Pandangan objek dari sudut camera view
Sudut Pandangan Perspektif
Sudut pandangan perspektif dalam konsep 3D merujuk kepada sudut pandangan orang
yang memandang pada satah mengufuk. Dalam sesuatu aplikasi 3D, sudut pandangan
perspektif merupakan sudut pandangan lalai (default). Untuk melihat sesuatu objek dari
arah yang berlainan, sesuatu objek itu perlu dipusingkan kedudukannya. Berbeza
dengan konsep sudut pandangan kamera, bagi sudut pandangan perspektif biasanya
sesuatu objek perlu diubah kedudukannya untuk menghasilkan pandangan yang
berbeza.
UNIT 11: PENCAHAYAAN
Objektif:
Selepas mengikuti unit ini murid dapat memahami konsep cahaya dalam aplikasi 3D.
Untuk melihat sesuatu objek, cahaya diperlukan. Jenis-jenis cahaya dalam aplikasi 3D
berbeza-beza antara satu dengan yang lain bergantung kepada jenis aplikasi, namun
konsepnya adalah serupa iaitu untuk menghasilkan satu kesan yang realistik dan
menyerupai situasi yang sebenar. Misalnya cahaya yang boleh menghasilkan bayang
(shadow), cahaya yang datangnya dari sumber semula jadi seperti cahaya matahari,
cahaya yang datangnya dari lampu atau cahaya yang bertumpu (spotlight).
Cahaya yang bertumpu misalnya bertindak seperti lampu suluh yang menyinari hanya
sebahagian sesuatu objek seperti lampu yang menyinari seorang pelakon di atas
sebuah pentas. Cahaya yang bertumpu selalunya bertindak seperti bentuk kon.
Kedudukan cahaya yang diletakkan dalam left viewport
Cahaya yang datangnya dari sebuah lampu di dalam sebuah rumah pula misalnya
menyinari secara membulat dan nilai kepekatannya bergerak dari arah dalam menghala
keluar. Hasilnya ia akan menyinari sesuatu permukaan secara serakkan. Cahaya yang
begini dipanggil juga cahaya jejarian.
Cahaya semula jadi seperti cahaya matahari menyinari sesuatu objek secara lurus atau
selari.
UNIT 12: ANIMASI 3D
Objektif:
Selepas mengikuti unit ini murid dapat memahami konsep animasi dalam aplikasi
3D.
Di dalam aplikasi 3D, animasi melibatkan pergerakan sesuatu objek dalam persekitaran
tiga satah utama iaitu X, Y dan Z. Dalam persekitaran 3D, setiap objek mempunyai nilai
kordinasinya sendiri. Nilai koordinasi ini membolehkan seseorang yang membuat model
mengetahui kedudukan model tersebut di dalam ruang 3D. Nilai-nilai koordinasi inilah
yang akan diubah-ubah untuk menghasilkan pergerakan sesuatu objek.
Biasanya objek yang hendak dianimasikan, dibina berdasarkan gabungan objek-objek
kecil yang dipautkan (link) antara satu dengan yang lain untuk menghasilkan satu
pergerakan yang licin dan realistik. Salah satu daripada objek tersebut akan menjadi
objek induk (parent) dan yang lainnya dipanggil sebagai anak (child). Pergerakan
sesuatu objek adalah secara berhierarki iaitu pergerakan induk akan diikuti oleh
pergerakan anak manakala pergerakan anak tidak semestinya diikuti oleh pergerakan
induk.
Untuk memudahkan pergerakan animasi, sesuatu aplikasi 3D biasanya menyediakan
satu teknik yang dipanggil Kinematik Songsang atau Inverse Kinematik (IK). Kinematik
Songsang adalah satu teknik di mana sesuatu pergerakan objek adalah berdasarkan
pergerakan objek induk yang telah disusun secara hierarki. Teknik ini dapat membantu
menghasilkan pergerakan yang lembut dan realistik yang mana begitu sukar dibuat
secara manual.
