07
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020)
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
EDUP3043
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: NUR AIN SYAZLIANA BINTI SHOHAIMI
010418-06-0510
NO. KAD PENGENALAN: 2020192340183
F10
ANGKA GILIRAN:
DR SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID
KUMPULAN/ UNIT
TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH: 21 OGOS 2021
TAJUK TUGASAN TARIKH:
PROJEK:
TARIKH PENYERAHAN:
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN 3
4
1.0 PENGENALAN 5
TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM PENGAJARAN DAN
7
2.0
PEMBELAJARAN 9
MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH: MODEL
10
3.0 11
PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN 13
HUBUNGKAIT MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN
PENGGUNAAN TEKNOLOGI SEBAGAI PEMANGKIN
4.0
KREATIVITI DAPAT MENGATASI TINGKAH LAKU
BERMASALAH TERSEBUT
5.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
2
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan berkat
dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi kursus Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku (EDUP3043) ini dengan penuh jayanya. Saya juga bersyukur
kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah, Dr Sharizan
binti Abdul Hamid yang tidak jemu memberikan tunjuk ajar dengan sabar kepada saya
sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Saya juga ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr kerana memberi kepercayaan kepada saya
dalam menjalankan tugasan ini sehingga berjaya.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan saya
kerana banyak memberi tunjuk ajar dan meluangkan masa bersama-sama dalam
menyiapkan tugasan ini. Mereka telah banyak membantu dalam menyumbang idea yang
bernas serta memberikan kerjasama yang jitu dalam menyelesaikan tugasan. Saya akui
bahawa saya menghadapi sedikit kesukaran terutamanya dalam proses mencari dan
mengumpul maklumat yang dikehendaki, namun dengan perkongsian bahan dan tunjuk ajar
yang diberikan oleh rakan maka dapat saya laksanakan kerja kursus ini dengan lancar.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya nukilkan kepada kedua-dua ibu
bapa saya yang tidak putus memberi sokongan dan dorongan dalam menghasilkan kerja
kursus ini. Mereka turut berkorban masa memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam
menjayakan tugasan. Akhir sekali, harapan saya agar tugasan yang dihasilkan dapat
menambah ilmu pengetahuan di samping dapat mendidik diri menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.
3
1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan individu, masyarakat dan
negara ke arah yang lebih maju. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016),
pendidikan didefinisikan sebagai perihal mendidik yang berkaitan pengetahuan, latihan,
didikan dan ajaran. Oleh itu, kerajaan Malaysia sentiasa melakukan penambahbaikan
dalam sistem pendidikan dari semasa ke semasa bagi memantapkan lagi mutu
pendidikan tidak kira di peringkat rendah atau menegah serta institut pengajian tinggi
bagi mendepani persaingan abad ke-21. Hal ini kerana pendidikan bukan sesuatu yang
statik atau beku sebaliknya hidup, bersifat dinamik dan berubah mengikut keperluan dan
kehendak semasa. (Noriati A. Rashid et al., 2016). Selain itu, pengajaran yang efektif
dari guru juga amat penting agar pembelajaran yang diterima oleh murid berkualiti.
Pengajaran dan pembelajaran yang baik akan berlaku sekiranya pelajar di dalam kelas
menunjukkan tingkah laku yang positif.
Tingkah laku merupakan sesuatu tindakan atau pengucapan yang boleh diukur,
diperhati serta dinilai oleh orang sekeliling. Tingkah laku ini boleh berlaku dalam
keadaan sedar atau tidak sedar, dan secara berterusan atau tidak berterusan. Tingkah
laku juga boleh dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika serta genetik. Menurut
Lahey (2009) dalam Adibah Hanim Abdul Latif et al., 2016, tingkah laku dikatakan
sebagai kajian saintifik yang berkaitan dengan proses mental dan perbuatan seseorang.
