The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraziah.abdullah82, 2022-03-15 21:07:30

MINIT MESYUARAT GURU BIL 5 (2021)

MINIT MESYUARAT GURU BIL 5 (2021)

SK. SAUJANA UTAMA, SEKOLAH
KLUSTER KECEMERLANGAN

MINIT MESYUARAT GURU 2021
Bil 5 /2021

Tarikh : 09 Februari 2021
Hari : Rabu
Masa : 8.30 malam (Semua Guru)
Tempat/Pelantar : Google Meet
Kehadiran : 174 Orang

1 ZAZALUMA BINTI HARUN GURU BESAR

2 NOR HAZITA BINTI JAAFAR PK KURIKULUM

3 ZUREDAH BINTI ALI PK HAL EHWAL MURID

4 ZAITON BINTI ABD RAHMAN PK KOKURIKULUM

5 ZULKIFLI BIN ABU BAKAR PK PETANG

6 NOR ASLINA BINTI MOHAMAD ADNAN PK PENDIDIKAN KHAS
7 SITI JOHANNA BINTI RAMLI 84 NUURUL HUDA BINTI MOHD DAUD
8 MOHD HAFIZ BIN MUSA 85 NURHASHOLAWATI BINTI MUHAMED
9 FADILAH BINTI KAMARUL BAHRIN 86 AISHAH BINTI AB RAZAK
10 NOR ZULIANA BINTI ISMAIL 87 NURULHUDA BINTI MISNAN
11 NUR HAFIZAH BINTI ABU HASSAN 88 NUR AZLI BINTI BAHARIN
12 EIZEERA BINTI EDNAN 89 NORAINI BINTI IBRAHIM
13 ROSZLINE BINTI RAMLEE 90 CHE NURULLILY BINTI CHE MOHD ARIFIN
14 SITI KHADIJAH BINTI ISMAIL 91 SUHAILY BINTI SHAMSUDDIN
15 NOR HAFIZAH BINTI RAMLI 92 NORAZLIWITA BINTI MOHD ALI
16 SITI AMINAH BINTI MOHAMED BASRI 93 NORAZIAH BINTI ABDULLAH
17 AIDA NORDILA BINTI ABDUL HADI 94 GAYAH BINTI ISAU
18 RUSZITA BINTI HAMZAH 95 HASNITA BINTI ALI HASAN
19 MURUGAN A/L YEELLUMALAI 96 SITI HASRA BINTI RASUL
20 ZULIAH BINTI WARNO 97 ROHINAH BINTI AHMAD
21 WAN NUR AZILA BINTI WAN ALI 98 SITI ROGAYAH BINTI NOR
22 HARYATI BINTI ISMAIL 99 NOOR SHURIANI BINTI AWANG
23 ABD RASHID BIN SAPARI@SAMAD 100 JAMILAH BINTI MUSA
24 NOR AZILA BINTI AMAN 101 FAIZAH BINTI HAMID
25 NORPAIZAH BINTI TUSRI 102 FADHILAH HANIM BINTI LIDIN
26 NOORAIDA BINTI MUHAMMAD@MAMAT 103 MASINAH BINTI MOHD ARIFF
27 WAN ANOM BINTI SULAIMAN 104 WAN ZALINA SURIANI BINTI WAN HASAN
28 SHAHANIZAM BIN MUHAMAD 105 NURUL FARHANA BINTI ABD GHAFFAR
29 ZURAIDA BINTI OMAR 106 SALMY SUHAIDA BINTI YAACOB
30 NOORELIZAH BINTI ISMAIL 107 ROSLIZA BINTI HARUN
31 SAMIHA BINTI MAT SALLEH 108 NORITA BINTI KASSIM @ MD MOKHTAR
32 SITI KHADIJAH BINTI SALLEH 109 HUSNITA BINTI SHAMSUDDIN
33 NUR HASNNIE BINTI BAHARUDIN 110 SUHANA BINTI MOHD NOR

