The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-12-19 09:14:03

pengurusan-makmal-komputer 2019

pengurusan-makmal-komputer 2019

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

1. PENGURUSAN MAKMAL 1
Pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai aspek-aspek berikut :
Misi / Visi / Moto
Objektif
Piagam Pelanggan
Carta Organisasi Induk
Carta Organisasi Pelaksana

PERATURAN
Peraturan makmal

SISTEM FAIL
Pekeliling
Surat menyurat
Perkembangan Staff
Jadual waktu penggunaan
Fail mesyuarat
Frog VLE

INVENTORI
Buku stok/rekod bekalan pejabat
Kad inventori (kew312)
Senarai inventori
Buku laporan penyelenggaraan
Buku pinjaman alatan
Label

2. PENGGUNAAN MAKMAL (e-Rekod ICT)
Setiap aktiviti berhubung dengan penggunaan makmal direkodkan:
Rekod penggunaan makmal
Rekod penggunaan Komputer
Rekod Penggunaan Bahan
Rekod buku pelawat

3. KESELAMATAN
Aspek keselamatan dari segi pengguna dan peralatan perlu diutamakan:
Peralatan
Plan kecemasan
Langkah-langkah keselamatan

4. KECERIAAN
Bagi menambahbaikkan pengurusan makmal, aspek keceriaan turut diambil kira:
Plan Makmal
Susun atur (kreativiti)
Sudut Pembelajaran
Kebersihan

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

BAB 1 PENGURUSAN MAKMAL

1.1 Misi / Visi / Moto

VISI
Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidkan bagi tutorial, penerokaan, aplikasi dan
komunikasi

MISI
Mewujudkan budaya penggunaan ict bagi mempertingkatkan kualiti , mutu dan sistematik dalam
pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran.

MOTTO
“Mengupaya Teknologi ICT Sebagai Pemangkin Kecemerlangan”

1.2 Objektif

 Mempertingkatkan tahap pengetahuan
murid-murid terhadap ICT dan komputer.

 Memastikan murid-murid memahami
asas komputer dan cara mengendalikannya
dengan cara yang betul.

 Memastikan murid mahir perisian-perisian
asas yang dapat membantu murid dalam
pembelajaran.

 Mengaplikasikan pengetahuan
perkomputeran dalam kaedah
pembelajaran.

 Membentuk sahsiah dan disiplin diri
dalam proses membuat keputusan bijak
dalam kehidupan.

1.3 Piagam Pelanggan

 Menyediakan prasarana yang kondusif dan kemudahan yang lengkap.
 Menyediakan peralatan yang mencukupi di samping memastikannya sentiasa beroperasi

dengan baik.
 Menyediakan kemudahan yang fleksibel kepada guru dalam melaksanakan aktiviti P&P.
 Melaksanakan aktiviti yang menyumbang ke arah menjana kreativiti pelajar di dalam bidang

Teknologi Maklumat.

2

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

.4 Carta Organisasi Induk
(Gunakan carta organisasi sekolah yang menunjukkan Jawatankuasa ICT)

3

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

1.5 Carta Organisasi Pelaksana

Carta Organisasi Jawatankuasa ICT
Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2

Pengerusi
EN. MOHD ARIFFIN BIN AB RAHMAN, SAP.

( Pengetua / Guru Besar )

Naib Pengerusi
EN. SALLEH BIN SIDEK

( Penolong Kanan Kurikulum )

Setiausaha
EN. MUHAMMAD HAFIZAN BIN OTHMAN

( Penyelaras Makmal )

Penolong Setiausaha
PN. JAMATUL AKIDAH BINTI MAT ALI

( Penolong Penyelaras Makmal )

J/Kuasa J/Kuasa J/Kuasa J/Kuasa
Perkembangan Pengajaran dan Pengurusan dan Tugas-Tugas

Staf Pembelajaran Penyenggaraan Khas

J/Kuasa Pengurusan J/Kuasa Pengurusan J/Kuasa Pengurusan
dan Penyenggaraan dan Penyenggaraan dan Penyenggaraan

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA ICT SEKOLAH

1. PENGERUSI ( PENGETUA / GURU BESAR )

1.1Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah
1.2Mengemukan keperluan sekolah kepada Pejabat Pelajaran Daerah/ Jabatan Pelajaran Negeri/

Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan
kewangan, guru dan pembangunan & perbekalan.
1.3Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan ICT sekolah.
1.4Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah.
1.5Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai
matlamatnya.
1.6Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT untuk memastikan segala
urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar.
1.7Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan keomputer oleh semua pihak.
1.8Mengkaji semula secara berkala tahap-tahap akses bagi kakitangan bawahan dan pelajar.
1.9Memastikan keselamatan kawasan sekolah.

2. NAIB PENGERUSI ( PENOLONG KANAN 1/KURIKULUM/PENTADBIRAN )

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas.

3. SETIAUSAHA ( PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER )

3.1Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa ICT Sekolah.
3.2Menguruskan latihan dan kursus dalaman.
3.3Menguruskan kewangan Jawatankuasa ICT sekolah
3.4Memantau pembangunan web / portal sekolah
3.5Menyelaras pelaksanaan segala perancangan ICT sekolah
3.6Menjadi pegawai perhubungan ICT sekolah
3.7Menyediakan jadual penggunaan makmal
3.8Jadual pengajaran dan pembelajaran.
3.9Jadual kelab.
3.10Jadual guru bertugas.
3.11Menyediakan dan mengumpulkan laporan aktiviti ICT sekolah.
3.12Mengendalikan hal-hal pentadbiran Jawatankuasa ICT Sekolah.

4. PENOLONG SETIAUSAHA ( PEN. PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER)

Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas.

5. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAF

5.1Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf.
5.2Mengikut perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut.
5.3Menguruskan pengkalan data sumber manusia dalam ICT.
5.4Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT akan mengurus dan

mengendalikan kursus dalaman di sekolah.
5.5Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti.

4

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

6. JAWATANKUASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6.1Menggerakkan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui
penggunaan ICT.

6.2Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru.
6.3Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
6.4Menambah koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
6.5Menilia kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.
6.6Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan

menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara MS PowerPoint.
6.7Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
6.8Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan.

7. JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN

Jawatankuasa ini terdiri daripada tiga Jawatankuasa Kecil, iaitu :

7.1Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi
7.1.1 Menguruskan stok, iventori dan harta modal.
7.1.2 Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeling, manual dan lesen perisian
7.1.3 Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber
seperti perisian kursus.
7.1.4 Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber
seperti perisisan kursus.
7.1.5 Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer.
7.1.6 Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan.

7.2Jawatankuasa Keceriaan
7.2.1 Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal
7.2.2 Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal
7.2.3 Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk meningkatkan keceriaan
makmal komputer.
7.2.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

7.3Jawatankuasa Penyenggaraan dan Keselamatan

7.3.1 Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan perisisan serta

mempamerkannya di tempat yang strategik.

7.3.2 Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal emahami

dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal.

7.3.3 Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala dan

memantau pelaksanaannya. ( Contohnya penyenggaraan : Servis penghawa dingin,

mengemaskini cakera keras, mencuci pemacu dan mengimbas cakera keras)

7.3.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

8. JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS PROGRAM ICT

8.1Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas yang melibatkan
seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar.

8.2Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan program ICT sekolah.
8.3Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa.
8.4Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

5

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

1.6 Peraturan makmal

Peraturan Makmal Komputer

1.6.1 Peraturan makmal diwujudkan untuk:
1.6.1.1 Memaksimumkan penggunaan

1.6.1.2 Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan

1.6.1.3 Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran

1.6.1.4 Panduan untuk penggunaan ramai.

1.6.2 Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal
komputer:

 Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.


 Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali
dengan keizinan Penyelaras ICT.


 Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.


 Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal
kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.


 Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.


 Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.


 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.


 Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau
mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.


 Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian
komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan
segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.


 Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang
bertugas.


 Tidak dibenarkan membawa liquid paper.


 Dilarang membuat bising di dalam makmal.


 Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur
lucah, menghina atau menfitnah pihak tetrtentu.


 Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.


 Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.

6

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

 Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan
dalam cakera keras.


 Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.


 Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal
komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.


 Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.


 Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

1.7 Sistem Fail

1.7.1 Pekeliling
1.7.1.1 Pekeliling yang berkaitan dengan program ICT Kementerian Pelajaran
Malaysia ( lihat folder Pekeliling )

1.7.2 Surat menyurat
1.7.2.1 Surat-surat yang berkaitan dengan ICT sekolah dari pihak kementerian,

jabatan, pejabat pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta.
1.7.2.2 Surat dari sekolah hal-hal berkaitan ICT

1.7.3 Perkembangan Staff
1.7.3.1 Laporan perkembangan staff/’in-house training’ yang diadakan.
1.7.3.2 Senarai kehadiran perkembangan staff/’in-house training’

1.7.4 Jadual waktu penggunaan
1.7.4.1 Jadual waktu penggunaan makmal komputer untuk tahun semasa.

1.7.5 Fail mesyuarat
1.7.5.1 Minit mesyuarat yang dijalankan atau yang dihadiri.
1.7.5.2 Minit curai mesyuarat

1.8 INVENTORI
1.8.1 Buku stok/rekod bekalan pejabat
1.8.1.1 Buku stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat sekolah

1.8.2 Kad inventori (kew312)
1.8.2.1 Semua peralatan yang berada dalam makmal komputer telah didaftarkan

dalam kad inventori
1.8.2.2 Semua kad inventori yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dimasukkan

di dalam fail tegak

1.8.3 Senarai inventori
1.8.3.1 Senaraikan semua peralatan yang telah didaftarkan dan dicetak serta
dipamerkan dalam fail inventori

1.8.4 Buku laporan penyelenggaraan

1.8.4.1 Sediakan satu buku penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan
catatkan sekiranya ada penyelenggaran dijalankan

(Pihak Syarikat Warisan Nusa juga ada membekalkan buku
penyelenggaraan peralatan ICT – sila pastikan buku tersebut berada dalam
makmal komputer sepanjang masa dan senang diakses.)