Tambahannya, tingkah laku merupakan tindak balas pelajar daripada rangsangan
stimulus sama ada dari dalaman atau luaran yang berupaya merangsang pelajar untuk
melalukan sesuatu perbuatan yang memberi kesan kepada persekitaran. Selain itu,
tingkah laku bermasalah pula boleh diertikan sebagai perlakuan yang dilakukan secara
konsisten yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan
pembelajaran murid serta mempengaruhi keterlibatan mereka dalam aktiviti di dalam
atau di luar bilik darjah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), tingkah laku
bermasalah boleh diertikan sebagai perbuatan yang ganjil atau tidak patut. Bagi
menangani pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah, guru terlebih dahulu
hendaklah menguasai model-model pengurusan disiplin. Model Pengurusan Disiplin
terbahagi kepada Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter,
Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengursan Kelompok Kounin, Model Pengurusan
Disiplin Thomos Gordon dan Model Beyond Discipline Alfie Kohn. Penguasaan terhadap
model tersebut membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan. (Haliza
Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2014).
4
2.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Umum mengetahui bahawa tingkah laku bermasalah terbahagi kepada dua yakni
tingkah laku bermasalah positif seperti perasaan ingin tahu yang keterlaluan, cepat
belajar, pintar cerdas dan proaktif serta tingkah laku bermasalah negatif seperti
bergantung yang berlebihan, disruptif dan disktruktif. (Mohd Sazali, T.T). Dalam konteks
tingkah laku bermasalah negatif, disruptif merujuk kepada tingkah laku yang boleh
menjejaskan kelicinan perjalanan proses PdP. Jenis-jenis tingkah laku disruptif
termasuklah hiperaktif, perubahan yang melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang
tidak perlu, mengganggu rakan sekelas, bergelak ketawa dengan kuat dan kelakukan
agresif fizikal seperti tolak-menolak atau tumbuk- menumbuk.
Kebisingan ataupun suka bercakap di sini merujuk kepada pelajar yang peramah,
sentiasa bercakap walaupun diberi banyak tugasan yang perlu disiapkan ataupun suka
bercakap semasa guru sedang mengajar. Selalunya topik perbualan pelajar yang suka
bercakap ini tidak semestinya berkaitan dengan perkara yang sedang dipelajari. Mereka
juga suka bercakap tentang hal peribadi. Pelajar yang gemar bercakap ini juga banyak
bertanya kerana mereka tidak mendengar arahan awal yang dibuat oleh guru. (Haliza
Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2014). Dengan erti kata lain, pelajar yang suka
bercakap ini kurang tumpuan terhadap perkara yang disampaikan oleh guru. James
(1980) dalam Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip et al., 2014 menyatakan tumpuan
merupakan sesuatu yang terhad kerana manusia hanya boleh memilih satu tumpuan
pada satu masa. Tambahan beliau, penumpuan boleh ditakrifkan sebagai perhatian
yang memberikan tumpuan terhadap mental dengan membiarkan rangsangan lain
mengganggu. Oleh itu, memberi tumpuan di dalam kelas boleh dijelaskan sebagai
aktiviti mental yang memerlukan pelajar memberi perhatian sepenuhnya terhadap
pengajaran yang disampaikan guru. Apabila seseorang itu banyak bercakap, maka
tumpuan mereka terhadap PdP telah terganggu. Malah, tumpuan rakan mereka juga
akan turut terganggu. Hal ini akan menyebabkan kecerdasan minda pelajar merosot dan
objektif pembelajaran juga tidak tercapai. Tingkah laku bermasalah seperti itu
menyebabkan PdP yang dibuat guru tidak berkesan dan memerlukan strategi yang lain
bagi mengembalikan fokus para pelajar.
Selain itu, pergerakan pelajar yang tidak perlu ataupun pelajar yang tidak boleh
duduk setempat juga merupakan masalah tingkah laku disruptif. Kebiasaannya murid
seperti ini suka untuk keluar dan masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan ke tempat
rakan semasa guru sedang mengajar di hadapan dan melakukan aktiviti yang disukai
pada bila-bila masa. (Nur Bazlaa, T.T.). Masalah disruptif seperti ini juga dapat dilihat
5
semasa kelas atas talian. Contohnya, apabila guru melakukan sesi google meet, murid
tidak menunjukkan hormat terhadap guru yang sedang mengajar. Mereka hanya masuk
sahaja dalam sesi tersebut namun mereka berkeliaran di kawasan rumah seperti pergi
ke dapur, ruang tamu, halaman rumah sehingga tidak menghiraukan pertanyaan yang
dibuat oleh guru. Murid seperti ini bersikap tidak sopan terhadap guru di dalam kelas.