34 NAZIRAH BINTI JAAFA 111 ZURINA BINTI SAMUNI
35 HAMIDAH BINTI PANIAN 112 NORMIME BINTI RAHMAN
36 AZLIZA BINTI ABDUL AZIZ 113 NAZLI ANIM BINTI IBRAHIM
37 SITI INTAN BAIZURA BINTI MOHAMMAD SHARIF 114 ROSHIDAYU BINTI SAPARI@SAMAD
38 NAZARI BIN ISMAIL 115 ELDA NURSYARAFINA BINTI SAHADAN
39 NURUL AZLIN BINTI ABDULLAH 116 SITI MARDIANA BINTI AZIZAN
40 MAHFUZAH BINTI CHE RUN 117 HAFIZULHIJAH BINTI SAFARIN
41 NAJWA BINTI ALMUHSIN 118 HUZAIMAH BINTI MAT ISA
42 ROSMAHWATI BINTI LONG 119 AZATUL ROHANA BINTI ABD RAHMAN
43 MAZURA BINTI MALIK 120 FAIROS BINTI HUSSIN
44 SITI MARIAM BINTI KEMARULZAMAN 121 HARTEANY BINTI SAMILAN
45 ZSA ZSA AYU RAMADSA BINTI ABDULLAH 122 NORAINI BINTI MD ABAS
46 ZAHIRA BINTI MOHAMAD@HUSSIN 123 FARAH WAHAYU BINTI ZAMRI
47 NORITA BINTI MUHAMED 124 EZI HASLIN BINTI AHRIS
48 MAZATUNNAIM BINTI MAULAN 125 NURUL AINI BINTI ISMAIL
49 NUR SYAFAWATI BINTI MOHAMAD JUNAIDI 126 LATIFAH BINTI MUHAMAD
50 HANISAH BINTI ISHAK 127 WAN RASIDAH BINTI WAN ADAM
51 NOOR HAYATI BINTI SHAHID 128 FARAH SYAHIRAH BINTI AHMAD FUAD
52 NORISAH BINTI SULAIMI 129 NORIDAH BINTI ABDULLAH
53 ASMAHAN BINTI AHMAD 130 YUSLINA BINTI HUSSAIN
54 SRI ASMAHANI BINTI SULIMAN 131 ZURINA BINTI AB RAHMAN
55 SITI MAISARAH BINTI IDRIS 132 ASLAMIAH BINTI ABDUL MALIK
56 FARALIZA BINTI YUSOF 133 HARITHUN BINTI AHMAD
57 FAHMI BIN HASSAN 134 HAYATI BINTI YAAKUB
58 SANIAH BINTI YAACOB 135 NAWFAL NAIM BINABD RAHMAN
59 NORZIANA BINTI MUSTAFHA 136 KAMSIATIN BINTI SALIM
60 MUZAYYANAH BINTI MOHD YUSOP 137 NOR AZWA BINTI BAHARAIN
61 ROSNAH BINTI ISMAIL 138 RAFIDA BINTI AMIRUDDIN
62 NORAZIZAH BINTI KAMARUDIN 139 LISA ELYANA BINTI JUSOH
63 SOFIAH BINTI AHMAD 140 JOHANA BINTI JUHARI
64 MASAYU BT MOHAMAD@AHMAD 141 HAFIDZAH BINTI ABDUL AZIZ
65 WAN KAMARIAH BINTI WAN IBRAHIM 142 IZZATI BINTI CHE IBRAHIM
52 NOOR HAYATI BINTI BAHAROM 143 ZAINO ASMA BINTI MOHD NAWI
53 ROSLINA BINTI MUSTAFA 144 WAN NORAFIZAH BINTI WAN ISMAIL
54 MOHAMAD KAMAL BIN ABDUL KARIM 145 NOOR AZIAN BINTI HAMID
55 HABIBAH BINTI MUHAMAD HUSIN 146 FARINA BINTI AYOB

