Persatuan Kor Kadet Polis
Pengenalan uniform
❖Pakaian Kor Kadet Polis
TATACARA PEMAKAIAN LENCANA KADET POLIS
BAJU
▪ Bagi anggota Kadet Wanita memakai 'bush jacket' berlengan panjang.
SELUAR
▪ Seluar panjang.
BERET POLIS
▪ Semua ahli pasukan kadet dikehendaki memakai beret sebagai penutup
kepala.
KAIN TUDUNG
▪ Kadet wanita dibenarkan memakai tudung kepala berwarna baju sebagai
pilihan. Pemakaiannya mestilah kemas dan bahagian bawah tudung
hendaklah dimasukan ke dalam baju.
LENCANA POLIS
▪ Lencana Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai pada beret dengan dilapik
dengan pelapik biru muda (turquoise).
LENCANA BAHU
▪ Lencana bahu kain berwarna biru muda yang bertulis warna putih 'KADET
POLIS' hendaklah dipakai 3 cm di bawah lidah bahu baju kanan dan kiri bagi
semua Pegawai Kanan dan anggota kadet.
TALI PINGGANG
▪ Tali pinggang nilon berwarna biru gelap. Kepala tali pinggang berlambang
Polis Diraja Malaysia.
BUTANG BAJU
▪ Butang plastik warna baju berukuran sedang bagi APR/anggota dan butang
logam bagi pegawai kanan.
KASUT
▪ Kasut Potong kulit bertali berwarna hitam.
WISEL
▪ Sama seperti bentuk wisel polis
SARUNG KAKI
▪ Sarung kaki nilon berwarna hitam
APULET
▪ Pegawai Kanan memakai apulet berwarna biru/hitam.
LENCANA KOLAR
▪ Dipakai dihujung kolar baju kanan dan kiri bagi semua Pegawai Kanan dan
angggota kadet.
LENCANA PANGKAT
▪ Struktur dan bentuk pangkat bagi Pegawai Kanan Kadet sama dengan
Pegawai Kanan Polis biasa. Bagi Pegawai Pangkat Rendah mengikut ukuran
yang telah ditetapkan dan dipakai di kanan dan kiri lidah bahu baju.
LENCANA SEKOLAH
▪ Lencana sekolah hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju.
TANDA NAMA
▪ Tanda nama berwarna hitam berukuran 2 cm x 7 cm hendaklah dipakai di
atas poket sebelah kanan baju.
MAFLAR
▪ Penutup leher (maflar) berwarna muda hendaklah dipakai semasa
perbarisan rasmi dan perbarisan perkhemahan tahunan.
WARNA PAKAIAN
▪ Warna biru gelap sama seperti pakaian Polis Biasa.
REBEN
▪ Pegawai dan anggota kadet dibenarkan memakai reben mengikut warna
tahap kelulusan ujian yang telah ditetapkan di atas poket baju sebelah kiri.
▪ UNIFORM DAN PANGKAT
1. Anggota-anggota PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang
diluluskan oleh Ketua Polis Negara (KPN 22/1/21 bertarikh 19 Februari 1970.2.
2. Anggota-anggota PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis
Negara :- 2.1. Semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan semasa bertugas/latihan
atau semasa pergi/balik latihan. 2.2. Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain
sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. 2.3. Pada bila-bila masa yang dibenarkan
oleh Pegawai Pemerintah.
3. Jenis/peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada anggota kadet. 3.1. Pakaian kawad (Drill
Order), But kawad, Angklet, Tali Pinggang Hitam (untuk kawad biasa), Selempang Putih (untuk
kawad perbarisan). 3.2. Pakaian Hijau (Jungle Green), But 'antispike', Baju Hijau, Seluar Hijau, Tali
Pinggang Hijau, Topi hijau.
4. Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai sepasang baju Kadet Polis. Selain
itu mereka perlu melengkapkan uniform mereka dengan aksesori berikut : a) Sepasang kasut hitam
b) Sepasang sarung kaki hitam c) Beret d) Lencana beret berpelapik biru e) Tali pinggang biru tua f)
Rantai kocek (land yard) g) Wisel h) Sepasang lencana bahu i) Sepasang lencana kolar
5. Kelengkapan bagi kasut dan beret boleh ditukar pada tiap - tiap selepas lapan belas bulan.
6. Lencana Kopral,Sarjan ,Sarjan Mejar dan Sub -Inspektor akan dibekalkan apabila mereka naik
pangkat.
7. Apabila menerima barang - barang kelengkapan pakaian seragam tiap - tiap Ahli Kadet dikehendaki
menandatangani borang akuan penerimaan seperti lampiran "A" dengan disaksikan oleh Komander
Platun.
8. Adalah menjadi tanggungjawab ahli kadet yang menerima kelengkapan pakian seragam menjaga
barang - barang berkenaan dengan baik dan selamat. Barang - barang tersebut hendaklah
dikembalikan kepada Komander Platun apabila seseorang ahli kadet berhenti dari menjadi
kadet.Komander Platun adalah bertanggungjawab menerima balik barang - barang tersebut dan
memeriksa serta menentukan semua barang - barang yang dikeluarkan kepada kadet itu diterima
balik dengan sepenuhnya. Barang - barang itu kemudiannya hendaklah dikembalikan oleh Komander
Platun kepada stor Polis.Bagi mereka yang berhenti kerana tamat persekolahan barang - barang
tersebut hendaklah dikembalikan pada bulan November kepada Komander Platun.
9. Sekiranya barang - barang kelengkapan pakaian seragam tersebut dihilangkan atau tidak
dipulangkan oleh mana - mana ahli kadet,maka ahli Kadet tersebut dikehendaki membayar balik
harga barang - barang yang hilang itu mengikut nilai yang ditetapkan oleh stor Polis.
10. Adalah menjadi tanggungjawab Komander Platun untuk memesan semua pakaian seragam dari
setor Polis,untuk ahli - ahli Kadetnya pada tiap - tiap tahun bulan Januari.
11. Bagi menukar pakaian seragam untuk mengganti pakaian seragam lama,Kadet dikehendaki
melaporkan perkara ini kepada Komander Platun. Komander Platun akan berurus dengan penjaga
stor gantian tersebut dengan kadar satu sama satu . Penggantian ini akan dibuat dalam bulan
Januari. Platun Komander hendaklah berhubung dengan Penjaga stor untuk ukuran pakaian bagi
tiap - tiap ahli Kadet.(Semua pemberian gantian pakaian seragam adalah kain yang belum berjahit
dan penjaga stor adalah bertanggungjawab untuk menguruskan tender untuk menjahit pakaian
tersebut).
12. Tatacara pemakaian pakaian seragam kadet polis perempuan dan kadet polis lelaki adalah seperti
berikut:
PANGKAT DAN LENCANA PANGKAT
SIJIL PENGAKUAN
Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi satu sijil pengakluan kepada semua
pegawai dan anggiota PKP yang berjaya menjadi anggota kadet polis.
PENGURNIAAN REBEN
Sebagai satu langkah insentif, seseorang anggota kadet boleh dikurniakan reben untuk
dipakai pada uniform setelah menjalani semua ujian aktiviti yang dijalankan dalam
KURIKULUM LATIHAN.