The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

306945653-Konsep-Perkaitan-Dan-Rumusan-Kerja-Kursus-Sejarah-Kedaulatan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurf4rhaim, 2022-10-19 00:14:42

306945653-Konsep-Perkaitan-Dan-Rumusan-Kerja-Kursus-Sejarah-Kedaulatan

306945653-Konsep-Perkaitan-Dan-Rumusan-Kerja-Kursus-Sejarah-Kedaulatan

PERKAITAN PEMBENTUKAN
PERSEKUTUAN DENGAN
KEDAULATAN MALAYSIA

Konsep Kedaulatan

Kedaulatan membawa maksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah
negara untuk mentadbir. Kedaulatan membolehkan sesebuah negara bebas
mentadbir negara mengikut hala tuju dan keinginan sendiri serta dihormati oleh
setiap rakyat. Kedaulatan mustahak kerana ianya dapat mempertahankan
kemerdekaan atau ketuanan sesebuah negara. Kuasa luar tidak berhak untuk
mengambil alih pucuk kemimpinan daripada negara yang telah mengecapi
kemerdekaan. Dengan erti kata lain, kedaulatan menjamin keselamatan,
kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara, memberikan kesejahteraan
kepada rakyat serta dipandang tinggi di mata dunia.

Perkaitan

Dalam Persekutuan 1895, terdapat kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Kerajaan Negeri dikendalikan oleh Majlis Mesyuarat Negeri yang mentadbir
mengikut kuasa yang telah digariskan oleh kerajaan pusat. Kerajaan pusat
diketuai oleh Residen Jeneral dan terletak di bawah kekuasaan Pesuruhjaya
Tinggi British. Sultan pula hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan
adat istiadat orang Melayu.

Secara tidak langsung, Pembentukan Persekutuan merupakan langkah
awal ke arah kedaulatan Malaysia. Secara umumnya, Kedaulatan Malaysia pada
hari ini yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia telah ditubuhkan
berdasarkan Persetiaan Persekutuan 1895.

Berbanding dengan Persekutuan 1895, kedaulatan Malaysia juga terdiri
daripada dua peringkat kerajaan seperti Persekutuan 1895 iaitu kerajaan pusat
dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat diketuai oleh Perdana Menteri manakala
kerajaan negeri diketuai oleh Dewan Undangan Negeri.

Terdapat pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dengan kerajaan
negeri. Kerajaan pusat mengendalikan hal-hal seperti kewarganegaraan,
hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan,
perdagangan dan industri. Kerajaan negeri pula menguasai undang-undang
Islam, tanah, pertanian, perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan
tempatan dan jentera kerajaan negeri. Yang Dipertua Agong adalah Ketua
Negara. Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ketua Agama
Islam dan Ketua Negeri- negeri yang tidak beraja. Baginda adalah sorang Raja

Berperlembagaan yang bebas daripada sebarang tindakan mahkamah dan
daulat.

Sehingga kini, pelbagai kejayaan telah dicapai dalam Kedaulatan Malaysia.

Dari aspek politik, kemasukkan Malaysia ke PBB merupakan kejayaan yang
diperolehi dengan sokongan negara luar. Kejayaan ini tidak mungkin dapat
dikecapi sekiranya negara kita tidak daulat. Yang paling mengagumkan ialah
Malaysia sekarang bebas mangadakan hubungan diplomatik dan kerjasama
antarabangsa dengan hampir semua negara di seluruh dunia tanpa sebarang
sekatan. Keahlian Malaysia dalam pertubuhan seperti OIC, NAM, KOMANWEL juga
membuktikan kejayaan negara kita di peringkat antarabangsa.

Dalam aspek ekonomi, Malaysia sudah hampir setanding dengan negara-
negara maju dari segi perindustrian. Malaysia menyokong perdagangan bebas
serta menyertai perjanjian ekonomi dunia seperti GATT, UNCTAD, Bank Dunia
dan IMF. Perdagangan antarabangsa Malaysia dengan negara luar adalah bebas
tanpa dikonkong oleh sebarang kuasa.

Dalam aspek sosial, bandar-bandar bestari seperti Cyberjaya dan
Putrajaya turut berkembang maju jaya. Pengangkutan LRT, monorel dan komuter
terus menjalar di serantau negara. Bangunan-bangunan pencakar langit serba
moden seperti Menara KL dan Menara Berkembar Petronas tumbuh bagai
cendawan. Pemindahan teknologi ICT antara negara serantau membuktikan
kejayaan pencapaian Malaysia

Rumusan

Kajian sejarah ini telah memberi pengetahuan yang luas dan komprehensif
tentang kedaulatan atau ketuanan sesebuah negara. Kedaulatan adalah hak
milik mutlak sesebuah negara dan disanjung tinggi oleh setiap rakyat. Tidak
dapat dinafikan lagi bahawa kedaulatan menjamin kewujudan bangsa dan
negara. Mengekalkan kedaulatan negara adalah tanggungjawab semua bukan
hanya harus ditanggung oleh pemimpin semata-mata. Sikap bersatu padu yang
tidak berbelah bahagi harus dipupuk bagi mengekalkan kedaulatan negara
terutamanya negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Isu-isu sensitif
yang boleh menjejaskan kedaulatan harus disingkirkan sejauh mungkin.

Secara tidak langsung, kajian ini banyak memberi kesedaran kepada
semua. Nilai-nilai murni seperti patriotisme, nasionalisme, perpaduan dan taat
setia perlu wujud dalam setiap warganegara Malaysia demi mempertahankan
kedaulatan negara. Sesungguhnya, kita bukan sahaja berbangga dengan

kedaulatan yang diperoleh malah harus bersyukur menjadi rakyat negara yang
tercinta ini.

Kajian ini memberi iktibar kepada diri, bangsa dan masyarakat dengan
harapan negara kita terus melangkah maju ke hadapan. Marilah kita bersama-
sama berdoa semoga negara kita daulat selama-lamanya demi bangsa dan
negara.


Click to View FlipBook Version