The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM TING6 BIL 1 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by majlilaoree, 2020-03-02 00:09:16

MINIT MESYUARAT KURIKULUM TING6 BIL 1 2020

MINIT MESYUARAT KURIKULUM TING6 BIL 1 2020

1.0 UCAPAN / PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan
memulakan majlis dengan bacaan surah al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas segala komitmen kerja
guru sepanjang tahun 2019.

1.3 Pengerusi mengingatkan bahawa kerja merupakan suatu ibadah. Tambahan
pula sekolah terpilih untuk melaksanakan Program Transfomasi Sekolah 2025
(TS25). TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul
melalui:-
 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
 Disokong kepimpinan yang berkualiti/berwawasan
 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
 Komitmen komuniti yang padu

1.4 Pengerusi mengucapkan tahniah khususnya kejayaan sekolah dalam keputusan PT3
tahun 2019. Sekolah memperoleh 93.01% dengan gred puratanya 2.01. Bilangan
pelajar yang mendapat semua A dalam PT3 ialah seramai 5 orang.

1.5 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru agar mereka bersedia untuk
melaksanakan pdpc di dalam bilik darjah berlandaskan TS25 dan PAK 21 bagi tahun
2020. Pembudayaan PLC perlu dilaksanakan terutama dalam panitia masing-masing.
Semua kelas KAA dan Siber menjadi perintis bagi pelaksanaan Program Kelas TS25.

1.6 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMK KKB
yang turut menyumbang kepada kejayaan sekolah pada tahun 2019.
Makluman

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
YANG LEPAS
2.1. Dicadang oleh : En Nor Azmi Bin Mahmood
2.2. Disokong oleh : En Rozaidy bin Mohamed Sharif

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit pada mesyuarat kurikulum kali ke-2/ 2019.

3

4.0 PEMBENTANGAN PERKARA BAHARU / LAPORAN ISU BAHARU

4.1 PEMBENTANGAN PENOLONG KANAN TINGKATAN 6
(Tn Hj Rohaizad bin Mokhtar)

4.1.1 PENDEKATAN PROFESIONAL (POLC DAN PADC)

4.1.1.1 POLC (Plan Organizing Leading dan Controling) dan PADC
(Plan,Act, Do & Check) merupakan pendekatan professional
yang digunakan dalam usaha mengurus sesebuah organisasi.

Makluman

4.1.1.2 Rumusan daripada kedua-dua pendekatan profesional tersebut ialah
sesuatu pengurusan itu memerlukan:
(a) perancangan strategi/kertas kerja.
(b) mesyuarat, perbincangan, taklimat dan penerangan.
(c) pelaksanaan dan pemantauan.
(d) Laporan dan post mortem
(e) Dokumentasi

Tindakan: SU/KP/Penyelaras Program

4.1.1.3 Kertas Kerja ( Format Kertas Kerja)
(a) Tajuk
(b) Matlamat dan objektif
(c) Tarikh, masa dan tempat
(d) KPI dan Sasaran
(e) Jawatankuasa kerja (Induk dan pelaksana)
(f ) Perancangan kewangan
(g) Jadual kerja (Jadual pelaksanaan)
(h) Penutup
(i ) Penyedia, penyemak dan pelulus

Penyedia : Setiausaha
Penyemak : PKTE
Kelulusan : Pengetua

Tindakan: SU/KP/Penyelaras Program

4.1.1.4 Mesyuarat/Perbincangan/Taklimat/ Penerangan
Keperluannya:
(a) Surat / memo panggilan
(b) Rekod kehadiran
(c) Minit mesyuarat/catatan perbincangan/maklumat taklimat

(keputusan mesyuarat)

4.1.1.5 Tindakan: Setiausaha
Pelaksanaan dan Pemantauan
(a) Setiap AJK atau unit yang terlibat perlu mengikut ketetapan

mesyuarat/perbincangan atau taklimat/penerangan.

4

(b) Pengurus projek/Setiausaha organisasi atau program
bertanggungjawab memastikan pelaksanaan sesuatu
program:
i- Mencatat rekod kehadiran AJK dan peserta
ii- Mencatat masalah
iii- Melaporkan kelebihan
iv- Melengkapkan dokumen penilaian

(c ) Pemantau perlu merekodkan maklumat hasil daripada
pemantauannya. Program kurikulum T6 pemantaunya ialah
PKTE atau Pengetua. Manakala program panitia
akan dipantau oleh sama ada PKTE, Setiausaha Kurikulum,
atau Ketua Unit.

