The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN INDIVIDU
MUHD NAJMI BIN ISMAIL
D20212099004

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Najmi Bin Ismail, 2024-06-09 12:09:48

KATA SERAPAN BAHASA ARAB

TUGASAN INDIVIDU
MUHD NAJMI BIN ISMAIL
D20212099004

KATA SERAPAN BAHASA ARAB MUHD NAJMI BIN ISMAIL D20212099004


BIL. SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGENALAN 1 2. PRINSIP UTAMA KATA SERAPAN ARAB 2 3. DUA PEMBAHAGIAN BESAR i) ISTILAH AGAMA ii) KATA UMUM 2-3 4. KAEDAH PERINCIAN LAIN: i) PERUBAHAN ISTILAH WALAUPUN EJAAN ii) BIARPUN LAMA TERSERAP(KATA UMUM), NAMUN KEKAL EJAAN ARABNYA iii) KATA UMUM YANG MENERIMA PERUBAHAN KONSONAN KHAS iv) TANPA VOKAL PADA ISTILAH AGAMA, NAMUN DITAMBAH VOKAL UNTUK PENGERTIAN UMUM v) SEBAGAI KATA DASAR KEKAL EJAAN ASAL, ADA PENAMBAHAN APABILA MENJADI KATA TERBITAN vi) PENAMBAHAN HURUF VOKAL PADA KATA YANG ASALNYA KONSONAN vii) PERUBAHAN HURUF ALIF MAQSURAH DALAM BAHASA ARAB, IAITU YA TIDAK BERNOKTAH MENJADI ALIF viii) PENGEKALAN HURUF ALIF MAQSURAH DALAM BAHASA ARAB, IAITU YA YANG TIDAK BERNOKTAH, NAMUN DIUBAH APABILA MENERIMA IMBUHAN ix) PENGEKALAN EJAAN SELAGI MENJADI ISTILAH, DIUBAH APABILA MENJADI KATA UMUM x) PENULISAN HURUF HAMZAH xi) PENULISAN HURUF TA MARBUTAH 3-9 5. KESIMPULAN 10 6. LATIHAN PENGUKUHAN 11 ISI KANDUNGAN


PENGENALAN Bunyi kata serapan yang belum sebati dengan sebutan Melayu seperti sesetengah perkataan yang menggunakan huruf Arab, misalnya kata serapan daripada bahasa Parsi dieja mengikut sistem bunyi atau sistem ejaan bahasa sumber. Begitu juga dengan bahasa-bahasa Eropah dan lain-lain yang belum sebati dengan sebutan Melayu dieja mengikut kaedah kata serapan daripada bahasa Inggeris. Bagi Kata serapan Arab pula ia hendaklah dieja mengikut bentuk kata asal yang diserap ke dalam bahasa Melayu kecuali kata yang telah berubah mengikut bunyi Melayu dan kata yang ejaannya boleh mengelirukan pembaca. Kata yang digunakan sebagai istilah keislaman hendaklah dikekalkan ejaannya. Perubahan ejaan yang berlaku melibatkan penambahan vokal dan perubahan konsonan. 1


PRINSIP UTAMA PENGEJAAN KATA SERAPAN ARAB Secara umumnya, kata serapan Arab dieja dengan kaedah lampau hukum. Ini bermaksud kebanyakan perkataan begini di luar kaedah mengeja yang telah dipelajari, khasnya apabila dibandingkan dengan cara mengeja kata jati Melayu. Contohnya: DUA PEMBAHAGIAN BESAR Terdapat dua kaedah utama dalam isu mengeja kata serapan arab ini. 1.Istilah Agama ❑Ejaannya dikekalkan Kata serapan Arab yang tergolong ke dalam “istilah agama” atau dirasakan sebagai istilah khusus, hendaklah dikekalkan ejaannya. Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi Bandingkan kata melayu (Garpu (ݢرڤو فرض فرض Fardu (Katil (کاتيل نکاح نکاح Nikah (Nipah (نيڤه سجود سجود Sujud Ejaan Rumi Ejaan Jawi کتاب Kitab وضوء Wuduk صالة Solat 2


