MODUL
ASAS PSIKOLOGI
UNTUK PERAWAT
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir modul ini, pelajar diharapkan dapat:
1. Terangkan kepentingan pengetahuan asas
psikologi dalam perlaksanaan perawatan
kepada klien.
2. Aplikasikan pengetahuan asas psikologi
dalam melaksanakan penjagaan kesihatan.
SINOPSIS MODUL
Modul ini menyediakan pengetahuan asas
psikologi yang berkaitan dengan perawatan
kesihatan umum merangkumi subtopik berikut:
1. Psikologi.
2. Perkembangan dan pertumbuhan manusia.
3. Perkembangan personaliti.
4. Tekanan (stress).
SEJARAH PSIKOLOGI
• Aristotle (384-322 SM) pernah digelar sbg ‘Bapa
Psikologi’.
• Abad ke 18, kaedah saintifik mula digunakan utk
mengkaji otak, saraf & deria dalam psikologi.
• Abad ke 19, ilmu psikologi lebih berkembang dan
makmal psikologi pertama dibina oleh William
Wundt pada tahun 1879 di Leipzig, Jerman.
KRONOLOGI PSIKOLOGI
• Perkataan ‘psikologi’ kali pertama digunakan oleh Rudolf
Goekle pada tahun 1590.
• Perkataan ini adalah kombinasi daripada perkataan Greek
‘Psyche’ yang bermaksud jiwa dan ‘logos’ yang bermaksud
kajian. Ini menjadikan psikologi bermaksud sains jiwa.
• Pada tahun 1890, William James telah mendefinisikan
psikologi sebagai ‘sains minda’ bagi memasukkan aspek –
aspek yang lebih komprehensif.
• Psikologi moden pula menggantikan minda kepada sains
tingkahlaku & proses mental.
PSIKOLOGI
• Menurut Maarof & Haslinda (2008),
psikologi adalah sains yang mengkaji
tingkah laku dan proses mental individu.
• Psikologi merangkumi 3 aspek iaitu:
– Sains : kaji dengan menggunakan kaedah
pemerhatian & saintifik.
– Tingkah laku : tindakan manusia yang covert.
– Proses mental : aktiviti yang berlaku dalam
fikiran iaitu pemikiran, emosi, perasaan &
motif.
MATLAMAT PSIKOLOGI
1. Menerangkan : menerangkan fenomena psikologi.
2. Menghurai : menjelaskan pengetahuan tentang fakta
psikologi.
3. Meramal : meramal tingkah laku yang akan terjadi.
4. Mempengaruhi : memanipulasikan tingkah laku yang
lebih positif.
KEPENTINGAN PSIKOLOGI DALAM
PERAWATAN
Untuk memahami:
1. Tingkahlaku manusia.
2. Diri sendiri.
3. Aspek mental dan emosi:
Kognitif
Afektif
Psikomotor
Kemanusiaan
TINGKAHLAKU MANUSIA
• Tingkahlaku manusia merujuk kepada respon
atau rekasi individu terhadap sesuatu situasi.
Tingkah laku tersebut kemungkinan adalah
seperti berikut:
– covert or overt
– rational or irrational
– conscious or unconscious
– simple or complex.
COVERT vs OVERT
• Covert behavior is not normally shown
unless the individual is expose to the
stimulus that triggers.
• A behavior is overt when it is readily
observed by others, making it an
observable or measureable behavior.
RATIONAL vs IRRATIONAL
• Rational behaviour is a behaviour that shown
with a good reason or justification.
• Irrational behaviour is unreason behaviour
with emotion overflow rather than reason.
CONSCIOUS vs UNCONSCIOUS
• Unconscious behavior is that which an
individual is not aware of, especially its effects
or consequences.
• Conscious behavior is that which an individual
is very much aware of, including his or her
intentions and consequences of the behavior on
other people.
SIMPLE vs COMPLEX
• Simple behaviour is that which involves only
one sense or body system in a particular
situation at a given moment, while…
• Complex one involve simultaneously
different systems including subsystems of
the human body.
