The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1- MPU3461a
Najwa Najihah binti Hairul Amil
PISMP JUN 2021/2026
Pendidikan Islam 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAI4-0622 Najwa Najihah Binti Hairul Amil, 2024-03-05 06:11:53

Buku Log Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Tugasan 1- MPU3461a
Najwa Najihah binti Hairul Amil
PISMP JUN 2021/2026
Pendidikan Islam 4

MPU3461a Buku log unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia DISEDIAKAN OLEH: NAJWA NAJIHAH BINTI HAIRUL AMIL. PELAJAR PISMP JUN 2021/PENDIDIKAN ISLAM 4


profil diri


pengenalan umum PPIM


FALSAFAH PPIM PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan Negara selaras dengan ajaran Islam.


TUJUAN&MATLAMAT PPIM Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.


Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan institusi pengajian tinggi, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti berikut:- Objektif di Peringkat Sekolah Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:- 1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang Taat kepada Allah, Raja dan Negara Berilmu Berakhlak mulia Berbakti kepada masyarakat OBJEKTIF PPIM


1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa. 1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat. 1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua. OBJEKTIF PPIM


LOGOPPIM Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama Taqwa sebagai teras Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA'' Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan: “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin


BENDERA PPIM Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. Kedudukan Bendera dalam Tatacara perjumpaan: Kiri: Bendera Negeri Tengah: Bendera Malaysia Kanan: Bendera PPIM Penggunaan bendera: a) Setiap upacara rasmi b) Tatacara perjumpaan


Puteri lembaga islam riang gembira Tetap taat kepada Allah dan Raja Berkorban untuk agama dan negara Dunia akhirat mendapat bahagia Berusaha mencari pengetahuan Berbakti membuat kebajikan Belajar mencapai kemajuan Bersemangat penuh keimanan. Puteri lembaga islam riang gembira Tetap taat kepada Allah dan Raja Berkorban untuk agama dan negara Dunia akhirat mendapat bahagia BERILMU, BERIMAN, BERAMAL CCOOGGAANN KKAATTAA LLAAGGUU PPUUTTEERRII


IIKKRRAARR PPUUTTEERRII Bahawa kami, ahli-ahli PPIM, berikrar akan: · Taat kepada Allah , Rasul, Pemerintah, Guru dan Ibu bapa · Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak · Membangunkan diri dengan sempurna · Mengukuhkan silaturahim sesama puteri · Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara


penubuhan sejarah PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.


Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.


Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.


Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.


Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005. Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.


PERLEMBAGAAN SEK PPIM SYEN 130 AKTAPENDIDIKAN 1996


1. NAMA DAN ALAMAT a) Nama Persatuan : Pergerakan Puteri Islam Malaysia b) Alamat : 2. MATLAMAT a) Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. b) Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam aktiviti badan beruniform 3. OBJEKTIF a) Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam) dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Berpesatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. b) Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.


4. KEAHLIAN a) Dibuka kepada semua murid perempuan sekolah ini. b) Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan c) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. 5. PENASIHAT a) Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa org guru sebagai penasihat. b) Pengetua perlu menyimpan atau membuat ianya disimpan sebagai rekod berpesatuan. 6. GURU PENASIHAT a) Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. b) Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. c) Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.


7. AHLI JAWATANKUASA a) Dilantik semasa Mesyuarat Agung. b) Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa. c) Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. d) Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. e) Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. f) Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-  Pengerusi  Naib Pengerus i  Setiausaha  Bendahari  Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)


8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA a) Pengerusi  Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat  Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. b) Naib Pengerusi  Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.  Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.


c) Setiausaha  Menguruskan hal-hal surat menyurat.  Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.  Mencatat kehadiran ahli  Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. d) Bendahari  Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan  Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.  Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.  Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.  Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.


e) Ahli Jawatankuasa  Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.  Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa 9. KEWANGAN a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5.00 seorang setahun. b) Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti. c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. d) Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.


10. KEHADIRAN/PENYERTAAN a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun. b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. 11. MENGENDALI MESYUARAT a) Setiap mesyurat yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh guru penasihat. 12. PEMATUHAN PENGURUSAN a) Pendaftar, guru besar atau pengetua boleh mengawal mana – mana persatuan sekolah mematuhi peraturan, tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu. 13. AKTIVITI b) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. c) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.


14. PERATURAN-PERATURAN a) Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. b) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. c) Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. 15. KESALAHAN a) Antara kesalahan yang dilarang semasa menjadi ahli kelab  Salah laku jenayah  Tingkah laku berunsur lucah  Tidak kemas  Tidak menepati masa  Kurang sopan  Melakukan kesalahan kecil 16. LARANGAN a) Pelajar dilarang menyertai aktiviti yang tidak berkaitan dan menyalahi peraturan sekolah dan hukum syarak


17. TINDAKAN DISIPLIN a) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. b) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:  Amaran lisan  Amaran bertulis c) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad. 18. PINDAAN PERLEMBAGAAN a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.


19. PEMBUBARAN PERSATUAN a) Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar. 20. PERUBAHAN a) jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada pengetua tentang peubahan dalam perlembagaan dalam peraturan atau ahli persatuan. Laporan itu hendaklah diserahkan dalam masa 14 hari dari tarikh perubahan. Pengetua berhak menerima atau menolak perubahan tersebut. 21. HAL-HAL LAIN a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. .............................. PENDAFTAR UNIT BERUNIFORM .............................. GURU PENASIHAT PPIM


Visi PPIM Misi PPIM Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut: Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith didalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui programprogram yang dijalankan. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.


bidang kurikulum PPIM


PENSIJILANJURULATIH


PENSIJILANPERINGKATSEKOLAH


SSTTRRUUKKTTUURR OORRGGAANNIISSAASSII PPEELLBBAAGGAAII PPEERRIINNGGKKAATT


Click to View FlipBook Version