Tindakan: SU/Pemantau Program

4.1.1.6 Laporan dan Post Mortem
4.1.1.7 AJK atau setiausaha perlu:
(a) melengkapkan borang atau dokumen pelaporan
(b) menyenaraikan kelebihan program
(c) menyenaraikan kelemahan dan masalah
(d) mencadangkan penambahbaikan dan respon keseluruhan program

sama ada perlu diteruskan pada masa akan datang atau diganti
dengan program yang baharu.

Tindakan: SU /Penyelaras Program

Dokumentasi/ eviden
(a) kertas kerja
(b) Laporan program
(c ) Kehadiran AJK dan peserta
(d ) Laporan pemantau
(e ) Penilaian pelaksanaan keseluruhan

Tindakan: SU/ Penyelaras Program

4.1.2 KPI STPM 2020

PKTE menjelaskan KPI STPM 2020 seperti berikut:

BIL KPI JUMLAH TOV SASARAN
PELAJAR PELAJAR
1 Pelajar dapat semua 1.5 %
A 146 1
100.0%
2 Lulus STPM 146 2.90 146
3 PNGK/CGPA 146

Bagi mencapai KPI STPM 2020, beberapa program peningkatan kurikulum
perlu dirancang dan akan dilaksanakan oleh guru.

Makluman

5

4.1.3 PROGRAM KURIKULUM TINGKATAN 6 TAHUN 2020

4.1.3.1 HEADCOUNT KECEMERLANGAN

(a) Objektif :

1. Pelajar dapat menetapkan hala tuju kecemerlangan.

2. Pelajar dapat mengesan kelemahan dan kekuatan

peribadi.

3. Pelajar dapat membina budaya kecemerlangan.

(b) Pengurus : Pn Rusminah Binti Ibrahim

(c) Tarikh : Semester 2 ( 6-9 Jan 2020) & Semester 3

(d) Sasaran : Semua pelajar

(e) KPI : 100% pelajar melalui program ini tanpa gagal.

Tindakan: SU / Penyelaras Program

4.1.3.2 DIALOG PENINGKATAN PRESTASI STPM
(a) Objektif :
1. Pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
berdasarkan keputusan peperiksaan STPM atau peperiksaan
dalaman
2. Pelajar dapat menentukan langkah-langkah penambahbaikan
untuk mengatasi kelemahan diri.
(b) Pengurus : Pn Majlila Binti Oree
(c) Tarikh : Sem 2 ( 15 Jan & 25 Februari 2020
Sem 3 (24 Jun & 15 julai 2020)
(d) Sasaran : Semua pelajar
(e) KPI :
1. Sekurang-kurangnya 97% pelajar melalui program ini tanpa
gagal
2. Program dapat dilaksanakan mengikut takwim

Tindakan: SU /Penyelaras Program
.
4.1.3.3 KELAS TAMBAHAN BESTARI
(a ) Objektif :
1. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran.
2. Pelajar dapat melaksanakan latih tubi dan ulang kaji terbimbing
bersama guru
3. Pelajar dapat meningkatkan pencapaian STPM
(b) Pengurus : Pn Hjh Nor Abidah Mohammad Karudin
Pn Zarina binti Zainal Abidin
(c ) Tarikh : Semester 2/3 : Februari- Oktober
Semester 1 : Julai – Oktober
(d ) Sasaran : Semua pelajar
(e) KPI :
1. Sekurang-kurangnya 93 % pelajar melalui program ini.
2. Program dapat dilaksanakan mengikut takwim

Tindakan: SU/ Penyelaras Program

6

4.1.3.4 LATIH TUBI INTENSIF DAN TITIPAN EMAS
(a) Objektif:

1. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran
2. Pelajar dapat melaksanakan latih tubi dan ulang kaji

terbimbing bersama guru
3. Pelajar dapat meningkatkan pencapaian STPM

(b) Pengurus: Pn. Siti Safiah binti Sulaiman
(c) Tarikh: Sem 2( 11Mac & selepas peperiksaan percubaan Sem 2 )
(d ) Sasaran: Semua pelajar
(e ) KPI: Semua GATE memberikan soalan latihan kepada pelajar mengikut

kelas masing-masing.

