The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intanirdina0146, 2021-05-30 04:45:36

ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR

E FOLIO SUKAN BATRISYIA

“Berkumpulan bersama adalah
permulaan, bersatu adalah
kemajuan, bekerjasama adalah
kerjayaan”

BOLA
TAMPAR

PENASIHAT
PENSYARAH KELAB BOLA TAMPAR

ENCIK BORHANNUDIN BIN YAA

NAMA: INTAN BATRISYIA IRDINA BINTI
AHMAD NAZIR

NO.MATRIK: 18DHF20F2026
JABATAN: PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

SEMESTER 1: SESI DISEMBER

ISI KANDUNGAN

 PENGENALAN
 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
 SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI

MALAYSIA
 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM BOLA TAMPAR
 PERALATAN PERMAINAN BOLA TAMPAR
 PENUTUP
 SUMBER RUJUKAN
 DISEDIAKAN OLEH

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha pengampun lagi Maha
penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Bersyukur ke hadirat ilahi dengan izinnya, kita
masih deberi peluang untuk membaca e-majalah ini.
Alhamdulillah bersyukur ke hadirat ilahi, dengan izin dan rahmatnya,
saya dapat menyiapkan e-majalah ini dengan jayanya . Sekalung
terima kasih kepada pensyarah saya Encik Borhannudin Bin Yaa
kerana sentiasa memberi kami dorongan dan semangat dalam
menyiapkan tugasan ini.
Untuk pengetahuan semua, tugasan e-majalah yang diberikan
kepada saya ini mestilah berasaskan kelab sukan yang saya ambil
pada semester satu ini iaitu permainan bola tampar . Oleh itu, skop
penulisan e-majalah saya mestilah berteraskan tentang permainan
bola tampar.
Dalam menyiapkan tugasan ini, tiada sebarang masalah yang saya
hadapi, saya juga dapat mempelajari sesuatu daripada penghasilan
e-majalah ini iaitu saya dapat mengetahui cara untuk membuat e-
majalah yang boleh saya jadikan sebagai wasilah di masa yang akan
datang. Saya juga dapat dapat melahirkan rasa tanggungjawab di
dalam diri saya untuk menyiapkan tugasan ini pada masa yang
ditetapkan.
Saya berharap agar e-majalah ini akan menambahkan lagi ilmu
pengetahuan yang baru kepada pembaca malah dapat menyentuh
hati pembaca untuk sama-sama kita mempelajarinya, Sekian Terima
Kasih.

PENGENALAN BOLA TAMPAR

Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan
pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang
pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan
atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya
dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas
pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik
sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan.

Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di
peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set
sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan
diisytiharkan sebagai pemenang.

Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan
bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya
ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata.

Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di
sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat
selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas),
berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan
berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh.

SEJARAH

Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Giminasium
Y.M.C.A, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof Wiliam J.
Morgan (1870- 1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Asal usul bola tampar
telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak
jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola
tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan
Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports
and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai
daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu
juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David
McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Keduadua jenis permainan tersebut
mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan.

Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa
di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan
diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola
keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan
beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding
untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak
lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat
Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette
dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.

Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi
negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada
tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia
diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico (1909)
dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 –
1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA)
Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan
permainan tenis (jaring) dan bola keranjang (bola), dan beliau menamakan
permainan baru ini sebagai”Mintonette”.

Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah
cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan
dalam persidangan. Pada tahun 1952, Jawatankuasa Pentadbiran United
States Volleyball Association (USVBA) telah memutuskan supaya nama
permainan ini dieja sebagai satu perkataan, “Volleyball”.

Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball
– FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947.

Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di
Prague pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang
pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951.

Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan
berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di
Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam
bahagian lelaki manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara
wanita.

Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan
antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara yang
menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34
dari NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari
Amerika Selatan, telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang
paling besar di dunia.

SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA
TAMPAR DI MALAYSIA

Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan
China telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan
persahabatan di bandar-bandar yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur
dan Pulau Pinang. Pada ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh
Persatuan Olahraga Cina (Chinese Athletics Association) mengikut negeri
masing-masing. Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini
dikenali sebagai Persatuan Bola Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan
pada 9 Julai 1959 dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau Pinang. MAVA
menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan
bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB) pada
tahun 1962.

MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar
dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963
yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Ketika
itu, sistem 9 orang pemain sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA
telah memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut sistem antarabangsa
pada kejohanan kebangsaan yang pertama berlangsung di Singapura. Acara
wanita hanya diperkenalkan dalam tahun 1966.

Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan
peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan jayanya oleh
MAVA. Antaranya adalah seperti bola tampar mini bawah12 tahun, pertandingan
bawah 15 tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA,
Remaja Wanita Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia.
Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua
negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan Angkatan
Tentera Malaysia, manakala Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam
sebagai ahli bersekutu.

