The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muzammirmusa, 2024-03-11 23:56:01

CILI FERTIGASI AKM

CILI FERTIGASI AKM

OLEH: HJ AMAT KHRI BIN MARDI Institut Pertanian Ayer Hitam Johor 1983 - 2015 “Pengalaman itu Sangat mahal harganya !..”


CILI FERTIGASI BOLEH TANAM SECARA TERBUKA atau DI BAWAH SPT (STRUKTUR PERSEKITARAN TERKAWAL) CILI BESAR ATAU CILI API


DIBAWAH SPH TERBUKA


PERANGSANG…


MENGAPA FERTIGASI JADI PILIHAN ?… Teknik moden yang praktikal Hasil lebih tinggi Amalan kultura yang sitematik Kualiti tinggi dan konsisten Peningkatan status penanam


PERSEDIAAN AWAL SISTEM FERTIGASI


KEPERLUAN ASAS Rumah lindungan Sumber air bersih Sistem Pengairan Baja Biji benih Alat Pengukur EC/PH Bekas tanaman Medium tanaman


MAKLUMAT ASAS Jarak tanaman – 45X150cm (SPH), 60X150 cm (terbuka) Kepadatan – 12000 - 15 000 beg/ha Cili – 1 pokok/beg Potensi hasil cili 2.5 – 5 kg/pk/musim Potensi hasil cili api 1.5 – 2.5 kg/pk/musim


SEMAIAN CILI Varieti yang diterima oleh pasaran (tempatan / ekspot) Biji benih – ‘precision seed’ , F1 hibrid atau terpilih Cili Besar– DRH 911, Taiwan - Long chili 469, 151, 568, Korea - Hot chili, Tempatan terpilih - KULAI, IPOH, YONG PENG, AIR JERNIH dll Cili Api – Centil, Semerah, Full sky, Kampong dll


PENGALAMAN MENYEMAI % CAMBAH TINGGI Rendam biji benih 24–30 jam air biasa / suam 50 C. Tus … keringkan sedikit Semai terus di dulang semaian berisi peatmoss. Tutup dulang semaian guna plastik 2 – 3 hari dan jemur tengah panas. Buka penutup… beberapa hari biji benih akan tumbuh sekata


PELBAGAI VARIETI CILI API ASCENT


SEMAIAN CILI Tempoh semaian - 25 – 30 hari (6 helai daun) Media semaian - ‘peat moss’ atau habuk sabut (rendam/siram dengan air baja 1.5 mS/cm) Bekas semaian – dulang semaian 104 lubang, pot 8 X 8 sm, keratan PVC 2” dsb


RUMAH SEMAIAN BERMULA DARI SINI !.. Beri tumpuan !.. Jangan pandang remeh …


PELBAGAI BEKAS SEMAIAN


SEMAIAN kekalkan kelembapan MINGGU SIRAMAN KAEDAH 1 Air bersih MUDAH & JIMAT Rendam dulang semaian beberapa minit – sehingga semua media menjadi lembap. Ulangi 3- 4 hari sekali. 2 Larutan baja 1.5 mS/cm 3 Larutan baja 1.5 mS/cm 4 Larutan baja 1.5- 2.0 mS/cm


TEKNIK RENDAMAN Mudah, Praktikal, Murah


RAWATAN & KAWALAN (DI TAPAK SEMAIAN) Siram/sembur dengan racun kulat – „previcur‟ 1 kali/minggu Jika perlu - buat semburan kawalan perosak dan penyakit Penakaian – 1 minggu sebelum dan semasa pindah anak pokok ke ladang


INOVASI SUSUN PENGAIRAN SEBELUM PINDAH KE LADANG Uji sistem pengairan Isi media Susun media Membilas media Memasang asas trellis Pensterilan Penakaian


ISI MEDIA BEKAS TANAMAN MEDIUM TANAMAN SYOR • Polibeg hitam/putih • Pasu dll • Habuk sabut • Arang sekam • Campuran dll • Rujuk kualiti air • Mudah kedapatan, kos


Bekas Tanaman perlu di - TENGGEKKAN !..


