The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3_SITI NUR AQILAH_SUNTINGAN GAMBAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TESL1-0620 Siti Nur Aqilah Binti Alwi, 2023-07-26 06:37:16

TUGASAN 3_SITI NUR AQILAH_SUNTINGAN GAMBAR

TUGASAN 3_SITI NUR AQILAH_SUNTINGAN GAMBAR

TUGASAN 3: PORTFOLIO (LAPORAN KERJA KURSUS) Saya, SITI NUR AQILAH BINTI ALWI dengan ini mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas kerja kursus saya daripada pensyarah. Tandatangan: Tarikh: NAMA PELAJAR : SITI NUR AQILAH BINTI ALWI ANGKA GILIRAN : 2020302340292 NOMBOR KAD PENGENALAN : 011223-11-0252 KUMPULAN : SEMESTER 3 TAHUN 3 TESL 1 / FOTOGRAFI 2 KOD DAN NAMA KURSUS : FTGK3013 FOTOGRAFI NAMA PENSYARAH : DR. HJ SAJAP BIN MASWAN TARIKH HANTAR : 11 JULAI 2023


Saya telah memilih lima gambar yang diambil dengan menggunakan teknik yang berbeza daripada tugasan 2 untuk disunting. Di dalam penulisan berikut, saya akan menerangkan tentang beberapa aspek penting iaitu maklumat ringkas berkenaan gambar, sebab kenapa gambar dipilih untuk disunting, nama perisian yang digunakan untuk proses suntingah, langkah-langkah penyuntingan gambar dan kepuasan hati terhadap suntingan yang dilakukan. GAMBAR 1: SUDUT TINGGI (HIGH ANGLE) SEBELUM


SELEPAS


Apakah maklumat penting yang anda boleh berikan mengenai gambar ini? Gambar 1 diambil semasa Kembara Fotografi di Taman Botani, Pulau Pinang. Gambar ini diambil dari sudut atas kerana saya (jurugambar), berada di kawasan yang tinggi daripada kedudukan subjek. Gambar ini diambil secara candid dimana subjek sedang tekun dalam melakukan tugasanya untuk mengambil gambar air terjun yang mengalir. Gambar ini menunjukkan kesungguhan subjek dalam mengambil gambar untuk menyiapkan tugasan fotografi yang diberikan. Mengapakah gambar berkenaan dipilih untuk disunting? Gambar 1 ini dipilih untuk disunting dengan tujuan untuk memperbaiki kekurangan pendedahan (exposure). Gambar asal adalah gelap sedikit, maka saya telah membuat sedikit pelarasan untuk meningkatkan kecerahan dan kejelasan imej. Selain itu, saya juga membuat suntingan pada gambar ini untuk menambahkan ton di sekitar subjek dan subjek agar visual imej menjadi lebih dramatis dan menarik untuk dilihat oleh penonton. Apakah nama perisian yang digunakan dan jenis suntingan atau kesan-kesan khas yang diberikan kepada gambar berkenaan? Perisian yang saya gunakan untuk menyunting gambar ini ialah perisian Snapseed. Saya melakukan suntingan ini melalui telefon pintar (Smart Phone) kerana aplikasinya boleh dimuat turun melalui Play Store. Aplikasi ini sangat mudah untuk dipelajari dan diteroka terutama untuk saya yang baru dalam dunia penyuntingan gambar. Antara kesan-kesan khas yang diberikan pada gambar tersebut ialah Saturation, Highlights, Vignette, untuk penambahan tona gambar, manakala saya gunakan kesan Details untuk menambahkan ketajaman gambar. Berikut merupakan langkah-langkah penyuntingan yang telah saya lakukan: Langkah 1: Buka Snapseed, dan export Gambar 1. Langkah 2: Pilih Tools, dan tekan Tune Image. Langkah 3: Pilih Saturation dan tambah sehingga 12. Langkah 4: Pilih Highlights, dan turunkan sehingga 38. Langkah 5: Kemudian, pergi semula ke Tools, dan pilih Vignette. Langkah 6: Turunkan Outer Brightness kepada 21 dan naikkan Inner Brightness kepada 16. Langkah 7: Kemudian, pergi semula ke Tools, dan pilih Details. Langkah 8: Tambahkan Structure kepada 9, dan Sharpening kepada 28. Langkah 9: Export Gambar 1 yang disunting ke dalam telefon pintar.