7

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

1.8.5 Buku pinjaman alatan
1.8.5.1 Sila sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan
peralatan ICT di luar makmal komputer

1.8.6 Label
1.8.6.1 Labelkan semua peralatan ICT dalam makmal komputer mengikut daftar
inventori yang telah dibuat

BAB 2 PENGGUNAAN MAKMAL

2.1 Rekod penggunaan makmal
2.1.1 Sila pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru dan murid/pelajar
sepanjang masa

2.2 Rekod penggunaan Komputer
2.2.1 Semua komputer diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna dimestikan
mengisi rekod

2.3 Rekod Penggunaan Bahan
2.3.1 Sediakan juga rekod penggunaan bahan yang berada dalam makmal

2.4 Rekod buku pelawat
2.4.1 Setiap pelawat yang mengunjungi makmal diminta mengisi buku pelawat

BAB 3 KESELAMATAN

3.1 Peralatan
3.1.1 Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa
kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT
3.1.2 Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility untuk
mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan
aplikasi yang dipasang.
3.1.3 Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya
operasi tidak terganggu.
3.1.4 Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan
pemeluwapan tidak berlaku
3.1.5 Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan
Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian
3.1.6 Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakan terlampau
panas.

3.2 Plan kecemasan
3.2.1 Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal Komputer.

8

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

3.3 Langkah-langkah keselamatan

KESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM
3.3.1 Kunci :

3.3.1.1 Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas
3.3.1.2 Kunci disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras ICT sahaja.
3.3.1.3 Buku log untuk rekodkan pengguna kunci.
3.3.2 Akses Pelawat :
3.3.2.1 Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik berkenaan,

khasnya bilik Pelayan.
3.3.2.2 Penyelaras ICT mesti menemani pelawat mengunjungi bilik bawah kawalan

beliau.
3.3.3 Elektrik :

3.3.3.1 Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bagunan perlindungan pengalir kilat.
3.3.3.2 Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power

Supply
3.3.3.3 Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.
3.3.4 Label
3.3.4.1 Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel.
3.3.5 Pencegahan Kebakaran
3.3.5.1 Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu

mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2.
3.3.5.2 Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam

keadaan baik.

3.3.6 Makanan
3.3.6.1 Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam Bilik Pelayan.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM)
3.3.7 Bilik

Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci
3.3.8 Kunci

Buku log untuk rekodkan pengguna kunci

3.3.9 Akses Pelawat
3.3.9.1 Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik Pelayan.

3.3.9.2 Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses. Contoh
maklumat yang dicatat termasuk tarikh, masa, nama, nombor Kad Pengenalan,

9

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar serta masukan

ruangan catatan jika perlu.

3.3.9.3 Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik Pelayan

setiap masa.

3.3.10 Elektrik

3.3.10.1 Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power

Supply.

3.3.10.2 Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa

dingin.

3.3.11 Alat Penghawa Dingin

3.3.11.1 Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua

(2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir selama 24

jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan

dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown

apabila tidak diguna.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL
KOMPUTER 3.3.12 Akses

Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal Komputer.
Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan direkodkan dalam buku log
termasuk penggunaan peralatan dan internet.
3.3.13 Elektrik
Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan
makmal
3.3.14 Alat Penghawa Dingin
Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.

BAB 4 KECERIAAN

4.1 Plan Makmal
4.1.1 Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di Makmal Komputer
4.1.2 Gambarajah infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal Komputer) perlu
didokumenkan dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah
mengikut pelan lokasi yang dipamerkan. Sebarang perubahan tidak dibenarkan kecuali
dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah.

4.2 Susun atur (kreativiti)
4.2.1 Susun atur perkakas dalam makmal komputer hendaklah mengikut kreativiti sendiri
dan tidak menghalang peralatan yang penting dalam makmal tersebut.

10

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

4.2.2 Dilarang mengubah tempat dan kedudukan komputer sepertimana yang telah
ditetapkan dalam pelan asal makmal komputer.

4.3 Sudut Pembelajaran

4.3.1 Terpulang kepada penyelaras untuk menyediakan Sudut Pembelajaran mengikut
subjek tertentu atau seperti yang diarahkan dalam subjek ICTL (sekolah rendah
sahaja)

4.4 Kebersihan
4.4.1 Kebersihan dalam makmal perlu diutamakan terutama peralatan-peralatan komputer.
4.4.2 Boleh melantik murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk menguruskan kebersihan
dalam makmal komputer.

BAB 5 PERANCANGAN ICT SEKOLAH

Teknologi hanya merupakan pengupaya untuk memudahkan kerja manusia. Tanpa manusia yang
menggerakkannya, segala – galanya akan menjadi sia – sia sahaja. Begitu juga untuk Teknologi

Maklumat dan Komunkasi (ICT).

Visi, Misi, matlamat ICT sekolah yang jelas akan membantu sekolah menumpukan usaha dan melihat
cahaya di hujung terowong, dalam apa –apa juga urusan yang dirancang. Perancangan yang dinamik

dan fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) yang disediakan atau diperoleh dari pelbagai sumber.

Bab ini bertujuan membantu sekolah menyediakan Perancangan Jangka Panjang ( tiga tahun ).
Perancangan jangka pendek merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat
ICT sekolah langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di sekolah.

Untuk mendapat sokongan semasa pelaksanaan, perancangan hendaklah dibuat sebagai usaha
bersama anggota sekolah dari semua lapisan.

Setiap perancangan perlu direviu selepas jangka pelaksanaan yang tertentu. Ini biasanya dilakukan di
pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan yang berkenaan. Reviu ini bertujuan untuk mengkaji
keberkesanan perancangan , mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan atau diubahsuai bagi
merangka pelan tindakan yang seterusnya.

Pihak sekolah harus mengambil kira kekangan dalam persekitaran, infrastruktur teknologi, kepakaran
ICT dan lain – lain perkara yang berkaitan, semasa merangka Perancangan ICT Sekolah. Contoh

Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah dan Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah disertakan

sebagai panduan.

5.1 PERANCANGAN JANGKA PANJANG
Kandungan Perancangan Jangka Panjang (3 tahun)

5.1.1. VISI
a. Memperluaskan dan mempertingkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan.
b. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang efektif dan selaras

dengan pembangunan ICT semasa.
c. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT

serta dapat menggunakan teknologi untuk manfaat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

5.1.2. MISI

a. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam
setiap aspek, pengalaman, pembelajaran.

b. Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum
untuk menghadapi cabaran masa depan.

11

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

c. Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan.
d. Menyediakan sistem pengurusan pendidikan bersepadu.

5.1.3 MATLAMAT

Mewujudkan satu persekitaran teknologi maklumat dan ICT bagi meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
selaras dengan Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.1.4. OBJEKTIF
a. Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastuktur ICT di sekolah.
b. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.
c. Menjadikan sekolah sebagai learning organisation.
d. Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap.
e. Mewujudkan satu sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk

menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.

5.1.5. KUMPULAN SASARAN
a. Kakitangan Sekolah
b. Pelajar.
c. Komuniti

5.1.6 STRATEGI PELAKSANAAN

a. Menubuhkan Jawatankuasa ICT Sekolah untuk menggubal dasar ICT serta merancang
dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah. Carta Organisasi Jawatankuasa ICT
Sekolah adalah seperti para 1.5.

b. Jawatankuasa kerja berikut perlu ditubuhkan pada awal musim persekolahan untuk
melaksanakan aktiviti ICT yang dirancang. Ketua Jawatankuasa adalah seperti berikut
:

Jawatankuasa Ketua
a. Perkembangan Staf Muhammad Hafizan bin Othman
b. Pengajaran dan Pembelajaran
c. Pengurusan dan Penyenggaraan Normi Aiha binti Abd Rashid
d. Tugas – tugas Khas Muhammad Hafizan bin Othman
e. Pengurusan Stok dan Dokumentasi
f. Penyenggaraan dan Keselamatan Wan Mor Faiza binti Saiful
g. Keceriaan Muhammad Hafizan bin Othman
Muhammad Hafizan bin Othman

Jamatul Akidah binti Mat Ali

c. Ketua Jawatankuasa akan mengenal pasti ahli jawatankuasanya sendiri.

