The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noor munira, 2020-06-11 09:39:25

Ebook_Raya_Diari_Duka_Shasha

Ebook_Raya_Diari_Duka_Shasha

Diari Duka

Shasha

“Mengumumkan ketibaan pesawat
ke lapangan terbang antarangsa
Vietnam. Pesawat ini akan mendarat sebentar
lagi. Para penumpang diminta memakai tali
pinggang keselamatan. Sila rujuk panduan
pemakaian tali pinggang di tempat duduk
hadapan anda….”

Suara pramugari yang membuat
pengumuman itu mengejutkan Shasha
dari tidurnya. Tidak terasa langsung
penerbangan selama lebih kurang
5 jam itu. Rasanya dia baru sahaja

Diari Duka Shasha

melelapkan mata, tahu-tahu sudah tiba di
destinasi yang dituju.

Shasha menggeliat malas dan mengenakan
tali pinggang keselamatan seperti yang
diarahkan. Oleh kerana dia sudah biasa
menaiki pesawat sewaktu bercuti ke luar
negara, Shasha langsung tidak berasa kekok
dengan segala kelengkapan di dalam kapal
terbang itu.

Berlainan sungguh dengan ragam para
pelajar Sri Bangsar lain yang nyata terkial-
kial hendak memasang tali pinggang
keselamatan tersebut. Maklumlah, rata-
rata ini kali pertama mereka menaiki kapal
terbang.

Kapal terbang mendarat dengan
selamatnya dan para peserta program
pertukaran pelajar dari Sri Bangsar diminta
berkumpul beramai-ramai sebelum bertolak
ke sekolah yang ditetapkan. Cikgu Norah

3

Haziq Ridzuan

dan Cikgu Fauzi yang menjadi guru pengiring
dari Sekolah Sri Bangsar membuat kiraan
bilangan pelajar sebelum melepaskan mereka
semua menaiki bas. Kenderaan itulah yang
bakal membawa mereka ke sekolah tempat
menuntut ilmu di Vietnam.

Shasha masih tidak percaya bahawa
dirinya kini sudah selamat berpijak di bumi
asing itu. Ingatannya masih segar saat dia
memberitahu The Wannababes tentang
keberangkatannya ke Vietnam selama dua
bulan itu.

“Sebenarnya, saya terpaksa bertukar
sekolah!”

“WHAT?” Serentak dengan pengumuman
Shasha itu, kesemua 6 ahli kehormat The
Wannababes sudah ternganga dan terlopong
mulut umpama serombong kapal. Nasib baik
tiada lalat yang sesat masuk ke dalam. Jika
tidak tentu hilang ayu. Ah... Shasha mahu

4

Diari Duka Shasha

pindah sekolah? Biar betul? Berita itu sungguh
di luar jangkaan semua!

“Are you serious, Shasha? You’re joking,
right?” Fasha kelihatan begitu terkejut sekali
dengan pengumuman itu. Berkerut-kerut
dahinya mendengarkan perkara tersebut.

“Oh, tidak! Jangan tinggalkan kami
semua Shasha!” Nana dan Diana sudah
menangis berpelukan penuh emosi kerana
tidak sanggup berpisah dengan sahabat yang
disayangi. Para pelajar yang berada di sekitar
kantin juga jadi pelik melihat perilaku The
Wannababes yang sungguh “over acting”
sekali.

“Mengapa begitu mendadak sekali? Kami
semua sayangkan awak, Shasha. Mengapa
pula hendak bertukar sekolah secara tiba-
tiba?” Linda meminta kepastian daripada
Shasha. Tidak percaya dengan khabar yang

5

Haziq Ridzuan

disampaikan itu. Pasti Shasha yang tersilap
cakap ataupun dia yang tersalah dengar.

“We should organize a grand farewell
party for you. Bila tarikh awak berpindah
sekolah?” Fazura pula sudah berura-ura
hendak menganjurkan majlis perpisahan
penuh gilang gemilang bagi meraikan

6

Diari Duka Shasha

sahabatnya itu buat kali terakhir di hotel
mewah 5 bintang.

Insan seistimewa Shasha perlu diraikan
dengan istimewa dan penuh berprestij juga.

“Girls, wait! Stop it! Saya belum habis
cakap lagi. Memanglah saya akan bertukar
sekolah. Tetapi bukan berpindah untuk
selama-lamanya.”

