The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F3 SYAFIKA BINTI MOHD NASIR (PENULISAN AKADEMIK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafikanasir05, 2022-05-12 12:35:36

F3 SYAFIKA BINTI MOHD NASIR (PENULISAN AKADEMIK)

F3 SYAFIKA BINTI MOHD NASIR (PENULISAN AKADEMIK)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

EDUP 3073
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

NAMA DISEDIAKAN OLEH:
SYAFIKA BINTI MOHD NASIR

NO. KAD PENGENALAN 010905030140

ANGKA GILIRAN 2020192340060

KUMPULAN PISMP F3

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH PUAN SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID

TARIKH HANTAR 12 MEI 2022

TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
i
Penghargaan 1
1
Pengenalan
2-6
Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
6
Langkah-langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya 7
Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Aspek Fizikal
Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Aspek Emosi
Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Aspek Sosial
Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Aspek Sosiolinguistik
Penutup

Rujukan

Penghargaan

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan limpah kurniaNya dapat saya menyelesaikan
tugasan kerja kursus dengan jayanya. Pada kesempatan ini, ucapan terima kasih saya
dedikasikan kepada pensyarah Puan Sharizan Abd Hamid selaku pensyarah kursus EDUP3073
Budaya dan Pembelajaran kerana sudi memberikan bimbingan, panduan dan tunjuk ajar
sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Segala pengalaman dan pengetahuan yang diraih
sepanjang melaksanakan tugasan ini amat bermakna dan akan digunakan kelak.

Jutaan terima kasih dizahirkan kepada kedua ibu bapa saya kerana menjadi tulang belakang
serta memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan kerja
kursus. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi tenang, masa dan wang
ringgit amat saya hargai. Namun, tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas bagi menyempurnakan kerja kursus ini. Akhir
kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam usaha saya melaksanakan tugasan ini.

1

Pengenalan

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik kerana mempunyai rakyat
berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai latar belakang namun boleh hidup bersama-sama
dengan aman dan harmoni. Keunikan dan keistimewaan ini mewujudkan integrasi antara kaum
seterusnya membentuk budaya Malaysia (Ahmad Subki Maskon, 2012). Sistem pendidikan di
Malaysia berusaha memperkukuh perpaduan menerusi kandungan kurikulum dan kokurikulum,
bahan pengajaran dan juga program-program sekolah. Bukan itu sahaja, Sekolah Wawasan juga
telah ditubuhkan bagi menghargai kepelbagaian dan memupuk perpaduan dalam kalangan
murid. Dalam pada itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2013) turut
mengutamakan pembinaan perpaduan melalui pendidikan. Kurangnya pendedahan terhadap
kepelbagaian yang wujud di persekitaran bilik darjah dan ketidakmampuan murid untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut pasti memberi kesan terhadap integrasi etnik
persekitaran di bilik darjah (Suresh Kumar N Vellymalay, 2016). Sehubungan dengan itu, guru
berperanan penting untuk memperkukuh kesepaduan dalam kepelbagaian yang wujud di dalam
bilik darjah.

Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya

Bilik darjah merupakan tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran, maka
dapat didefinisikan bahawa bilik darjah adalah tempat yang berlakunya proses memberi dan
menerima maklumat serta ilmu pengetahuan. Menurut Chew Fong Peng (2008), pengurusan bilik
darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan
motivasi murid dan mengembangkan lagi sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat
perancangan sendiri. Malah, kecekapan pengurusan bilik darjah seseorang guru berkait rapat
dengan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana
pengurusan bilik darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran
bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses
pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan
pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran (Ishak Saat, 2006). Namun begitu,
dengan wujudnya pelbagai budaya dalam sesebuah bilik darjah, maka guru perlu mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu dengan membina yang menyokong serta
inklusif bagi membolehkan semua murid berasa selesa untuk belajar dan sudi menerima
perbezaan dalam persamaan antara mereka.

