengan cuba mempelajari dan memahami subjek-
subjek yang susah dan sukar untuk dikuasai bersama-sama. Sudah pasti meminati artis Kpop
dari Korea sebagai idol merupakan rasa yang dikongsi bersama selain sangat suka berswa
foto. Semua kenangan manis yang berlaku dalam kelas 5 kreatif akan sukar dilupakan.
Walaupun masa akan berlaku, tetapi kenangan akan kekal selamanya.
Sekian, terima kasih.
SHERYL RECHEL WONG
Ucapan 5 Progresif Tahun 2021
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Puan
Chong Mei Lan @ Theresa, Pengetua SMK St Francis Convent,
Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, guru-guru yang
dikasihi dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Terlebih dahulu, syabas dan tahniah diucapkan kepada
semua rakan yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen ini. Setiap orang
pastinya mempunyai banyak cerita dan kenangan semasa berada di alam
persekolahan sama ada bermula dari pintu pagar sekolah, bilik guru, kantin
dan yang paling penting di dalam kelas.
Guru-guru selalu mengatakan bahawa datang ke sekolah menjadi tempat kita menimba
ilmu, tetapi hal ini membuatkan kami kenal erti tidur di dalam kelas lebih berkesan daripada pil
tidur. Hadiah terhebat di sekolah ialah persahabatan dan semestinya kita semua merasainya.
Ketawa dan gurauan rakan sekelas bersama guru – guru kini akan bertukar menjadi kenangan.
Perkara yang paling memeningkan kami di dalam kelas ialah membuat latihan matematik.
Bukan itu sahaja, apabila guru baru tiba, perkara pertama yang nakal kami lakukan ialah
bertanya banyak soalan yang tidak penting supaya masa guru mengajar berlalu dengan cepat.
Akan tetapi, saya akan merindui suasana kelas yang setiap hari bagaikan pasar malam, ada
sahaja yang membuat bising walaupun diarahkan senyap. Bukan mudah untuk melupakan
kenangan manis yang tercipta semasa berada di sekolah ini kerana setiap pertemuan pasti
adanya perpisahan, tetapi dengan perpisahan tersebut bukan menjadi alasan untuk kita tidak
saling melupakan.
Walaupun kami agak nakal – nakal manja, kami bersyukur menjadi salah seorang
murid kepada guru – guru yang tidak pernah lelah memberikan pengajaran terbaik kepada anak
muridnya. Terima kasih atas semua pesananmu. Kami akan selalu mengingatnya. Semoga kita
semua bertemu semula suatu hari nanti dalam suasana yang pastinya akan jauh berbeza. Di
sini, kita ada tangisan, perjuangan, ada luka, ketawa dan bahagia. Hal ini semua telah
memberatkan hati kita ketika harus berpisah. Walau bagaimanapun, saya rasa menahan ketawa
ketika bersama kawan-kawan semasa belajar adalah perkara yang paling mencabar, tetapi saya
sedar bahawa mengawal air mata pada hari terakhir persekolahan akan menjadi lebih sukar
nantinya.
Akhir kata, kenanglah kami selalu dalam doa guru – guru agar kami juga akan turut berjaya
menjadi insan kebanggaan semua.
Sekian, terima kasih.
AUNI FADHILAH BINTI MULIS MULIADI
ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN
SMK ST.FRANCIS CONVENT 2021
MAJLIS KONVOKESYEN
SMK ST.FRANCIS CONVENT 2021
Tarikh : 1 April 2022 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi -11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah
Tema Pakaian : Tradisional / Tradisional kontemporari
ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN
SMK ST.FRANCIS CONVENT 2021
SIDANG 1 SIDANG 2
Ketibaan murid 5S dan 5D 9.00 Ketibaan murid 5E, 5K dan 5P
(berkumpul di 4D dan 4S, 2P)
7.30
Perarakan masuk murid 5E, 5K dan 5P ke
(berkumpul di 4D dan 4S) dewan
Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah
8.00 Perarakan masuk murid 5S dan 5D 9.30 air Ku dan Lagu Sekolah
ke dewan
8.05 Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah 9.35
Tanah air Ku dan Lagu Sekolah
8.10 Ucapan Pengetua 9.40 Ucapan Pengetua
8.15 Ucapan Ketua Murid 9.45 Ucapan Ketua Kelas 5E
8.20 Ucapan Ketua Kelas 5S 9.50 Penyampaian Profil
8.25 Penyampaian Profil 10.10 Ucapan Ketua Kelas 5K
8.45 Ucapan Ketua Kelas 5D 10.15 Penyampaian Profil
8.50 Penyampaian Profil 10.35 Ucapan Ketua Kelas 5P
9.10 Nyanyian lagu Daughter’s of St. 10.40 Penyampaian Profil
Francis
9.15 Sesi gambar Kelas 5S , 5D 11.00 Nyanyian lagu Daughter’s of St. Francis
9.25 Majlis bersurai Sidang 1. 11.15 Sesi gambar Kelas 5E, 5K , 5P
Murid bergerak ke ‘Franciscan Majlis bersurai Sidang 2.