The Wannababes terpaksa merelakan
pemergian Shasha ke Vietnam bagi
mengikuti program pertukaran pelajar itu.
Semuanya berpunca dari kehendak bapanya,
Dato’ Saidini yang berkeras menyuruhnya
menyertai program tersebut.

Shasha mengeluh lemah mengingatkan
peristiwa pertengkaran antara dirinya dan
juga bapanya.

“Sudah! Jangan hendak merepek yang
bukan-bukan! Keputusan papa adalah

7

Haziq Ridzuan

muktamad! Kamu tetap akan menyertai
program pertukaran pelajar ke Vietnam
itu!” Dato’ Saidini sudah bercekak pinggang
memandang Shasha dan isterinya.

“But, papa….” Belum sempat Shasha
hendak membantah lagi, Dato’ Saidini
terlebih dahulu memotong percakapan
Shasha.

“One more word of disagreement from
you and I will block all your credit card
access! Kalau kamu masih berkeras tidak
mahu menyertai program pertukaran
pelajar tersebut, papa akan kenakan sekatan
ekonomi ke atas kamu! Biar kamu rasa hidup
susah! Kamu mahu begitu?”

Shasha memang tidak sanggup jatuh
miskin serta-merta. Terpaksalah dia menurut
sahaja kemahuan bapanya.

Para peserta program pertukaran pelajar
yang lain sibuk mengambil gambar kenang-

8

Diari Duka Shasha
kenangan di lapangan terbang Vietnam.
Ada yang bergaya di tangga kapal terbang,
ada juga yang melompat-lompat berlatar
belakangkan kapal terbang berwarna merah
putih itu.

Hanya Shasha seorang sahaja yang kekal
bermuram durja dan tidak menunjukkan riak
teruja. Dia mahu tempoh dua bulan program
tersebut cepat-cepat berakhir. Tidak tahulah
bagaimana kehidupan yang terpaksa dijalani
selama di Vietnam ini. Diari yang dibawa
bersamanya bakal mencoretkan segala
kisah suka dan duka yang akan ditempuh
selama berada di Vietnam. Mungkin lebih
banyak duka dari suka. Shasha mengeluh
lagi.

9

Haziq Ridzuan

11 April: Hari pertama di Vietnam!

“Well Vietnam, you better be good to
me!”

Kesemua rombongan peserta program pertukaran
pelajar diminta menaiki bas khas yang bakal
membawa kami ke sekolah dan asrama penginapan
selama kami berada di sini. Saya tiada mood...
sudahlah bas yang disediakan buruk! Terpaksa pula
bergesel-gesel bahu dengan pelajar bertaraf biasa-
biasa. Jadi saya lebih banyak berdiam dan merenung
ke luar tingkap bas sahaja. This is not exciting at all!
Suasana bandar asing yang melatari perjalanan kami
menuju ke sekolah tersebut langsung tidak menarik!
Kuala Lumpur is much better!

Hmm… tetapi bandar di Vietnam ini tidaklah
semundur yang saya sangkakan. Terdapat banyak
juga bangunan-bangunan moden yang tersergam
di kiri dan kanan jalan. Saya dapat lihat beberapa
bangunan kompleks membeli-belah yang boleh
dikunjungi jika berasa bosan. Saya akan membeli-

10

Diari Duka Shasha

belah dengan sepuas-puasnya di sini! After all, I still
have my credit card. Walaupun Malaysia kelihatan
jauh lebih maju, tetapi untuk negara membangun
seperti Vietnam ini boleh tahan jugalah. Phew! Lega
sedikit hati saya. Nampak jugalah perkembangan
tamadun pembangunan di sini. Saya fikir hanya ada
hutan belantara sahaja.

Tetapi, lama-kelamaan bas bergerak semakin
jauh meninggalkan kawasan bandar. Pekan-pekan
kecil juga semakin kurang kelihatan kerana bas ini
telah memasuki kawasan pedalaman yang dikelilingi
kawasan hutan dan dusun-dusun. Saya risau
sangat! Mana kompleks membeli belah tadi? Mana
bangunan pencakar langit? Mana restoran-restoran
mewah? Mana... mana... MANA? Mengapa cuma
pokok-pokok hijau sahaja yang kelihatan? Mengapa
ada sungai yang mengalir di pinggir jalan? Tiba-
tiba sahaja rasanya saya diserang perasaan
gementar, panik dan cemas secara serentak.
Janganlah sekolah itu berada di tengah-tengah
hutan!