Bola Tampar Mini diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun 1960-
an. Pada tahun 1990, permainan bola tampar mini telah mula diperkenalkan di
Malaysia, dan MAVA telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Mini
Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola Tampar Mini telah diambil alih
oleh MSSM. Kejohanan tersebut telah berlangsung bersama-sama dengan
kejohanan bawah 18 tahun di Sintok (UUM), kedah.

PERATURAN DAN UNDANG-
UNDANG PERMAINAN

i. Kawasan Permainan

Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas. Gelanggang
permainan adalah satu segi empat yang berukuran 18m x 9m dikelilingi oleh satu zon bebas
yang berukuran minimum 3m lebarnya dari tepi gelanggang permainan dan 7m tinggi dari
permukaan permainan.

ii. Garisan Gelanggang Permainan

Gelanggang permainan ditandakan oleh garisan yang lebarnya 5sm. Garisan ini ditandakan
oleh dua garisan tepi dan dua garisan hujung. Kesemua garisan ini termasuk dalam ukuran
gelanggang permainan. Dua garisan yang lain ialah garisan tengah dan garisan serangan.
Garisan tengah berukuran 9m panjangnya dan terletak tepat di bawah jaring manakala
garisan serangan dilukis 3m dari paksi garisan tengah menandakan zon depan.

iii. Zon-Zon dan Kawasan

 Zon Depan
Zon ini dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serangan. Zon depan
dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga zon bebas.

 Zon Belakang
Zon belakang pula dihadkan dari belakang garisan serangan (tidak termasuk garisan
serangan) hingga ke belakang garisan hujung.

 Zon Servis
Zon servis ialah kawasan yang lebarnya 9m di belakang garisan hujung. Zon servis dihadkan
oleh 2 garisan pendek setiap satu 15sm panjang dan dilukis 20sm ke belakang garisan
hujung sebagai pemanjangan garisan tepi.

 Zon Penggantian
Zon ini dihadkan antara garisan serangan dengan meja pencatat skor.

 Kawasan Memanaskan Badan
Berukuran 3m x 3m terletak pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas.

 Kawasan Penalti
Berukuran 1m x 1m dengan sebuah kerusi terletak di kawasan kawalan di luar garisan
hujung.

iv. Petikan Undang-Undang Yang Berkaitan

Objektif permainan ini bertujuan untuk menghantar bola melepasi jaring serta
mematikan bola di gelanggang pihak lawan dan menghalang usaha yang sama
oleh pihak lawan. Setiap pasukan mempunyai tiga pukulan untuk menghantar
balik bola itu (tidak termasuk sentuhan menghadang).

 Pengiraan mata
Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak
lawan melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis memenangi
satu rali, pasukan mendapat servis dan juga satu mata. Setiap perlawanan
dimainkan berdasarkan 2 set terbaik daripada 3 set (Best of 3) dengan kiraan
mata rali 25 mata bagi set pertama dan set kedua (perlu memperoleh kelebihan
2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan, iaitu set ketiga,
ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2
mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan, pasukan bertukar
gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.

 Putaran
Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis,
semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain di
posisi 2 berputar ke posisi 1 untuk membuat servis, pemain posisi 1 akan
berputar ke posisi 6 dan seterusnya.

v. Pemain Libero
Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang
memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan.

Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan
digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan.

Pemain Libero tidak boleh membuat servis, menghadang, menyerang dengan
bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon
depan untuk serangan.

vi. Rali
Setiap pasukan akan kehilangan rali jika satu daripada perkara yang berikut
berlaku;

 Bola menyentuhi lantai dalam gelanggang permainan sendiri.
 Bola menyentuh seseorang pemain dan keluar dari gelanggang.
 Bola dimainkan melebihi 3 kali kecuali menghadang.
 Bola disentuh oleh pemain yang sama sebanyak 2 kali berturut-turut.
 Seorang pemain menyentuhi simpai / pita putih atas jaring
 Seorang pemain melintasi garisan tengah dan masuk ke gelanggang pihak

lawan.
 Seorang pemain tidak boleh memegang, membawa atau membaling bola.
 Seorang pemain barisan belakang merejam bola atas paras jaring dalam

kawasan serangan 3m.
 Libero merejam bola atas paras jaring atau berusaha untuk menghadang di

jaring.
 Libero mengumpan di kawasan serangan 3m untuk perlakuan rejaman.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN
DALAM BOLA TAMPAR

i. Pukulan servis
 Servis bawah bahu

Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari.
Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis.
 Servis atas bahu

Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar
untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam
permainan tenis.

ii. Jenis Pukulan
 Pukulan menyangga

Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata.
Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu
menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya
dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk
menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk
mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.
 Pukulan mengumpan

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua.
Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat
rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala.
Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini
memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan
bola.

 Pukulan rejam

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan.
Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara
ini dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam
memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan
perlulah dibengkokkan dan memukul bola.
 Menghadang

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai.
Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman.
Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang
bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang
direjam dengan kedua-dua belah tangan.