Sejauhmanakah anda berpuas hati dengan suntingan yang anda lakukan? Saya sangat berpuas hati dengan suntingan yang saya lakukan pada gambar ini. Hasil suntingan memberikan kesan dimensi visual yang menarik kepada suasana persekitaran hutan kerana penampakan tona-tona gambar yang berbeza untuk daun, batu dan air. Selain itu, pencahayaan pada subjek juga menjadi lebih terang dan jelas untuk dilihat oleh penonton.


GAMBAR 2: SLOW SHUTTER SPEED SEBELUM


SELEPAS


Apakah maklumat penting yang anda boleh berikan mengenai gambar ini? Gambar 2 juga diambil semasa Kembara Fotografi di Taman Botani, Pulau Pinang. Gambar ini diambil dengan menggunakan teknik Slow Shutter Speed yang menggunakan pendedahan (Exposure) yang lama. Teknik ini digunakan dalam pengambilan gambar air terjun untuk memberikan kesan kabus lembut dan untuk memperlihatkan air yang mengalir seperti kapas atau awan. Penggunakan teknik ini akan meningkatkan kesan artisitik dan memberikan perasaan keindahan dan kedamaian dalam diri penonton. Mengapakah gambar berkenaan dipilih untuk disunting? Gambar 2 ini dipilih untuk disunting dengan tujuan untuk memperkuatkan dan mempertingkatkan kesan gerakan dan kelembutan air terjun. Selain itu, saya juga ingin meningkatkan kontras, kecerahan dan ketajaman gambar untuk menghasilkan visual yang lebih cantik dan menarik untuk dilihat. Gambar asal tidak dapat mencerminkan keindahan dan pesona air terjun sepenuhnya. Melalui penyuntingan gambar, imej yang dihasilkan akan menjadi lebih memukau dan dapat mengekspresikan keindahan alam yang luar biasa. Apakah nama perisian yang digunakan dan jenis suntingan atau kesan-kesan khas yang diberikan kepada gambar berkenaan? Perisian yang saya gunakan untuk menyunting gambar ini ialah perisian Snapseed. Saya melakukan suntingan ini melalui telefon pintar (Smart Phone) . Antara kesan-kesan khas yang diberikan pada gambar tersebut ialah Contrast, Ambiance, Shadows, dan Warm untuk melaraskan tona gambar, manakala saya gunakan kesan Details untuk menambahkan ketajaman gambar. Berikut merupakan langkah-langkah penyuntingan yang telah saya lakukan: Langkah 1: Buka Snapseed, dan export Gambar 2. Langkah 2: Pilih Tools, dan tekan Tune Image. Langkah 3: Pilih Contarst dan naikkan sehingga 62, manakala Brightness ialah 9. Langkah 4: Kemudian pilih Ambiance, dan turunkan sehingga 11. Langkah 5: Pilih, Shawdows dan tambahkan sehingga 42. Langkah 6: Kemudian, turunkan Warm kepada 6. Langkah 7: Pergi ke Tools dan tekan Vignette. Langkah 8: Turunkan Outer Brightness kepada 50, manakala Inner Brightness kepada 10. Langkah 9: Kemudian, pergi semula ke Tools, dan pilih Details.