11

Haziq Ridzuan

Sesampainya kami di lokasi sekolah berkenaan,
saya merupakan satu-satunya manusia yang
tercengang kebingungan. Inikah sekolahnya?
Sekolah yang dimaksudkan itu berada betul-betul
di tepi sungai! Asramanya pula terletak betul-
betul bersebelahan sekolah berkenaan. Sekali
imbas, saya lihat sekolah itu kelihatan seperti
sebuah gereja. Tekaan saya tepat sekali! Sekolah
ini asalnya gereja lama yang diubah suai menjadi
sekolah oleh penduduk tempatan. This is bad... this
is really bad! Badan saya juga sudah menjadi seram
sejuk. Suasana persekitaran sekolah dan asrama
itu sangat mengerikan. Ia sudah seperti rumah
drakula!

Asrama pula tidak perlulah saya ceritakan
panjang lebar. Boleh mimpi ngeri dibuatnya! Kami
semua hanya disediakan sebuah loker besi kecil
untuk mengisi semua barang. Manalah cukup satu
loker untuk saya! Baju saya banyak sangat! Itu
belum dicampur alat solek, buku sekolah dan kasut
berpasang-pasang. Di mana saya hendak letakkan

12

Diari Duka Shasha

semua ini? Katil pula jenis double decker yang
perlu dikongsi dengan pelajar lain. Nasib baik saya
cepat memilih katil di tingkat bawah. Tidak sanggup
rasanya hendak memanjat ke katil atas setiap kali
mahu tidur! Huh... ingat saya monyet yang suka
panjat-panjat? Tolonglah!

Di sinikah saya akan tinggal selama dua bulan?
Oh no! Save me! Saya tidak tahu bagaimana
agaknya saya hendak bertahan tinggal di sekolah ini
untuk tempoh dua bulan. Semoga semuanya berjalan
dengan baik. I doubt it! Nampaknya kami sudah perlu
bergerak ke dewan sekolah untuk sesi taklimat. I
have to go. Till then!

Xoxo,
Shasha.

13

Haziq Ridzuan

13 April: Kelas ataupun rumah mayat?

Hello dear diary! So far not so good! Hari
ini memang teruk! Buat pertama kalinya kami
semua diagih-agihkan masuk ke kelas yang bakal
diduduki. Tetapi kelas yang dimaksudkan langsung
tidak kelihatan seperti kelas! Nampak seperti
rumah menyimpan mayat! Serius, ia sungguh
menakutkan dan mengerikan! Di sini, para pelajar
tidak menggunakan meja dan kerusi secara individu.
Para pelajar diminta berkongsi meja yang agak
panjang dan duduk di atas bangku beramai-ramai.
Hanya ada dua meja panjang di dalam setiap kelas
dan para pelajar disusun seperti di dalam filem
Harry Potter. Saya yakin bahawa siku saya telah
bersenggolan dengan budak sekolah Vietnam yang
baju sekolahnya lusuh sangat-sangat! Euww! Nanti
saya mesti sental baju sekolah saya supaya tidak
ada bakteria yang berjangkit!

Waktu rehat juga langsung tidak mengujakan.
Bayangkanlah... kantin sekolah tersebut hanya
menyediakan dua jenis hidangan yang saya sendiri

14

Diari Duka Shasha

tidak pasti jenis makanannya. Mungkin makanan
ruji penduduk tempatan. Saya difahamkan, para
pelajar biasanya membawa bekal sendiri dan
hanya para guru yang sering berbelanja di kantin
sekolah. Jika begini, di mana saya hendak makan
sepanjang berada di sini? Mati kebulurlah saya!
Oh, saya sangat rindukan makanan di kantin
Sekolah Sri Bangsar yang sangat lazat setaraf
hotel lima bintang. Sudahlah lazat, pilihannya pula
pelbagai. Sebut sahaja mahu makan apa, semuanya
ada.

Terpaksalah saya mengalas perut dengan roti
berinti keju yang saya bawa dari Kuala Lumpur.
Itupun saya tidak pasti berapa lama bekalan
makanan itu boleh bertahan. Alamak! Guru yang
mengajar sudah masuk. Nanti saya akan sambung
lagi kisah saya di sini.