2. Kata Umum Ejaanya diubah Kata Umum bermaksud bukan istilah agama dan ia telah lama terserap sehingga dieja mengikut ejaan kata jati dalam bahasa Melayu. Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi کرتس قرطاس Kertas سابون صابوت Sabun وابق وباء Wabak KAEDAH PERINCIAN LAIN 1. Perubahan Ejaan Walaupun istilah ❑ Meskipun satu-satunya perkataan itu merupakan istilah, namun untuk mengelakkan homograf, iaitu dua perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan bunyi dan ertinya, maka ada istilah yang diubah ejaannya iaitu berlaku penambahan huruf khasnya vocal. ❑ Huruf vokal dalam bahasa Melayu untuk membimbing bunyi yang sebenarnya (ke atas [a], ke depan [u], atau ke bawah [i]). ❑ Bagaimanapun dalam bahasa arab, huruf vocal berfungsi untuk memanjangkan bunyi huruf itu dengan syarat tertentu. ❑ Malah ada masanya, kerana berbeza antara bacaan pendek dengan bacaan Panjang itu, sudah memberi makna yang berlainan. 3


Ejaan Arab Bunyi Pertama Bunyi Kedua Ejaan Jawi Bahasa Melayu ذيکير/ذکر Zikir Zakar ذکر عاليم/عالم Alim Alam عالم / Mahram محرم Muharram محريم/محرم Muhrim 2. Biarpun lama terserap (kata umum), namun kekal ejaan arabnya ❑ Terdapat perkataan dalam kelompok ini, walaupun sudah lama terserap, ejaan asal bahasa sumbernya itu dikekalkan. Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi عقل عقل Akal حبيب حبيب Habib خيال خيال Khayal 3. Kata umum yang menerima perubahan konsonan khasnya ❑ Terdapat perkataan yang diubah huruf konsonannya, khususnya Arab jati, untuk memudahkan sebutannya dalam bahasa Melayu. Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi عرل عرض Aral جامين ضامن Jamin سيلڤ خالف Silap 4


4. Tanpa Vokal pada istilah Agama, namun ditambah vokal untuk pengertian umum. Terdapat istilah agama dieja tanpa huruf vokal walaupun ada bunyi vocal [a], [i] atau [u], walaubagaimanapun, apabila ia digunakan untuk pengertian umum, ditambah huruf alif, atau ya atau wau. Ejaan Rumi Ejaan Jawi Al-Arif العارف عاريف Arif Al-Hakim الحکيم حاکيم Hakim 5. Sebagai kata dasar kekal ejaan asal, terdapat penambahan apabila menjadi kata terbitan. ❑ Perkataan yang berakhir dengan suku kata terbuka dengan menggunakan bunyi vokal [a], [i], atau [u] hendaklah dieja mengikut asalnya sebagai kata dasar. ❑ Sekiranya dibentuk menjadi kata terbitan dengan tambahan akhiran atau pertikel, maka perlu ditambah huruf alif atau ya atau wau untuk mengelakkan kesamaran dalam pembacaan. Ejaan Rumi Ejaan Jawi فرض Fardu ممفرضوکن Memfardukan حج Haji مڠحجيکن Menghajikan 5


6. Penambahan huruf vokal pada kata yang asalnya konsonan sahaja. Dalam mengelakkan kesilapan atau kekeliruan dalam pembacaan bunyi vokal, huruf vokal ya atau wau ditambah ke dalam ejaan jawi. Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi فيکير فكر Fikir ايذين اءذن Izin روکون رکن Rukun 7. Perubahan huruf Alif Maqsurah dalam Bahasa Arab iaitu Ya yang tidak bernoktah [ى [menjadi alif ❑ Sebagai kata dasar lagi, terus diubah Ya yang tidak bernoktah itu menjadi alif kerana sudah lama terserap dan bukan istilah. Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi دعوا دعوى Dakwa معنا معنى Makna 8. Pengekalan Huruf Alif Maqsurah dalam bahasa Arab iaitu Ya yang tidak bernoktah [ى ,[namun diubah apabila menerima imbuhan. ❑ Terdapat kata serapan Arab yang mengekalkan huruf ini yang dalam ejaan Jawi dipanggil huruf ye [e pepet]. Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi هللا تعالى هللا تعالى Taala Allah فتوى فتوى Fatwa موسى موسى Musa 6


