The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Majalah Tahunan SK Kuala Tomani 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xba1317, 2022-02-22 11:12:18

LUMUAT ASSINGGAUH 2021

E-Majalah Tahunan SK Kuala Tomani 2021

edisi 2021

LUMUAT
ASSINGGAUH

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TOMANI

Kg. Kuala Tomani, Kilometer 43, Jalan Kemabong
Peti Surat 206

89908 Tenom, Sabah
[email protected]

Senarai Kandungan

-------------------------------------

Kata Alu-Aluan Guru Besar SK Kuala Tomani Tenom 1
Kata Alu-Aluan Sidang Redaksi 2
Profail Sekolah 3
Sejarah Sekolah 4
Lencana Sekolah 7
Lagu Sekolah 8
Guru Besar 9
Penolong-Penolong Kanan 10
Guru-Guru 11
Anggota Kumpulan Pelaksana 12
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 15
Peristiwa Sepanjang Tahun 2021 16
Gambar Kelas Tahun 6 2021
24
Alpha 25
Beta 26
Gamma 27
Penghargaan 28
Catatan

Kata Alu-Aluan

Guru Besar SK Kuala Tomani
Tenom

----------------------------------------

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan sayabas dan tahniah kepada
Sidang Redaksi Lumuat Assinggauh Edisi 2021 di atas kejayaan menerbitkan e-
majalah sekolah pertama bagi SK Kuala Tomani Tenom. Terima kasih kerana
memberi ruang dan peluang kepada saya menitipkan tinta dalam majalah ini.

Pengalaman merupakan guru terbaik dalam pendidikan manusia.
Merakamkan semua pengalaman terutama di kala negara bersama dunia
memerangi COVID-19 merupakan satu norma baharu bagi generasi ini,
terutama bila dunia semakin canggih dengan teknologi yang berubah pantas.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah terutama menggunakan
medium atas talian memberi inspirasi bahawa teknologi dan modenisasi
seharusnya sudah diaplikasi kepada seluruh warga SK Kuala Tomani Tenom.

Kepada semua murid tahun 6 2021, saya ucapkan selamat berjaya dan
terus sukses di pendidikan menengah nanti. Walaupun saya masih baru di
sekolah ini, namun sikap yang adik-adik tunjukkan memperlihatkan potensi dan
kecemerlangan diri kamu. Ingatlah yang kamu semua berbakat dan mempunyai
potensi, dan sudah pasti kamu memerlukan asuhan dan didikan yang
menyerlahkan potensi dan bakat kamu pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih

SUFIAN BIN MOKHTAR
Guru Besar SK Kuala Tomani Tenom

Kata Alu-Aluan
Sidang Redaksi
Lumuat Assinggauh

Edisi 2021

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syabas dan tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Kuala Tomani kerana telah
berjaya menghasilkan majalah sekolah “Lumuat Asinggauh” buat pertama
kalinya bagi sesi 2021.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Guru Besar kerana
telah memberi peluang kepada kami sebagai editor majalah ini. Untuk
menerbitkan sebuah majalah yang berkualiti dari segi kandungan dan
penampilan, kebijaksanaan, ketekunan, kesabaran, kreativiti dan semangat
kerja berpasukan amatlah diperlukan. Di sinilah nasihat dan bimbingan
daripada Guru Besar serta rakan-rakan guru yang berpengetahuan dan
berpengalaman luas diperlukan untuk bersama-sama menghasilkan majalah
sekolah ini.

Kami berharap keluaran Majalah Lumuat Asinggauh sesi 2021 ini dapat
merakamkan nostalgia dan pengalaman pahit dan manis di sekolah ini yang
tidak dapat di lupakan para pelajar. Galakan dan iktibar dijadikan pencetus
kejayaan kepada para pelajar untuk terus berusaha.

Sebelum kami mengundurkan diri, kami memohon kemaafan jika
terdapat sebarang kesulitan atau pekara yang mengecewakan para
pembaca. Akhir kata daripada kami, “buatlah apa sahaja yang tidak
merugikan masa depanmu, dimana ada kemahuan di situ ada jalan".

Sekian, wasalam.

Rebecca Tania Tulas Khairunnisa binti Waimin

PROFAIL SEKOLAH

V ISI
M ISI
M OTO

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kuala Tomani (SK Kuala Tomani) telah ditubuhkan
pada 1 Januari 1954 dengan nama Native Voluntary School, Kuala Tomani.
Cadangan penubuhan sekolah ini adalah daripada Encik Anggun bin Sumbang yang
merupakan Ketua Kampung pada ketika itu dan sekolah ini telah dibina dengan
kerjasama penduduk dan masyarakat Kampung Kuala Tomani. Pada tahun 1967,
sekolah ini telah ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala
Tomani dan nama Sekolah Kebangsaan Kuala Tomani telah dikekalkan sehingga
kini.