5.1.7 PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH

5.1.7.1 Jadual Pelan Tindakan dari tahun 2018 hingga tahun 2020 adalah seperti di
Jadual 1.

5.1.8 PERATURAN DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI IT SEKOLAH

5.1.8.1 Aktiviti yang dijalankan hendaklah mematuhi peraturan, panduan dan etika
berikut :

a) Panduan Keselamatan di sekolah,
b) Panduan Penggunaan Peralatan Infrastruktur Teknologi,
c) Etika Penggunaan Internet dan
d) Peraturan Penggunaan Makmal Komputer.

12

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

5.1.9 PENILAIAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH

5.1.9.1 Perancangan Jangka Panjang ICT akan direviu pada tahun 2020.
5.1.9.2 Tujuan penilaian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan

perancangan yang telah dirangka.

Contoh penilaian yang dibuat oleh ICT adalah seperti Jadual 2.

5.2 PERANCANGAN JANGKA PENDEK (Satu Tahun)
Sekolah perlu membentuk perancangan jangka pendek yang melibatkan
aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun selaras dengan objektif
setahun ICT sekolah.

5.2.1. CARTA GANTT AKTIVITI TAHUNAN

Carta Gantt (rujuk Jadual 3 : Perancangan aktiviti tahunan), untuk perancangan
aktiviti setahun (berpandukan Pelan Tindakan Perancangan Peningkatan ICT
Jangka Panjang Sekolah).

Contoh : Latihan - perlu dinyatakan pengisian latihan seperti
Pembinaan Bahan P&P menggunakan PowerPoint

5.2.2 KEWANGAN

Jawatankuasa Kerja sekolah perlu membuat kertas kerja bagi setiap aktiviti yang
dirancang pada tahun berkenaan. Kertas kerja ini juga perlu dimasukkan
belanjawan dan sumber kewangan

Kandungan Kertas Kerja Aktiviti/Projek/Program
1. Tajuk
2. Jangka masa projek
3. Rasional/Matlamat
4. Objektif
5. Kumpulan sasar
6. Kos/justifikasi kos dan sumber kewangan
7. Jawatankuasa kerja
8. Strategi pelaksanaan
9. Penilaian
*Laporan perlu dibuat selepas aktiviti dijalankan.

5.2.3 JADUAL PENGGUNAAN
Jjadual penggunaan makmal yang membenarkan penggunaan optimum.

5.2.4 PENILAIAN
Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

5.2.5 LAPORAN
Laporan perlu dibuat selepas penilaian perancangan jangka pendek.

13

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Jadual 1

PELAN TINDAKAN PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG

2018 Sasaran Kos 2019 Sasaran Kos 2020 Sasaran Kos
RM 350 Literasi Pelajar 100% menguasai kemahiran ICT RM 450
Literasi Pelajar 50% menguasai kemahiran ICT RM 350 Literasi Pelajar 70% menguasai kemahiran ICT RM 650 Literasi Guru asas RM 750
asas asas RM 200 Literasi Staf Sokongan 60% kemahiran intermediate RM 350
30%kemahiran interemediate RM 200
RM 550 90% menguasai kemahiran ICT
Literasi Guru 50% menguasai kemahiran ICT RM 550 Literasi Guru 70% menguasai kemahiran ICT RM 1000 asas
asas asas RM 790 30% kemahiran intermediate
10%kemahiran interemediate
70% menguasai kemahiran ICT
Peningkatan Literasi Staf Sokongan 30% menguasai kemahiran ICT RM 200 Literasi Staf Sokongan 60% menguasai kemahiran ICT asas
Kemahiran ICT asas asas 30% kemahiran intermediate
10%kemahiran interemediate

Kursus Literasi ICT bagi 1 kursus, 20 peserta RM 200 Kursus Literasi ICT bagi 1 kursus, 20 peserta Kursus Literasi ICT bagi 2 kursus, 20 peserta RM 400
Komuniti RM 550 Komuniti Komuniti RM 650
RM 1000 40% menggunakan ICT dalam Latihan Guru 60% menggunakan ICT dalam RM 1200
Latihan Guru 20% menggunakan ICT dalam RM 640 Latihan Guru P&P P&P RM 790
P&P Bahan Sumber Geografi Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P
Latihan Penghasilan laman Peningkatan 30% dalam Bahan Sumber Bahasa Peningkatan 30% dalam Bengkel Penghasilan 3 bengkel
menggunakan VLE mengikut perolehan P&P Inggeris perolehan bahan P&P Bahan Sumber
Panitia
Bengkel Penghasilan 3 bengkel
Peningkatan ICT Bengkel Penghasilan Bahan Sumber
dalam Pengajaran 2 bengkel
dan Pembelajaran
Bahan Sumber (Online apps)

Bengkel Penggunaan Frog 2 Bengkel FrogPlay TIADA KOS Bengkel Penggunaan Frog 2 Bengkel FrogPlay TIADA KOS 2 Bengkel FrogPlay
VLE (Kuiz/Latihan FrogPlay) - Pelajar dan Guru VLE (Kuiz/Latihan FrogPlay) - Pelajar dan Guru - Pelajar dan Guru

Bengkel Penggunaan Frog TIADA KOS
VLE (Kuiz/Latihan FrogPlay) RM 500
RM 1200
Latihan Staf Sokongan 40% staf dilatih menggunakan RM 460 Latihan Staf Sokongan 80% staf dilatih menggunakan RM 460 Latihan Staf Sokongan 100% staf dilatih menggunakan
dalam Aplikasi Pengurusan aplikasi pengurusan RM 2000 dalam Aplikasi Pengurusan aplikasi pengurusan RM 2000 dalam Aplikasi Pengurusan aplikasi pengurusan

Peningkatan Penyenggelaraan Komputer 2 kali setahun begi semua Penyenggelaraan Komputer 2 kali setahun bagi semua Penyenggelaraan Komputer 1 kali setahun bagi semua
Penggunaan ICT computer komputer komputer
dalam Pengurusan

Peningkatan Pembelian Peralatan 10 Tetikus Sumbanan Pembelian Peralatan 2 Router/Switch RM 10000 Pembelian Peralatan 1 projektor LCD RM 12000
Infrastruktur ICT Komputer Komputer 10 Netbook Komputer 10 Netbook

14

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Jadual 2

PENILAIAN PELAN TINDAKAN PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG

2018 Sasaran 2019 Sasaran 2020 Sasaran Penilaian
Literasi Pelajar 500% menguasai 95% menguasai kemahiran asas, 90% intermediate, 30%
kemahiran ICT asas Literasi Pelajar 70% kemahiran Literasi Pelajar 100% kemahiran kemahiran tinggi kerana:
Literasi Guru 60% kemahiran 1. Lima peratus pelajar tidak menghadiri kelas komputer.
intermediate intermediate intermediate 2. Dua peratus pelajar buta huruf tidak dapat mengikuti
Literasi Staf
Sokongan 70% menguasai 30% kemahiran tinggi 50% kemahiran tinggi kelas.
kemahiran ICT asas 3. Dua peratus pelajar fobia komputer dan tidak
Kursus Literasi 30% kemahiran Literasi Guru 100% menguasai Literasi Guru 70% kemahiran
ICT bagi intermediate kemahiran ICT asas intermediate menyentuh komputer.
Peningkatan Komuniti 60% kemahiran 30% kemahiran tinggi
Kemahiran ICT Latihan Guru 70% menguasai intermediate 95% menguasai kemahiran asas, 60% intermediate, 20%
kemahiran ICT asas kemahiran tinggi kerana:
Peningkatan ICT Bahan Sumber 30% kemahiran Literasi Staf 100% menguasai Literasi Staf 70% kemahiran 1. Lima peratus guru yang baru dipindah masuk ke
dalam Pengajaran Matematik intermediate Sokongan kemahiran ICT asas Sokongan intermediate
dan Pembelajaran Tambahan 60% kemahiran 30% kemahiran tinggi sekolah tanpa kemahiran ICT
Bahan Sumber 2 kursus x 20 peserta Kursus Literasi ICT intermediate 2. Dua peratus guru kemahiran IT tinggi pindah ke
Peningkatan Bahasa Melayu bagi Komuniti Kursus Literasi ICT 3 kursus x 20 peserta
Penggunaan ICT Bengkel 3 kursus x 20 peserta bagi Komuniti sekolah lain.
dalam Pengurusan Penghasilan
Bahan Sumber 100% menguasai kemahiran intermediate dan 50%
Peningkatan kemahiran tinggi kerana:
Penggunaan ICT Latihan Staf 1. Pemindahan masuk staf yang mahir IT
dalam Pengurusan Sokongan dalam 2. Latihan tambahan di jalankan bagi staf oleh Jabatan
Aplikasi
Pengurusan Pendidikan Negeri
Penyelenggaraan
komputer Seramai 300 ahli komuniti telah dilatih dalam ICT (melebihi
Pembelian sasaran yang ditetapkan)
Peralatan
Komputer 40% menggunakan ICT Latihan Guru 80% menggunakan ICT Latihan Guru 100% menggunakan 75% menggunakan ICT dalam P&P kerana:
dalam P&P dalam P&P ICT dalam P&P 1. Lima peratus guru yang baru dipindah masuk ke

Peningkatan 30% dalam Bahan Sumber Sains Peningkatan 30% dalam Bahan Sumber Peningkatan 30% dalam sekolah tanpa kemahiran ICT
Matematik perolehan bahan P&P 2. Sepuluh peratus guru kemahiran IT tinggi pindah ke
perolehan bahan P&P Tulen perolehan bahan P&P
sekolah lain
3. Belum ada bahan perisian bagi matapelajaran tertentu.