Salam penuh derita,

Shasha.

15

Haziq Ridzuan

20 April: Sakit pinggang!
Seminggu saya di sini... selama seminggu ini

juga saya langsung tidak dapat tidur lena. Macam
mana hendak tidur lena? Asrama penginapan
kami sungguh tidak selesa! Tilam yang dibekalkan
semuanya keras-keras belaka. Saya tidak pasti
sama ada isi tilam tersebut adalah span ataupun
kayu balak! Pinggang saya sudah sakit-sakit
seperti orang tua sahaja. Kipas pula cuma ada satu
di tengah-tengah asrama.

Waktu malam memanglah agak dingin kerana
kawasan asrama ini dikelilingi hutan. Tetapi menjelang
waktu tengah hari, suhunya panas sungguh sampai
berpeluh-peluh seperti berada di dalam ketuhar!
Habis rosak beauty sleep saya di sini. Mata saya
juga sudah bengkak dan gelap seperti panda sebab
tidak cukup tidur.

16

Diari Duka Shasha

Setiap kali malam menjelma juga, suasana asrama
akan menjadi samar-samar kerana hanya ada
satu sahaja lampu yang dipasang buat menerangi
sebahagian asrama. Itu pun jauh di hujung koridor.
Seram sungguh! Saya hendak ke tandas pun tidak
berani. Kiri ada sungai, kanan pula hutan. Bagaimana
sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi? Saya
memang tidak sanggup hendak berlama-lama di
sini. I have to get out from here ASAP! Saya mesti
mencari alasan untuk segera meninggalkan kawasan
ini. Esok saya akan memikirkan beberapa rancangan
yang membolehkan saya pergi jauh dari Vietnam dan
kembali ke Sri Bangsar! Esok sahajalah. For now, I
need my sleep.

P/S: Harap-harap saya dapat bermimpi ke
Bangsar!

Good night!

Shasha.

17

Haziq Ridzuan

24 April: Aku mahu pulang ke Sri Bangsar!

Oleh sebab bekalan makanan yang saya bawa
semuanya sudah melewati tarikh luput, maka
terpaksalah saya berbelanja di kantin. Tidak mungkin
hendak berlapar dan kebulur pula?

Walaupun saya sedikit was-was dengan kualiti
makanan yang disediakan, namun saya tiada masa
hendak berfikir panjang. Perut saya sudah lapar
sangat. Jadi saya belilah satu set hidangan yang
kelihatan seakan-akan serupa dengan nasi lemak.
Ada nasi, ada sambal, ada telur, cuma bezanya
hidangan ini turut dilengkapi dengan ikan masin
yang bersaiz halus-halus seperti ikan bilis. Mungkin
ini ikan bilis versi Vietnam agaknya. Tidak kisahlah,
janji saya dapat makan.

Boleh tahan juga rasa makanan di sini, cuma
sedikit pedas. Tidak sangka orang Vietnam suka
makan pedas. Namun, saat saya meneguk air oren
yang disediakan oleh kantin sekolah itu, saya terasa
lain macam pula. Mengapa payau pula rasa air

18

Diari Duka Shasha

oren ini? Tiba-tiba saya teringat kata-kata Fazura
berkenaan penduduk di Vietnam.

“...saya pernah terbaca bahawa Vietnam
bergantung sepenuhnya terhadap air sungai sebagai
sumber kehidupan seharian. Mereka minum air
sungai pun tidak ditapis. Minum begitu sahaja.
Euww! So disgusting!”

Jangan-jangan mereka gunakan air sungai untuk
membancuh air oren tersebut? Uwek! Terus saya
muntahkan kembali sisa air oren yang belum sempat
saya telan. Tetapi satu per tiga air tersebut sudah
selamat saya teguk. Macam mana sekarang? Nanti
tentu sakit perut! Habislah saya!

Ting!

Tiba-tiba otak saya yang bergeliga ini mendapat
satu idea bernas. Jika saya benar-benar sakit perut,
bolehlah ia dijadikan alasan! Kononnya makanan di
sini tidak bersih, itulah modal untuk saya kembali ke
Sri Bangsar! Yes, I’m so brilliant!

