"ANDA KAMI UTAMAKAN"
1
KANDUNGAN
1. KHIDMAT NASIHAT ................................................................................................................... 3
1.1 PERUNDINGAN DAN PELABURAN TANAMAN.......................................................... 3
1.2 PROGRAM PEMBANGUNAN PERTANIAN KOMUNITI.............................................. 5
2. KHIDMAT TEKNIKAL................................................................................................................. 7
2.1 PENDAFTARAN VARIETI TANAMAN ................................................................................. 7
2.2 PERKHIDMATAN ANALISA MAKMAL.............................................................................. 10
2.3 PERKHIDMATAN SIASATAN TANAH ............................................................................... 12
2.4 PERKHIDMATAN KESUBURAN TANAH.......................................................................... 13
2.5 PERKHIDMATAN PEMULIHARAAN TANAH ................................................................... 13
2.6 PERKHIDMATAN SIASATAN GUNA TANAH .................................................................. 14
2.7 PERMOHONAN PETA / DOKUMEN GEOSPATIAL TERPERINGKAT .......................14
2.8 PERMOHONAN RAWATAN BAHAN PEMBUNGKUS DIPERBUAT DARI KAYU
(WOOD PACKAGING MATERIAL)............................................................................................ 15
2.9 PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PEROSAK TANAMAN ............................................... 16
3. KURSUS DAN LATIHAN ......................................................................................................... 17
3.1 PROGRAM SIJIL PERTANIAN (IPSM) ......................................................................... 17
3.2 KURSUS PETANI DAN USAHAWAN ........................................................................... 18
3.3 PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA................................................................ 18
2
KHIDMAT NASIHAT
1.1 PERUNDINGAN DAN PELABURAN TANAMAN
Memulakan Perniagaan Pertanian
Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil pelanggan yang berminat dan ingin
menceburi bidang perniagaan ini bagi membantu untuk melaksanakan bidang
pertanian dengan lebih teratur adalah seperti berikut:
Langkah Satu : Tanah
Tanah adalah salah satu faktor terpenting. Cara pemilikan tanah boleh didapati
seperti:
Tanah milikan sendiri, sewa, pajakan, status tanah yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa berkaitan seperti TOL.
Langkah Dua : Modal
Modal adalah merupakan asas yang kedua terpenting bagi menjalankan pertanian
ini. Modal juga boleh didapati melalui :
Simpanan sendiri, pinjaman keluarga, pinjaman bank tempatan seperti AgroBank.
Langkah Tiga : Teknologi
Teknologi yang terkini dan boleh digunapakai dengan mengikut sesuaian tempat,
modal yang mencukupi dan pengurusan pengendalian lepas tuai yang betul.
Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalendar Tanaman bagi setiap komoditi.
Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang
hendak dijalankan.
Teknologi Benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa
ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia boleh didapati di
MARDI.
Teknologi Kejenteraan Pertanian boleh dilihat seperti berikut :
• Teknologi dan Inovasi terkini di dalam bidang pertanian.
3
Langkah Empat: Aliran Untung Rugi Tanaman
Keuntungan perniagaan tanaman perladangan yang tercatat di atas kertas tidak
semestinya sama dengan baki wang tunai yang dibelanjakan. Perbelanjaan sebenar
yang dibuat bukan daripada keuntungan tetapi lebihan wang tunai. Justeru itu, aliran
keluar dan masuk adalah lebih penting berbanding keuntungan kerana keuntungan
sebenar daripada jualan kredit masih belum diperolehi.
Langkah Lima: Persijilan myGAP dan myOrganic
Persijilan myGAP dan myOrganic
Langkah Enam: Pasaran
Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan
memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik
mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, saiz pasaran, persaingan, syer
pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi
yang boleh membantu di dalam pemasaran pertanian berskala kecil dan besar adalah
Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA).
Langkah Tujuh: Insentif
Terdapat satu (1) garis panduan bagi insentif yang dilaksakanakan oleh Jabatan
Pertanian iaitu:
Garis Panduan Permohonan Insentif / Galakan di bawah Seksyen 127, Akta Cukai
Pendapatan 1967.