Koleksi bahan P&P sekolah telah bertambah sebanyak 150%
(mengikut sasaran yang ditetapkan)

Peningkatan 30% dalam Bahan Sumber Peningkatan 30% dalam Bahan Sumber Peningkatan 30% dalam 15 bengkel pembinaan bahan telah dijalankan (melebihi
perolehan bahan P&P Bahasa Inggeris perolehan bahan P&P Bahasa Melayu perolehan bahan P&P sasaran) kerana:
3 Bengkel 2 Bengkel Bengkel Penghasilan 2 Bengkel 1. Keperluan bahan bagi P&P oleh guru
Bengkel Penghasilan Bahan Sumber 2. Keperluan mendedahkan guru yang baru dipindah
Bahan Sumber 60% staf dilatih
Latihan Staf menggunakan aplikasi kepada proses pembinaan bahan
80% staf dilatih Latihan Staf 40% staf dilatih Sokongan dalam pengurusan Kajian tindakan bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Aplikasi Pengurusan Matematik dan Sains telah dijalankan dan hasil kajian
menggunakan aplikasi Sokongan dalam menggunakan aplikasi digunakan untuk memperbaiki mutu P&P.
pengurusan Aplikasi Pengurusan pengurusan Semua staf sokongan telah dilatih dan menerima latihan

semula dalam aplikasi pengurusan

2 kali setahun bagi Penyelenggaraan 1 kali setahun bagi semua Penyelenggaraan 1 kali setahun bagi Penyelenggaraan telah dibuat seperti yang dirancangkan.
semua komputer komputer komputer komputer semua komputer
Pembelian Peralatan 5 buah komputer Pembelian Peralatan Perolehan telah dibuat seperti yang dirancangkan.
5 buah komputer Komputer 1 pelayan Komputer 5 buah komputer
1 pengimbas 1 projektor LCD Rangkaian komputer telah dibuat bagi 40 buah komputer
1 pencetak laser Merangkaikan 20 Komputer 1 perakam video digital (melebihi sasaran) kerana:
komputer sekolah
(WAN) 1.Guru IT sekolah telah merangkaikan 20 komputer
dengan menggunakan kepakaran sendiri

15

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Jadual 3

CARTA GANTT PELAKSANAAN AKTIVITI 2019

Bil Aktiviti Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
1. Literasi Pelajar (ICTL)
2. Literasi Guru (Asas Microsoft Office & Penyelenggaraan)
3. Literasi Staf Sokongan (Asas Microsoft Office & Penyelenggaraan)
4. Literasi Komuniti (Dashboard Ibubapa Frog VLE & Penyelenggaraan)
5. Latihan ICT Guru (Adobe Photoshop & Penghasilan Video)
6. Latihan penghasilan Laman PdPc melalui Frog VLE
7. Bengkel penghasilan Bahan Sumber (Online apps)(Kahoot!, Quizzez, dll)
8. Penggunaan FrogPlay Power UP!
9. Latihan Staf Sokongan dalam aplikasi pengurusan
10. Penyelenggaraan peralatan ICT
11. Pembelian barangan komputer

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

PERANCANGAN ICT TAHUN 2019

1. MATLAMAT
Membangunkan infrastruktur ICT sekolah.
Melahirkan pentadbir, guru, staf sokongan dan pelajar yang celik ICT .
Memaksimumkan penggunaan ICT dalam menjalankan tugas harian.

2. OBJEKTIF
Membangunkan infrastruktur dengan menambah dua buah komputer yang lengkap dengan perisiannya.
Melahirkan 40 % guru ( 10 orang ) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran .
Melahirkan staf sokongan ( 3 orang ) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pentadbiran dan
pengurusan sekolah.
Melahirkan 70% pelajar yang celik ICT .

3. PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH
Menghantar 3 orang guru untuk menyertai Kursus ICT Jabatan Pendidikan Negeri.
Menghantar 2 orang guru untuk menyertai kursus lanjutan aplikasi ICT di Syarikat XYZ. Yuran penyertaan
dibayar.
Menggalakkan guru mengikuti Kursus KSPK ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di institusi
perguruan.
Latihan untuk staf sokongan (semua ) oleh guru terlatih.
Menjalankan kelas asas ICT kepada guru yang buta ICT .

4. CARTA GANTT
Carta Gantt pula bagi menggambarkan Perancangan Jangka Pendek ICT sekolah bagi tahun 2019. Ia
disediakan berdasarkan kepada pelan tindakan. Carta Gantt Tahun 2019 bagi sekolah adalah seperti
berikut di Jadual 3.

5. KERTAS KERJA
Kertas kerja perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dirancang. Tujuan kertas kerja ini adalah sebagai
satu gambaran keseluruhan aktiviti tersebut dan kan digunakan untuk mendapat kelulusan bagi
pelaksanaan dan peruntukan kewangan yang berkaitan.
Contoh Kertas Kerja: Latihan Guru Dalam Meningkatan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran adalah disertakan bersama perancangan ini. (Sila rujuk Lampiran 1-1)

6. JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL
Jadual Penggunaan Makmal Komputer Sekolah dirangka bagi membenarkan penggunaan optimun makmal
bagi semua kelas. Dalam hal ini, jadual anjal berulang setiap 4 minggu dicadang penggunaannya.

7. SEMAKAN SEMULA (REVIU)
Semakan status pelaksanaan Pelan dicadangkan pada 1 April dan 1 Jun tahun semasa.
Semakan status pencapaian Pelan dicadangkan pada 1 November tahun semasa

18

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Lampiran 1-1

CONTOH KERTAS KERJA
LATIHAN GURU BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT

DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

JANGKA MASA :

BAHAGIAN 1 : 28 – 29 Mei 2008
BAHAGIAN 2 : 20 Ogos 2008
BAHAGIAN 3 : 26 Disember 2008

RASIONAL :
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan
pembelajaran pemikiran kritis dan kreatif, sejak tahun 1996. Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam
menggalakkan proses pengajaran-pembelajaran terarah akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri.

Bagi mencapai matlamat ICT SMK Maran 2 perlu diadakan latihan yang mencukupi dalam menggunakan konsep
sekolah bestari bagi guru-guru SMK Maran 2. Pada Masa ini, SMK Maran 2 mempunyai guru yang mahir dalam IT
tetapi tidak ada seorang guru yang telah diberi latihan dalam menggunakan ICT dalam pengajaran-pembelajaran.
Tambahan pula, tidak ada seorang guru di sekolah ini yang mengetahui secara mendalam mengenai konsep
Sekolah Bestari. Dengan ini, latihan dalam penggunaan konsep Sekolah Bestari adalah perlu agar sekolah SMK
Maran 2 tidak tertinggal dalam perkembangan pendidikan masa kini.

MATLAMAT :
Menghasilkan tenaga pengajar SMK Maran 2 yang mahir dalam konsep Sekolah Bestari dari segi pengajaran
dan pembelajaran, dan boleh mengaplikasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran yang dijalankan di dalam
kelas.

OBJEKTIF :
Mengadakan taklimat konsep Sekolah Bestari bagi semua guru dan staf sokongan. Mengadakan latihan
dalam aspek-aspek tersebut:
  Kemahiran generik dan Kemahiran menggunakan bahan online dalam PdPc.
  Penggunaan aplikasi Microsoft Excel bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran efektif

 Penggunaan bahan internet yang telah dimuat turun dalam pengajaran dan pembelajaran.

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

TARIKH / ASPEK / KUMPULAN SASARAN

Bahagian Tarikh Aspek Kumpulan Sasaran Bilangan
1 28-29 Mei Konsep Sekolah Bestari Semua Guru 34 orang
2007 Kemahiran Generik dalam
2 Pengajaran dan Semua Guru 5 orang
3 20 Ogos Pembelajaran Semua Guru 20 orang
2007 Aplikasi Microsoft Excel
dalam pengajaran dan
26 Dis pembelajaran efektif
2007
Bahan Internet dalam
Pengajaran dan
Pembelajaran

KOS / JUSTIFIKASI KOS / SUMBER KEWANGAN

Bahagian Tarikh Aspek Kos Bilangan
OS 29000: RM 50 orang
1 28-29 Mei Konsep Sekolah Bestari 350
5 orang
2008 Kemahiran Generik dalam OS 29000: RM 20 orang
50
pengajaran dan
OS 29000: RM
pembelajaran 150

2 20 Ogos Aplikasi Microsoft Excel

2008 dalam pengajaran dan

pembelajaran efektif

3 26 Dis Bahan Internet dalam

2008 pengajaran dan

pembelajaran

JADUAL AKTIVITI / STRATEGI PELAKSANAAN

Pegawai, pensyarah, Jurulatih Utama ICT Daerah dan guru sumber mata pelajaran sekolah bestari akan

dijemput ke sekolah untuk memberi latihan. Nama penceramah yang dicadangkan boleh diperolehi

daripada Pusat Kegiatan Guru dan Pejabat Pelajaran Daerah yang terhampir.