❑ Walaubagaimanapun, apabila ia menjadi kata terbitan dengan akhiran atau partikel, maka huruf alif maqsurah atau ya [ى [tadi digantikan dengan huruf alif pula. Ejaan Rumi Ejaan Jawi ممفتواکن Memfatwakan کتقواءن Ketakwaan 9. Pengekalan Ejaan selagi menjadi istilah, diubah apabila menjadi kata umum ❑ Terdapat kata serapan arab yang menerima kedua-dua fungsi, sebagai istilah dan kata umum. Sebagai istilah, dikekalkan ejaan asalnya. Sebagai kata umum, diubah di mana yang perlu. Maknanya akan lebih luas sedikit, tidak terikat dengan Batasan atau unsur keagamaan tersebut. Ejaan Rumi Ejaan Arab Ejaan Jawi عقد عقد Akad ايکت - Ikat فتوى فتوى Fatwa ڤتوا - Petua 10. Penulisan Huruf Hamzah ❑ Dalam bahasa arab terdapat empat tempat meletakkannya: tanpa rumah, berumahkan huruf alif (di atas atau di bawah alif), berumahkan huruf wau dan berumahkan huruf Ya. ❑ Bagi kata serapan yang bukan istilah agama, kata serapan begini dieja mengikut kaedah mengeja kata jati melayu iaitu dengan meletakkan hamzah selepas wau, bukan hamzah berumahkan wau (wau ada tempatnya sendiri dan tiga perempat dari baris). 7


Ejaan Rumi Sebutan Ejaan Jawi Muktamar Mu’tamar موءتمر Mukmin Mu’min مؤمن 11. Penulisan Huruf Ta Marbutah (Ta Simpul) ❑ Dalam kata serapan arab, huruf ta marbutah yang berfungsi hanya semata-mata di hujung satu-satu perkataan itu melambangkan bunyi [t] atau [h] sebagai kelainan sebutan dan kelainan sebutan itu lazimnya tidak membezakan makna. ❑ Pada penerimaan orang melayu terdapat tiga bentuk iaitu: i. Diterima sebagai bunyi [t], lalu ditulis dengan ejaan ta, ta Muftah atau ta Panjang [ت[ Ejaan Rumi Sebutan Ejaan Jawi Dahsyat dah.syat دهشت Mesyuarat me.syua.rat مشوارت Surat su.rat سورت 8


ii. Bunyi [h] dengan ejaan ta marbutah [ة[ Ejaan Rumi Sebutan Ejaan Jawi Fathah fat.hah فتحة Madrasah mad.ra.sah مدرسة Surah su.rah سورة iii. Bunyi [t] dan [h] dengan ejaan ta marbutah [ة[ Ejaan Rumi Sebutan Ejaan Jawi Akibat Akibah a.ki.bat aki.bah. عاقبة Hidayat Hidayah hi.da.yat hida.yat هداية Kaifiat Kaifiah kai.fi.at Kai.fi.ah کيفية 9


KESIMPULAN Tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf al-Quran menekankan konsep keseragaman dalam sebutannya. la perlu disanjung tinggi dan dipelajari oleh orang-orang Melayu, kerana ia bukanlah suatu perkara yang sukar dan baru dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu sejak dari kecil lagi telah diorientasikan dengan tulisan ini melalui pengajian al-Quran. Jika dikatakan tulisan Jawi tidak sekata dan tidak konsisten, maka ia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk kita mengenepikannya. Oleh itu dalam usaha kita untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan tulisan Jawi dengan tidak menafikan tulisan Rumi, malah biarlah kedua-duanya berjalan seiringan, dan ini menampakkan kekayaan skrip Melayu. Kedua-duanya juga harus dapat mengeja segala bentuk bunyi bahasa asing khasnya bahasa 'Arab yang lebih rapat hubungannya dengan agama Islam. Segala kaedah ejaan seperti yang diutarakan oleh sarjana silam seperti William Marsden, W.G Shellabear, R.J Wilkinson, S.R Winstedt dan Za'ba perlu diberi perhatian. Saranan-saranan sarjana kini dan kaedah-kaedah ejaan dan transliterasi yang diutarakan oleh institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan Bahasa Kebangsaan, juga perlu diambil kira agar segala masalah yang merumitkan istilah Arab dalam tulisan Jawi dapat diatasi. 10


LATIHAN PENGUKUHAN Sila mengimbas kod atau menyalin semula link di bawah ini bagi menjawab beberapa soalan berkaitan kata serapan bahasa Arab yang telah anda pelajari daripada buku ini. Semoga berjaya https://quizizz.com/admin/quiz/6665c32447f965d74fda7069 ?source=quiz_share 11


Click to View FlipBook Version