2

Langkah-langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
Pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah relevan untuk diaplikasikan oleh guru dalam
konteks pendidikan di Malaysia kerana dapat memupuk semangat kerjasama di samping
mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan murid yang berperanan sebagai komuniti bilik
darjah (Najeemah Md. Yusof, 2006). Kualiti pengurusan bilik darjah yang mesra budaya
bergantung kepada pelbagai aspek terutamanya aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Aspek Fizikal

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat penting
untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya bagi membantu
perkembangan murid dalam pembelajaran. Guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran
fizikal bilik darjah yang efektif bagi membantu perkembangan murid dalam pembelajaran. Hal ini
adalah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cara yang
selesa, menyeronokkan di samping memastikan keselamatan pelajar, mengurangkan risiko
kecederaan akibat kemalangan dan seterusnya menyumbang kepada sikap, kesejahteraan,
kebahagiaan dan kreativiti pelajar (Marinah Awang et al., 2018). Persekitaran fizikal bilik darjah
meliputi beberapa aspek utama iaitu bahan, peralatan dan kemudahan di mana dapat
mempengaruhi keselesaan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam di
bilik darjah. Oleh itu, persekitaran fizikal bilik darjah seperti keluasan ruang dan susun atur
perabot perlu sesuai dengan kapasiti pelajar kerana jika tidak, hal ini akan menimbulkan pelbagai
masalah di dalam kelas.

Penyediaan susun atur perabot seperti kerusi dan meja memainkan peranan yang penting
supaya dapat memastikan murid-murid merasa selesa ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, guru perlu mengawal kelas dengan bijak seperti mengambil kira
susunan meja dan kerusi yang menggabungkan murid-murid daripada pelbagai bangsa dalam
satu kumpula supaya mereka boleh menerima dan bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini
juga untuk memastikan mereka dapat berkomunikasi dengan berkesan tanpa wujudnya jurang
walaupun berlainan kaum. Sebagai contoh, guru memberi peluang kepada setiap murid untuk
berada dalam kumpulan yang berbeza-beza pada setiap aktiviti yang dijalankan di mana setiap
kumpulan terdiri daripada murid dan bangsa yang berlainan. Dengan cara ini, murid-murid
berpeluang untuk bercampur dengan semua rakan sekelas di samping mewujudkan
pembelajaran yang mesra budaya di dalam kelas.

3

Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Aspek Emosi

Emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan
yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau
kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi (Wan Norhasniah
Wan Husin, 2015). Perkembangan emosi yang sihat sangat penting dalam kehidupan
termasuklah kepada murid-murid kerana akan mempengaruhi pembelajaran mereka. Malah,
murid-murid dapat belajar untuk mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat
menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Justeru itu, langkah guru untuk mewujudkan bilik darjah
yang mesra budaya dalam pengurusan emosi adalah dengan memberi layanan yang adil kepada
semua murid. Guru akan berhadapan dengan murid yang mempunyai latar belakang yang
berbeza tidak kira dari segi budaya mahupun kepercayaan namun tidak seharusnya melayan
mereka dengan cara yang tidak adil disebabkan terlalu taksub dengan warna kulit. Sebagai
contoh, guru yang berbangsa Melayu akan lebih memberi perhatian kepada murid yang
berbangsa sama dengannya dan ini akan memberi tanggapan yang buruk terhadap profesion
keguruan kerana mempunyai sikap pilih kasih. Oleh yang demikian, guru perlu memberi layanan
adil yang supaya membolehkan murid menggarap sumber-sumber yang penting seperti
sokongan emosi dan perlindungan selain membentuk ekspektasi yang positif dalam hubungan
guru dan murid terutamanya dalam usaha membentuk bilik darjah yang mesra budaya (Suresh
Kumar N Vellymalay, 2016).