19

Haziq Ridzuan

Terus saya tempah satu jag air oren payau itu
dengan mak cik penjaga kantin di sekolah tersebut.
Mula-mula tercengang juga dia mendengarkan saya
hendak meminum satu jag air oren buatannya. Tetapi
setelah saya hulurkan duit saya yang berkepuk-kepuk
itu, terus dia sediakan tanpa banyak soal. Once The
Wannababes, always The Wannababes! Di mana
sahaja saya berada, aura The Wannababes tetap
saya bawa. Apa lagi, habis satu jag air oren tersebut
saya teguk sehingga habis. Payau pun payaulah!
Asalkan saya dapat pulang ke Sri Bangsar. Tidak
sabar hendak menunggu malam ini. Tentu perut saya
akan memulas. Kemudian saya pasti akan dihantar
pulang ke Malaysia!

Baiklah, loceng sudah berbunyi dan saya perlu
kembali ke kelas. Hmm… alangkah seronoknya jika
saya kembali ke kelas dan terlihat wajah Fasha.Tetapi
apakan daya, Fasha jauh di Sri Bangsar. Saya pula
terperuk di sini. Nasib…nasib!

I miss you Fasha!

Shasha. 20

Diari Duka Shasha

29 April: Aku mahu pulang ke Sri Bangsar
bahagian 2!

Huh! Tunggu punya tunggu... sampai ke minggu
hadapan perut saya masih tidak sakit. Macam mana
hendak gunakan alasan ini supaya dapat pulang
ke Malaysia? Agaknya tidak cukup satu jag air
sungai itu saya teguk. Itu sebablah perut saya tidak
meragam. Mungkin juga sebab saya sudah agak lama
berada di sini, maka sistem pencernaan saya juga
sudah terbiasa dengan cara hidup orang Vietnam?
Tidak! Saya tidak mahu jadi orang Vietnam! Saya
orang Malaysia! Saya mahu pulang!

Waktu petang begini, jika di Malaysia tentu saya
sedang melepak bersama The Wannababes di rumah
Fasha ataupun sedang bersenang-lenang di pusat
membeli belah.

Oh, saya sangat rindukan rasa kopi beraroma
segar dari The Coffee Bean! Saya mengidam

21

Haziq Ridzuan

manisnya rasa pavlova di Alexis, Bangsar! Saya
inginkan sesi bergosip dan melepak bersama The
Wannababes!

Di sini saya hendak melepak di mana? Di tepi
sungai? Kemudian hendak buat apa? Memancing
ikan? Silap hari bulan saya yang dipancing
dan menjadi santapan buaya. Hish... minta
simpang!

Budak-budak lain itu selamba sahaja saya lihat
main kejar-kejar di tepi sungai. Kalau ada yang
terjatuh dan lemas, bukankah bahaya? Menyampah
pula saya lihat mereka bersuka ria seperti itu. Entah
apa yang seronok sangat tinggal di sini. Setakat ini
hanya penderitaan sahaja bagi saya!

Hmm…tetapi jika ada yang terjatuh ke dalam
sungai pun bagus juga. Tentu pihak sekolah akan
menggelabah dan segera menggesa para pelajar
pulang ke Sri Bangsar atas dasar keselamatan.
Terasa mahu sahaja saya tolak seorang dua yang
sedang berlari-larian di tepi sungai itu. Kalaulah

22

Diari Duka Shasha

saya yang terjatuh ke dalam sungai, pasti papa dan
mama akan menyaman pihak sekolah! Eh… bagus
juga cadangan ini!

Apa kata saya buat-buat lemas di dalam sungai?
Tentu para guru dan pelajar akan menjadi serba
salah. Yalah, siapa yang tidak takut melihat anak
Dato’ yang berpengaruh seperti saya ini lemas di
sungai?

Baiklah, demi misi untuk pulang ke Sri Bangsar,
saya akan ‘melemaskan’ diri di sungai! Pilih kawasan
yang cetek-cetek sahaja. Jika dalam-dalam saya
tidak berani. Nanti lemas betul-betul pula. Mari terjun
sungai dan pulang ke Sri Bangsar!

P/S: Mesti cari pelampung sebagai langkah
keselamatan!

Love,
Shasha.