Garden’ untuk fotografi bersama
9.30 ibu bapa. 11.20 Murid bergerak ke ‘Franciscan Garden’
untuk fotografi bersama ibu bapa
SENARAI KELAS DAN GRADUAN
SMK ST. FRANCIS CONVENT 2021
Graduan 5 STEM
1 AINA KARMILA BINTI KAMARUDDIN
2 ALLYTHA DENISE ALEXANDER TUDUS
3 ALYSSA KATHLEEN PAUL
4 ANOUSHKA YUSAK DHARMALINGAM
5 ARINA NATASHA RAYMOND @ AZMI
6 AVELLIE JAMES
7 CATHERINE ANNE SINAYAN MUDI
8 CFEERA CLEO CHIA
9 CHASTITY DIONNE CHONG
10 CHLOE LEE SIN TUNG
11 DAYANGKU QISTIENA ADREANNA BINTI PG MOHD KHAIRUDDIN
12 DEBORA SYLVIA DEVID
13 DONITA IVY REGINO
14 EMERALD LOMBITUON DOUGHTY SYLVESTER DISIMON
15 EMMY MICHELLE DUNGKUNG
16 ERYANNA HEATHER BATHOLOMEW JINGULAM
17 GRACE PRISCILLA WILIGIB TAN WEI EN
18 JOYCE GRACE GEORGE
19 JULIETTE AMY DUSITY
20 KARYN PATRICK SIKODOL
21 MARIEANNE GRACE LAWRANCE
22 MARNIE CHIN
23 MICHELLE LAWRENCE
24 NADHIRAH ALIEYA BINTI NAJAMUDIN
25 NATHALIE ANG PEI YI
26 NUR KHADIJA SAFIYYA BINTI FAIZAL SAZALI
27 PRUDENCE SIMEONE MOSINOH
28 YOLGALYN OMEGA
Graduan 5 Dinamik
1 ANNASTASIAH CHEAH LEE CHING
2 AVRIL ANETTE TEDDY
3 AVRIL NORMAN LIAW
4 BERNICE FREDA CONSTANTINE
5 CHERYL ANDREA JAFFRIDIN
6 DANIELLE AMBER CHEE SYN YEE
7 DAYANGKU AZNAYANARA BINTI AK ISMAIL
8 DESIREE EVE PAIN
9 ELORA CASSANDRA MARIMO
10 EVY FARADILLAH
11 FASHA NADIRA BINTI SUHAIMI
12 FEENASH KAUR RAMDAY
13 GWEN ARTELLIA GEORGE
14 HUMAIRA AUNI BINTI HAMDANI
15 JESICCA CHARLYN JOHNNY
16 JESSICA OLGA MUSILIM
17 JUANITHA ANNABELLE GALAWIS
18 KHAIRINA BINTI MOHD KAMEL
19 KIMBERLY KAYE LEE
20 KLAYRIEJUNE JEFFERY GAMBUNG
21 MAGDALENE MAEVE MAXIMILLIAN LIM
22 MEGAN MARIA OLIVER LABUNDA
23 MICHELLE KHONG BINTI KHONG TET WAH
24 MIGUELA RICHARD
25 MISHA ILYIA BINTI SHAIRINI @ DIRA
26 NOORSYAHERRA BINTI JENUIN
27 NUR ALYAA SYAHIRAH BINTI BONIFACE
28 PHOEBE MEGAN MOSINOH
29 SANDRINE SOPHIA TEO SULIT
30 SHANITA TOISAM
31 SHANNEN HIEW KAR YEE
32 SHENAIYHA ATIZA KOISUN
33 TENNIE VOO XIN NIE
34 YEW ZI YI
35 ZAINABIHAH BINTI MURSHID
Graduan 5 Efektif
1 ALEYA SOFIA BINTI ABDULLAH
2 ALIYA SELINA BINTI AHMAD SUHAIMI
3 AMELYA WONG
4 ANNABELL ARWEN DEUTERONOMY
5 ARWEAN JAY JEMANDAN
6 AUDRIE ANNE JEFFRY
7 BEVERLY BELLY
8 CARMEN ISABELLE OWENS
9 CHAN SHUEH YING ABIGAIL
10 CHEYENNE YUSOF