56 SAIZA BINTI BAHAROM 147 MOHD SARMIZI BIN MD SAID
57 NOR HASIMAH BINTI OTHMAN 148 ZULITA BINTI ABU BAKAR @ MUDA
58 AISHAH BINTI MUSTAPHA 149 NORIZAH BINTI ABU
59 IDA HURAINI BINTI ALIAS 150 JULIANA BINTI ABU BAKAR
60 HADIJAH BINTI MUSA 151 NORAZLINA BINTI IBRAHIM
61 SOFIA BINTI ABU BAKAR 152 AMNAH BINTI ABU BAKAR
62 MASAYU BT MOHAMAD@AHMAD 153 NORAIHAN BINTI MD YUSSOF
63 WAN KAMARIAH BINTI WAN IBRAHIM 154 SITI SUHAILA BINTI MOHD YOSOF
64 NOOR HAYATI BINTI BAHAROM 155 HILYATI BINTI ABD RASHID @ RASHDI
65 ROSLINA BINTI MUSTAFA 156 ROZANA BINTI ZAINUDDIN
66 MOHAMAD KAMAL BIN ABDUL KARIM 157 NISWAT HASILAH BINTI SANOSI
67 HABIBAH BINTI MUHAMAD HUSIN 158 MOHD SUFFIAN BIN RAFFEI
68 SAIZA BINTI BAHAROM 159 SHAMSIAH BINTI SHAMSUDDIN
69 NOR HASIMAH BINTI OTHMAN 160 SUHAINI ASNIZA BINTI ABD RASHID
70 AISHAH BINTI MUSTAPHA 161 MUHD TARMIZI BIN CHE ABDULLAH

71 IDA HURAINI BINTI ALIAS 162 UMI KALTHOM BINTI MAT NORDIN
72 HADIJAH BINTI MUSA 163 ROZA BINTI SELAMAT
73 SOFIA BINTI ABU BAKAR 164 NURUL AINI BINTI MOHD OLWI
74 MUHAMAD HELMI BIN MOHAMAD DAKIR 165 NOORZILAH BINTI YAAKUB
75 SITI ZURAIDAH BINTI AB RAHMAN 166 MARLINA BINTI MAS’UD
76 ZAIMAH BINTI BIDIN 167 FAZILAH @ FADHILAH BINTI ABDULLAH
77 ROSMAWATI BINTI ABD RAHMAN 168 HAFIZAH BINTI AB RAZAK
78 NORA BINTI MAT 169 TUAN AZLINA BINTI TUAN JAAFAR
79 KHUZAIMAH BINTI HUSAIN 170 NOOR AZMAN BIN MAT RAOP RIDZI
80 ZAKIAH BINTI ISHAK 171 SURAYANI BINTI AHMAD MARUWI
81 MAZLINA BINTI HAJA MAIDEEN 172 SHAMSUL IZAZUL BIN SAMLI
82 SAMSIAH BINTI SELAMAT 173 WAN ANIZA BINTI WAN MUHAMMAD
83 ZANARIAH BINTI ZAKARIA 174 HASNI BINTI ABDUL JALIL

Turut Hadir Setiausaha Mesyuarat Guru
Tiada Penolong Setiausaha Mesyuarat Guru

Urus Setia Mesyuarat:

1. Noraziah binti Abdullah
2. Siti Suhaila binti Mohd Yosof

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada semua barisan pentadbir dan para guru.
Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Guru Bil 5/2021 ini merupakan mesyuarat yang terakhir bagi sesi
2021 serta dijalankan secara ringkas, tepat dan padat.

1.2 Pengerusi memaklumkan SKSU telah menerima kehadiran lima orang pegawai dari PPD Kuala
Selangor dan telah mengadakan perbincangan bersama semua Ketua Panitia sempena Lawatan
Kunjung Bantu dari JPN Selangor pada 15 Februari 2022 (Selasa). Mesyuarat kali ini juga akan
membincangkan gerak kerja oleh semua guru.

1.3 Pegawai dari JPN yang terlibat adalah daripada :
i. Unit Bahasa Inggeris
ii. Unit RBT
iii. Unit Pendidikan Khas

1.4 Perkara yang perlu dititikberatkan adalah berkenaan dengan pelaksanaan organisasi sekolah,
KPMPerkasaku dan pelaksanaan Catch Up Plan (CUP). Pegawai-pegawai dari JPN akan membuat
rumusan lawatan untuk dibentangkan di SMK Pengkalan Permatang. SKSU merupakan salah sebuah
sekolah yang akan dilawati kerana mampu memberi yang terbaik melalui gerak kerja yang cepat,
pantas dan tangkas.