MEMAHAMI DIRI SENDIRI
1. Dapat menerima & bertoleransi pada
kebimbangan, kekecewaan & tekanan.
2. Memahami matlamat hidup.
3. Membantu berhubung dengan orang lain
dengan berkesan.
4. Membantu menyelesaikan masalah peribadi.
PSYCHOLOGY & SOCIOLOGY (PSY2072) 16
ASPEK MENTAL & EMOSI
Psikologi membantu perawat untuk:
memahami orang lain.
menghargai nilai perubahan.
mengenalpasti saling kebergantungan antara badan,
minda dan spiritual.
penyesuaian diri.
PSYCHOLOGY & SOCIOLOGY (PSY2072) 17
ASPEK MENTAL & EMOSI
meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Memberi rawatan secara holistik
Pendekatan bersifat individu
Simpati & bertimbangrasa
memberi penjagaan yang spesifik mengikut peringkat umur.
membantu klien menyesuaikan diri dengan kesan umum
hospitalisasi.
memberi nasihat kesihatan yang efektif.
memajukan diri sendiri dalam penyesuaian peribadi dan
professional.
PSYCHOLOGY & SOCIOLOGY (PSY2072) 18
PERKEMBANGAN & PERTUMBUHAN
• Perkembangan & pertumbuhan adalah proses yang
bebas tetapi berkaitan antara satu sama lain.
• Perkembangan adalah peningkatan dalam komplesiti
fungsi & kemahiran yang merupakan kapasiti &
kemahiran seseorang mengadaptasi dengan
persekitaran.
• Pertumbuhan dirujuk kepada perubahan kuantiti yang
dapat dilihat dari segi penambahan saiz dan perubahan
struktur.
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN
1. Faktor emosi – pengalaman awal bayi dalam mempercayai
orang & dipercayai oleh orang lain akan mempengaruhi
personalitinya di masa depan. Emosi juga membantu dalam
penyesuaian diri. Emosi juga menghuraikan peristiwa yang
pernah berlaku pada seseorang.
2. Faktor pemakanan – mempengaruhi dari segi biologikal &
psikologikal. Nutrisi yang baik menjadi asas kepada
perkembangan otak.
21
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN
3. Kesihatan fizikal – status kesihatan yang tidak stabil akan
menyebabkan berlakunya penyakit. Kesan penyakit akan
merencatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang
sempurna.
4. Faktor persekitaran – kesesakan, kekotoran & faktor persekitaran
yang lain boleh memberi pengaruh buruk. Penggunaan dan
pendedahan kepada bahan kimia memberi kesan buruk kepada
perkembangan serta akan mengakibatkan penyakit.
PSYCHOLOGY & SOCIOLOGY (PSY2072) 22
KEPENTINGAN TEORI PERKEMBANGAN
DALAM PERAWATAN
1. Menjadi panduan dalam pembentukan perancangan
penjagaan kesihatan.
2. Dapat menjangka & menerangkan reaksi, respons &
keperluan tertentu klien dalam kalangan kanak-kanak.
3. Lebih sensitif terhadap keperluan penjagaan warga tua
daripada aspek fizikal, kognitif & emosi.
4. Memahami perkembangan remaja yang sihat bagi
mengelakkan timbulnya masalah-masalah sosial
remaja.
PERKEMBANGAN PERSONALITI
• Setiap manusia mempunyai perbezaan tersendiri.
• Personaliti setiap individu adalah unik.
• Menurut Ma’rof & Haslinda (2008), personaliti
adalah cara bertindak, berfikir & merasa yang
tipikal bagi seseorang , yang menjadikan seseorang
itu berbeza dengan kesemua individu yang lain &
yang mencirikan seseorang itu.
PERKEMBANGAN PERSONALITI
• Menurut Allport (1966)personaliti adalah suatu organisasi dinamik
dalam diri individu yang merangkumi sistem psikofizikal yang
menentukan bagaimana individu menyesuaikan diri dengan
persekitaran.