23

Haziq Ridzuan

1 Mei: Gagal lagi!

Rancangan saya gagal lagi! Bukan main hebat
saya berlakon lemas tempoh hari, siap dengan jeritan
ala-ala manja dan beralun nyaring lagi. Saya fikir ia
pasti akan menjadi isu besar kerana yang lemas ini
bukan calang-calang orang! Hei, ini Shasha anak
Dato’ Saidini!

Sekiranya saya lemas di sungai Vietnam, tentu
akan menjadi tajuk berita utama di akhbar harian!
Boleh pula Cikgu Norah hendak berlagak tenang dan
kata saya tidak apa-apa. Padahal dia langsung tidak
berada di tempat kejadian! Kalaulah saya boleh
menelefon mama sekarang, pasti dia sudah merayu
agar papa menjemput saya pulang.

Ini semua salah pemuda Vietnam itulah! Tidak
sampai seminit saya berlakon lemas, dia sudah terjun
konon-konon berlagak hero hendak menyelamatkan
saya pula. Biarkanlah saya lemas lama sedikit kalau
hendak menyelamatkan saya pun! Kalau boleh
biar ramai saksi yang melihat saya telah lemas. Ini

24

Diari Duka Shasha

tidak! Belum cukup seorang dua yang menggelabah
melihat saya lemas, dia sudah terjun ke arah saya
pula. Menyusahkan orang betul!

Itupun saya sudah meronta-ronta dan
memberitahunya agar tidak menyelamatkan saya.
Tetapi dia tidak faham bahasa agaknya. Tetap mahu
menyelamatkan saya yang sedang berlakon lemas
itu. Habis rosak rancangan saya! Maklumlah, dia
orang Vietnam. Kalau cakap Melayu bukannya dia
boleh faham!

Oleh sebab itu, Cikgu Norah yang memeriksa
keadaan saya langsung tidak berasa risau. Katanya
yang penting saya selamat itu sudah cukup.
Hello? Siapa yang lemas sekarang? Saya ataupun
cikgu?

Kalaulah cikgu menyaksikan sendiri bagaimana
saya berpura-pura lemas tadi, tentu dia tidak
berpendapat sebegini. Tentu dia sudah panik
sampai tahap gigit kuku kerana risaukan saya
yang berpangkat anak Dato’ ini lemas di hadapan

25

Haziq Ridzuan
matanya. Jika begini, tidak dapatlah saya pulang ke
Sri Bangsar! Setakat mendapat cuti sakit dua hari
tetapi terdampar di sini buat apa? Boleh bertambah
sakit saya jika terus lama-lama di sini. AKU MAHU
PULANG!

P/S: Apa agaknya khabar Lily kucingku yang
comel dan gebu?

Yang merindui Lily,
Shasha.

26

Diari Duka Shasha

6 Mei: OMG! Fire!

Semalam telah terjadi sesuatu perkara yang
sangat tidak diduga!

Pada ketika kami semua bersiap-siap hendak
tidur, secara tiba-tiba bekalan elektrik telah
terputus! Suasana jadi gelap gelita yang teramat
sangat.

Kami semua pelajar perempuan menjerit semahu-
mahunya kerana terlalu takut. Saya pula ketika itu
sedang memakai krim muka. Habis tercampak krim
mahal saya kerana terlalu terkejut!

Semua orang bertempiaran lari ke hulu hilir
sehingga ada yang berlanggar sesama sendiri. Saya
juga benjol dahi kerana terhantuk almari semasa
melarikan diri. Sakit sungguh rasanya! Nasib baik
kecantikan saya masih kekal.

Keadaan menjadi tenang seketika apabila Cikgu
Norah dan pengetua sekolah datang menenteramkan
kami semua.

27

Haziq Ridzuan

Kebetulan pula, minyak tanah sudah kehabisan
stok. Jadi, tidak dapatlah mereka memasang lampu
minyak tanah bagi menggantikan lampu kalimantang
sedia ada.

Pengetua hanya membekalkan kami semua
dengan beberapa batang lilin yang diletakkan di
penjuru bilik asrama supaya suasana tidaklah terlalu
gelap.

Lega sedikit hati saya apabila bilik kembali
diterangi cahaya walaupun sekadar cahaya lilin.
Barulah sedap hati hendak tidur.

Tetapi, di tengah-tengah malam buta itu tiba-
tiba sahaja perut saya memulas sakit hendak
membuang hajat. Hish! Memang sudah tidak boleh
ditahan langsung! Tentu saya salah makan siang
tadi.