1.5 Pengerusi memaklumkan satu jawatankuasa telah dibentuk untuk sambutan program lawatan
tersebut. Selain itu, persediaan ini juga dibuat sempena Program Lawatan Penanda Aras dari dua
buah sekolah tamil (SJKT) pada 16 Februari 2022.

1.6 Hari Anugerah Kualiti dan Inovasi Pendidikan 2021 Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada 10
Disember 2021 (Jumaat) di Dewan Rafulin, SMK Raja Muda Musa. SKSU telah menerima sebanyak
enam (6) anugerah pada hari tersebut iaitu :
Anugerah Inovasi Akademik
Pengurusan Pembangunan Sahsiah Murid Terbaik
Anugerah Pengurusan PPKI Terbaik Akademik
Anugerah Pusat Sumber Berprestij
Anugerah Pengurusan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS)
Cemerlang
Johan Keseluruhan FKISS Festival Kesenian Islam

1.7 Pengerusi juga berharap SKSU akan mendapat kejayaan dalam Pertandingan Pusat Sumber
Cemerlang peringkat negeri Selangor.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Cadangan : Puan Nurul Aini binti Mohd Olwi
Sokongan : Puan Zakiah binti Ishak

3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Puan Norazila (Penyelaras PBD) ingin menyatakan perkara 4.1.16: Pelaporan PBD pada akhir tahun
2021 telah pun selesai. Penyelarasan PBD bagi setiap mata pelajaran mengikut aliran perlu dijalankan.
Oleh kerana borang penyelarasan di dalam google classroom masih belum lengkap, Puan Norazila akan
memaklumkan semua penyelaras supaya menyiapkan penyelarasan tersebut untuk menjalankan
penjaminan kualiti PBD bagi tahun 2021.

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU DAN LAPORAN
4.1 PENGURUSAN KURIKULUM.
4.1.1 Puan Nor Hazita memaklumkan mengenai Program KPMPerkasaku. Matlamat Program
KPMPerkasaku ialah memperkasakan kemahiran asas literasi dan numerasi serta merapatkan
jurang pembelajaran.
4.1.2 Puan Nor Hazita menerangkan tentang Program Catch-Up Plan (CUP) KPMPerkasaku. Program ini
dibangunkan oleh KPM untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di Malaysia.
Objektif CUP ialah :
- Meningkatkan penguasaan murid bagi kandungan kurikulum Tahun 2021 secara optimum
- Merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa krisis
- Menyediakan sokongan kurikulum kepada guru bagi melaksanakan PdP
- Memastikan murid bersedia mengikuti kurikulum tahun persekolahan 2022

4.1.3 Program Kunjung Bantu oleh pegawai-pegawai dari PPD Kuala Selangor yang diketuai oleh Encik
Safar menekankan empat elemen kpm yang perlu ada iaitu:
i. strategi pengukuhan dan pengayaan
ii. pembangunan literasi dan numerasi
iii. pemantapan pelaksanaan PBD
iv. penyediaan platform bahan PdP (menggunakan pelantar DELIMa KPM)

4.1.4 Dari segi pelaksanaan strategi, bagi mata pelajaran yang belum dapat melaksanakan 70% KAK
sehingga 31 Ogos 2021, PdP/PdPR tetap diteruskan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang
dicadangkan dalam Catch Up Plan (CUP).

4.1.5 Puan Nor Hazita memaklumkan kepada semua guru iaitu bermula pada 1 September 2021 sehingga
25 Februari 2022, pelaksanaan CUP terbahagi kepada:
Fasa 1 : Persediaan (1 September -10 Disember 2021) – Mata Pelajaran yang telah dapat
melaksanakan 70% KAK sehingga 31 Ogos 2021, PdP/PdPR akan diteruskan dengan
menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan pengukuhan dan pengayaan.
Fasa 2 : Cadangan Pelaksanaan Catch Up Plan (CUP) (11 Disember – 12 Januari 2021)
Fasa 3 : Pelaksanaan Catch Up Plan (CUP) (13 Januari – 25 Februari 2022)