BAHAGIAN 1: 28-29 Mei 2008

Tarikh Masa Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan

Sasaran

28 Mei 8.00 pagi – - Konsep Sekolah Bestari Taklimat oleh Semua guru

2008 12.00 tgh - Komponen Pengajaran dan Penyelia Pusat

Pembelajaran Bestari Kegiatan Guru

2.00 – 4.00 Strategi Pembelajaran Bengkel dan latihan

20

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

ptg oleh Guru Sumber
SK Seksyen 7
29 Mei 8.00 pagi – Kemahiran Generik dalam Taklimat, Bengkel Semua guru
2008 4.00 ptg Pengajaran dan dan Latihan oleh
Pembelajaran Pensyarah Maktab
Perguruan

BAHAGIAN 2: 20 Ogos 2008

Tarikh Masa Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan
Sasaran
8.00 – Pengenlan kepad aplikasi Taklimat oleh Guru
10.00 pagi Microsoft Excel Sumber Matematik 5 guru
SK Seksyen 7 Matematik
20 Ogos 10.30-1.00 Penggunaan aplikasi Taklimat oleh Guru
2007 ptg Microsoft Excel dalam Sumber Matematik
pengajaran dan SK Seksyen 7
2.00-5.00 pembelajaran efektif
ptg Penggunaan Excel dalam Bengkel dan latihan
pengajaran dan oleh Guru Sumber
pembelajaran Matematik SK
Seksyen 7

BAHAGIAN 3: 26 Disember 2008

Tarikh Masa Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan
Sasaran
8.00 – Pengenalan kepada Internet Taklimat oleh Guru
10.00 pagi sebagai Sumber Maklumat, Penyelaras Bestari 20 guru
Kaedah Muat Turun Laman SK Seksyen 7 Bahasa
10.30 – Web untuk penggunaan kelas Melayu,
1.00 tgh Bahan Sumber Mata Taklimat oleh Guru Bahasa
Pelajaran daripada Internet Penyelaras Bestari
SK Seksyen 7
26 Dis 2.00 – 5.00 Bahan Internet dalam Sesi Kumpulan
2007 ptg Pengajaran dan (mengikut mata

21

|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Pembelajaran Mata Pelajaran pelajaran) dan Inggeris dan
Bengkel dengan Sains
Guru Sumber Bahasa
Melayu, Bahasa
Inggeris dan Sains
SK Seksyen 7
sebagai pemudah
cara

PENILAIAN:

Penilaian akan dibuat selepas setiap tamat bahagian dari segi :

  Pencapaian objektif latihan
  Kesesuaian program
  Kesesuaian isi kandungan
  Kesesuaian bahan

 Keberkesanan Penceramah / Pemudahcara

22

|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

GARIS PANDUAN MENJALANKAN KURSUS ICT DI SEKOLAH
Setiap guru yang telah menduduki Kursus ICT sewajarnya melaksanakan latihan dalaman atau “in-house”
untuk rakan guru yang lain. Tindakkan ini perlu dilakukan supaya ilmu kemahiran baru yang diperoleh itu
dimanfaatkan sepenuhnya.
Berikut adalah cadangan langkah-langkah menjalankan kursus latihan dalaman.

Kenal pasti kursus

Buat justifikasi keperluan menjalankan kursus

Tubuh jawatankuasa / urus setia kursus

Kenal pasti kumpulan sasaran

Kenal pasti tenaga pengajar dan pusat latihan

Sedia keperluan kursus

Sediakan kertas kerja

Buat permohonan untuk mengadakan kursus serta peruntukan kewangan

Sediakan dokumen

Jalankan kursus

23

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

JENIS KURSUS
KENAL PASTI JENIS KURSUS

 Mengenal pasti jenis-jenis kursus yang diperlukan berdasarkan keperluan guru atau sekolah.


 Pihak sekolah hendaklah merujuk kepada pihak PPD tau JPN untuk memastikan tidak ada
pertindihan kursus yang dijalankan.

JUSTIFIKASI KURSUS

 Pihak sekolah hendaklah menentukan keperluan menjalan kursus dengan jelas supaya kursus
yang dijalankan benar-benar memberi manfaat kepada pelajar , guru dan sekolah.

JAWATANKUASA KURSUS

 Melantik jawatankuasa atau urus setia kursus
KUMPULAN SASARAN

 Mengenal pasti kumpulan sasaran berdasarkan aras, kemahiran,
dan Keperluan atau kepentingan mengikuti kursus.

PUSAT LATIHAN DAN TENAGA PENGAJAR

 Mengenal pasti pusat latihan - maktab, swasta, agensi kerajaan, dan lain-lain.
 Mengenal pasti khidmat kepakaran ( Jurulatih ICT Daerah/Negeri, kakitangan sumber

negeri, pensyarah maktab, dll.)

KEPERLUAN KURSUS

  Menyediakan peralatan termasuk bahan rujukan/ sumber rujukan kursus.
 Menyediakan kemudahan makan, minum, dan penginapan.

MENYEDIAKAN KERTAS KERJA

 Menyediakan kertas kerja untuk pertimbangan dan kelulusan pihak atasan

24

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

PERMOHONAN DAN PERUNTUKAN KEWANGAN

  Mengenal pasti dan membuat kiraan kos melaksanakan kursus
  Mengenal pasti sumber kewangan yang boleh digunakan

 Mengajukan permohonan bagi memperolehi peruntukan kepada pihak berkenaan

MENYEDIAKAN DOKUMEN

  Memaklumkan kepada pihak PPD, JPN mengenai kursus yang hendak dijalankan
 Mengedarkan surat panggilan, jadual kursus dan bahan rujukan kepada peserta.

25

|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis kursus yang boleh atau sesuai dijalankan disekolah berdasar
keperluan dan pihak-pihak yang boleh dirujuk bagi mendapatkan khidmat nasihat ataupun contoh modul.

JENIS KURSUS PERINCIAN KURSUS AGENSI
1. Literasi komputer 1. Pengenalan komputer 1. JPN/BPG
2. Pengurusan ICT 2. Microsoft Office 2. IAB
1. Pengurusan makmal 1. JPN/BPG
3. Multimedia 2. Sistem rangkaian 2. IAB
3. Baik pulih dan 3. PSPN/BTP
4. Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan penyelenggaraan 1. JPN/BPG
Pembelajaran 4. Pengurusan Maklumat/Data 2. IAB
5. Pengurusan Perisian 3. PSPN/BTP
6. Pengurusan Kelab Komputer
7. Salah laku ICT 1. JPN/BPG
8. Pembangunan Program 2. PSPN/BTP

Pengkomputeran Sekolah
9. Pengurusan pembangunan

halaman web dan perisian
kursus
1. Internet dan pengurusan e-mel
2. Pembinaan laman web
3. Grafik
4. Suntingan audio/video
5. Pengarangan perisian kursus
1. Perisian kursus Sistem Bestari
2. Perisian kursus CD-Rom
Multimedia Pendidikan
Interaktif

26

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

BAB 6 KELAB KOMPUTER SEKOLAH

6.1 LATAR BELAKANG
6.1.1 Penubuhan Kelab Komputer sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah bagi
memberi pendedahan yang lebih meluas kepada para pelajar untuk mendalami
kemahiran ICT dan mengoptimakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

6.1.2 Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu surat
Pekeliling Ikhtisas bil.8/2000 iaitu mengenai Garis Panduan Penubuhan dan
Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000,
lampiran surat KP(BS)8591/Jld.XVI/(8) untuk:
6.1.2.1 Menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah.
6.1.2.2 Merancang aktiviti kelab.
6.1.2.3 Mengurus dan mentadbir kelab.

6.1.3 Di samping sumbangan pihak luar seperti swasta, PIBG, dan sebagainya, Kelab
Komputer Sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan infrastruktur ICT yang
sedia ada di bawah program perkomputeraan KPM seperti Program Komputer Dalam
Pendidikan, Program Perkomputeraan Reka Cipta, Sekolah Bestari, Perkomputeraan
Tingkatan 6 dan mata pelajaran Teknologi Maklumat.

6.1.4 Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti implikasinya oleh
pihak sekolah dan seterusnya diluluskan oleh JPN sebelum ditandatangani oleh pihak
PIBG atau Lembaga Pengurus Sekolah.

6.2 KANDUNGAN
6.2.1 Untuk aktiviti kelab, pengisian dan latihan boleh dilaksanakan mengikut kemampuan
dan kepakaran tenaga pelajar yang boeh dipilih di kalangan guru atau pihak luar.
Aktiviti yang dicadangkan ialah:
6.2.1.1 Sesi pendedahan kepada komputer.
6.2.1.2 Pengajaran pengaturcaraan.
6.2.1.3 Penggunaan perisian kursus dan perisian aplikasi
6.2.1.4 Penggunaan perisian pengarangan dan pembangunan bahan multimedia.
6.2.1.5 Komputer Grafik
6.2.1.6 Internet dan komunikasi

27

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

6.2.1.7 Servis dan penyenggaraan perkakasan dan perisian dan sebagainya.
6.2.1.8 Pemasangan dan penyenggaraan rangkaian.

6.3 SYARAT PELAKSANAAN
6.3.1 Mempunyai bilik/makmal ICT yang sesuai dan selamat.
6.3.2 Sekurang-kurangnya dua guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.
6.3.3 Rancangan aktiviti dan pengisian yang terancang.
6.3.4 Bekalan kuasa elektrik 3-phase untuk menampung bekalan kuasa peralatan
perkomputeraan.
6.3.5 Menggunakan perisian-perisian yang sesuai dan berlesen.
6.3.6 Untuk keselamatan perkakasan, bilik/makmal berkenaan sebaiknya terletak di tingkat
satu sesebuah bangunan itu dan dipasang jerji pada pintu dan tingkap.