Malah, mereka juga dikatakan tidak mempunyai peraturan diri. Peraturan ialah segala
yang telah ditentukan atau ditetapkan dan mesti dipatuhi. (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2016). Hal ini kerana tingkah laku sedemikian pasti ditegur oleh guru akan
tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Antara cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk
memastikan PdP berjalan dengan lancar adalah dengan merancang aktiviti yang
membolehkan murid melakukan pergerakan fizikal seperti aktiviti gallery walk, menyusun
tempat duduk murid-murid secara berkumpulan yang tidak melebihi empat orang,
memberikan tugasan yang mengikut gaya pembelajaran mereka agar mereka leka
melakukannya dan akhir sekali ialah sentiasa melakukan perubahan tempat duduk.
Misalnya, guru menyusun tempat duduk murid-murid mengikut pencapaian mereka.
Murid yang lemah diletakkan dekat dengan meja guru. Apabila guru membuat penilaian
sumatif dan mendapati terdapat murid lain pula yang lemah, guru boleh menukarkan
tempat duduk mereka.
Seterusnya, mengganggu rakan sekelas juga merupakan tingkah laku disruptif.
Murid tersebut suka mengacau kawan sekelas, memanggil nama rakan-rakan berulang-
ulang kali dengan tidak betul atau kata lainnya ialah mengejek sehingga menimbulkan
kemarahan serta mengambil, menyorok dan membaling barang-barang ke arah rakan-
rakanya. (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2014). Murid yang berperlakuan
tersebut banyak memberi kesan terhadap rakan-rakan sekelas seperti mengganggu
proses PdP mereka, mengakibatkan ketidakselesaan dalam kelas dan menyukarkan
guru untuk menjalankan pengajaran secara aktif kerana mendapat gangguan daripada
murid tersebut. Murid yang suka mengganggu ketenteraman orang lain juga dikatakan
sebagai murid yang nakal. Murid sedemikian selalunya tidak takut dengan ugatan
dendaan dan amaran oleh guru. Mereka juga tidak mengendahkan teguran yang diberi.
Apabila mereka ditegur, dimarah atau didenda, mereka akan berkelakuan baik untuk
seketika sahaja dan kembali semula kepada kelakuan asal. Oleh itu, guru haruslah
sentiasa memberi amaran dengan tegas dan serius kepada mereka serta memberikan
perhatian yang lebih daripada murid lain agar tidak mengganggu sesi PdP yang dibuat.
(Nur Bazlaa, T.T.).
6
3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH: MODEL PENGURUSAN
KELOMPOK KOUNIN
Salah satu daripada model pengurusan bilik darjah ialah Model Pengurusan Kelompok
oleh Jacob S. Kounin. Dalam model ini, beliau menekankan kepada pengawasan dan
penyeliaan yang teliti oleh guru dalam menguruskan bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. (James Ang Jit Eng, 2014). Faktor yang mempengaruhi
keberkesanan model ini adalah kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang
berlaku dalam bilik darjah setiap hari, cara menangani masalah tersebut sebelum
menjadi masalah disiplin, dan kebolehan guru menangani lebih dari satu situasi
serentak. Kelebihan bagi model ini adalah dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif, tidak berunsurkan hukuman serta menitikberatkan variasi dalam
menggunakan strategi dan teknik pengajaran supaya dapat menarik minat dan
meningkatkan semangat murid untuk belajar. Terdapat lima elemen penting yang
ditekankan dalam model ini iaitu merangkumi semua (Wittiness), Pertindanan
(Overlapping), kesan Gelombang (Ripple Effect), Kelancaran (Smoothness), dan
Momentum. (Foziana Jamaludin et al., 2018).