• Menurut Asmawati (2015) personaliti merujuk kepada suatu
integrasi organisasi ciri – ciri yang dinamik yang merangkumi aspek
fizikal, mental & kualiti – kualiti sosial yang dipunyai oleh individu
yang dapat menggambarkan bagaimana individu itu akan bergerak
balas terhadap dirinya, orang lain serta objek sekelilingnya.
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI
PENGALAMAN INDIVIDU
PENGARUH BAKA / GENETIK
PENGARUH BUDAYA SOSIAL
PENGALAMAN INDIVIDU
• Boleh dibahagikan kepada :
i. Unik
• Pengalaman unik akan menyebabkan individu bertindak
dengan cara yang tersendiri apabila mengalami tekanan
sosial.ini mungkin disebabkan oleh kelainan biologikal,
pendidikan, pemerhatian & peniruan.
ii. Umum
• Merujuk kepada pengalaman yang diperolehi dari
kebudayaan, adat resan, kepercayaan, nilai & cara hidup
masyarakat.
PENGARUH BAKA / GENETIK
• Baka atau gen memberikan pengaruh yang
kuat kepada personaliti seseorang.
• Contohnya seperti bentuk badan, penyakit.
• Kecederdasan juga adalah antara faktor baka
yang mempengaruhi personaliti dari segi tahap
keyakinan.
PENGARUH BUDAYA SOSIAL
• Amalan yang berbeza akan mencirikan personaliti yang berbeza.
Contohnya latarbelakang keluarga yang harmoni akan
menghasilkan personaliti yang sihat.
• Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting kerana
ketidakseimbangan nutrisi akan menyebabkan individu lemah &
tidak sihat.
• Kebudayaan & suasana masyarakat yang berbeza akan
menyebabkan individu mempunyai norma & nilai yang berbeza.
• Di sini media massa juga memberi pengaruh kepada
perkembangan personaliti individu.
APLIKASI PERSONALITI DALAM
PERAWATAN KESIHATAN
1. Menggalakkan perawat memberi perawatan yang holistik secara individu.
2. Perawat dapat memahami tingkah laku klien dengan mengaitkannya dengan
personaliti.
3. Perancangan perawatan yang bersesuaian dapat dirancang bagi memenuhi
keperluan pesakit/klien.
4. Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan / situasi agak suasana kerja lebih
harmoni dan meningkatkan semangat kerja berpasukan.
5. Perawat dapat memupuk personaliti yang bersesuaian dengan profesyen seperti
kecergasan mental, keyakinan diri & kredibiliti, integriti & bermaruah, simpati &
memahami, berakhlak baik, enthusiastic, pandai menyesuaikan diri & ramah.
6. Pengetahuan berkaitan personaliti ini juga dapat mengukuhkan jati diri
termasuklah mental & fizikal.
MENANGANI TEKANAN KLIEN /
PESAKIT
1. Dapatkan data klien.
2. Kenalpasti masalah.
3. Perancangan.
4. Lakukan tindakan.
5. Lakukan penilaian.
1. Dapatkan data klien.
1. Aduan
2. Tingkah laku
3. Tanda vital
4. Ekspresi muka
2. Kenalpasti masalah klien.
Bimbang dan takut berkaitan dengan:
1. Kemasukan ke hospital.
2. Penyakit.
3. Hilang upaya.
4. Kesakitan.
5. Kehilangan orang tersayang.
3. Perancangan.
• Tetapkan matlamat :
Pesakit / klien menyatakan tahap kebimbangan
berkurangan.
Pesakit / klien menyatakan tahap kefahaman
meningkat.
4. Lakukan tindakan.
1. Pastikan data dan informasi adalah betul.
2. Rapport dengan pesakit dan ahli keluarga.
3. Penerangan yang lengkap.
4. Komunikasi terapeutik.
5. Persekitaran kondusif.
6. Penglibatan ahli keluarga.
7. Rujuk.
5. Penilaian
1. Nilai semua samada matlamat tercapai atau
tidak:
– Jika tidak mencapai matlamat, ulang semula
langkah dari awal dengan mengenalpasti
penambahbaikan yang perlu dititikberatkan.