6.4 KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM
6.4.1 Kesediaan dan kesedaran guru.
6.4.2 Sokongan oleh pihak pengurusan sekolah.
6.4.3 Garis panduan dan rancangan pelaksanaan yang tersusun dan sistematik.

6.5 UKURAN PENCAPAIAN
Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output atau produk pelajar.
Contohnya, penghasilan dalam pertandingan menghasilkan bahan persembahan
menggunakan Power Point, merekacipta aturcara komputer atau perisian.

6.7 RUJUKAN
6.7.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/200 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000
bil.KP(BS)8591/Jld.XVI/(8).
6.7.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1988: Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan
di Sekolah.
6.7.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1988: Larangan menaja Jualan Terus di Sekolah-
sekolah, bertarikh 29 Jun 1988, bil KP(BS)8591/Jld.lll/(31)
6.7.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan Daripada
Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar, bertarikh 28 April 1992, bil
KP(BS)8591/Jld.lV/(110)
6.7.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah yang melibatkan
Dasar dan/atau Pungutan Wang, bertarikh 2 Mei 1997, bil KP(BS)8591/Jld.VIII/(74)

28

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

6.7.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2001 : Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif
Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-murid Sekolah, bertarikh 6
Jun 2001, bil KP(BS)8591/Jld.XVII/(6)

6.7.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1992 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer
Bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 buah Sekolah, bertarikh 17
Feb 1992, bil KP(BS)8601/01/0400/ Jld.II(91)

6.7.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1986 : Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum
“Pengenalan Kepada Komputer” dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah, bertarikh
7 Mac 1986, bil KP(BS)8591/ Jld.II/(45)

6.7.9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1986 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab
Komputer Sekolah, bertarikh 11 Mac 1986. bil KP(BS)8591/Jld. II/(45)

6.7.10 Laman web http:// kdp.ppk.kpm.my (Melalui laman ini, bahan-bahan pengajaran dalam
bentuk Modul Pembelajaran Akses Kendiri boleh di download untuk kegunaan aktiviti
pembelajaran Literasi Komputer)

29

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Lampiran 2-1
PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN KELAB KOMPUTER / TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH

1. Pendahuluan

1.1 Dunia sekarang berada dalam era maklumat, di mana Teknologi Maklumat memainkan peranan
yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan. Selaras dengan
perkembangan ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan haruslah mengoptimumkan penggunaan
Teknologi maklumat untuk tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan
dengan ini, panduan penubuhan Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah perlu diberi
penekanan baru kerana:

a. Teknologi Maklumat sentiasa berkembang dan berubah:
b. Kepesatan kemasukan pelbagai program Teknologi maklumat ke sekolah:
c. Teknologi Maklumat merupakan penyokong kepada pengajaran dan pembelajaran

bestari:dan/atau
d. Ketidakseragaman dalam penubuhan dan perkembangan Kelab Komputer / Teknologi

Maklumat Sekolah.

1.2 Tujuan panduan ini ialah untuk memberi panduan kepada guru-guru bagaimana hendak:
a. Menubuhkan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah;
b. Merancang aktiviti; dan
c. Mengurus dan mentadbir kelab.

2. Matlamat Kelab Komputer / Teknologi maklumat Sekolah

Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat, matlamat
Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah ialah untuk membolehkan murid mendapat
pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain daripada itu, murid boleh
meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan
Teknologi Maklumat pada masa kini dan akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung
dalam Falsafah pendidikan Negara.

3. Objektif Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah

Matalamat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah boleh direalisasikan melalui objektif yang
berikut:

30

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

a. Pengetahuan.
i. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem
Komputer / Teknologi Maklumat.
ii. Membimbing murid mengetahui sistem pengoperasian komputer.
iii. Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai
disiplin ilmu.
iv. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerja yang berkaitan dengan Komputer
dan Teknologi Maklumat.

b. Kemahiran.
i. Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui
penggunaan Teknologi Maklumat.
ii. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu / kumpulan melalui kemudahan
Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.
iii. Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan
sesuatu system.

c. Nilai.
i. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.
ii. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid, antara kelab, dan
antara institusi atau individu dalam masyarakat.

4. Penubuhan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah
4.1 Sekolah digalakkan untuk menubuhkan kelab Komputer / Teknologi Maklumat dan mematuhi
Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) PU (A) 196/98 yang termatub dalam Akta
Pendidikan 1996.
4.2 Permohonan untuk menubuhkan kelab hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengetua / Guru
Besar dengan mengemukakan perkara-perkara seperti perlembagaan kelab, senarai ahli, dan
senarai aktiviti utama kelab.
4.3 Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah boleh menggunakan kemudahan makmal
komputer yang sedia ada di bawah program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti
Komputer Dalam Pendidikan, Reka Cipta, sekolah Bestari, Perkomputer Tingkatan 6 dan mata
pelajaran Teknologi Maklumat.
4.4 Pihak sekolah juga boleh mendapatkan bantuan daripada badan-badan yang berikut setelah
mendapat kelulusan daripada Pendaftaran, iaitu:

a. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
b. Syarikat Komputer swasta.
c. Sumbangan luar KPM seperti badan korporat dan orang perseorangan.

31

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

4.5 Dasar Penubuhan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat ialah:
a. Kelab Komputer / Teknologi Maklumat sekolah hendaklah didaftarkan dengan Jabatan
Pendidikan Negari (JPN) masing-masing.
b. Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan sebagai aktiviti ko-
kurikulum.
c. Keahlian kelab adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa.
d. Aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan di luar jadual
waktu sekolah supaya tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

e. Jumlah waktu belajar secara “hands-on” hendaklah tidak kurang daripada 2 jam seminggu
bagi seseorang murid.

f. Sebarang penglibatan pihak luar KPM dalam aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat
Sekolah hendaklah:
i. Mendapat kebenaran bertulis daripada JPN masing-masing.
ii. Mematuhi Peraturan-Peraturan Ikhtisas, Kewangan dan Perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

g. Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti implikasinya oleh pihak
sekolah dan seterusnya diluluskan oleh pihak JPN sebelum ditandatangani oleh Persatuan
Ibu Bapa dan Guru atau Lembaga Pengelola Sekolah.

h. Sekirannya komputer dibekalkan oleh pihak KPM atau disumbangkan oleh mana-mana
pihak, maka kadar bayaran yang dikenakan kepada ahli kelab adalah ditentukan oleh
Pengetua/Guru Besar dengan mendapat kelulusan daripada Pendaftar.

i. Sekiranya komputer disewa daripada syarikat komputer oleh pihak PIBG/LPS maka kadar
bayaran yang dikenakan untuk ahli kelab adalah ditentukan oleh Pengetua/Guru Besar
dengan bersetujuan PIBG serta mendapat kelulusan Pendaftar. Pihak sekolah perlu
memastikan murid-murid yang tidak mampu juga diberi peluang untuk menjadi ahli Kelab
Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah dengan kadar yang minimum. Yuran Kelab
Komputer / Teknologi maklumat Sekolah yang disimpan dalam akaun PIBG hendaklah
dikawal oleh Pengetua/Guru Besar selaku Penasihat PIBG.

j. Sekiranya tenaga pengajar adalah dari syarikat swasta, pihak sekolah perlu mendapatkan
kebenaran Pendaftar dan juga menentukan kesesuaian kandungan pengajaran yang
disimpankan kepada murid.

32

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

k. Aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah seharusnya meliputi semua
kemahiran asas sehingga aktiviti-aktiviti pengayaan yang lebih mencabar dan bersesuaian
dengan kebolehan ahli.

l. Semua perisian yang digunakan mestilah berlesen

m. Pengetua / Guru Besar dalah bertanggungjawab mengawal kutipan dan simpanan wang
kelab.

n. Pendaftar / Pengetua / Guru Besar boleh secara bertulis mengarahkan kelab dibubarkan
sekiranya beliau berpuas hati bahawa kelab tidak menjalankan aktiviti yang membawa
manfaat kepada murid sebagaimana yang tercatat dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) PU (A) 196/98

5. Pengurusan Kelab Komputer / Teknologi Makluamat Sekolah
5.1 Organisasi dan Pengurusan Kelab

5.1.1 Kelab perlu mempunyai perlembagaan yang diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar.
Perlembagaan Kelab mesti merangkumi perkara-perkr seperti nama dn logo kelab,
dasar, matlamat dan tujun penubuhan kelab, keahlian, yuran, bilangan ahli
jawatankuasa guru penasihat dan mesyuarat agung.