Oleh kerana saya tergesa-gesa hendak ke
tandas, secara tidak sengaja saya telah tersepak
bekas yang digunakan untuk meletak lilin tadi. Apa
lagi, jatuh bergoleklah lilin tersebut.

28

Diari Duka Shasha

Tanpa diduga, api lilin tersebut telah menyambar
langsir tingkap asrama dan api marak secara
tiba-tiba. Saya tergamam dan tidak tahu hendak
membuat apa.

Oh, my God! Fire! Apa yang telah saya buat?
Saya telah membakar asrama secara tidak sengaja!
Oleh kerana terlalu panik, saya terus menjerit api...
api... api! Sekuat hati sampailah beberapa orang
pelajar lain terbangun. Apa lagi? Kelam kabut semua
orang berlari menyelamatkan diri. Ada yang tidak
sempat memakai tudung hanya menyarung selimut
sahaja.

Kami semua hanya sempat menyelamatkan
telefon bimbit dan dokumen penting seperti pasport
dan kad pengenalan sahaja kerana api marak
dengan cepat. Saya sempat membawa lari diari ini
kerana saya letak di bawah bantal. Jadi diari ini
selamat di tangan saya.

Baju dan buku semuanya hangus terbakar.
Asrama yang dibina sepenuhnya menggunakan

29

Haziq Ridzuan

kayu itu menyebabkan api merebak dengan
pantas.

Malam itu kami semua berkumpul di dewan
dan tidur beramai-ramai di sana. Apabila mereka
bertanya mengenai insiden kebakaran tersebut,
saya hanya menggelengkan kepala tanda tidak
tahu seperti kesemua pelajar lain. Ini rahsia
besar!

Habislah saya jika mereka mendapat tahu
bahawa kebakaran asrama adalah berpunca daripada
kecuaian saya. Saya mesti mengunci diari ini dengan
kunci mangga paling kuat supaya tidak ada sesiapa
yang membacanya. Matilah saya jika mereka
terbaca pengakuan bertulis ini.

Rupa-rupanya, ada hikmah yang berlaku di
sebalik kebakaran tersebut. Oleh kerana hampir
kesemua barangan kami hangus terbakar dan tiada
lagi asrama alternatif untuk menempatkan kami,
program pertukaran pelajar ini telah dipendekkan

30

Diari Duka Shasha

tempohnya dan akan ditamatkan pada minggu
ini.

Yahoo! Boleh balik Malaysia! Tidak sia-sia
saya ditakdirkan ‘membakar’ asrama ini. Ternyata
ada pelangi yang menanti di balik awan mendung!
Tidak sabarnya saya hendak berjumpa dengan
The Wannababes! Mereka tentu terperanjat kerana
saya bakal pulang lebih awal daripada tempoh yang
dijanjikan.

Saya akan buat kejutan kepada mereka.
Tidak sabar hendak berkongsi pengalaman ini
dengan semua. Tentu The Wannababes kagum
mendengar ketabahan dan kecekalan saya
menjalani kehidupan penuh derita dan sengsara di
Vietnam.

Mujurlah kerana saya banyak berkongsi cerita
kesusahan di sana, papa rupanya sudah berniat
untuk mengeluarkan sejumlah derma yang agak
besar bagi membina semula bangunan asrama
yang baru. Kali ini mereka akan membina bangunan

31

Haziq Ridzuan

konkrit dengan kemudahan yang lebih baik termasuk
membina dua buah perigi. Tidak putus-putus ucapan
terima kasih kepada saya selaku wakil papa di sana.
Oh, lega sedikit hati saya!

Tetapi tidak boleh cerita hal kebakaran ini
kepada The Wannababes! (Mungkin boleh kongsi
dengan Fasha sahaja.) Jika tersebar di Sri Bangsar,
tentu lebih teruk saya dikerjakan oleh papa. Tidak
kisahlah! Apa yang penting, akhirnya Shasha akan
pulang ke Sri Bangsar! So long Vietnam! Never see
you again!

P/S: Saya mahu bawa pulang sedikit air sungai
di Vietnam untuk diberi pada Fazura!

I’m coming home to Bangsar!
Shasha.

@TAMAT@

32


Click to View FlipBook Version