Langkah 10: Tambahkan Sharpening kepada 12. Langkah 11: Export Gambar 2 yang disunting ke dalam telefon pintar. Sejauhmanakah anda berpuas hati dengan suntingan yang anda lakukan? Saya sangat berpuas hati dengan suntingan yang saya lakukan pada gambar ini. Hasil suntingan membuatkan gambar menjadi lebih sejuk, sesuai dengan perasaan saya semasa berada di kawasan air terjun itu. Saya juga sangat berpuas hati dengan peningkatan ketajaman aliran air terjun, menjadikan kesan kapas lembut lebih ketara dan jelas. Tona hijau pada daun di dalam gambar juga menjadi lebih jelas dan memberikan kesan yang harmoni terhadap suasana persekitaran air terjun.


GAMBAR 3: FAST SHUTTER SPEED SEBELUM


SELEPAS


Apakah maklumat penting yang anda boleh berikan mengenai gambar ini? Gambar 3 diambil di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pada waktu petang. Gambar ini diambil dengan menggunakan teknik Fast Shutter Speed. Teknik ini menggunakan kelajuan shutter yang tinggi untuk membekukan pergerakan buih di dalam imej. Buih digunakan di dalam gambar untuk menciptakan gambar yang lebih menarik dan kreatif. Mengapakah gambar berkenaan dipilih untuk disunting? Gambar 3 ini dipilih untuk disunting dengan tujuan untuk memperbaiki pencahyaan di dalam gambar yang agak kekuningan kerana gambar ini diambil pada waktu senja. Selain itu, saya juga ingin menambahkan kesan yang lebih dramatik dan sinematik terhadap gambar. Kesan sinematik (cinematic) pada gambar membolehkan penonton untuk berinteraksi dengan gambar dengan lebih mendalam. Penonton dapat lebih memahami suasana kegembiraan yang terdapat di dalam gambar dan mempengaruhi emosi penonton. Apakah nama perisian yang digunakan dan jenis suntingan atau kesan-kesan khas yang diberikan kepada gambar berkenaan? Perisian yang saya gunakan untuk menyunting gambar ini ialah perisian Snapseed. Saya melakukan suntingan ini melalui telefon pintar (Smart Phone). Antara kesan-kesan khas yang diberikan pada gambar tersebut ialah Saturation, Highlights, Vignette, dan White Balance untuk penambahan tona gambar, manakala saya gunakan kesan Details untuk menambahkan ketajaman gambar. Berikut merupakan langkah-langkah penyuntingan yang telah saya lakukan: Langkah 1: Buka Snapseed, dan export Gambar 3. Langkah 2: Pilih Tools, dan tekan Tune Image. Langkah 3: Pilih Brightness dan naikkan sehingga 43, turunkan Contrast kepada 5. Langkah 4: Pilih Saturation, dan naikkan sehingga 6. Begitu juga dengan Ambience naikkan sehingga 37. Langkah 5: Kemudian, turunkan Highlights kepada 30, Shadows kepada 31 dan Warmth kepada 18. Langkah 6: Seterusnya, pergi ke Tools dan pilih White Balance. Langkah 7: Laraskan penurunan Temprature kepada 2, dan Tint kepada 8. Langkah 8: Kemudian, pergi semula ke Tools, dan pilih Details. Langkah 9: Turunkan Structure kepada 16, dan naikkan Sharpening kepada 32.


Langkah 10: Pergi ke Tools dan tekan Vignette. Langkah 11: Turunkan Outer Brightness kepada 28. Langkah 12: Kemudian, pergi ke Tune Image seklai lagi dan turunkan Contrast sehingga 87. Langkah 13: Export Gambar 3 yang disunting ke dalam telefon pintar. Sejauhmanakah anda berpuas hati dengan suntingan yang anda lakukan? Saya sangat berpuas hati dengan suntingan yang saya lakukan pada gambar ini. Hasil suntingan memberikan kesan yang sinematik terhadap subjek di dalam gambar. Perisan suntingan yang saya gunakan dapat melaraskan tahap Contarst gambar untuk menampakkan lagi kesan sinematik ini. Namun begitu, kesan bayangan yang agak jelas di dalam gambar sukar untuk dihilangkan kerana tiada alat yang tertentu di dalam perisian ini untuk menghilangkan kesan bayangan tersebut. Secara keseluruhanya, penyampaian gambar menjadi lebih menarik daripada gambar asal hasil daripada kesan suntingan yang terperinci.