Format Plan Perancangan Perniagaan
1. Muka Depan
2. Isi Kandungan
3. Ringkasan Eksekutif
a. Nama syarikat penggerak utama & cadangan projek
b. Pengurusan projek
c. Kewangan projek
d. Pasaran dan ekonomi
4
1.2 PROGRAM PEMBANGUNAN PERTANIAN KOMUNITI
• Membantu mengurangkan kos sara hidup.
• Mewujudkan aktiviti pertanian komuniti bagi memastikan pengeluaran bahan
makanan
mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan
• Mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi di kalangan
komuniti.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan terhad
kepada satu permohonan sahaja.
2. Berminat dan bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan
program.
3. Bagi kategori individu, dilaksanakan secara individu berkelompok (minimum
10 orang) di kawasan kediaman masing-masing.
4. Bagi kategori usahawan, peserta mestilah menjalankan aktiviti
jualan/pemasaran hasil pertanian, peralatan pertanian, input pertanian.
5. Bagi kategori komuniti, sekolah dan institusi, projek dilaksanakan secara
berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.
6. Tapak projek perlu mendapat kebenaran pemilik tanah atau Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).
7. Mematuhi peraturan tempat kediaman yang berkuatkuasa.
8. Keutamaan kepada yang telah menjalankan aktiviti penanaman (pemohon
perlu mengemukakan bukti gambar kebun semasa).
9. Kelulusan permohonan juga tertakluk kepada nilai peruntukan tahun semasa.
5
PROJEK/AKTIVITI
• INDIVIDU/USAHAWAN
Program dilaksanakan secara individu / usahawan pertanian bandar sama ada di
kawasan kediaman, tanah kosong dan sebagainya untuk menjana pendapatan
melalui pengeluaran dan jualan hasil. Bagi kategori individu, dilaksanakan secara
individu berkelompok (minimum 10 orang). Bagi kategori usahawan, peserta mestilah
menjalankan aktiviti jualan/pemasaran hasil tanaman, peralatan pertanian / input
pertanian.
• KOMUNITI
Program ini melibatkan kawasan penanaman yang dikenal pasti di sekitar pangsapuri
/ kediaman yang dilaksanakan bersama oleh penduduk secara komuniti. Aktiviti
pertanian dapat untuk menjana pendapatan komuniti melalui pengeluaran dan jualan
hasil. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan keharmonian di antara
kejiranan dan mengindahkan lagi landskap di sekitar kawasan tersebut. Bagi kategori
komuniti projek dilaksanakan di sekitar kawasan secara berkumpulan dengan
bilangan minima 10 orang peserta.
• SEKOLAH
Melaksanakan aktiviti pertanian di sekolah bagi mengajaran dan pembelajaran serta
mendedahkan pelajar, guru dan ibu bapa kepada kepentingan aktiviti pertanian untuk
pengeluaran makanan dan melalui aktiviti dapat menjana pendapatan di samping
mengindahkan landskap di persekitaran sekolah. Pelajar dapat menjalankan aktiviti
fizikal melalui aktiviti pertanian. Bagi kategori sekolah, projek dilaksanakan secara
berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.
• INSTITUSI
Melaksanakan aktiviti pertanian menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai di
kawasan institusi, pejabat kerajaan, pejabat swasta dan sebagainya bagi
menghasilkan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan selain
mengindahkan landskap kawasan. Bukan itu sahaja malah aktiviti ini dapat
mengeratkan hubungan baik di antara warga kerja. Bagi kategori institusi, projek
dilaksanakan secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.
6
PERMOHONAN MENYERTAI PROGRAM
Mana-mana yang berminat untuk menyertai progam ini perlu membuat permohonan
dengan menggunakan borang yang disediakan di Portal Rasmi Jabatan Pertanian.
Selepas permohonan diterima, Pegawai Jabatan Pertanian Daerah / Kawasan akan
melawat kawasan projek untuk menentukan lokasi, keluasan projek serta
mencadangkan kategori projek yang sesuai.