Merangkumi semua ataupun wittiness merujuk kepada kebolehan guru untuk
mengetahui keadaan atau tingkah laku semua murid pada setiap masa dalam bilik
darjah. (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2014). Dengan adanya elemen ini,
guru dapat memberi tumpuan kepada semua murid terutamanya dalam aktiviti
berkumpulan. Dalam situasi ini, guru menyediakan tugasan yang sama bagi setiap
kumpulan dan mereka perlu menyiapkan dalam tempoh yang tertentu. Dengan cara ini,
guru dapat memastikan murid dapat memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar
kumpulan lain dan menggalakkan murid untuk berinteraksi bersama guru dan rakan-
rakan untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh tersebut. Guru boleh memeberi
tugasan dalam bentuk seperti cari perkataan, silang kata atau teka-teki. Hal ini dapat
mengelakkan murid membuat bising ataupun bersembang tanpa sebab bersama rakan
dan dapat mengelakkan mereka mengganggu rakan yang lain semasa perbincangan
sedang berlangsung.
Pertindanan adalah kebolehan guru untuk menangani dua peristiwa pada masa yang
sama secara berkesan. (Chong Lean Keow, 2009). Hal ini bertepatan dengan isu
tingkah laku bermasalah disruptif yang dihadapi yakni murid suka bercakap dengan
rakan. Dengan adanya pertindanan ini guru dapat memberi galakan kepada murid untuk
fokus terhadap topik yang sedang dibincangkan. Biasanya hal ini berlaku apabila guru
meminta murid untuk mendengar pendapat atau jawapan daripada rakan lain. Oleh itu,
7
guru perlu bijak dalam menangani masalah ini dengan menggunakan kata-kata yang
sopan dan tegas agar murid tidak tersinggung. Contohnya, “Aiman teruskan membaca
jawapan kamu, saya dengar. Ahmad dan Aqil berhenti bercakap sebentar dan dengar
jawapan Aiman”. Dalam hal ini, guru dapat menggunakan kemahiran dalam kepimpinan
untuk mengawal keadaan kelas.
Kesan gelombang ini merujuk kepada teguran dan tindakan guru terhadap seorang
murid yang melakukan kesalahan namun kesannya turut dapat dirasai oleh murid yang
lain. Kesan gelombang yang aktif dan baik mempunyai tiga ciri yang perlu ditepati iaitu
jelas, tegas, dan serius. Selain itu, guru juga tidak melengahkan teguran serta terus
memberi teguran ketika kesalahan tersebut berlaku. Pertama adalah jelas iaitu guru
menegur murid berdasarkan kesalahan yang mereka lakukan secara spesifik serta
memberitahu akibat perlakuan tersebut. Contohnya murid suka bersembang dengan
rakan, “Ahmad dan Aqil, jangan bersembang semasa saya mengajar. Kalau kamu
bersembang, kamu tidak akan dengar apa yang saya terangkan”. Dengan cara ini, murid
lain juga akan tahu kesalahan tersebut tidak boleh dilakukan. Seterusnya teguran guru
mestilah tegas dan bernada serius. Dalam memberi teguran guru perlu menggunakan
nada suara yang tegas dan muka yang serius untuk memberi kefahaman kepada murid
akan keburukan perkara yang dilakukan. Contohnya murid yang suka mengganggu
rakan, “Fahmi! Kamu tidak boleh mengganggu rakan kamu semasa turun tangga.
Kemungkinan dia boleh jatuh”. Hal ini akan memebri kesan kepada murid di sekitar
tangga tersebut agar lebih berhati-hati semasa menuruni tangga.
Kelancaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk
mewujudkan keberkesanan teknik pengajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang tidak lancar atau tertangguh-tangguh, dan arahan yang tidak jelas akan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan masalah tingkah
laku murid dalam bilik darjah. Jacob S.Kounin menyatakan bahawa guru perlu mengelak
daripada tersekat-sekat semasa mengajar iaitu pengajaran terleret sehingga keluar
sukatan sebenar, memberikan arahan yang tidak wajar atau tidak difahami dan selalu
menukar tugasan. (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2014). Dalam hal ini,
untuk mengelakkan murid bersembang bersama rakan, guru perlu memberi arahan
tugasan yang jelas dan mudah difahami oleh murid. Hal ini akan memberi kejelasan
kepada murid akan topik yang perlu dibincangkan. Selain itu, guru juga perlu
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran untuk mengelakkan mengulang sesuatu
yang telah difahami oleh murid. Contohnya, guru menggunakan kaedah soal jawab dan
pembentangan untuk menguji kefahaman murid.