GAMBAR 4: EXTENDED DEPTH OF FIELD SEBELUM


SELEPAS


Apakah maklumat penting yang anda boleh berikan mengenai gambar ini? Gambar 4 diambil di dalam kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB). Lokasi gambar ini adalah di sebelah bangunan Blok A IPGKTB. Gambar ini diambil dengan menggunakan teknik Extended Depth of Field untuk memfokuskan bukan sahaja subjek utama tetapi subjek yang berada jauh di belakang subjek utama juga dapat difokuskan. Gambar ini diambil bertujuan untuk menunjukkan keharmonian dan keindahan landskap di IPGKTB. Mengapakah gambar berkenaan dipilih untuk disunting? Gambar 4 ini dipilih untuk meningkatkan lagi pencahayaan di dalam gambar yang kelihatan agak kelam dan gelap. Tona bangunan yang berada di belakang subjek juga nampak agak suram dan tidak menarik. Tambahan pula, saya ingin menambahkan lagi tona langit agar kelihatan lebih biru dan awan menjadi lebih putih dan jelas. Oleh itu, tujuan suntingan ini adalah untuk memperbaki pencahyaan secara keseluruhan dan meningkatkan tona subjek yang berada di belakang subjek utama. Apakah nama perisian yang digunakan dan jenis suntingan atau kesan-kesan khas yang diberikan kepada gambar berkenaan? Perisian yang saya gunakan untuk menyunting gambar ini ialah perisian Adobe Lightroom. Perisian ini boleh dimuat turun melalui telefon pintar (Smart Phone). Perisian ini membolehkan saya memperbaiki warna gambar secara terperinci dan pada sasaran. Antara kesan-kesan khas yang diberikan pada gambar tersebut adalah seperti Exposure, Contrast, Whites, dan Shadows untuk penambahan tona gambar, manakala saya gunakan kesan Details untuk menambahkan ketajaman gambar. Berikut merupakan langkah-langkah penyuntingan yang telah saya lakukan: Langkah 1: Buka Adobe Lightroom, dan export Gambar 4. Langkah 2: Pilih Light dan laraskan Exposure dan Contrast kepada 0.19 dan 36. Langkah 3: Kemudian turunkan Highlights kepada 56 dan naikkan Shadows kepada 50. Langkah 4: Seterusnya, turunkan Whites kepada 58 dan naikkan Blacks kepada 46. Langkah 5: Tekan fitur Color dan laraskan Temperature kepada 10 untuk meberikan kesan sejuk manakala Vibrance naikkan kepada 57. Langkah 6: Turunkan Saturation kepada 18 agar warna menjadi tidak terpisah dengan warna objek lain di dalam gambar.


Langkah 7: Tekan fitur Detail untuk meningkatkan Sharpening kepada 56 dan Detail kepada 25. Langkah 8: Akhir sekali, tekan fitur Effects untuk meningkatkan Clarity kepada 34. Langkah 9: Export Gambar 4 yang disunting ke dalam telefon pintar. Sejauhmanakah anda berpuas hati dengan suntingan yang anda lakukan? Secara keseluruhanya, saya sangat berpuas hati dengan hasil suntingan yang telah saya lakukan terhadap Gambar 4. Perisian Adobe Lightroom mempunyai kawalan warna yang bagus dan pelbagai untuk membolehkan saya menyunting tona warna pada imej. Hasil daripada suntingan yang dilakukan, tona bangunan dan langit di belakang subjek utama menjadi lebih menarik dan jelas. Tambahan pula, tona kulit subjek utama menjadi lebih cerah dan jelas untuk memberikan kesan penonjolan yang lebih baik .