11 CLARISSA ADELINE ARTHUR
12 DAPHNEY NICHOLAS SINGH
13 ELYNA OLIVERA QUINIIN
14 FATHI QATHREENA BINTI MOHAMAD FAIZAL
15 HELLY CHEE
16 HILDA TRESBUREY EMANUEL
17 IVY HANLEY
18 IZZRYN FITRIA BINTI HAIRUL SHAM
19 JANE HANNAH HIELONY
20 JOAN EVA EDWARD
21 MICHELLE AVRIL ERIC
22 MIZAYANA BINTI SAIFFUZZAMAN
23 NATHANIA ASHLEY LAI SHUYIN
24 NEDDYLISA FINJAU
25 NUR AMIRA NADIA
26 NUR HAYUMI WONG
27 NUR NABIHAH FARAH SYAHMIMI
28 NUR QAMARINA BINTI UZILA
29 NURUL ATIQAH BINTI SAPIRIN @ SAFRIN
30 NURUL NADHIRAH BINTI MONI
31 QUSANDRIA AMANIEE BINTI JASMEE
32 RAFFIQAH ROZZANA ROGER
33 SERAFIENA BINTI RUDY
34 SORFINA KHAIRUNNISA
35 VIVY AVINA GEORGE YIH
36 WAN ALEEYA SOFEA BINTI LEBI @ BENGLY
Graduan 5 Kreatif
1 ALLYN NONA AYU BINTI BASMAN
2 ANDREA CHANG XIN TONG
3 ANNABELLE SHANE COLLIN
4 AVRIL AKCHULIS ABEL
5 AYISHAH NAZEERA BINTI ZAIRUL
6 CHARISSA COLLIN GODOMON
7 CHERYL SHERELYN RICHARD
8 DASERA FAZLEEN BINTI DAHIL
9 DAYANGKU DANIA WAFA BINTI PG INDRA
10 ELAINE PATRICT
11 ELIVIANA EMELDA FRAKLEY
12 GRACE ALLY LABANSING
13 GRACE ONG YING YING
14 IZRA SHAMYRA BINTI MOHAMED RAZALI @ RAZLI
15 JASMEEN RENATA KAMIJAN
16 LENICE LEE KET FUNG
17 MAGDALENE ANGEL MARK APOAL PIWON
18 MARLINA FIRZANA BINTI YUZAINY
19 MELANIE CHUNG PEI JIA
20 METHELYNA SUZANE BINTI MUNSING
21 NUR ADRYANNA ALESSANDRA
22 NUR ANATASHA
23 NURFATIN SABRINA BINTI MOHAMAD@ MUHAMMAD
24 NURUL FARHANA BINTI MOHD NASRUL
25 NURUL SHABIRAH BINTI NORMAN
26 RENEE IRENA MARIUS
27 SANDRALEESA DANIELLEE
28 SHARLEEN VOON SYN YI
29 SHERIENA SYAZWANA BINTI SAFFARY @ DINO
30 SHERYL RECHEL WONG
31 SYARIFAH ANNISA BINTI MOHD ISA
32 VANESSA ZAKHIUS
33 WELLCY JANE BERNARD CHONG
34 SORFINA KHAIRUNNISA
35 VIVY AVINA GEORGE YIH
36 WAN ALEEYA SOFEA BINTI LEBI @ BENGLY
Graduan 5 Progresif
1 AUNI FADHILAH BINTI MULIS MULIADI
2 BETHANY BOND BOUNIU
3 BIBI NURFARHANA BINTI ROMIZAM
4 BRITNEY NATELIE POI MIN
5 CHANG KE YING
6 CHARMAINE BELLE CHIPS
7 CHELSEA MARCELLUS KAN
8 EBLYN YONG
9 ELKA NG MEI YUNG
10 ERICA CHANG PEY SHAN
11 GINNIE CHONG JING XIN
12 JORDANA CYAN PAUJIK
13 JOYCE JEAN JILLIAM
14 KATRINA ANN PAXTON JUSTIN
15 NATALLIE ANASTASHIA WONG
16 NICOLE CRISTABELLE JINIVON
17 NOR MASITAH BINTI JAITAL