8
Ahkir sekali, momentum menurut Jacob S. Kounin adalah lonjakan di permulaan
kelas iaitu guru perlu menarik perhatian murid semasa memulakan pengajaran. (Mook
Soon Sang, 2012). Terdapat beberapa ciri yang perlu dipatuhi agar momentum murid
dapat dikawal di tahap maksimum iaitu guru meneruskan pengajaran dengan lancar,
melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap, dan
membuat kesimpulan pengajaran hari ini secara berkesan iaitu menggunakan ayat yang
pendek dan mudah difahami. Aspek yang perlu dititik beratkan oleh guru adalah minat,
kebolehan dan perkembangan murid. Oleh itu, dalam mengangani masalah murid suka
berjalan di dalam kelas semasa sedang mengajar tanpa sebab, guru perlu
menggunakan kaedah pengajaran berdasarkan situasi murid iaitu melihat keadaan
semasa murid, menjalankan aktiviti berdasarkan gaya pembelajaran mereka yang
pelbagai dan memastikan bahawa aktiviti tersebut dapat meningkatkan perkembangan
murid. Contohnya, guru memulakan aktiviti pengajaran dengan tayangan video pautan
“Youtube” atau permainan yang melibatkan pembelajaran sebelumnya. Seterusnya, guru
menjalankan aktiviti yang membolehkan murid bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Hal ini bertujuan menggalakkan momentum yang positif dalam kalangan murid.
4.0 HUBUNGKAIT MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN DENGAN
PENGGUNAAN TEKNOLOGI SEBAGAI PEMANGKIN KREATIVTI YANG DAPAT
MENGATASI TINGKAH LAKU BERMASALAH TERSEBUT
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdP abad ke-21 ini
amat penting kerana mampu untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik
serta dapat meningkatkan tahap kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Selain itu,
penggunaan TMK dalam pendidikan juga mampu untuk mencapai objektif pembelajaran
yang lebih luas, murid berupaya untuk belajar dengan sendiri dan mendapat maklum
balas segera melalui pendekatan interaktif serta membolehkan simulasi pengalaman
pembelajaran dilakukan secara terus. (Ting Kung Shiung et al., 2005). Justeru,
penggunaan TMK dalam PdP sama ada di dalam kelas bersemuka ataupun atas talian
dikatakan mampu untuk mengatasi tingkah laku murid yang bermasalah. Tamsilannya,
Model Pengurusan Kelompok Kounin menekankan tentang kelicinan dan kelancaran
PdP. Kelancaran suatu sesi PdP itu akan tercapai apabila guru berjaya menarik
perhatian murid pada permulaan pembelajaran, dapat meneruskan pengajaran dengan
licin, berganjak daripada satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain dengan mahir dan
menyimpulkan topik pembelajaran dengan efektif. (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar
Samuel, 2014). Bagi memastikan permulaan pembelajaran menarik, guru boleh
menggunakan TMK seperti tayangan video, kuiz atas talian dan sebagainya. Amat
penting untuk guru mengetahui gaya pembelajaran seseorang murid. Perkara tersebut
9
boleh membantu guru dalam merancang kaedah PdP yang bersesuaian dengan
mereka. Penggunaan video pada awal pengajaran adalah pemilihan yang tepat bagi
murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual. Malahan, penggunaan video dapat
menarik tumpuan murid yang suka bercakap untuk kekal fokus dalam sesi PdP.
Seterusnya, guru juga dapat meneruskan pengajaran dengan licin apabila terdapat
bantuan TMK. TMK tidak boleh menggantikan tempat guru, akan tetapi TMK boleh
memudahkan urusan pengajaran guru. Uswahnya, apabila hendak mengajar sesuatu
topik pembelajaran, guru boleh menggunakan slaid penerangan ataupun video
pengajaran yang mempunyai pelbagai visual berbanding dengan mengajar dengan
membaca buku teks. Slaid penerangan yang dibuat haruslah ringkas dan mencapai
kepada tajuk pembelajaran agar pengajaran yang dibuat tidak meleret dan
membosankan. Dengan itu, murid-murid akan kekal fokus dalam PdP dan tidak
mengacau atau mengganggu rakan yang lain. TMK juga menjadikan PdP yang
dirancang lebih efektif. Misalnya, guru menjalankan aktiviti berkumpulan seperti aktiviti
stesen. Pembelajaran berkumpulan yang dibuat dapat membantu guru menangani
masalah di bilik darjah. Pembelajaran berkumpulan yang dibuat juga mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih positif dan tidak tertekan akibat gangguan-gangguan
di dalam bilik darjah. (Norzaina Rasit et al., 2016). Dalam aktiviti stesen tersebut, guru
menerapkan penggunaan TMK seperti menjawab kuiz menggunakan aplikasi Plickers,
menjawab soalan berpandukan audio diberi dan sebagainya. Dengan itu, murid-murid
bertingkah laku masalah seperti suka berkeliaran akan lebih fokus terhadap PdP.