Tindakan: SU / Penyelaras Program

4.1.3.5 SENTUHAN GEMILANG
(a) Objektif:

1. Pelajar dapat keyakinan diri untuk lebih cemerlang dalam
peperksaan STPM

2. Pelajar akan lebih fokus dalam membina kecemerlangan.
(b) Pengurus: Pn Norliza Binti Ahmad
(c) Tarikh: Semester 2 & 3 (Januari- Oktober)
(d) Sasaran:25-30 pelajar cemerlang
(e ) KPI:

1. 25-30 pelajar program aktif dalam setiap aktiviti.
2. Sekurang-kurangnya 2-3 pelajar dapat semua A.

Tindakan: SU / Penyelaras Program

4.1.3.6 SAYA BOLEH BERUBAH
(a) Objektif:

1. Mendorong pelajar memiliki keyakinan untuk berubah kepada
kecemerlangan.

2. Meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan STPM
(b) Pengurus: Pn Majlila Binti Oree
(c ) Tarikh: Semester 2 dan 3 (sepanjang tahun)
(d ) Sasaran:

1. 20 pelajar PNGK paling bawah peperiksaan Percubaan STPM
Sem1/2019

2. 20 pelajar PNGK paling bawah peperiksaan STPM Sem1
2019/2020

3. 20 pelajar PNGK paling bawah peperiksaan STPM Sem2
2019/2020

(e ) KPI:
1. 20 pelajar sasaran dikeluarkan daripada program kerana
menunjukkan peningkatan
2. Lulus STPM 100%
3. Guru-guru dapat melaksanakan program mengikut SOP yang
ditetapkan.

Tindakan: SU / Penyelaras program

7

4.1.3.7 KAUNSELING PERUBAHAN SIKAP
( a) Objektif: Pelajar dapat membina sikap positif
(c) Pengurus: En Saiful Nizam bin Abdul Halim
(d) Tarikh: 14/1, 21/1, 28/1, 8/7, 15/7
(e) Sasaran: Pelajar yang perlu kepada perubahan sikap yang positif.
(f) KPI: 95 % pelajar hadir program

Tindakan : Kaunselor

4.1.3.8 KAUNSELING DAYA FOKUS
(a) Objektif: Pelajar dapat membina fokus dalam mencapai matlamat
(b) Pengurus: En Saiful Nizam Bin Abd Halim
( c) Tarikh: 11/2, 18/2, 25/2 , 5/8,12/8 & 19/8
(d) Sasaran: Semua pelajar Sem 2/Sem 3 dan Sem1
(e) KPI :

1. 95% pelajar hadir program
2. Dapat melaksanakan 6 program

Tindakan: Kaunselor

4.1.3.9 KAUNSELING KEMAHIRAN BELAJAR
(a ) Objektif: Pelajar dapat membina foKus dalam mencapai matlamat
(b ) Pengurus: En Saiful Nizam Bin Abd Halim
(c ) Tarikh: 11/2, 18/2, 25/2 , 5/8,12/8 & 19/8
(d ) Sasaran: Semua pelajar Sem 2/Sem 3 dan Sem1
(e) KPI :

1. 95% pelajar hadir program
2. Dapat melaksanakan 6 program

Tindakan: Kaunselor

4.1.3.10 APRESIASI STPM (SEMESTER 3)
(a) Objektif: Pelajar bermotivasi ke arah kecemerlangan pada saat akhir
sebelum peperiksaan
(b) Pengurus: Pn Siti Latifah binti Che Ahmad
(c ) Tarikh: Oktober

Tindakan S/U Program

4.1.3.11 RESTU ILMU
(a) Objektif: Pelajar berasa tenang menjelang peperiksaan
(b) Pengurus: Pn Seri Ayu Binti Idris
(c) Tarikh: 8 Mei 2020 dan 30 Oktober 2020

Tindakan: S/U Program

8

4.1.3.12 MUNAJAT HAMBA
(a) Objektif: Dapat pertolongan Allah menjelang peperiksaan
(b) Pengurus: Pn Husniza Mohd Tahir
(c) Tarikh: 8 Mei 2020 dan 30/10/2020

Tindakan :S/U Program

4.1.4 PENGURUSAN KEWANGAN

4.1.4.1 Setiap panitia perlu membuat perancangan kewangan
4.1.4.2 Perancangan belajawan boleh dilaksanakan dalam mesyuarat
panitia masing-masing
4.1.4.3 Ketua Panitia perlu mematuhi tatacara pembelian dengan
mengisi borang Anggaran Belanja Mengurus.
4.1.4.4 KP perlu berbelanja 50 % sehingga Jun 2020 dan 90% pada
bulan Oktober/November 2020.