GAMBAR 5: SILHOUETTE SEBELUM


SELEPAS


Apakah maklumat penting yang anda boleh berikan mengenai gambar ini? Gambar 5 diambil di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth. Gambar ini diambil dengan menggunakan teknik silhouette. Subjek utama dalam teknik ini berada dalam latar belakang yang sangat terang untuk membolehkan subjek utama kelihatan sebagai bayangan gelap. Gambar ini juga diambil dengan menggunakan teknik fast shutter speed untuk memegunkan pergerakan subjek utama yang sedang melompat. Gambar ini menunjukkan kegembiraan dalam lompatan kebebasan yang dilakukan oleh subjek utama. Mengapakah gambar berkenaan dipilih untuk disunting? Gambar 5 ini dipilih untuk meningkatkan kehangatan dan keindahan awan semasa matahari terbenam (sunset). Saya ingin menyesuaikan dan menguatkan tona oren, atau merah yang wujud semasa matahari terbenam. Penggunaan kontras dapat membantu dalam menghidupkan warna-warna tersebut. Pada masa yang sama, saya juga ingin memperlihatkan keindahan dan kesan alam semulajadi semasa matahari terbenam untuk meningkatkan elemen visual yang menarik. Apakah nama perisian yang digunakan dan jenis suntingan atau kesan-kesan khas yang diberikan kepada gambar berkenaan? Saya juga menggunakan perisian Adobe Lightroom untuk menyunting Gambar 5. Terdapat beberapa kesan-kesan khas yang saya gunakan untuk mempertingkatkan lagi hasil suntingan gambar. Berikut merupakan langkah-langkah penyuntingan yang telah saya lakukan: Langkah 1: Buka Adobe Lightroom, dan export Gambar 5. Langkah 2: Pilih Light dan laraskan Exposure kepada 0.44 dan turunkan Contrast kepada 14. Langkah 3: Kemudian naikkan Highlights kepada 5 dan turunkan Shadows kepada 4. Langkah 4: Seterusnya, naikkan Blacks kepada 5. Langkah 5: Tekan fitur Color dan turunkan Temperature kepada 5, Vibrance kepada 48 dan Saturation kepada 18. Langkah 9: Export Gambar 5 yang disunting ke dalam telefon pintar. Sejauhmanakah anda berpuas hati dengan suntingan yang anda lakukan? Secara keseluruhanya, saya sangat berpuas hati dengan hasil suntingan yang telah saya lakukan terhadap Gambar 5. Hasil daripada suntingan yang dilakukan, tona langit di dalam gambar semasa matahari terbenam menjadi lebih jelas dan menarik. Suntingan warna dan effect yang dilakukan adalah minimal tetapi menghasilkan kesan yang dramatik. Akhir sekali,


suntingan yang dilakukan ini untuk meningkatkan lagi kesan silhouette pada subjek utama agar keberkesanan pengambilan gambar menggunakan teknik silhouette kelihatan lebih berkesan. Kesimpulanya, proses penyuntingan gambar telah memberikan saya peluang untuk mempertingkatkan kreativiti saya dalam penghasilan gambar yang lebih menarik. Saya dapat mengubah suai tona warna, kontras pencahyaan dan kesan khas yang saya gemari mengikut pilihan peribadi saya. Tambahan pula, saya dapat mencipta penyuntingan yang konsisten dengan gaya saya tersendiri supaya lebih ramai orang dapat mengenali gaya hasil karya yang saya hasilkan. Akhir sekali, saya berharap agar saya dapat mempertingkatkan lagi kemahiran penyuntingan gambar agar dapat menjadi seorang jurugambar yang dapat menghasilkan karya yang lebih baik pada masa hadapan.


Click to View FlipBook Version