18 NURAFIFAH BINTI HASBI
19 NURFADILAH BINTI MOHD YUNUS
20 NURFADILAH PUTRI BINTI ARSAD
21 NURWANI DANIA BINTI JEFFREY
22 RATIQAH ELYANA RUDIE ADIE
23 ROSVICCA ANTARIK
24 RUTH AMANDA HAZELLE HERMAN
25 SERENA LIN BINTI ABDUL RHAHMAN
26 SITI AISYAH BINTI MUSA
27 TAN MEI ER
28 YAW E LYN
AHLI JAWATANKUASA MAJLIS
KONVOKESYEN
TAHUN 2021
Pengerusi
Puan Chong Mei Lan @ Theresa
Timbalan Pengerusi
Puan Rahima Sontori
Naib Pengerusi
Puan Aini Sigismond Balgut
Puan Laini Ahing
AJK PELAKSANA
Penyelaras
Pn.Wee Lian Lui
Setiausaha
Pn. Khartini binti Mustamin
A) Pemantau Kewangan
Pn. Wan Zaiton
Bendahari
Pn. Felicity Ng (Bayaran Konvo)
Pn. Janih Djuk (Bayaran Alumni)
Penolong Bendahari
Pn. Lizah Mohamed
JK Pengurusan Kelas
Guru Kelas 5S (En. Wilfred Chew)
Guru Kelas 5D (Pn. Chin Su Yee)
Guru Kelas 5E (En. K. Munisparan)
Guru Kelas 5K (En. Wee Wei Loon)
Guru Kelas 5P (Pn. Tok Fen Fen)
JK Tajaan
Pn. Nurul Husna Tseu
B) Pemantau Persediaan
En. Sazliman Ismail
JK Dewan Majlis
i. Tempahan Dewan, Pelan Dewan, Backdrop dan
Susun Atur, Label Kerusi
En. Asri Arsyad (K)
En. Saw Seong Moh
ii. Hiasan Pentas dan Dewan /Rostrum
Pn. Jackelyn Robert (K)
Pn. Erna Sylvester
Sis. Carmen Cordova
JK Buku Aturcara
En. Lim Kien Kwok
Pn. Ariati Budi
JK Teks Ucapan
Pn. Animah Assih
JK Publisiti
Pn. Resma Jay Abdulhan
C) Pemantau Pengurusan Peralatan
Pn. Sim Poh Hoon
JK Fotografi
Pn. Cecelia Choo (K)
Cik Loh Pack Swan
JK Jubah dan Mortarboard
Pn. Oh Hui Wen (K)
Cik Sheera Joseph
Pn. Melissa Lindsay Gilbert - 5S
Pn. Chin Mui Nyuk – 5D
Pn. Nur Syuhaidah Ab. Halim - 5E
Pn. Pathmavathy – 5K
Pn. Bibiana Thien – 5P
JK Fail Profil /Sijil
Pn. Siska Meme Yacob (K)
Pn. Dg. Ku Ramizah Ag.Tangah
Pn. Lee Siew Chian
En. Rahman Ramli
Pn. Zaleha Paidi
D) Pemantau Penyampaian
Pn. Wee Lian Lui
JK Penyampaian Profil dan Sijil
Pn. Naimah Osdam
Pn. Ariati Budi
Cik Anna Liew
Pn. Rikan Sidan
JK Juruacara
Pn. Felicity Flavianney
En. Pg. Azizul Rahim Bryan
Guru-guru Kelas Tingkatan 5
JK Disipin
Sis. Carmen Cordova
Semua guru disiplin
JK Siaraya dan Teknikal
En. Rafizan Ramlah
En. Lawrence Petrus
JK Makanan
Pn. Noraidah Othman
Pn. Alice Ah Til
Sekalung Budi
Jimmy & Associate
Kedai Buku Putatan
I-Teamwork Printing
Terima Kasih