Tindakan : Ketua Panitia

4.1.5 PEMBANGUNAN KENDIRI PROFESIONAL

4.1.5.1 Terdapat beberapa pembangunan kendiri prosesional yang
akan dilaksanakan oleh guru-guru iaitu:
(a) PLC
(b) Coaching and Mentoring
(c) Mesyuarat/Perbincangan
(d) Kajian Tindakan
(e) Kursus/Bengkel/Taklimat
(f) Pematuhan kepada peraturan-peraturan perkhidmatan dan

keguruan
(g)Pembelajaran Abad 21
(h)TS25

Tindakan: GATE

4.1.5.2 PLC (PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY)

(a) PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang berttujuan
untuk meningkatkan proses PdPc pelajar.

(b) Konsep PLC bertumpu keapada perkongsian kemahiran dan
pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti,
merancang program berfokus, menggerakkan sember sedia
ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam
merealisasikan Dasar Pendidikan Negara untuk membina
modal insan berkualiti pada masa hadapan.

(c) Merupakan satu pembudayaan sekolah yang menggalakkan
pembelajaran guru secara kolaboratif untuk melaksanakan
penambahbaikan.

9

(d) PLC dilaksanakan dalam kumpulan guru iaitu bilangan ahlinya
minima seramai tiga orang

.
(e) Perkara yang dibincangkan dalam PLC mestilah mengenai
tugas-tugas hakiki guru.

Makluman GATE

4.1.5.3 Etika Kerja Guru
4.1.5.4
4.1.5.5 a. Niat yang betul
b. Perlakuan yang baik
c. Pengerak ke arah kebaikan
d. Memperkotakan apa yang dijanji
e. Berdisiplin dan beradab
f. Menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni

Makluman GATE

Mesyuarat /Perbincangan

a. Kehadiran dalam mesyuarat adalah WAJIB
b. Sekiranya tidak dapat hadir beri surat tunjuk sebab
c. Menjadi ahli mesyuarat yang aktif
d. Mengambil tindakan yang serius terhadap semua perkara

yang diputuskan dalam mesyuarat dan perbincangan.
e. Keputusan mesyuarat/perbincangan perlu didokumenkan.
f. Ketidakhadiran dalam sesuatu mesyuarat perlu

dimaklumkan kepada puan pengetua dan kemukakan juga
surat tunjuk sebab.

Makluman GATE

Kajian Tindakan/Penyelidikan

(a) Merujuk kepada Buku Garis Panduan Pengurusan
Tingkatan Enam (2016) Perkara 3.11(h)…Guru digalakkan
membuat kajian penyelidikan atau kajian tindakan(ms 56).

(b) Pada tahun 2020, Semua guru MUET ditugaskan untuk
melaksanakan kajian tindakan.

Tindakan: Guru-guru MUET

4.1.5.6 Kursus dan bengkel

(a) Guru wajib menghadiri kursus/bengkel yang dilaksanakan di
sekolah atau di luar sekolah.

(b) Sekiranya guru tidak dapat menghadiri kursus/bengkel, guru
perlu kemukakan surat tunjuk sebab.

10

4.1.5.7 (c ) Jika ada ahli yang tidak dapat menyertai kursus/bengkel, ahli
yang hadir perlu mengadakan “In house training” .

Makluman GATE

Pembelajaran Abad ke- 21 (PAK- 21)

(a) PAK-21 merujuk kepada proses pembelajaran yang
berpusatkan kepada pelajar.

(b) Antara elemen yang diterapkan iaitu
komunikasi,kolaboratif,pemikiran kritis,kreativiti serta aplikasi
nilai murni dan etika .

(c) Guru perlu melaksanakan aktiviti PAK -21 yang bersesuaian
dengan subjek masing-masing.

(d) PAK- 21 mesti dilaksanakan di dalam kelas.