Penggunaan TMK dalam PdP juga dapat menarik perhatian mereka untuk kekal berada
dalam kumpulan dan melaksanakan tugasan yang diberi bersama-sama. Malah, aktiviti
stesen ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah tingkah laku suka
berkeliaran kerana aktiviti ini juga melibatkan pergerakan.
5.0 KESIMPULAN
Tingkah laku bermasalah negatif dalam kalangan murid perlu dibendung lebih awal
dengan cara yang berkesan dan memberi manfaat kepada murid. Tingkah laku
bermasalah akan mempengaruhi tahap keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dan prestasi murid. Oleh itu, guru dan murid perlu berusaha mewujudkan
hubungan positif dalam bilik darjah agar guru dapat menegur kesalahan murid secara
berkesan dan teguran tersebut mudah diterima oleh murid tanpa bantahan. Guru juga
perlu menegur murid mengikut keadaan dan menjaga privasi murid sekiranya kesalahan
tersebut hanya memberi kesan kepada murid tersebut. Jadi, murid akan lebih selesa dan
cenderung untuk mendengar dan patuh kepada arahan guru yang mereka suka.
10
RUJUKAN
Adibah Hanim Abdul Latif, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan ohd Mokhtr Tahar. (2016, August).
Modifikasi Masalah Tingkah Laku Mengganggu di dalam Bilik Darjah Menggunakan
Intervensi "The Good Behaviour Game". Researchgate : https://www.
researchgate.net/publication/311111403_Modifikasi_Masalah_Tingkah_Laku_Mengg
angu_di_Dalam_Bilik_Darjah_Menggunakan_Intervensi_The_Good_Behavior_Game
Chong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Foziana Jamaludin, Mohamed Yusoff Mohd Nor dan Mohd Izham Mohd Hamzah. (2018).
Latihan dalam Perkhidmatan: Pengurusan Bilik Darjah. Jurnal Wacana Sarjana 2(1),
1-12.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan Bilik Dajah dan Tingkah
Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. PTS Akademia.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Mohd Sazali. (T.T.). Definisi Tingkah Laku dan Masalah Disruptif. Academia :
https://www.academia.edu/33410878/Definisi_Tingkah_Laku_dan_Masalah_Disruptif
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Fauziah Mohd Sa'ad, Norhidayah Jaapar, Khairiyah
Mohd Ali, Najwa hananie Athdzar dan Wan Norhasniah Wan Abdul Rashid. (2014).
Faktor, Kesan dan Strategi Menangani Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar
Sekolah Menengah di Dalam Kelas: Suatu Kajian Kualitatif. International Counseling
Conference and Work, 1-28.
Nor Bazlaa. (T.T.). Tingkah Laku Bermasalah. Academia: https://www.academia.edu/4
385268/tingkahlaku_bermasalah
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2016). Murid dan
Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
11
Norzaina Rasit, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Kaedah Kerja
Kumpulan untuk Mengatasi Tingkah Laku Disruptif. Researchgate: https://www
.researchgate.net/publication/311105157_KAEDAH_KERJA_KUMPULAN_UNTUK_
MENGATASI_TINGKAH_LAKU_DISRUPTIF
Ting Kung Shiung dan Woo Yeke Ling. (2005). Penggunaan ICT dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional:
Sikap Guru, Peranan ICT dan Kekangan/ Cabaran Penggunaan ICT. Seminar
Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, UTM, 1-17.
12
LAMPIRAN
13