4.1.6 Instrumen kunjugan JPN/PPD ke sekolah pada 15 Februari 2022 (rujuk lampiran).
 Maklumat Responden – merujuk kepada semua Ketua Panitia (KP). Opsyen guru adalah sesuai
dengan lantikan sebagai Ketua Panitia.
 Tempoh Perkhidmatan – sekurang-kurangnya melebihi 3 tahun
 Pengalaman sebagai Ketua Panitia – sekurang-kurangnya 4-6 tahun
 Kursus/Latihan yang Dihadiri – sekurang-kurangnya di peringkat daerah
 DSKP – setiap guru wajib ada sama ada dalam hardcopy/softcopy
 RPT – selama 7 minggu seperti di dalam Catch Up Plan (CUP)
 RPH – mesti disesuaikan dengan RPT (perlu ada kesinambungan). Perlu dicetak bermula pada
minggu ini sehingga minggu hadapan.
 Minit Mesyuarat Pengurusan/Kurikulum/Panitia – sekurang-kurangnya empat kali setahun.
Penulisan minit mesyuarat mestilah menggunakan format SPSK.
 Template Pelaporan PBD – perlu ada pelaporan PBD yang terkini
 Program Pembangunan Profesionalisme Guru – sekurang-kurangnya melaksanakan PLC
sebanyak 4 kali dalam setahun
 Program Peningkatan Pencapaian Murid – aktiviti yang dijalankan semasa CUP.
 Minit Mesyuarat JK Kewangan Sekolah – sekurang-kurangnya 4 kali setahun
 Anggaran Belanja Mengurus (ABM) – melibatkan semua Ketua Panitia (KP)

4.1.7 Puan Nor Hazita memaklumkan tentang Tentatif Program sepanjang Lawatan Kunjung Bantu oleh
pegawai daripada JPN/PPD. Di antara tempat-tempat yang akan dilawati adalah:
 Galeri
 Taman Sains
 Lorong Kebitaraan
 Taman Matematik
 Laluan Laman Ehsan
 Laluan PPDA
 Laman PPKI
 Laluan Sejarah
 Bilik Kaunseling
 Pusat Sumber Sekolah Ibn Khaldun
 Makmal Komputer

4.1.8 Puan Nor Hazita memaklumkan Senarai Jawatankuasa dan Bidang Tugas semasa Lawatan
Penanda Aras JPN Selangor dan PPD Kuala Selangor (rujuk lampiran).

4.1.9 Raptai penuh Majlis Sambutan Kunjung Bantu JPN Selangor akan diadakan pada 14 Februari 2022
(Isnin) bermula pada pukul 8.00 pagi.

4.1.10 Puan Nor Hazita mengingatkan kepada semua Ketua Panitia (KP) tentang penjaminan kualiti PBD
di mana ia terbahagi kepada empat iaitu : Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan, Pengesanan.

4.1.11 Penulisan refleksi di dalam RPH perlu ada tiga perkara. Pertama, bilangan murid yang mencapai
objektif. Kedua, bilangan murid yang tidak mencapai objektif. Ketiga, perancangan bagi murid yang
tidak hadir.

4.1.12 Program Pemulihan Khas perlu bersedia dengan data-data prestasi murid.

Makluman

4.2 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

4.2.1 Puan Zuredah membentangkan enrolmen murid yang berakhir pada 9 Februari 2022
Lelaki - 1675
Perempuan - 1544

Jumlah - 3317

4.2.2 Program Suntikan Vaksinasi Covid19 (PICKids) bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun
- Ibu bapa boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bermula pada 8 Februari 2022 untuk
mendapat tarikh temu janji. Program vaksinasi tersebut dijalankan di Dewan Pusat Pemberian
Vaksin (PPV) Kuala Selangor. Guru-guru boleh membaca memo di group telegram SKSU Rasmi
sebelum dihebahkan kepada ibu bapa. Ibu bapa perlu mengisi google form dan memuat turun
borang atau boleh mendapatkan borang di PPV tersebut.