5.1.2 Guru Penasihat
a) Sesebuah kelab perlu mempunyai sekurang-kurngny dua orng guru penasihat yang
dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.

b) Guru penasihat harus dipilih dari kalangan guru yang mempunyai minat mendalam dan
motivasi tinggi serta mempunyai dedikasi serta penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.

c) Antara peranan guru penasihat ialah :

i. Menubuhkan jawatnkuasa yang dianggotai oleh murid-murid
ii. Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan

melaksanakan aktiviti-aktiviti yang :
 Menarik dan memupuk minat murid yang berbeza-beza
kebolehan dalam menggunakan komputer.


 Mempunyai kesimbangan dari segi nilai pengetahuan nilai
sosialdan nilai rekreasinya.

33

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

iii. Mengatur jadual(schedule) bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli
dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli jawatnkuasa.

iv. Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan serta memantau
aktiviti yang dijalankan.

v. Mengadakan perhubungan dengan penasihat Kelab Komputer / Teknologi
Maklumat sekolah-sekolah lain dalam usaha mendalami pengetahuan
dan mempelbagaikan aktiviti kelab.

vi. Mengadakan satu sistem kawalan kutipan yuran dan perbelanjaan Kelab
Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah.

vii. Menyelaras dan mengawal selia kegiatan yang dijalankan oleh
tenaga pengajar swasta.

d) Penasihat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah digalakkan
mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
Teknologi Maklumat.

5.1.3 Jawatankuasa

a) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada murid-murid yang bertanggungjawab

b) Jawatankuasa kelab terdiri daripada

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

Bendahari (perlu menyimpan rekod kutipan yuran dan perbelanjaan

pegangan tunai sekiranya kelab tersebut tidak

melibatkan pihak luar) dan

Ahli Jawatankuasa (bertindak sebagai Ketua Kumpulan dan bilangannya
bergantung kepada bilangan ahli kelab).

c) Ahli Jawatankuasa perlu diberi latihan yang sesuai untuk membolehkan
mereka membantu guru dalam penyeliaan kerja amali

d) Pengiktirafan hendaklah diberi kepada ahli jawatankuasa sebagai insentif.

34

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

5.1.4 Keahlian.

a. Keahlian dikira gugur apabila seseorang ahli meninggalkan sekolah, melanggar

peraturan kelab atau melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majalah

Sekolah dan Bahan Multimedia) 1998 yang termaktub dalam Akta Pendidikan

!996.

b. Setiap ahli diwajibkan menghadiri semua aktiviti yang dirancang.

c. Setiap ahli hendaklah mematuhi semua peraturan kelab.
d. Untuk sesi “hands-on“, tidak lebih daripada 2 orang murid diperuntukkan kepada

sebuah komputer pada sesuatu masa.

5.1.5 Kewangan

a. Semua kutipan dang perbelanjaan wang oleh Kelab Komputer/Teknologi Maklumat

Sekolah hendaklah direkod dan Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab menyelia

dan mengawal kutipan dan perbelanjaan wang kelab.

b. Pegangan tunai tidak melebihi RM 200.00 hendaklah dipegang oleh Bendahari Kelab

Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah pada sesuatu masa.

c. Pendaftar dan Pengetua/Guru Besar dibenarkan memeriksa pada bila-bila masa

kewangan kelab sekiranya yuran kelab disimpan dalam akaun PIBG.

5.1.6 Penggunaan Kemudahan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat
a. Keutamaan kegunaan kemudahan kelab adalah kepada ahli kelab sekiranya kompuer
disewa daripada syarikat swasta.
b. Kemudahan computer kepunyaan kelab boleh digunakan oleh guru dan kakitangan
pejabat sekolah dengan syarat kerja-kerja ini dilakukan di luar waktu kelab mengadakan
aktiviti-aktivitinya serta mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat
Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.
c. Bagi Kelab yang menggunakan kemudahan makmal computer kepunyaan sekolah,
Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat hendaklah mengatur jadual
penggunaan kemudahan tersebut untuk kelab.

5.2 Aktiviti Kelab Komputer/Teknologi Maklumat
5.2.1 Latihan
a. Latihan untuk ahli boleh dikendalikan oleh guru penasihat, guru pembantu, murid-murid yang
telah mahir, pengajar swasta atau pengajar sambilan
b. Latihan boleh dibuka kepada murid lain dan guru-guru di sekolah berkenaan dengan
syarat mereka juga membayar yuran yang ditetapkan.
c. Antara latihan yang dicadangkan ialah

35

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

i. Sesi pendedahan kepada komputer (Computer Awareness Sessions);
ii. Pengajaran pengatucaraan;
iii. Penggunaan perisian pendidikan dan perisian aplikasi;
iv. Penggunaan sistem „authoring‟ ;
v. Capaian internet;
vi. Pembangunan laman web; dan
vii. Pembinaan aplikasi sistem.

5.2.2 Aktiviti Kurikulum Lanjutan Komputer Dalam Pendidikan
Aktiviti dan latihan yang terkandung dalam kurikulum Komputer Dalam Pendidikan (KDP)
Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diguna pakai untuk
tujuan latihan peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

5.2.3 Aktiviti Am
Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan termasuk:

a. Surat berita (newsletter)/bulletin.
b. Perjumpaan/mesyuarat kelab.
c. Seminar/ceramah/perbincangan/debat/kuiz.
d. Lawatan.
e. Pameran/Hari Terbuka.
f. Tayangan filem/video/slaid.
g. Kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan perisian.

5.3 Laporan aktiviti kelab hendaklah dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar dalam dalam tempoh
14 hari daripada tarikh mesyuarat pertama kelab. Sekiranya terdapat perubahan dalam
perlembagaan kelab, ahli jawatankuasa atau ahli, umpamanya, laporan mesti dikemukakan secara
bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam dalam tempoh 14 hari daripada perubahan tersebut.

6. Infrastruktur Kelab Komputer /Teknologi Maklumat Sekolah
6.1 Infrastruktur kelab terdiri daripada
a. Makmal/Bilik Komputer
b. Perkakasan
c. Perisian

36

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

6.2 Makmal/Bilik Komputer
6.2.1 Bagi menjamin keselesaan murid dan guru, pengurusan fizikal makmal/bilik komputer
hendaklah mengambil kira
a. Saiz makmal/bilik
b. Bilangan murid
Nisbah murid : komputer

6.2.2 Makmal/Bilik Komputer sebaik-baiknya berhawa dingin.
6.2.3
6.2.4 Makmal / Bilik Komputer harus menggunakan meja komputer yang sesuai

Unit pengimbang kuasa (power stabilizer units) adalah dinasihatkan

dipasang,terutamanya bagi kawasan yang sering mengalami gangguan elektrik.

6.2.3 Makmal / Bilik Komputer sebaik-baiknya terletak di tingkat satu atau lebih
tinggi dan dipasang jerjak/jeriji pada pintu dan jendela bagi keselamatan
peralatan.

6.2.4 Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading ) mestilah
diletakkan dan perlu mendapatkan kelulusan pihak JKR terlebih dahulu.

6.3 Perkakasan.

6.3.1 Perkakasan komputer hendaklah memenuhi spesifikasi minimum semasa :

a. Keperluan Utama.

i. Komputer mikro (multimedia); dan
ii.Pencetak ( 1 unit untuk setiap 5 – 10 unit komputer mikro).

b. Keperluan Tambahan (mengikut kemampuan kelab )

i. Pengimbas;
ii. Modem dan sambungan internet;
iii. Rangkaian setempat (LAN)
iv. Projektor LCD atau TV dan kad dan;
v. Lain-lain peralatan komputer,

6.3.2 Setiap komputer mikro hendaklah dilengkapkan dengan sistem pengoperasian yang berlesen
dan sesuai dengan perisian.

6.3.3 Semua perkakasan komputer sebaik-baik hendaklah diinsuranskan.

6.4 Perisian.

6.1 Semua perisian hendaklah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran
serta kokurikulum di sekolah.

37

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

7 Penyelenggaraan ( Makmal, Perkakasan dan Perisian )

7.1Semua perkakasan dan perisian hendaklah direkodkan ke dalam buku stok sebagai rekod
inventori.

7.2Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk.

7.3Penyelengaraan perkakasan hendaklah dilakukan secara berkala oleh sekolah atau dengan
perkhidmatan pihak luar, jika perlu.

7.4 Kelab adalah digalakan dan menyimpan salinan (backup) perisian dan aplikasi sebagai
langkah keselamatan

8. Peraturan Makmal

a. Pengguna-pengguna makmal komputer mesti mematuhi peraturan-peraturan makmal bagi
menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan-peraturan yang perlu
dipatuhi ialah ;
i. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam makmal.
ii. Dilarang membawa masuk sebarang cakera milik persendirian ke dalam makmal kecuali
dengan kebenaran guru penasihat.
iii. Dilarang membawa keluar daripada makmal sebarang perkakasan/perisian komputer.
iv. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambutan kawat yang terdapat di belakang
komputer, atau membuka tudung komputer.
v. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan makmal untuk
membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal.

b. Beberapa peraturan lain yang berkaitan adalah terserah kepada budi bicara sekolah/guru
penasihat kelab (jika difikirkan perlu).