Di samping itu, guru juga boleh menerapkan amalan nilai murni dalam diri murid-murid. Hal ini
adalah untuk menjamin keharmonian dan kemesraan di dalam bilik darjah yang mempunyai
pelbagai kaum. Oleh yang demikian, guru berperanan untuk menjadikan bilik darjah sebagai satu
medium untuk mendidik murid-murid dengan nilai-nilai menghormati antara satu sama lain,
persefahaman dan saling bekerjasama tidak kira ketika proses pembelajaran mahupun di luar
waktu belajar. Bahkan, apabila murid mengamalkan dan mengaplikasikan nilai-nilai tersebut,
maka perkara seperti pergaduhan dan perselisihan faham di dalam kelas semestinya dapat
dielakkan. Sehubungan dengan itu, guru perlu bijak merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berunsurkan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia iaitu berkaitan dengan
amalan dan kepercayaan sesuatu kaum. Dengan cara ini, murid-murid dapat mengawal emosi
mereka daripada menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan budaya bangsa lain. Perkara ini
bersesuaian dengan pendapat Zulkifli Salleh (2010) yang menyatakan bahawa pengurusan
emosi yang betul dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra budaya dengan
sendirinya. Justeru itu, peranan guru sangat penting dalam pengurusan emosi dengan memberi

4

penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam
kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar
belakang.

Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Aspek Sosial

Aspek sosial juga merupakan elemen yang signifikan dalam pembentukan bilik darjah mesra
budaya. Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan “sosial” merujuk kepada ciri-ciri kehidupan
manusia yang membentuk masyarakat. Dengan menerapkan aspek sosial dalam diri murid-
murid, mereka dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan orang lain dan pembentukan
kendiri untuk mula menghargai dan mengawal diri sendiri (Noriati A. Rashid et al., 2017).
Penetapan peraturan yang dipersetujui bersama amat berguna dalam pengurusan sosial bilik
darjah mesra budaya. Sehubungan dengan itu, peraturan mahupun dendaan yang ingin
dilaksanakan di dalam bilik darjah perlu ditetapkan berdasarkan persetujuan bersama semua
murid di dalam bilik darjah. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa dihargai kerana mereka
mempunyai hak untuk bersuara dan menentukan sesuatu perkara yang melibatkan diri mereka.
Bahkan, dengan pembentukan peraturan ini juga menjadi satu medium untuk mengawal tingkal
laku sosial mereka daripada perkara yang tidak sewajarnya untuk mereka lakukan. Hal ini adalah
kerana sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mematuhi peraturan tersebut. Sebagai
contoh, sebelum memulakan pembelajaran, guru akan meminta murid untuk membaca doa
belajar mengikut ajaran agama dan kepercayaan masing-masing. Dengan itu, setiap murid akan
berasa dihormati dan dihargai kerana guru itu sendiri menghormati setiap agama yang dianuti
oleh muridnya walaupun berbeza dengan dirinya sendiri.

Seterusnya, murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya mempunyai sifat yang berbeza-
beza. Wujudnya murid yang mempunyai sifat pendiam atau tidak suka bergaul dengan murid
yang lain. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya bijak merancang dalam menggalakkan
perkembangan aktif murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Sebagai contoh, guru boleh melaksanakan konsep komuniti pembelajaran di dalam bilik darjah
untuk mewujudkan bilik darjah mesra budaya. Dengan kaedah ini, pembinaan persekitaran bilik
darjah yang prihatin dan penyayang dapat dibentuk kerana aktiviti yang dijalankan iaitu “Round
Table” mendorong murid untuk menghormati setiap perkongsian rakan-rakan mengenai bahan
yang ditetapkan. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan berbincang dan berkomunikasi antara ahli
kumpulan dengan cara yang baik walaupun berbeza kaum serta agama. Hasil kolaboratif ini akan

5

memupuk sikap menghormati antara ahli kumpulan kerana mereka perlu mendengar dan
menerima pandangan setiap ahli kumpulan mereka.

Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Aspek Sosiolinguistik

Aspek sosiolinguistik juga penting untuk menjamin persekitaran sesebuah bilik darjah yang mesra
budaya. Bidang sosiolinguistik adalah satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi variasi
bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan (Noriati
A. Rashid et al., 2017). Sosio dianggap sejajar dengan sosial yang bermaksud perkara yang
berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya manakala linguistik pula merupakan disiplin
yang mengkaji unsur bahasa, khususnya unsur yang membentuk sistem bahasa (Abdul Razif
Zaini et al., 2016). Dengan ini dapat ditakrifkan bahawa sosiolinguistik sebagai disiplin ilmu yang
mengkaji bahasa di mana masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut. Salah satu cara
untuk membina bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui bahasa. Hal ini dikatakan demikian
kerana bahasa merupakan simbolik yang mempamerkan budaya. Sehubungan dengan itu,
pengaplikasian bahasa ibunda perlulah dikukuhkan dan diperteguhkan supaya dapat memberi
peluang kepada murid untuk saling mengenali di samping dapat bertindak sebagai penghubung
antara murid yang berlainan budaya.

