PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MPU21072-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MAC 2025 MALAYSIA
PENOLONG KETUA : Nur Syaza Safiyuna Binti Suaimi SETIAUSAHA : Nur Alya Athirah Binti Adam Mohamad KETUA ; Sharifah Noraishah Binti Syed Hisham SIDANG REDAKSI Penasihat : Tn.Mohammad Zamri Bin Jusoh i .
ii . PERADABAN BARAT PERADABAN ASIA (INDIA , CINA , TIMUR TENGAH ) PERADABAN YANG BERIDENTITIKAN MALAYSIA 7-8 9 ISI KANDUNGAN PENGENALAN PERADABAN GLOBALISASI KEBAIKAN GLOBALISASI KEBURUKAN GLOBALISASI PENGHARGAAN 1 2 3 4 5 6 KONSEP NEGARA PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU KONSEP BANGSA 10 11 12 KONSEP NEGARA DAN BANGSA PENUTUP SUMBER RUJUKAN GALLERY ALBUM 13 14 15 16
PENGHARGAAN 1 Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah , kami bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat yang dikurniakan oleh Nya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya . Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing kami Tuan Mohammad Zamri Bin Jusoh , yang telah memberikan tunjuk ajar , dorongan serta bimbingan sepanjang proses penghasilan e-majalah ini , tidak lupa juga kepada semua rakan kumpulan yang telah menyumbang idea dalam reka bentuk serta ketelitian dalam emajalah . Akhir kata , kami ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung sepanjang pembikinan e-majalah ini . Terima Kasih setinggi langit kami amat menghargainya .
Selama ribuan tahun peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu . Kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada peradaban India , Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban Barat .Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa , didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah , satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan . Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas , penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti .Dalam konteks ini telah wujud beberapa “ Bangsa Idaman “yang menguasai wacana politik di Malaysia . Akhirnya , kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahupun yang berupa intelektual dan keilmuan . 2 PENGENALAN
“ Era dunia tanpa sempadan “ telah memungkinkan berlaku interaksi dan jaringan peradaban merentasi benua dan sempadan negara menerusi : Pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan Perkembangan teknologi maklumat dan informasi - internet , Komputer , Twitter dan Telegram Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi bidang politik , ekonomi , sosiobudaya termasuklah perkembangan bidang ilmu dan pemikiran Perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia . PERADABAN GLOBALISASI 3
kebaikan globalisasi Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilang negara . Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah . Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan teknologi maklumat . Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah . Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagaibagai kumpulan etnik , budaya dan agama berinteraksi . Pertukaran pengetahuan dan kemajuan teknologi membantu meningkatkan taraf kesihatan , pendidikan , dan infrastruktur di banyak negara . 4
keBURUKAN globalisasi Kebanjiran maklumat yang tidak berguna . Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara . Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan . Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi 5