4.1.5.8 Makluman GATE

Program Transfomasi Sekolah 2025 (TS25)

(a) Merupakan sebahagian daripada usaha KPM kea rah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti

(b) TS 25 menggariskan 4 sasaran melalui:
i. Persekitaran pembelajatran yang menyeronokkan
ii. Disokong kepimpinan yang berkualiti/berwawasan
iii. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
iv. Komitmen komuniti yang padu

Makluman GATE

4.1.6 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU AKADEMIK TINGKATAN
ENAM 2020

a. Peruntukan waktu mengajar sekurang-kurangnya 16 waktu seminggu.
b. Menyelia kerja kursus pelajar 4 waktu seminggu.
c. Mengendalikan aktiviti kokurikulum 4 waktu seminggu.
d. Bertanggungjawab kepada PKTE.
e. Bertanggungjawab atas setiap mata pelajaran yang ditawarkan.
f. Memastikan salinan Sukatan Pelajaran(SP) , Rancangan Pelajaran

Tahunan (RPT) dan e-RPH disediakan.
g. Merancang pelaksanaan program kecemerlangan akademik pelajar.
h. Mengambil tindakan atau mencadangkan tindakan susulan terhadap

laporan yang berkaitan dengan kurikulum.
i. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan

penilaian dan pentaksiran serta mencadangkan tindakan susulan.
j. Membantu pemilihan bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah.
k. Menghadiri Mesyuarat Kurikulum sebanyak 4 kali setahun.
l. Melaksanakan Kerja Kursus mengikut SOP tertentu
m. Menguruskan dan menyeliakan ujian penilaian dan peperiksaan

percubaan STPM.

Tindakan : Semua GATE

11

4.1.7 PENYEDIAAN FOLIO PDPC GATE

a. Maklumat peribadi dan perkhidmatan GATE
b. Jadual waktu peribadi.
c. Jadual waktu kelas (Jika guru tingkatan)
d. Sukatan Pelajaran
e. Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut semester.
f. Rancangan Pengajaran Harian ( e-RPH)
g. Senarai nama murid yang diajar mengikut kelas
h. Lampiran

(Catatan: Hanya perkara (f) iaitu e-RPH perlu dihantar melalui digital
classroom)

Tindakan : Semua GATE

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn Hjh Nor Abidah mencadangkan agar Ketua Panitia Bahasa Melayu yang
lama dikekalkan.
Respons : PKTE menolak cadangann tersebut dan meminta semua ahli
panitia Bahasa Melayu memberikan kerjasama kepada KP Bahasa Melayu
yang baharu.
Makluman

5.2 Pn Hjh Shirine memaklumkan :

5.2.1 Bahan kerja kursus tahun 2018(Sem 2) akan dilupuskan. Sesiapa
GATE yang berhajat untuk menyimpan bahan KK tersebut boleh
mengambilnya di bilik kerja kursus sepanjang bulan Januari 2020.
Respons : Guru yang berminat boleh berbuat demikian.

5.2.2 Sebagai setiausaha SPSK, beliau meminta mana-mana setiausaha
yang menyediakan minit mesyuarat perlu mengikut prosedur SPSK.
Respons : PKTE meminta setiausaha kurikulum yang baharu
mematuhi prosedur SPSK dalam penyediaan minit
mesyuarat dan borang maklum balas.

Tindakan : Setiausaha Kurikulum

5.3 Pn Siti Latifah meminta kepastian mengenai guru pembantu pengurusan
jadual waktu bagi tahun 2020.
Respons: PKTE menyatakan guru pembantu pengurusan jadual waktu ialah
Pn Che Noraizan Che Ahmad.
Makluman

12

5.4 Pn Husniza memaklumkan :
5.4.1 Pada awal tahun ini seorang pelajar baharu akan mendaftar kerana
berpindah dari Klang, Selangor. Pelajar tersebut mengambil lima mata
pelajaran
5.4.2 Taklimat rubrik kerja kursus untuk Semester 2 pada tahun ini tidak
melibatkan semua guru. Setiap sekolah hanya diwakili oleh dua orang
guru sahaja (guru senior dan guru baharu) bagi setiap subjek.
Sebarang maklumat tentang kerja kursus akan dimaklumkan
kemudian.
Makluman guru KK

6.0 PENUTUP
6.1 Ucapan terima kasih oleh pengerusi.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

Disediakan oleh :
Urus setia
Setiausaha Kurikulum Tingkatan Enam 2020
SMK Kuala Kubu Bharu
10 Januari 2020

13


Click to View FlipBook Version
Previous Book
mqss
Next Book
shirat_bishokos_dados_khondo