Tambahan pula, bahasa Inggeris juga dijadikan sebagai bahasa penghantar sekiranya kelas
tersebut terdiri daripada berbilang kaum. Dengan pendekatan ini, murid yang tidak mahir dalam
penggunaan bahasa kebangsaan masih dapat berinteraksi dengan murid-murid lain di samping
mencapai hasrat kerajaan Malaysia iaitu menyokong dasar Memartabatkan Bahasa Melayu,
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan
dengan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, dan budaya dalam kelas agar murid-murid
dapat melibatkan diri secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh,
guru menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik yang terdapat di Malaysia sebagai
sumber pengajaran misalnya menggunakan cerita rakyat masyarakat India dalam pengajaran
bahasa Melayu. Bahkan, guru juga boleh meminta murid yang berbangsa India untuk bercerita
mengenai warisan keluarga mereka kepada rakan sekelas. Melalui kaedah pengajaran ini,
interaksi lisan antara guru dan murid serta murid dan murid merupakan satu medium yang
berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran lisan murid-murid (Dayang sufilkawany
ujai et al., 2017). Bukan itu sahaja, pengajaran mengenai unsur budaya dapat memupuk

6

persefahaman dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik sekali gus
menambahkan kosa kata bahasa etnik rakan yang lain.

Penutup
Secara rumusannya, bilik darjah adalah salah satu faktor yang sangat penting untuk memastikan
murid dapat memahami serta mencapai objektif pembelajaran dengan baik. Selain itu,
pengaplikasian langkah-langkah pengurusan bilik darjah juga amatlah penting untuk memastikan
persekitaran yang mesra budaya dapat diwujudkan melalui komunikasi antara satu sama lain.
Dengan itu, persekitaran pembelajaran yang mesra budaya dapat menggalakkan aktiviti
intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping menggalakkan
pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar (Che Nidzam Che Ahmad et al., 2013).
Justeru itu, dalam menghadapi situasi bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik
yang mempunyai budaya yang berbeza, seseorang guru hendaklah membina satu persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya agar murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran
dapat disampaikan dengan berkesan.

7

Rujukan

Abdul Razif Zaini & Rosfazila Abd Rahman. (2016). Dato Mahamud Bin Abdul, tokoh
sosiolinguistik melayu nusantara: suatu kajian konseptual, profil dan sumbangan. Latihan
Ilmiah. Kolej Univerisiti Islam Antarabangsa Selangor.

Ahmad Subki Maskon. (2012). Budaya dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia.

Che Nidzam Che Ahmad, Noraiani Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy
Ibrahim. (2013). Pengaruh persekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap keselesaan
pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 6, 1-7.

Chew Fong Peng. (2008). Budaya dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Jabatan
Kebudayaan dan Keseniaan Negara

Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Pengaruh faktor sosial
dalam pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan murid iban. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. 7(1), 74-84.

Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan persekitaran fizikal
bilik darjah dan kesejahteraan dan keselesaan pembelajaran dan pengajaran. Management
Research Journal. 8(1), 86 - 99.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2017).
Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Suresh Kumar N Vellymalay. (2016). Keberkesanan hubungan guru kelas-murid dalam
merangsang kesedaran terhadap integrasi etnik dalam kalangan murid di bilik darjah. Jurnal
Ilmi. 6,69-88.

Wan Norhasniah Wan Husin. (2015). Peradaban dan perkauman di Malaysia. Universiti Malaya.

Zulkifli Salleh. (2010). Bahasa dan Isu-isu sosiobudaya. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version