OUTCOME
Program ini dijangka mendapat outcome sebagaimana berikut :
Pengeluaran hasil pertanian yang selamat dimakan sebanyak 8,800 metrik tan pada
tahun 2025.
Pengurangan kos sara hidup sebanyak RM1,296.00 pada tahun 2021 kepada
RM1,680.00 pada tahun 2025.
2. KHIDMAT TEKNIKAL
2.1 PENDAFTARAN VARIETI TANAMAN
Pendaftaran varieti tanaman bagi Daftar Varieti Tanaman adalah bertujuan untuk
mendaftar kepelbagaian varieti yang ditanam di Malaysia. Senarai varieti tanaman
adalah merangkumi varieti diketahui umum (common knowledge) termasuklah varieti
yang dilindungi di bawah Hak Pembiak Baka.
Objektif Pendaftaran Varieti Tanaman adalah seperti berikut :
• Merekod inventori sumber genetik yang terdapat di dalam negara;
• Memberi pengiktirafan kepada pemilik varieti;
• Sebagai rujukan rasmi negara dan pengenalpastian varieti; dan
• Sebagai sumber asas varieti.
7
SKOP PENDAFTARAN
Pendaftaran terbuka untuk semua komoditi tanaman yang terdapat di dalam negara:
• Buah-buahan
• Sayur-sayuran
• Tanaman bijirin
• Tanaman industri (kelapa sawit, kelapa, kopi, teh dan sebagainya)
• Tanaman umbisi
• Herba dan tanaman ubatan
• Cendawan
• Tanaman bunga dan hiasan
• Tanaman akuatik
• Tanaman ternakan
• Tanaman hutan (Akasia, Batai, Jarak, Karas dan sebagainya)
PEMOHON
Permohonan ini terbuka kepada tiga (3) kategori :
• Pemilik asal (individu / komuniti)
• Pemilik asal (Agensi Kerajaan / Syarikat Swasta)
• Pelapor (bukan pemilik asal)
PERMOHONAN
a) Permohonan untuk Pendaftaran Varieti Tanaman hendaklah dibuat kepada :
Urus Setia Daftar Varieti Tanaman
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,
Jabatan Pertanian,
Aras 7, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4,
No. 30, Persiaran Perdana,
62624 Putrajaya.
b) Pendaftaran varieti perlu menggunakan Borang DT1 yang boleh didapati di
Portal Rasmi Jabatan Pertanian.
8
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
Varieti-varieti tanaman yang hendak didaftarkan dalam senarai Daftar Varieti
Tanaman perlu mematuhi syarat-syarat seperti berikut:
a) Sesuatu varieti boleh didaftarkan sekiranya ianya adalah berlainan dengan
varieti sediada yang telah didaftarkan.
b) Sesuatu varieti yang hendak didaftarkan mesti mempunyai bilangan yang
mencukupi bagi mewakili varieti tersebut mengikut jenis tanaman seperti berikut:
LARANGAN PENDAFTARAN
Pendaftaran tidak boleh diluluskan terhadap mana-mana varieti tanaman :
a) Yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau prinsip moral; atau
b) Jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa
penanaman, penghasilan atau apa-apa kegunaan lain varieti tanaman itu boleh
mengakibatkan suatu kesan negatif terhadap manusia dan alam sekitar.
9
NAMA PENGENALAN VARIETI TANAMAN
a) Mestilah membolehkan varieti tanaman itu dikenalpasti;
b) Tidak boleh menyebabkan kekeliruan berkenaan dengan ciri tanaman tersebut;
c) Hendaklah berbeza daripada nama pengenalan varieti dengan tanaman lain
yang mana suatu varieti tanaman yang sedia ada terkandung dalam spesies
tanaman yang sama atau dalam suatu spesies yang berhubungkait;
d) Tidak boleh mempunyai nama yang membawa pengertian kualiti yang tertinggi
seperti madu, best dll;
e) Hendaklah dalam huruf atau gabungan huruf dan angka;
f) Tidak boleh semata-mata berasaskan angka;
g) Tidak boleh bercanggah dengan hak terdahulu pihak ketiga;
h) Tidak bertentangan dengan kepentingan awam atau prinsip moral; dan
i) Penggunaan nama tempat (GI) bagi varieti baharu adalah tidak dibenarkan
kecuali bagi varieti lama yang telah terkenal dengan penamaan tersebut.