Peradaban Asia (India, cina, Timur Tengah) Kedatangan orang India dan Cina ke Malaysia adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi. Peradaban mereka merupakan waris peradaban asal mereka di negara asal. Apabila tiba di Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban barat dan Melayu. Peradaban Asia seperti peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan. Sebagai contoh adat resam dan tabiat pemakaian bahasa ibunda masih dikekalkan dari generasi ke generasi. Dalam aspek keagamaan juga demikian walaupun terdapat di kalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama Islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di Malaysia. Kedatangan masyarakat India, Cina pedagang Arab dari Timur Tengah telah membawa kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama. Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat diperkukuhkan setiap masa. 6
PERADABAN BARAT Peradaban yang berlaku di Malaysia daripada hasil penjajahan kolonial barat inti tidak mendatangkan kesan yang ketara dalam perubahan kerana penjajahan kependudukan British yang berlaku khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak begitu lama . Walau bagaimanapun , setiap penjajahan yang berlaku tetap meninggalkan kesan yang luas . Antara kesan yang ditinggalkan dapat dilihat dari corak masyarakat kolonial tersebut terhadap penududk tempatan . Kedatangan orang eropah ke Alam Melayu ini yang disebabkan tumbuhnya peradaban islam di rantau ini , tetapi masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di Alam Melayu . 7
Perubahan ini berlaku semasa pemerintahan kolonial British khususnya pemerintahan British dalam menyebarkan agama kristian di Tanah Melayu . Peninggalan penjajahan barat dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti di Melaka , Pulau Pinang dan Singapura . Peradaban ini mula dipengaruhi oleh penduduk tempatan selepas mencapai kedudukan yang tinggi di Alam Melayu . Di Tanah Melayu , pengaruh penjajahan Barat lebih mengutamakan pengaruh dalam bidang meterial dan kesannya dapat dilihat dari peringkat luaran sahaja seperti kebudayaan dan institusi-institusi sosial . Walaupun dipengaruhi dengan penjajahan barat , ajaran agama Islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan . 8
Kemerdekaan Malaysia tanggal 31 Ogos 1957 merupakan asas kepada kemunculan peradaban bangsa negara. Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun merupakan satu jangka masa yang panjang namun di sebalik tempoh tersebut, negara didakwa masih gagal dalam menjayakan proses pembentukan negara bangsa. Namun usaha ini perlu diteruskan sebagai meneruskan perjuangan tokoh kemerdekaan negara untuk melihat bangsa Malaysia wujud dan bersatu dalam suasana yang harmoni dan damai sampai bila-bila. Jika usaha ini gagal, anak cucu kita tidak dapat mengecapi lagi kehidupan yang aman damai malah tidak mustahil mereka akan menjadi pelarian di negara orang. Pihak berwajib perlu memainkan peranan mereka agar ruang-ruang memecahbelahkan keamanan negara bangsa dapat dikawal dan akhirnya tidak merebak hingga berlaku rusuhan seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969. Pembinaan identiti negara bangsa sudah banyak diperkatakan dan telah dirungkai oleh para pengkaji kerana ia merupakan sudut sisi yang penting dalam memahami negara bangsa yang beridentitikan Malaysia. Dalam merangka, merancang dan memahami pembentukan identiti ini, wajar bagi setiap warganegara untuk memahami dan mengenali negara bangsa yang beridentitikan Malaysia melalui kajian-kajian mereka yang pakar dalam perkara ini. Kajian ini adalah penting dalam usaha untuk mengkaji pembentukan identiti pada masa kini sekaligus dapat membina satu identiti yang kukuh dan unggul pada masa hadapan. PERADABAN YANG BERIDENTITIKAN MALAYSIA 9
MASYARA K AT PRIB UMI SEPERTI MELAY U D A N ORA N G ASLI MEMILI K I S I STEM SOS IAL YA N G TERS U S U N I SLAM MEMAI N K A N PERA N A N PE N TI N G D ALAM MEMBE N T U K N ILAI D A N B U D AYA MASYARA K AT MELAY U E K O N OMI TRA D I S IO N AL SEPERTI PERTA N IA N D A N PER D A G A N G A N ME N JA D I ASAS PEMBA N G U N A N N E G ARA 10 PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU
11 KONSEP NEGARA N E G ARA IALA H SAT U WILAYA H YA N G MEMP U N YAI K ERAJAA N , RA K YAT, D A N U N D A N G - U N D A N G MALAYS IA ME N JA D I N E G ARA BER D A U LAT PA D A 3 1 O G OS 1 9 5 7 (MER D E K A) D A N 1 6 SEPTEMBER 1 9 6 3 ([EMBE N T U K A N N E G ARA ) PERLEMBA G AA N PERSE K U T U A N ME N JA D I ASAS K EPA D A K ESTABILA N N E G ARA
BA N G SA MER U J U K K EPA D A I D E N TITI RA K YAT YA N G BER K O N G S I B U D AYA D A N N ILAI K O N SEP ‘BA N G SA MALAYS IA’ D IPER K E N AL K A N BA G I ME N YAT U K A N RA K YAT PELBA G AI K A UM PE N D I D I K A N D A N BA H ASA MEMAI N K A N PERA N A N D ALAM PEMBE N T U K A N BA N G SA KONSEP BANGSA 12
N E G ARA D A N BA N G SA SALI N G BER K AITA N D ALAM MEMBE N T U K PERPA D U A N N AS IO N AL FA K TOR SEPERTI E K O N OMI, PE N D I D I K A N , D A N POLITI K MEMPE N G AR U H I K ESTABILA N N E G ARA K O N SEP 1MALAYS IA D A N WAWASA N K EMA KMU RA N BERSAMA A D ALA H CO N T0O H U SA H A K ERAJAA N D ALAM MEMPER K U K U H N E G ARA BA N G SA KONSEP NEGARA DAN BANGSA 13
Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, dan agama. Harapan utama dalam pembinaan peradaban majmuk di Malaysia adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam suasana harmoni. Setiap individu perlu menghormati perbezaan yang ada, mengamalkan sikap bertoleransi, dan mengelakkan sebarang bentuk diskriminasi sebagai contoh layanan tidak adil. Selain itu, nilai kesopanan, budi bahasa, dan semangat bekerjasama harus diterapkan dalam kehidupan seharian supaya perpaduan antara kaum dapat diperkukuhkan. Untuk memastikan peradaban majmuk terus berkembang dengan baik, langkah-langkah tertentu perlu diambil. Pendidikan memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan kepada generasi muda tentang kepelbagaian budaya di Malaysia. Sekolah dan institusi pendidikan boleh mengadakan program silang budaya, kempen perpaduan, serta aktiviti yang melibatkan semua kaum untuk menggalakkan interaksi yang lebih erat. Selain itu, media sosial juga perlu digunakan secara positif bagi menyebarkan mesej perpaduan dan mengelakkan penyebaran maklumat yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum. Kerjasama antara kerajaan dan rakyat amat penting dalam membentuk peradaban majmuk yang lebih kukuh. Kerajaan boleh memperkenalkan polisi yang adil dan saksama dalam aspek ekonomi, pendidikan, dan sosial supaya semua kaum mendapat peluang yang sama. Pada masa yang sama, masyarakat perlu memainkan peranan dengan mengamalkan sikap saling menghormati dan tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu yang boleh memecah-belahkan perpaduan. Jika semua pihak bekerjasama, Malaysia akan terus menjadi negara yang aman, harmoni, dan maju dengan masyarakatnya yang bersatu padu. PENUTUP 14
GALERY ALBUM 15
SUMBER RUJUKAN 16 https://www.google.com/imgres? q=konsep%20bangsa&imgurl=https%3A%2F%2Fwww.utu san.com.my%2Fwpcontent%2Fuploads%2Ffor.jpg&imgrefurl=https%3A%2F %2Fwww.utusan.com.my%2Frencana%2Fforum%2F2021 %2F12%2Fmalaysia-perlu-formula-penyatuanbangsa%2F&docid=8gaPOs3VXs3vJM&tbnid=W9US3Tt d9IiH3M&vet=12ahUKEwi2toSyzYuMAxUeUGwGHWz uLIUQM3oECHsQAA..i&w=627&h=418&hcb=2&ved=2 ahUKEwi2toSyzYuMAxUeUGwGHWzuLIUQM3oECHs QAA http://myscholar.umk.edu.my/handle/123456789/2245 https://www.studocu.com/my/document/university-ofmalaya/business/bab-5-pembinaan-peradaban-majmukdi-malaysia/109138632 https://www.google.com/imgres? q=peradaban%20pribumi%20alam%20melayu&imgurl=https%3A%2F%2 Fharakahdaily.net%2Fwp-content%2Fuploads%2F2018%2F06%2F1- 896.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fharakahdaily.net%2Findex.php%2 F2018%2F06%2F16%2Fkonsep-alammelayu%2F&docid=TyW6pc5Mg_G5PM&tbnid=wCzO1CveWutzM&vet=12ahUKEwifnu7w1ouMAxW6RmcHHdO1O4UQM3oECBcQA A..i&w=564&h=371&hcb=2&ved=2ahUKEwifnu7w1ouMAxW6RmcHH dO1O4UQM3oECBcQAA
DISEDIAKAN OLEH : SHARIFAH NORAISHAH BINTI SYED HISHAM ( 18DHR24F2018 ) -DHR1B NUR SYAZA SAFIYUNA BINTI SUAIMI (18DHR24F2003 ) -DHR1B NUR ALYA ATHIRAH BINTI ADAM MOHAMAD (18DHR24F2040) -DHR1B