MEMBILAS MEDIA Membasahkan keseluruhan media dengan air bersih sebelum anak pokok di pindahkan ke ladang. TUJUAN Membuang mineral yang tidak dikehendaki, elak ketegasan dan elak kesan tindakbalas awal media (asid/toksik apabila lembap)


Membasmi kuman – bakteria dan virus Khususnya untuk pusingan kedua dan seterusnya. Rumah lindungan, tapak bekas tanaman, bekas tanaman, sistem pengairan & media tanaman KAEDAH – Semburan, rendaman atau alirkan ‘disinfectant’ BAHAN – Cidol/dettol/polvidon/lindores dll PENSTERILAN


ISU PENSTERILAN… Di TKPM IPAH – pensterilan tidak dilakukan lagi setelah penggunaan ‘ORGANIC PLANT BOOSTER’ Media bertambah baik / subur Tiada masalah jangkitan penyakit


PENGURUSAN TANAMAN DI LADANG


Pindahkan anak semaian bersama media semaian yang memegang akar Padatkan Cucuk penitis di zon perakaran (2- 4 sm dari pangkal tanaman) MENGUBAH KELADANG


SECARA RINGKAS… MEMBAJA MINGGU KEKERAPAN JUMLAH (ml) KEPEKATAN mS/cm 1 – 3 4 – 6 kali/hari 500 – 600 1.3 – 1.5 4 – 7 4 – 6 kali/hari 800 – 1200 1.5 – 1.8 8 seterusnya 6 – 8 kali/hari 1500–2000 1.8 – 2.5 Kekerapan bergantung kepada cuaca. Panas lebih kerap, banyak tetapi cair. Kepekatan bertambah apabila umur tanaman meningkat


UMUR DI LDG Kepekatan 9.00 11.00 13.00 15.00 17.00 (mggu) mS/cm MINIT /SIRAMAN 1 1.3 4 4 4 4 4 2 1.4 5 5 5 5 5 3 1.5 6 6 6 6 6 4 1.6 7 7 5 5 5 5 1.7 8 8 5 5 5 6 1.7 – 1.8 9 9 5 5 5 7 1.7 – 1.8 10 10 5 5 5 8 1.7 – 1.8 10 10 5 5 5 9 +TE 1.7 – 1.8 12 12 5 5 5 10 +N 2.0-2.5 12 12 5 5 5 11 +K 2.0-2.5 12-15 12-15 5 5 5 JADUAL SIRAMAN CILI FERTIGASI TERBUKA (MUSIM PANAS)


PERTUMBUHAN BERTERUSAN… Hasil berterusan Cili berbuah dicabang. Cabang ujud apabila ada pucuk baru keluar. Galakkan atau rangsang pucuk baru sentiasa keluar !.. OK Ingat ya !... Pertumbuhan pokok yang baik… boleh dilihat secara luarannya dimana daunnya mempunyai tiga (3) tone warna – hijau tua, hijau dan pucuk hijau muda. Lebihkan AIR & NITROGEN sesekali diwaktu pagi…


TIP PEMBERIAN BAJA Mulakan dengan kepekatan yang rendah diawal peringkat penanaman dan meningkat sedikit demi sedikit sesuai dengan pertumbuhan pokok. Pemberian baja kritikal ialah setelah kedapatan cahaya matahari pagi hingga sebelum panas terik (7.30 – 10.30 pagi) Panduan umum – apabila titisan baja mulai keluar daripada bawah bekas tanaman menunjukkan siraman sudah mencukupi


Penting !... Tanaman dari keluarga soalanacea (contohnya terung, cili dan tomato..) memerlukan pengudaraan akar yang mencukupi. Pemberian air/baja berlebihan (media terlebih lembap) sebelah petang atau malam akan mengakibatkan buah/bunga gugur. Pastikan media ringan/kering disebelah petang/malam sekira - kira pokok tidak layu