2.2 PERKHIDMATAN ANALISA MAKMAL
Perkhidmatan ini disediakan untuk menganalisis kandungan unsur nutrien dalam
sampel tanah, daun, baja dan air.
Pada masa sekarang, Makmal Analisa Jabatan Pertanian terdapat di ini memberikan
perkhidmatan analisis sampel tanah, daun, baja dan air. Tiga (3) buah Makmal
Wilayah yang masing-masing terletak di:
• Kompleks Pertanian Telok Chengai, Kedah
• Kompleks Pertanian Ayer Hitam, Johor
• Kompleks Pertanian Besut, Terengganu
Khidmat yang disediakan termasuk :
a) Analisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah,
kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah.
b) Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrien dalam tanaman, status
kesuburan tanah dan keperluan pembajaan.
10
c) Analisis sampel baja untuk menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani
dan pengguna lain.
d) Analisis sampel air untuk menentukan kualiti air bagi pengairan dan parameter
hakisan pemuliharaan tanah.
PROSEDUR PERMOHONAN
a) Setiap permohonan perlu mengisi borang permohonan analisis.
b) Borang permohonan bersama dengan sampel hendaklah dihantar ke makmal
yang berkenaan.
c) Tempoh analisis bagi SATU sampel adalah antara 7 hingga 30 hari bergantung
kepada jenis sampel serta jumlah penentuan yang diperlukan.
SYARAT PERMOHONAN
a) Permohonan boleh dibuat oleh pegawai Jabatan Pertanian, agensi kerajaan,
pihak swasta dan individu. Caj yang berpatutan dikenakan kepada pihak
swasta dan individu.
b) Borang permohonan yang lengkap diisi samada asal atau salinan (diisi dalam
2 salinan).
c) Kuantiti minima sampel yang diperlukan :
i) sampel tanah - 1 kg
ii) sampel daun (segar) - 1 kg
iii) sampel baja pepejal - 500 g
iv) sampel baja cecair - 250 ml
v) sampel air - 1 liter
BAYARAN PERMOHONAN
Bayaran dalam bentuk wang pos / bank draf dibayar atas nama Ketua Pengarah
Pertanian, Jabatan Pertanian.
BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh dimuat turun secara percuma melalui Portal Rasmi
Jabatan Pertanian atau perlu hadir ke Makmal Bahagian Perkhidmatan Makmal atau
ke Pejabat Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, yang terletak di Jabatan Pertanian
Negeri.
11
2.3 PERKHIDMATAN SIASATAN TANAH
Perkhidmatan Yang Disediakan
a) Sijil Pengesahan Tanah Untuk Tanaman
Sijil pengesahan tanah dikeluarkan untuk projek pertanian seperti
pembangunan tanah baru, tukar syarat gunatanah atau tanaman dan sebagai
satu (1) dokumen sokongan pinjaman bank.
b) Penyiasatan Tanah
Tiga (3) jenis siasatan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian adalah :
• Penyiasatan Tanah Tinjauan
• Penyiasatan Tanah Separa Lengkap
• Penyiasatan Tanah Lengkap
c) Laporan Kesesuaian Tanah-Tanaman
Jabatan Pertanian juga menyediakan laporan kesesuaian tanah-tanaman
berdasarkan maklumat tanah yang tersedia.