4.2.3 Kes positif Covid19 bermula pada 5 Januari sehingga 7 Februari 2022 adalah melibatkan seramai
20 orang murid. Apabila ibu bapa memaklumkan kes kepada guru kelas tentang kes positif yang
melibatkan anak mereka, guru perlu memaklumkan kepada Pn Zuredah (PK Hem). Setelah itu, PK
Hem akan memberi guru google form yang perlu diisi oleh ibu bapa. Kemudian, wakil daripada aliran
akan mengemaskini di dalam sistem APDM.

4.2.4 Pn Zuredah akan memanjangkan memo untuk kelas yang berkenaan sahaja. Sebagai contoh:

‘Terdapat satu kes positif telah disahkan oleh PKD pada (tarikh) dan murid tersebut telah hadir ke
sekolah pada (tarikh) . Oleh itu, ibu bapa diminta membuat ujian kendiri ke atas anak masing-
masing. Sekiranya bergejala, ibu bapa dinasihatkan untuk merehatkan anak di rumah demi menjaga
keselamatan semua pihak. Namun demikian, ibu bapa perlu membuat surat rasmi ketidakhadiran
anak masing-masing ke sekolah dan maklumkan kepada guru kelas.’

4.2.5 Penutupan kelas atau sekolah adalah bergantung kepada arahan daripada pihak Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD) atas nasihat KKM.

Makluman

4.3 PENGURUSAN KOKURIKULUM
4.3.1 Encik Zulkifli memaklumkan tentang Pertandingan Melukis anjuran UMW Toyota yang akan
dijalankan secara beramai-ramai melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 pada 11 Februari 2022
(Jumaat). Tajuk lukisan tersebut ialah “Kereta Idamanku”. Murid digalakkan untuk menyertai
pertandingan tersebut kerana sijil penyertaan yang disediakan merupakan sijil di peringkat
kebangsaan.
4.3.2 Pada hari tersebut, hanya sebahagian murid yang terlibat dalam Pertandingan Sukaneka di mana
mereka boleh menyertai pertandingan melukis selepas selesai sukaneka.
4.3.3 Pertandingan Sukaneka juga akan dijalankan pada 14 Februari 2022 (Isnin). Walau bagaimanapun,
pada 15 Februari 2022 (Selasa), Pertandingan Sukaneka bagi murid Tahun 1 akan ditangguhkan
pada 11 Februari 2022 (Jumaat). Pada 10 Februari 2022 (Khamis), guru-guru akan mengadakan
gotong-royong membuat lorong-lorong di padang di mana sukaneka akan dijalankan. Guru-guru yang
terlibat perlu membuat persediaan dengan memakai pakaian sukan dan penyediaan air minuman.

Makluman

4.4 PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
4.4.1 Puan Nor Aslina memaklumkan PPKI SKSU telah diberi tanggungjawab oleh Unit Pendidikan Khas
PPD Kuala Selangor untuk menjadi tuan rumah dalam Pertandingan e-Catur Pendidikan Khas.
Terdapat lima orang guru daripada aliran perdana yang akan terlibat dalam pertandingan tersebut
dan akan dimaklumkan secara peribadi.
4.4.2 Puan Nor Aslina berharap Pertandingan e-Catur Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala Selangor
ini akan berjalan dengan lancar memandangkan ia merupakan pengalaman pertama bagi PPKI
SKSU.
Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Mesyuarat Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK), Program Gotong-royong dan Taklimat Ibu
Bapa Prasekolah akan diadakan pada 12 Februari 2022 (Sabtu) di Dataran Glomac. Jamuan sarapan pagi
dan makan tengah hari akan disediakan.

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada urus setia mesyuarat, barisan penolong kanan dan guru-guru
yang menyertai Mesyuarat Guru Bil 5/2021 ini. Pengerusi berharap semua guru dapat bekerja bersama-sama
dalam memperkasakan sekolah SK Saujana Utama ke arah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang
di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
6.2 Pengerusi memohon maaf dan ampun sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang mesyuarat berlangsung.
6.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat jam 10:40 malam.

Urus Setia
Setiausaha Mesyuarat Guru,
SK SAUJANA UTAMA
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Tarikh : 09 Februari 2022


Click to View FlipBook Version