Binaan bangunan asal sekolah ini adalah daripada kayu-kayu bulat di mana
berdindingkan kulit kayu dan beratapkan daun. Secara keseluruhannya, sekolah ini
mempunyai keluasaan 4.94 ekar. Seiring dengan peredaran masa sekolah ini
mempunyai enam bangunan dan sebuah bangunan Pusat Sumber pada tahun 1991
dimana pada tahun 1993, sekolah ini telah mendapat tiga buah bangunan baru yang
dibina oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah ini meliputi sebuah blok
sekolah, sebuah bangunan Prasekolah dan sebuah blok kelas muzik. Baik pulih
sebuah blok bangunan sekolah lama telah dilaksanakan oleh PIBG pada tahun 1995
menggunakan peruntukan wang persatuan dan sumbangan orang ramai. Kuartes
rumah guru juga telah dibina meliputi lapan buah rumah guru (tiga daripadanya
merupakan rumah berkembar) dimana tujuh buah rumah tersebut dibina oleh
kerajaan dan selebihnya oleh ibu bapa dan guru-guru di sekolah ini. Pada tahun
2018, sekolah ini telah mendapat 3 blok kelas IBS dengan keluasan 4500 kaki per
segi bagi setiap blok. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan
air serta jalan berturap.

Pada awal penubuhan sekolah ini, ianya diketuai oleh Encik Saguon bin Banas
dan dibantu oleh seorang guru pembantu di mana bilangan murid adalah seramai 43
orang. Pada tahun 1962, sekolah ini telah diambil oleh kerajaan di mana pada
waktu itu sekolah ini hanya menawarkan kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja
dan sesi persekolahan bermula dari jam 7.20 pagi sehingga jam 12.40 tengahari.

Sekolah ini telah dinaiktaraf daripada sekolah Gred C kepada Gred B pada
tahun 1987 disebabkan pertambahan bilangan murid. Sekolah ini juga telah terpilih
sebagai sekolah “Terkawal Khas” dalam daerah Tenom. Pada tahun 1994, sekolah
ini dinaikkan pula kepada sekolah Gred A atas pertambahan murid yang mencapai
615 orang dengan bilangan guru seramai 32 orang.

Berdasarkan data pada Mac 2011, bilangan murid telah mencapai 709 orang
dengan 359 murid lelaki dan 350 murid perempuan. Bilangan tenaga pengajar pula
ialah seramai 44 orang (20 guru lelaki, 24 guru wanita) dengan kekuatan staf
sokongan seramai 9 orang. Bilangan keseluruhan kelas daripada Tahun 1 sehingga
Tahun 6 ialah 19 kelas selain 3 kelas Pra Sekolah. Kelas-kelas diberi nama dan
susunan daripada Utopia, Utilitarian, Libertarian dan Acute. Selain mencatatkan
pencapaian seorang murid berjaya mendapat 5A pada peperiksaan UPSR 2010,
sekolah ini juga terkenal dengan aktif dan pencapaian yang memberangsangkan
dari segi ko-kurikulum iaitu sukan.

Berikut merupakan senarai guru besar yang telah dan sedang
berkhidmat di sekolah ini:-

1. Sagoun Banas 1954 – 1958
2. Philip Sunggak 1958 – 1959
3. Jaafar Dungkin 1959 – 1961
4. Raminsin Magayun 1962 – 1965
5. Kadir Ontobon 1965 – 1966
6. Kempoh Asai 1967 – 1968
7. Asrah Osman 1968 – 1969
8. Sharif Tambi 1969 – 1969
9. Ekin Santong 1970 – 1973
10. Awang Ladis Siboh 1973 – 1974
11. Mohd. Yusup Abdul 1974 – 1980
12. Angin Linggit 1980 – 1987
13. Sahlan Nasin 1987 – 1988
14. Awang Ladis Siboh 1988 – 1988
15. Suhaili Tinsin 1988 – 1994
16. M. Yahaya Galisong 1994 – 1998
17. Hansel D. Daigo 1999 – 2003
18. Ranik Yanik Guding 2003 – 2005
19. Gupiri Gubau 2005 - 2006

20. Jamal Gani 2006 – 2009
21. Sanis @ Anis Dipal 2009 – 2012
22. Hamzah bin Jumadi 2012 – 2019
23. Alizan Osman 2019 – 2021
24. Sufian bin Mokhtar 2021 – sekarang

Lencana SEKOLAH

o Bentuk bulat lencana adalah simbol permuafakatan warga sekolah.
o Buku di bahagian atas adalah lambang pusat menimba ilmu dan ianya

dijunjung pada martabat yang tinggi.
o Bintang berbucu 5 adalah asas prinsip Rukun Negara.
o Warna hijau lambang penyuburan ilmu dan sahsiah.
o Warna kuning adalah lambang kedaulatan maruah warga sekolah.
o Warna merah adalah lambang kegigihan dan keberanian.
o Warna putih adalah lambang keikhlasan dan keyakinan.
o Warna biru tua adalah lambang perpaduan.
o Berilmu Beramal Berusaha – Slogan Sekolah