Caj Perkhidmatan Penyiasatan Tanah
Caj pemprosesan bagi setiap permohonan adalah RM 120.00
Caj perkhidmatan sehektar adalah seperti berikut :
BIL. PERKHIDMATAN CAJ / HEKTAR (RM)
1. Pengesahan kawasan hutan / belukar 1.50
2. Pengesahan kawasan telah dibuka 1.00
3. Siasatan tanah separa lengkap kawasan hutan / belukar 8.00
4. Siasatan tanah separa lengkap kawasan telah dibuka 6.00
5. Siasatan tanah lengkap kawasan hutan / belukar 40.00
6. Siasatan tanah lengkap kawasan telah dibuka 30.00
12
2.4 PERKHIDMATAN KESUBURAN TANAH
Khidmat Kesuburan Tanah berfungsi untuk mengenalpasti dan memajukan teknologi
pembajaan dan pengurusan kesuburan tanah bagi meningkatkan pengeluaran hasil
tanaman disamping memajukan perusahaan pertanian.
PERKHIDMATAN
Khidmat nasihat berkenaan kesuburan tanah diberikan kepada petani/usahawan
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi berkenaan pengurusan
tanah dan pembajaan. Jabatan Pertanian juga membantu perkhidmatan
pengembangan Jabatan Pertanian Negeri terutama dengan mengadakan promosi
teknologi kesuburan tanah dan menjalankan pemerhatian teknologi untuk masalah
pengurusan tanah yang dihadapi oleh para petani/usahawan.
Para petani/usahawan boleh mengemukakan permohonan menggunakan Borang
Khidmat Nasihat Kesuburan Tanah.
2.5 PERKHIDMATAN PEMULIHARAAN TANAH
Jabatan Pertanian merupakan pusat yang menyediakan khidmat pemuliharaan tanah.
Khidmat ini disediakan kepada agensi-agensi perancangan dan pelaksanaan.
PERKHIDMATAN
Jabatan Pertanian telah menghasilkan garis panduan pemuliharaan tanah untuk
pembangunan tanah demi untuk memastikan gunatanah lestari. Khidmat nasihat dan
pengembangan termasuk latihan di kebun juga disediakan untuk pekebun dan orang
awam.
Untuk membantu mengurangkan hakisan tanah dari pembangunan kawasan, Jabatan
Pertanian telah menyediakan satu (1) peta risiko hakisan tanah Semenanjung
Malaysia berasaskan ‘Universal Soil Loss Equation'.
Maklumat yang terdapat dalam peta ini membolehkan perancang menilai potensi
bencana hakisan tanah dan mengesyorkan langkah-langkah pemuliharaan tanah
yang perlu untuk mengurangkan hakisan tanah.
13
2.6 PERKHIDMATAN SIASATAN GUNA TANAH
Jabatan Pertanian mengumpul dan mengemaskini maklumat penggunaan tanah
untuk sektor pertanian dan bukan pertanian dari masa ke semasa. Ini akan membantu
perancang-perancang pembangunan tanah menggunakan data-data ini untuk
mengkaji corak pertukaran dan penggunaan tanah di negara ini bagi tujuan
perancangan projek-projek pembangunan dengan lebih berkesan.
PERKHIDMATAN
Semenjak tahun 1966, Jabatan Pertanian telah menjalankan penyiasatan gunatanah
secara sistematik menggunakan foto udara dan mula menggunakan imej satelit pada
tahun 1988. Ini bertujuan untuk mengesan dan mengemaskini perubahan kawasan-
kawasan gunatanah untuk semua negeri di Semenanjung Malaysia. Pengemaskinian
pertukaran gunatanah hanya melibatkan kawasan melebihi 20 hektar. Kini, aktiviti ini
dijalankan secara dua tahunan yang berpandukan kepada interpretasi imej satelit.
Imej LANDSAT TM dan SPOT dijadikan data asas dan disunting mengikut format
lembar Peta Topografi JUPEM Siri 7030.
Selepas imej diinterpretasi, kerja-kerja verifikasi di lapangan dijalankan dan
seterusnya maklumat peta gunatanah semasa dikemaskinikan. Ini akan menghasilkan
peta gunatanah yang baru. Pemprosesan dan analisa peta gunatanah ini selanjutnya
akan membolehkan data dan statistik keluasan untuk kategori-kategori utama
gunatanah diperolehi. Maklumat ini disalurkan kepada Sistem Maklumat Geografi
(GIS) untuk penyediaan dan pengeluaran peta-peta yang memenuhi kehendak
pelanggan.
