The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhana abd wahab sue, 2021-10-14 04:37:21

Minit Mesyuarat Agung PIBG

Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BELUKAR
18500 MACHANG,KELANTAN.

TARIKH : 16 OKTOBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

LAPORAN TAHUNAN 2020

JAWATANKUASA PIBG 2020

Penasihat : Pn. Hasliza bt Ahmad

( Guru Besar)

Yang Di Pertua :Tn. Hj. Che Aziz b. Ibrahim

Naib Yang Di Pertua : Tn. Hj.Zulkafli b. Jusoh

Setiausaha Kehormat : Pn. Norhayati bt Ibrahim

Pen. Setiausaha : Pn. Salina bt Ibrahim

Bendahari : En. Mohd Kamaruddin b. Mat Junus

Jawatankuasa Wakil Ibu Bapa:

 En. Mohd Haikal b. Hamzah
 En. Mohamad b Awang
 En. Mohd Aidil b Abdul Aziz
 Pn. Asmariza bt Mohd. Zain
 Pn. Surianie Zairaniey bt Zainal Abidin

Jawatankuasa Wakil Guru:

 En. Mohd Khairil Anuwar bin Mohd Noor
 En Zulkifli bin Alwayi
 Pn. Arizaini bt Arifin
 Pn. Suhana bt Abd Wahab
 Pn. Nik Faridah bt Nik Husin
 Pn. Hjh Nurhuda bt Aluwi
 Pn. Rohani bt Ibrahim

Juru Audit:

 Pn. Nasirah bt Dahlan
 YM Tengku Ismail bin Yusoff

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47 (2020)

UCAPAN PENOLONG KANAN HEM ( EN. MOHD KHAIRIL ANUWAR BIN MOHD NOOR )

Beliau mengucapkan ribuaan terima kasih kepada ibubapa kerana hadir ke mesyuarat Agong PIBG kali
ke 47 pada tahun ini. Beliau memberitahu bahawa GB memohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana
terpaksa menghadiri kursus TS25.

Beliau juga memberitahu ibubapa bahawa kedatangan murid-murid ke sekolah mestilah
diutamakan dan jika hari hujan yang menyebabkan kesukaran ibubapa yang menaiki motosikal untuk
mengjhantar anak-anak kesekolah dibolehkan menghantar anak-anak sebelum jam 10.00 pagi.

Beliau juga menekanakan bahawa kelas tambahan untuk tahun 6 telah dijalankan kecuali pada
hari Rabu. Untuk kelas fardu ain beliau memberitahu bahawa baju fardu ain tidak lagi diwajibkan dan
murid-murid boleh memakai baju sekolah semasa kelas fardu ain. Dan beliau menasihatkan ibubapa
agarmenghantar anak-anak ke kelas KAFA. Beliau juga memberitahu bahawa pasukan hoki sekolah telah
layak ke MSSK.

Beliau juga mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Ajk PIBG dan juga ibubapa atas
kerjasama dan komited dalam memajukan pendidikan anak-anak di SKB.

UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (TN HJ. CHE AZIZ B. IBRAHIM )

Beliau mengucapkan terima kasih atas kedatangan ibu bapa ke mesyuarat Agong PIBG kali ke 47 dan
juga kepada Dato Sazmi yang sudi merasmikan mesyuarat Agung kali ini.

Beliau memberitahu bahawa sekolah telah mengadakan motivasi ibubapa dan beliau merasa
bangga atas kehadiran ibubapa dalam setiap program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Beliau juga
menyeru agar ibubapa tidak merasa terbeban dengan kelas KAFA yang telah dijalankan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru, ibubapa dan juga Ajk PIBG dalam
menjayakan setiap program yang dijalankan. Beliau meminta ibubapa member galakan kepada anak-
anak untuk hadir ke kelas tambahan yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Dan terima kasih juga
kepada adik Saffiya bt Jaffri kerana telah mendapat keputusan 6A dalam UPSR 2019.

UCAPAN PERASMIAN (YBHG. DATO SAZMI BIN MIAH )

Mengucapkan ribuaan terima kasih kepada ibubapa dan juga guru-guru atas jemputan ke mesyuarat
Agong PIBG ke 47 ini. Beliau menekankan walaupun berlaku pelbagai agenda di Malaysia pada masa ini
tetapi ilmu pendidikan adalah yang paling utama dan terpenting kepada anak-anak kita.

Beliau menyeru kepada ibubapa agar memberikan ilmu pendidikan yang baik kepada anak-anak
iaitu dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Beliau juga meminta ibubapa agar menerapkan ilmu
agama kepada anak-anak agar menjadi insan yang baik akhlaknya yang menjadi tanggunng jawab
ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Beliau menyatakan bahawa sekolah luar Bandar adalah sama dengan sekolah dibandar Cuma
yang membezakan kejayaan sekolah adalah komitmen ibubapa dalam pendidikan anak-anak.

Beliau juga telah memperuntukan kewangan sebanyak RM 5000 kepada PIBG SKB untuk
dibelanjakan untuk anak-anak SKB.

