The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amiro Aragon, 2020-09-14 02:17:46

Ogos 2020

Ogos 2020

Buletin KMS
‫بولت ني كوليج مارا سرم ني‬
Edisi Ogos 2020

Graduasi Norma Baharu
Bengkel Asas Seni
Sambutan Bulan Kemerdekaan
Hari Akademik ALFT

KOLEJ MARA SEREMBAN RAIKAN GRADUAN DENGAN

GRADUASI NORMA BAHARU

Seremban, 27 Ogos 2020 – Walaupun berdepan limitasi dengan keadaan semasa

Covid-19 selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kolej MARA

Seremban masih prihatin untuk meraikan 174 pelajar yang bakal menempatkan

diri di peringkat Ijazah Pertama mengikut kursus masing-masing ke universiti

terkemuka dunia antaranya Imperial College London, The London School of

Economics and Political Science (LSE), University College London dan

sebagainya yang dijangka terbang pada bulan September 2020. Tahun ini juga

menyaksikan 81 pelajar Asasi UTM-MARA yang akan melanjutkan pengajian ke

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Rentetan kekangan mengadakan graduasi secara fizikal, menurut Dr. Saaidah binti
Abdul Rahman, Pengarah KMS, cetusan idea inovasi untuk menghasilkan Video
Graduasi 2020 yang berdurasi selama 60 minit dilihat masih mempunyai elemen
khusus graduasi secara fizikal seperti Perarakan Masuk Graduan & Pengurusan
Kolej, juga dapat disaksikan babak Penerimaan Skrol yang secara tidak langsung
dapat menimbulkan mood graduasi dalam kalangan graduan. Apa yang lebih
istimewa ialah apabila sesi rakaman dilaksanakan dengan kolaborasi beberapa
pihak dalam agensi MARA sendiri dan ianya dilihat memberikan impak yang
sangat positif.

Ternyata, ada hikmah di sebalik wabak Covid-19 ini iaitu semua graduan
sekeluarga dapat menyaksikan Graduasi KMS 2020 secara maya walaupun di
rumah dan diharap perkongsian itu memberi mesej positif kepada semua. Dengan
penghasilan video Graduasi KMS 2020 secara maya oleh KMS juga secara tidak
langsung dapat mengetengahkan sokongan padu kepada Malaysia dalam
memerangi wabak Covid-19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh
KKM dan MKN.

Rekod pencapaian bagi program International Baccalaureate (IB) selama hampir
15 tahun merupakan satu manifestasi kewibawaan Kolej MARA Seremban sebagai
sebuah institusi pendidikan bertahap antarabangsa. Tahun ini , program IB turut
merekodkan sejarah apabila mencatat keputusan terbaik sejak mula ditawarkan
pada tahun 2005. Dengan mencatat keputusan lulus 100%, seramai 90% daripada
pelajar IB berjaya melepasi syarat MARA untuk melanjutkan pelajaran di
universiti terkemuka di dunia. Dan daripada jumlah tersebut, 24% berjaya
memperolehi keputusan cemerlang 40 point dan ke atas. Sebagai satu program
yang menekankan sudut holistik merangkumi bidang akademik dan kemanusiaan,
dugaan menghadapi pandemik tahun ini tidak dianggap sebagai satu halangan
bahkan menjadi satu pemangkin kejayaan yang berjaya membuktikan tahap
sebenar kecemerlangan pelajar-pelajar menghadapi cabaran arus global semasa.

Keputusan peperiksaan A Level June 2020 pastinya mempunyai sejarah tersendiri
dalam lipatan kenangan Kolej Mara Seremban. 78% pelajar A Level mendapat
semua A dalam setiap subjek yang di ambil. Tahun ini juga, seorang pelajar telah
mendapat 4A* dan 20 orang mendapat 3A*. Seramai 99% pelajar A-Level tajaan
Mara berjaya melepasi syarat untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka
di dunia. Keputusan ini adalah keputusan yang terbaik yang pernah dicatatkan
dalam diari Kolej Mara Seremban.

Antara pelajar yang akan meneruskan pelajaran ini merupakan mereka yang telah
mendapat anugerah Outstanding Cambridge Learner Awards bagi peperiksaan
Cambridge International AS Level yang lepas. Pelajar adalah:

1. Muhammad Amirul Adam Mohamad Zambri - Top in Country – Accounting
(The University of Warwick)

2. Muhamad Danial Yamany Dicky Yamany - Top in World – Mathematics
(King's College London)

3. Muhammad Adam Abdul Rashid - Top in World – Mathematics
(Imperial College London)

4. Nur Hidayah Khosim - Top in World – Mathematics
(The London School of Economics and Political Science (LSE)

Selain menjadi pusat persediaan dua program luar negara, Kolej MARA Seremban
turut menjadi pilihan sebagai lokasi program pra-uni Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) atau lebih dikenali sebagai Asasi UTM. Kolej ini telah melahirkan ramai
graduan dengan kelayakan akademik yang cemerlang. Situasi pandemik Covid-19
menyebabkan pembelajaran atas talian menjadi medium paling penting kepada
pelajar-pelajar ini, namun ia tidak menjadi halangan kepada sejarah
kecemerlangan mereka. Pada tahun 2020, sebanyak 98% pelajar memperoleh
CGPA di atas 3.5 menjadikan keputusan keseluruhan 100% pelajar Asasi UTM-KMS
berjaya mendapat tempat di Universiti Teknologi Malaysia, Johor dalam pelbagai
kursus kejuruteraan.

Tahniah kepada semua graduan , semoga kejayaan ini akan berterusan diperingkat
yang lebih tinggi dan kejayaan ini memberi inspirasi kepada semua .



Sambutan
Bulan Kemerdekaan
Sepanjang Ogos 2020
Kolej MARA Seremban

Bengkel Asas Seni
1 September 2020

Studio Seni



Hari Akademik ALFT
28 Ogos 2020
DTHO

Ketua Editor :
Pn Alida Binti Yunos

Editor: Editor: Editor:
Pn Nurul Hamiza Pn Susilawati Pn. Nur Farahiyah
Binti Ahmad Lodfi BintiRahim Binti Abd Mutalib


Click to View FlipBook Version