 Reli

Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana
kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling
berbalas-balas pukulan. Keadaan ini dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua
pasukan sama handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku
banyak permainan reli.

PERALATAN PERMAINAN BOLA
TAMPAR

i. Peralatan dan pakaian

 Peralatan permain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan
 Jersi, seluar pendek dan stokin mestilah seragam, bersih dan sama warna

untuk satu pasukan. Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa, warna
kasut mestilah seragam untuk sesuatu pasukan tetapi jenamanya boleh
berbeza
 Kasut mestilah ringan dan mudah lentuk dengan tapak getah atau kulit tanpa
tumit
 Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkan
 Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan
belakang
 Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi dan
mempunyai ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di belakang.
Lebarnya jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut hendaklah
sekurang-kurangnya 2cm.

ii. Ukuran Gelanggang

Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen
atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola
tampar juga boleh dibuat di atas padang rumput dan permukaan tanah liat.
Berikut merupakan ukuran bagi gelanggang bola tampar.

iii. Bola

 Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang
mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya.

 Warna: Seragam dan cerah
 Ukur lilit: 65-67 cm
 Berat: 260-280 gram
 Tekanan di dalam: 0.30-0.325g/cm
iv. Jaring

 Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjangyang diletakkan di
atas paksi garisan tengah.

 Dua antena diikatkan pada pinggir luar setiap jalur tepidan diletakkan
bertentangan jarring.

 Kedua-dua antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan
mengehadkan ruang lintasan.

 Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagiwanita. Ia diukur dri
tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur.

 Kedua-dua hujung jaring, mesti sama tinggi daripada permukaan bermain
dan tidak melebihi 2cm daripadatinggi rasmi.

v. Penyukat Tekanan Udara

Tekanan udara bola adalah 0.300 – 0.325 kg/sm2 (4.26 – 4.61 psi)
vi. Antena

Antena ialah satu batang mudah lentur yang diperbuat daripada serabut kaca
atau bahan-bahan yang serupa, dan berukuran 1.80m panjang dan berukur lilit
10mm. Kedua-dua antena adalah sebahagian daripada jaring dan menghadkan
ruang lintasan bola atas jaring.

PENUTUP

Kesimpulannya, dalam tugasan Permainan Bola Tampar ini, banyak perkara
yang berkaitan dengan permainan bola tampar yang sebelum ini pelajar tidak
mengetahui dan diperoleh maklumat mengenainya. Pelajar dapat mengetahui
sejarah permainan bola tampar atau asal usul permainan bola tampar yang
wujud. Selain itu, pelajar dapat mengetahui nama-nama lain bagi permainan
bola tampar yang lebih khusus dari Negara lain kerana setiap negara
mempunyai nama yang berlainan.

Disamping itu, pelajar dapat mengetahui persatuan yang pertama ditubuhkan
dalam permainan hoki dan mengendalikan permainan bola tampar di seluruh
dunia. Peraturan-peraturan permainan bola tampar yang perlu diketahui dan
dipatuhi oleh semua pemain bagi memudahkan ketika bermain. Pelajar turut
dapat mengetahui mengenai peraturan yang telah ditetapkan oleh persatuan
dan diseragamkan bagi memudahkan perlawanan.

Pelajar dapat mengetahui kemahiran asas yang perlu ada pada pemain dan
pelajar dapat mempelajari kemahiran tersebut untuk memudahkan ketika
bermain bola tampar. Banyak kemahiran yang dapat diketahui dan
dipraktikkan. Antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang
pemain itu adalah seperti mengga, merejam, menghadang dan membuat servis
ketika bermain bola tampar. Pelajar dapat mengetahui cara-cara bermain atau
mempelajari kemahiran asas permainan bola tampar dengan lebih muda
kerana dalam tugasan permainan bola tampar ini telah disediakan dengan
gambar rajah cara bermainnya.

SUMBER RUJUKAN

 http://sainssukanmaar.blogspot.com/2015/01/bola-tampar.html
 https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/dasar/1233-

sukan-bola-tampar-sekolah-menengah/file
 http://memeyminat10.blogspot.com/2017/03/pengenalan-bola-tampar.html
 https://ardiscovery.wordpress.com/sukan-bola-tampar/peralatan-permainan-

bola-tampar/
 http://memeyminat10.blogspot.com/2017/03/kemudahan-dan-peralatan-

bola-tampar.html
 https://goarmywestpoint.com/news/2020/2/3/army-to-hold-weekly-volleyball-

clinics.aspx

DISEDIAKAN OLEH

INTAN BATRISYIA IRDINA BINTI AHMAD NAZIR (18DHF20F2026)

JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI.
DIPLOMA PERKHIDMATAN MAKANAN AMALAN HALAL.
DHF1A (SEMESTER 1)
KELAB SUKAN BOLA TAMPAR
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJIDDIN,
PAUH PUTRA,
02600 ARAU,
PERLIS.


Click to View FlipBook Version