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47
1. Ucapan Penasihat
Cikgu Zulkifli mewakili GB mengucapkan terima kasih kepada Ajk PIBG dan ibubapa atas kehadiran ke
mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 ini. Beliau mengharapkan kerjasama yang baik daripada ibubapa untuk
perkembangan dan kejayaan sekolah. Beliau juga memberitahu sokongan alumni juga dapat membantu
kemajuan sekolah. Beliau juga berharap ibubapa dapat memastikan anak-anak hadir ke kelas tambahan
yang diadakan oleh pihak sekolah . Begitu juga bagi tahap 1 yang diadakan PBD yang memerlukan
perhatian ibubapa.

2. Ucapan Pengerusi/YDP
Mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa dan terus memberikan sokongan
kepada pihak sekolah dalam menjalankan program yang telah dirancang. Beliau juga bersyukur kerana
dapat berkumpul untuk menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 ini.

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung lalu
Pembentangan dilakukan oleh Pn. Norhayati binti Ibrahim selaku Setiausaha PIBG dengan merujuk pada
buku mesyuarat halaman 14 hingga 18.
Cadangan : En. Muhammad bin Awang
Sokongan : Pn. Siti Hazani bt Yunus
Keputusan : Diluluskan sebulat suara

4. Membentang dan menerima Laporan Kewangan Tahunan
Cadangan : Pn. Sapura bt Zakaria
Sokong : Pn. Badariah bt Baharun
Keputusan : Diluluskan sebulat suara

5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBGYang Berakhir Pada
31hb.Disember 2019
Cadang : En. Mohd. Razi bin Abd. Aziz
Sokong : En. Muhammad bin Awang
Keputusan : Diluluskan sebulat suara

6. Membahaskan Usul
6.1 pagar dibahagian belakang masjid iaitu pagar simen minta diganti dengan pagar dawai.
_ Pk hem memberitahu bahawa pagar boleh diubah tetapi mesti memohon dan mendapat kelulusan
PPD.
6.2 Pagar dipadang terlalu dekat dengan longkang sekolah.
6.3 Murid suka mengata diantara satu sama lain dildalam kelas.
6.4 Kemudahan kenderaan untuk membawa murid-murid untuk ke sesuatu perlawanan.
- Cikgu Zulkifli memberitahu bahawa untuk kenderaan kena mohon dengan PPD dan guru diberi
kebenaran untuk membawa kenderaan untuk membawa murid.
6.5 Naik taraf bilik wuduk perempuan
6.6 perbaiki longkang pagar sekolah
- PK Hem memberitahu bahawa longkang diluar kawasan sekolah bukan kuasa sekolah.
6.7 Tahap kebersihan tandas
6.8 Adakan pertandingan musabaqah seperti dahulu
6.9 Menaik taraf Pusat Sumber Sekolah
6.10 Ketatkan penjualan diluar kantin sekolah.
6.11 Waktu rehat fardu ain jangan sama antara tahap1 dan 2.
6.12 Parking kereta ibubapa yang menghalang orang lain
6.13En. Mohd Miqdad mencadangkan agar fotostat Minit Mesyuarat dihantar melalui wasap sebelum
mesyuarat bermula.
6.14 En Zulkifli mencadangkan tayangan LCD tentang aktiviti murid sebelum memulakan mesyuarat.

- Cikgu Zulkafli menyatakan bahawa kita sudah ada guru multimedia tetapi kita memerlukan montaj dan
guru ICT sekolah hanyalah seorang dan kita ada kekangan dalam melaksanakan perkara tersebut.

7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG Bagi tahun 2020

Majlis sebulat suara mengekalkan perlantikan AJK PIBG seperti sedia ada.

8 Pemilihan Juru Audit Dalaman (2 orang)

Majlis sebulat suara agar juru audit yang sedia ada dikekalkan

9. Hal-hal lain

9.1 YDP menyatakan majlis bersetuju untuk menukar nama SK Belukar ke SK Bukit Ilmu.

9,2 Mohd Rodi B Daud menyatakan bahawa beliau bersetuju untuk mengekalkan nama sekolah kepada
SK Belukar. Beliau juga menyatakan bahawa minit mesyuarat tiada masalah untuk difotostat kerana jika
menggunakan telefon akan timbul masalah kerana bukan semua ibubapa yang boleh menggunakan
wasap.

10. Ucapan penangguhan

Pengerusi mengucapkan ribuaan terima kasih kepada para ibu bapa atas kehadiran dalam mesyuarat
Agung PIBG kali ke 46. Beliau menyeru ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam program-program
yang dijalankan disekolah yang melibatkan ibu bapa.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 petang. Disemak oleh:
Disediakan oleh :

(NOR HAYATI BINTI IBRAHIM) (TUAN HJ CHE AZIZ BIN IBRAHIM)
Setiausaha Agung PIBG Yang Di pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Belukar Sekolah Kebangsaan Belukar


Click to View FlipBook Version