MEYEDIAKAN LARUTAN STOK Larutkan semua campuran A didalam air menjadi 100 L Larutkan semua campuran B didalam air menjadi 100L (bekas berlainan) Simpan ditempat teduh Rujuk: For,ulasi baja (slaid 72)


LARUTAN STOK (PEKAT) Larutan stok yang baru siap dilarutkan hendaklah disimpan selama 24 jam terlebih dahulu sebelum digunakan


MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (KAEDAH MANUAL) Isi air dalam tangki Masukkan stok A dan kacau Masukkan stok B (sama banyak dengan stok A) dan kacau Sukat kepekatan dan pH


PENYELARASAN LARUTAN NUTRIEN NAIKKAN pH Campurkan Natrium bikarbonat atau Kalium hidroksid atau Natrium hidroksid atau Kalsium bikarbonat TURUNKAN pH Campurkan asid nitrik atau asid hidroklorik atau asid posforik


KAWALAN PEROSAK CONTOH PAKEJ SEMBURAN: Racun Serangga Racun Kulat Semburan 1 Mitac + Dithane Semburan 2 Solomon + Antracol Semburan 3 Confidor + Dithane Semburan 4 Alika + Antracol ** Racun serangga & kulat dinyatakan adalah nama dagangan (bukan bahan aktifnya – kadar penggunaan disyorkan mengikut labelnya)


SEMBURAN ORGANIK BROGARD Neem Oil Green Patrol Chitosan EM DOA-booster AKM Plant Gard


HABIT CILI “Berbuah Di setiap Cabang” Pastikan setiap buah melekat dan membesar di setiap cabang Sesetengah varieti (cth: DRH911) mampu mengeluarkan 3 – 5 biji di tiap cabang. Ini merupakan satu kelebihan.. Hasil tinggi !...


MEMBILAS MEDIA Bahan –air bersih atau baja cair yang mempunyai pH 6.0 – 6.3 Masa – pagi 1 kali/hari (sebelum siraman pertama) Kekerapan – setiap hari atau jika perlu (2 atau 3 kali/minggu) selepas 6 minggu di ladang. Jika ada simptom pH rendah, bilasan dibuat 3 hari berturut setiap hari


MELATIH TANAMAN TRELLIS & CANTASAN Cantasan pembentukan Cantasan tunas air dan berpenyakit Ikat trellis Melilit batang atau pucuk tanaman


CANTASAN CILI Dapatkan 4 cabang utama sebagai teras 3 peringkat seterusnya 2 – 3 biji buah Kawal cabang berlebihan (tidak terlalu merimbun)


4 cabang teras (Pandangan atas)


Langkah 1 Sebelum cantas Selepas cantas


Langkah 2 Kedudukan 4 dahan teras


Hasil seterusnya..


Matlamat „TREE TRAINNING‟ Pokok mengeluarkan hasil yang tinggi dan konsisten


CILI API “BIARKAN 2 – 3 TUNAS DIBAWAH CABANG ATAU TAK PERLU CANTAS..! “ BUAT /PASANG SOKONGAN MENCUKUPI JANGAN SAMPAI TUMBANG


MEMUNGUT HASIL Cili – pungut hasil pertama minggu 8 – 9 di ladang atau umur 75 – 80 hari


POTENSI HASIL Purata 2 – 5 kg/pokok (ikut varieti) Potensi 45 tan/ha/musim TEMPOH PUNGUT HASIL 2 BULAN ATAU LEBIH


Tip TAMBAH BERAT BUAH 1 – 2 jam sebelum kerja-kerja memungut hasil, lakukan penyiraman yang lebih sedikit. Lihat lah perbezaan beratnya. Nikmati lebihan hasilnya… cubalah ! Penting ni !...


Click to View FlipBook Version