38

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Bab 7 – PENGLIBATAN, KERJASAMA DAN SUMBANGAN PIHAK
Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan, kerjasama dan sumbangan pihak luar dalam kegiatan sekolah
berhubung aktiviti atau program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. Bab ini menerangkan
tatacara penerimaan sumbangan yang dibenarkan oleh KPM apabila sesuatu pihak ingin menaja atau
meyumbangkan kepakaran, perkakasan,perisian atau apa jua bentuk peralatan ICT kepada sekolah.

Walau bagaimanapun sekolah sebagai institusi kerajaan perlu mematuhi segala peraturan dan pekeliling
yang termaktub. Pekeliling-Pekeliling yang dirujuk dalam bab ini ialah :

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 19/2000 : Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak
Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan daripada Pertubuhan,
Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar.
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar / Atau
 Pungutan Wang.

 PERKARA YANG DIBENARKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
 MALAYSIA




1.

Bagi menggalakkan sumbangan, perkara yang berikut adalah dibenarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia

1.1 Pihak penyumbang bekerjasama dengan pihak sekolah dan membuat perancangan jangka
panjang dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat pelajar
serta melengkapkan sekolah dengan kemudahan komputer.

1.2 Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik atau peralatan.

1.3 Pihak penyumbang mengadakan majlis pelancaran di sekolah untuk mendapatkan liputan media
massa dan menaggung perbelanjaan serta mengusahakan tenaga kerja yang berkaitan.

1.4 Pihak penyumbang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sekolah asalkan tidak
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Untuk tujuan ini, pihak penyumbang
perlu terlebih dahulu mengemukakan kertas cadangan tentang penyelidikan yang akan

dijalankan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM untuk
mendapatkan kelulusan.

2. PERSEDIAAN OLEH PIHAK SEKOLAH SEBELUM MENERIMA SUMBANGAN

2.1 Sebelum pihak sekolah bersetuju untuk menerima sumbangan peralatan
atau tajaan, perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian :

39

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

  Sumbangan kepada pihak sekolah merupakan outright gift dan tiada bayaran dikenakan.
  Sumbangan yang diterima tidak membebankan pihak sekolah.
  Pertimbangan perlu diberikan kepada infrastruktur, keselamatan dan peruntukan kewangan.
  Mendapatkan sumbangan secara pakej adalah digalakkan.
  Sebarang sumbangan dari negara luar perlu melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.
  Kepentingan pelajar hendaklah diutamakan.
  Sumbangan hendaklah selaras dengan rancangan dan dasar yang ditetapkan.

 Penyertaan pihak luar tidak bercanggah dangan falsafah dan matlamat pendidikan negara.

2.2 Bagi sumbangn berbentuk kepakaran pula, pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada
perkara-perkara berikut :

 Kandungan kursus yang diberikan hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah terlebih
dahulu untuk diteliti.


  Pemantauan secara berterusan oleh pihak pengurusan sekolah perludijalankan.

 Tiada bayaran dikenakan bagi perkhidmatan kepakaran.


3. TATACARA PENERIMAAN SUMBANGAN OLEH PIHAK SEKOLAH

Bagi memastikan kelicinan dalam penerimaan sumbangan, pihak sekolah yang menerima
sumbangan hendaklah mematuhi perkara berikut seperti Carta Alir sumbangan pihak luar :
3.1Memohon kebenaran daripada PPD/PPB.
3.2Satu memorandum persetujuan (sekiranya perlu) antara pihak

penyumbang dan pihak sekolah hendaklah ditandatangani dan
disaksikan oleh PPD/PPB.
3.3Pihak sekolah hendaklah merekod sumbangan ke dalam boring KEW.312 (daftar harta modal).
3.4Segala urusan yang berkaitan hendaklah dimaklumkan kepada JPN masing-masing.

4. TANGGUNGJAWAB JPN DAN PPD / PPB

Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan, pihak JPN dan PPD / PPB
perlu melaksanakan perkara-perkara barikut :
4.1 Meminta pihak sekolah membuat pengiraan implikasi kos selepas tamat tempoh tajaan

daripada aspek :
  Kos penyenggaraan peralatan;
  Kos sewaan talian;
  Kos penggantian alat;

 Kos penggunaan perisian, dan

40

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

 Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran.
4.2 Merancang kos tersebut untuk dikemukakan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahun
4.3 tamat tempoh tajaan.
4.4 Memaklumkan semua kelulusan program ini kapada Bahagian Sekolah dengan salinan kepada
4.5 Urus Setia Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran (JMPK) Kementerian Pendidikan
Malaysia di Bahagian Sistem Maklumat dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
4.6 Pihak JPN/PPD/PPB perlu memastikan sekolah sentiasa merujuk dan mematuhi dasar, syarat
atau peraturan yang sedia ada bagi mengelakkan sebarang percanggahan dengan mana-
mana dasar, syarat atau peraturan berkaitan pungutan wang.
Sekiranya program atau aktiviti dalam sumbangan yang hendak dijalankan itu tidak tertakluk di
bawah mana-mana syarat atau peraturan yang sedia ada, atau timbul keraguan mengenai
bidang kuasa, hak atau peruntukan sah mengenainya, maka permohonan bagi mendapatkan
persetujuan dan kelulusan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan disertakan maklumat lengkap mengenai program atau aktiviti
yang hendaklah dijalankan.
Merancang dan memantau latihan ICT guru.

5. KESINAMBUNGAN PROJEK
Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan, pihak sekolah perlu melaksanakan
perkara-perkara berikut :

5.1Membuat pengiraan implikasi kos selepas tamat tempoh tajaan daripada aspek :

  Kos penyenggaraan peralatan
  Kos sewaan talian
  Kos penggantian alat
  Kos penggunaan perisian

 Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Merancang kos tersebut untuk dikemukakan kepada JPN bagi dimasukkan dalam Anggaran

Belanja Mengurus (ABM) bagi tahun tamat tempoh tajaan.

41

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

BAB 8 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

1. LATAR BELAKANG
Merupakan kaedah dan strategi pengajaran yang menggunakan ICT
bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

2. KANDUNGAN
2.1Berdasarkan perancangan rapi sebelum seseuatu P&P
2.2Berdasarkan objektif pelajaran dan kesesuaian (relevan)
2.3Berfikrah dan bijaksana

3. PENDEKATAN / KAEDAH
3.1Penggunaan ICT secara tutoran – bahan yang berdasarkan susunan yang tetap atau modul dalam
portal pendidikan dan penjelajahannya dikawal oleh sistem
3.2Penggunaan ICT secara penerokaan – penggunaan bahan CD, Portal maklumat atau Internet
untuk megumpul maklumat untuk tugasan yang tertentu di mana mautan dan penerokaan
dikawal oleh murid
3.3ICT sebagai alat aplikasi – penggunaan aplikasi untuk menjanakan produk dan melaksanakan
tugas pembelajaran , contohnya membuat persembahan hasil perbincangan menggunakan
aplikasi Power Point.
3.4ICT sebagai alat komunikasi – berhubung dengan pihak lain atau sumber maklumat daripada
lokasi yang berbeza menerusi aplikasi komunikasi seperti e-mail, video conferencing,
messenger, dan sebagainya.

4. PRODUK / HASIL
4.1Kerja kursus dan penilaian hasil projek pelajar.
4.2Pembinaan laman web yang boleh diakses secara offline sekolah. (Bahan laman web disimpan
dalam server dan diakses secara Intranet)
4.3Kemahiran mencari, mengumpul dan memilih maklumat
daripada Internet.
4.4Berkomunikasi secara e-mail, chatting atau video conferencing
untuk tujuan pendidikan.

5. SYARAT PELAKSANAAN
5.1Perancangan rapi oleh guru bersesuaian dengan objektif

42

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

pengajaran.
5.2 Penguasaan kemahiran belajar oleh pelajar iaitu dapat memilih, menyusun, memetik

maklumat dan mempersembahkan maklumat.

6. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM
6.1Tahap literasi computer guru yang baik
6.2Kesediaan dan kesedaran guru
6.3Sokongan oleh pihak pengurusan

7. UKURAN PENCAPAIAN
7.1Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output/produk pelajar.
7.2Pentaksiran autentik berdasarkan hasil sebenar
7.3 Briged pelajar yang dapat membantu pelajar lain dalam P & P dan masalah komputer.
7.4 Briged guru yang mampu membantu guru lain dalam P & P dan masalah komputer.

8. RUJUKAN
8.1Laman web http://kdp.ppk.kpm.my atau http://igalaksi/mercury/kdp
8.2Laman web http://www.bestarinet.my
8.3Laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my
8.4Laman Web http://cea9164.1bestarinet.net

43

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |

BAB 9 Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT
Sekolah

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk:

1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah
atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar
negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara
keseluruhannya.

4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid
dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

5. E-mel
a. Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisement/ spam) atau sebarang
bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing).
b. Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail
seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
c. Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup).
Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.
d. Memalsukan e-mel (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.
e. Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek,
paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah
di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
f. Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain.
Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerobohan:

a) Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian
komputer milik orang lain.

b) Menghalang identiti pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana
komputer atau rangkaian milik orang lain.

c) Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host).

6. Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang boring, kontrak atau permohonan
atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.

7. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau
memintas data yang ditujukan kepadanya.

44

|Unit ICT, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 |


Click to View FlipBook Version