Ruj. Kami : SKA/800-4/1/3
Tarikh : 13 JUN 2022
Kepada,
Guru Besar,
SSN SMK Seri Kota,
Jalan Air Leleh,
75050, Melaka.
Tuan,
MOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN TREK BALAPAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dengan segala hormatnya, pihak Sekolah Kebangsaan Alai ingin memohon
kebenaran menggunakan trek balapan sekolah Tuan untuk latihan olahraga mengikut
ketetapan berikut:
Hari : Setiap Ahad
Masa : 8.00-11.00 pagi
Tempat : Trek Balapan SSN SMK Seri Kota
Bilangan orang : 2 orang guru bersama 10 orang murid
3. Pihak sekolah maklum untuk tidak menghadirkan diri sekiranya trek balapan tersebut
digunakan pada hari tertentu. Berbesar hatilah sekiranya pihak Tuan dapat
memberikan kebenaran kepada pihak kami untuk menggunakan trek balapan
tersebut.
4. Sebarang pertanyaan/maklumbalas bolehlah menghubungi Setiausaha Kokurikulum
SK Alai, Puan Nurul Atiqah binti Shakor di talian 018-2907190. Kerjasama daripada pihak
Tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
Saya Yang Menjalankan Amanah,
(MOHAMAD AZMIR BIN HJ. ABU HASSAN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Alai Melaka
75460 Melaka.
____________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1