Dalam aplikasi 3D animasi dapat difahami dalam dua keadaan iaitu berdasarkan
pergerakan objek dan berdasarkan pergerakan kamera. Dalam situasi yang pertama,
objek digerakkan di atas satah-satah X, Y dan Z, manakala dalam situasi kedua, objek
mungkin tidak bergerak sebaliknya yang bergerak hanyalah kamera. Pergerakan
kamera ini menimbulkan kesan seolah-olah sesuatu objek itu bergerak. Biasanya situasi
yang kedua ini lebih mudah dilakukan oleh juruanimasi.
UNIT 13: RENDERRING 3D
Objektif:
Selepas mengikuti unit ini murid dapat memahami konsep rendering dalam aplikasi
3D.
Rendering adalah proses mengumpul maklumat animasi yang telah diskripkan melalui
perbezaan nilai-nilai kedudukan sesuatu objek di atas satah X, Y dan Z, atau satu
komposisi 3D kepada rentetan gambar yang berbentuk 2D.
Proses render adalah proses yang terakhir yang mesti dilakukan setelah sesuatu objek
dipastikan dengan komposisinya seperti bentuk tekstur, pencahayaan, dan pergerakan
sebelum sesebuah animasi itu dapat dihasilkan dalam bentuk klip video, filem dan
sebagainya. Biasanya model-model yang telah dirender, boleh disimpan di dalam
pelbagai bentuk fail animasi seperti fli, flc, avi, mov, mpeg dan lain-lain lagi.
Ahli Panel Penulis Modul Pembelajaran
Grafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia
Penaung: Pengarah PPK
Timbalan Pengarah PPK
Penasihat : Tuan Haji Mohd. Aspar bin Haji Dasuki
Ketua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK
Pengerusi : En. Abdul Wahab bin Ibrahim
Ketua Unit, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK
Ketua: En. Shamsul Bahri b. Baharudin (Produksi Multimedia)
Penolong Pengarah Kurikulum
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK
En. Mazlan b. Haji Talib (Grafik Berkomputer)
Penolong Pengarah Kurikulum
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK
Panel Penulis:
En. Jusni bin Nasirun Institut Perguruan Darulaman
En. Tuan Rosdan b. Tuan Ibrahim Institut Perguruan Darulaman
En. Shukri b. Mansor Institut Perguruan Darulaman
En. Ishak b. Othman(Allahyarham) Institut Perguruan Darulaman
En. Zain Hazmi b. Zain Baharin Maktab Perguruan Ipoh
En. M. Nadarajan Maktab Perguruan Ipoh
En. Yahya b. Mohamad SMK Kulim, Kedah
En. Abdul Jasheer b. Abdullah SMK Mahang, Kedah
Pn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman SMK Alor Janggus, Alor Setar
Pn. Nor’ain bt. Sulaiman SMK Jitra, Kedah
En. P. Sarjit Singh SMK Taman Ria Jaya, Sg. Petani
En. Ibrahim b. Mat Aris SMKA Al-Irshad, Kepala Batas
En. Zairudin b. Ahmad SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas
En. Mohd. Nawi b. Haron SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan
Cik Rozilah bt. Mohd. Yusof SMK Permas Jaya, Johor Baharu
Pn. Normiza bt. Mohd. SMK Anderson, Ipoh
En. Nordin b. Awang Nor SMK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan
En. Mahfudz b. Haji Ahmad SMKA Slim River Perak
En. Arman bin Ishak SMK Raja Lope Nor Rashid, Perak
Pn. Siti Rosnah bt. Abu Bakar SMK Convent Perak
Pn. Nor Hadzlin Mohd. Nor SMK Putra, Perlis
Urus Setia (PPK)
En Abu Sulaiman bin Ibrahim
En. Hassan b. Wahid
En. Abd. Rahman b. Ismail
Cik Sarina bt. Ibrahim
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Ogos 2003