LAGU SEKOLAH

Kami Anak Bangsa Negara
Mendukung Wawasan Jaya
Kami Bersatu Dan Berusaha

Membina Warga Berjaya

Sekolah Kebangsaan Kuala Tomani
Sekolah Sanjungan Kami

Menjadi Harapan Masa Depan
Jadi Kebanggaan Semua

Kami Teruskan Perjuangan
Menjayakan Visi Misi Kami
Berilmu Beramal Berusaha

Slogan Sekolah Kami
Sekolah Kebanggaan Kami

SUFIAN BIN MOKHTAR

• Sarjana Pendidikan (Lulus Dengan Cemerlang) OUM
• Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian UMS
• Diploma Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan IAB KPM
• Diploma Pendidikan (IPKS)
• Diploma Perakaunan (UiTM)
• Sijil Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan

(NPQEL) IAB KPM

PUAN AMIDAH BINTI PARAS
Penolong Kanan Pentadbiran

PUAN INING BINTI LINGGANG
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

ENCIK BONIFACE B. JOHANIS
Penolong Kanan Kokurikulum





no JAWATAN NAMA PEGAWAI

1 GURU BESAR SUFIAN BIN MOKHTAR

2 PENOLONG KANAN AMIDAH BINTI PARAS
PENTADBIRAN
INING BINTI LINGGANG
3 PENOLONG KANAN HEM
BONIFACE B. JOHANIS
4 PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM ANDIWE BIN SOLONG
CALVIN CARL CHRISTOPHER MARCUS
5 GURU AKADEMIK BIASA CHRISTOPHER BEDE ANTHONY
MAKINJAL
6 GURU AKADEMIK BIASA DANIEL SALA
DELDRIN PETER
7 GURU AKADEMIK BIASA DIFERY DAILIT
DIFERY DAILIT
8 GURU AKADEMIK BIASA GALIT TALIYOR
9 GURU AKADEMIK BIASA HASTEI DOIMI
10 GURU AKADEMIK BIASA JOE ALLEN TSEN KA VUI
11 GURU AKADEMIK BIASA HEROSE WONG
12 GURU AKADEMIK BIASA KARTINA@MARLYNNA FRANCIS
13 GURU AKADEMIK BIASA KHAIRUNNISA WAIMIN
14 GURU AKADEMIK BIASA MAHANI ROSENI
15 GURU AKADEMIK BIASA MICHELE JAILAN
16 GURU AKADEMIK BIASA MOHD.AFFIQ BIN ASSAN
17 GURU AKADEMIK BIASA MOHD. HAMIDI AG.DAMIT
18 GURU AKADEMIK BIASA MUHD.FARID ZAKWAN BIN SAHAT
19 GURU AKADEMIK BIASA NABILLAH BINTI RAMLI
20 GURU AKADEMIK BIASA NORLAILA KASUM
21 GURU AKADEMIK BIASA RAINIE ALAI
22 GURU AKADEMIK BIASA REBECCA TANIA TULAS
23 GURU AKADEMIK BIASA SAFRI BIN HJ.MD.YUSSOF
24 GURU AKADEMIK BIASA SALWA FAZEERA BINTI SALAM
25 GURU AKADEMIK BIASA SITI AISHAH BINTI ZAWAHI
26 GURU AKADEMIK BIASA WILFRED RAYMOND EMUS
27 GURU AKADEMIK BIASA FADZILAH BINTI ROMAT
28 GURU AKADEMIK BIASA
29 GURU PEMULIHAN
30 GURU AKADEMIK BIASA
31 GURU PENDIDIKAN ISLAM

32 GURU PRASEKOLAH HEMMI BINTI MAHALI
RAJENA BINTI SULUTAN
33 GURU PRASEKOLAH STANLEY BIN MAIL
SINDA BINTI KAWAR
34 GURU PRASEKOLAH NURAINI @NORAINI ROBERT@RAZALI
RUDYE TINGKALU
35 GURU PRASEKOLAH
NAZIA BINTI JALAL
36 GURU BIMBINGAN
NORSHAYATUL HANI BINTI JANI
37 GURU PENGURUSAN
DATA/MAKLUMAT SITI NUR AZLINA BINTI MASLIN

38 PEMBANTU PENGURUSAN ZAIVINAH BINTI ANUAR
MURID
ROBITA BINTI SINDALUN
39 PEMBANTU PENGURUSAN SYLVIA KIYLEI BINTI KILLIP
MURID SALOMA BINTI SAWANG

40 PEMBANTU PENGURUSAN
MURID

41 PEMBANTU PENGURUSAN
MURID

42 KETUA PEMBANTU TADBIR
(P/O)

43 PEMBANTU TADBIR (P/O)

44 PEMBANTU AM RENDAH

























PENGHARGAAN







SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TOMANI

Kg. Kuala Tomani, Kilometer 43, Jalan Kemabong

Peti Surat 206

89908 Tenom, Sabah

[email protected]


Click to View FlipBook Version