Selain dari penyiasatan gunatanah secara sistematik, penyiasatan gunatanah secara
lengkap juga dilakukan bagi projek-projek khas contohnya untuk tanaman kelapa,
padi, limau dan lain-lain projek atas permintaan pelbagai pihak di dalam Jabatan.
Penyiasatan dibuat bertujuan untuk mengetahui status tanaman ataupun pemetaan
kawasan tanaman tertentu. Kebiasaannya, aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama
Jabatan Pertanian Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
2.7 PERMOHONAN PETA / DOKUMEN GEOSPATIAL TERPERINGKAT
Jabatan Pertanian telah mewujudkan satu (1) ‘repository' maklumat tanah, gunatanah,
hakisan tanah, pemuliharaan tanah dan data-data berkaitan sumber tanah bagi
Semenanjung Malaysia yang mana maklumat-maklumat ini sangat berguna sama ada
kepada jabatan-jabatan kerajaan lain mahupun kepada pihak swasta yang akan
melaksanakan projek pembangunan. Maklumat yang telah dikemaskini disediakan
14
dalam bentuk peta dan juga dokumen geospatial yang boleh dibeli melalui Bahagian
Pengurusan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian.
HARGA PETA / DOKUMEN GEOSPATIAL
BIL. JENIS PETA HARGA (RM)
1. Peta cetakan
2. Peta digital (format jpeg) RM 50.00 / lembar pelbagai saiz (AO/A1/A2/A3)
3. Peta digital (format shape file)
RM 50.00 / lembar
a) Peta Guna Tanah – RM 900.00 / megabyte
b) Peta Tanah Tinjauan – RM 600.00 / megabyte
c) Peta Terbitan – RM 500.00 / megabyte
2.8 PERMOHONAN RAWATAN BAHAN PEMBUNGKUS DIPERBUAT DARI
KAYU (WOOD PACKAGING MATERIAL)
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) Jabatan Pertanian adalah bertanggungjawab
dalam menguatkuasakan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan
Kuarantin Tumbuhan 1981 yang bertujuan menghalang kemasukan perosak dan
membasmi perosak yang berada di dalam negara.
Pewasapan adalah satu (1) kaedah rawatan dengan melepaskan racun amat
berbahaya dalam bentuk gas di dalam ruang tertutup pada kadar dan tempoh tertentu
untuk membunuh perosak yang dituju. Ianya merupakan kaedah yang amat
berbahaya jika tidak dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, Skim Perakuan Pensijilan Pewasapan Malaysia (MAFAS)
telah diwujudkan oleh Jabatan Pertanian untuk memastikan semua syarikat
pewasapan menjalankan pewasapan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Setiap syarikat yang ingin menjalankan kerja-kerja rawatan bahan kayu pembungkus
(wood packaging material - WPM) dan rawatan kuarantin melalui kaedah pewasapan
menggunakan gas methyl bromide perlu diakreditasi di bawah Skim Perakuan
Pensijilan Pewasapan Malaysia kelolaan Jabatan Pertanian yang
dipertanggungjawabkan oleh International Plant Protection Convention (IPPC) di
bawah International Standard of Phytosanitary Measures (ISPM) 15 untuk
mentauliahkan syarikat-syarikat berkelayakan menjalankan kerja-kerja pewasapan
tersebut.
15
2.9 PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PEROSAK TANAMAN
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) menyediakan perkhidmatan diagnostik
perosak dan penyakit tanaman kepada petani, usahawan tani, agensi kerajaan,
organisasi swasta dan individu.
Perkhidmatan diagnostik yang dijalankan adalah termasuk pengenalpastian perosak
atau melakukan ujian makmal untuk mengenal pasti organisma penyebab dan
seterusnya memberikan nasihat teknikal mengenai kawalan makhluk perosak atau
penyakit.
Pelanggan boleh membawa sampel tumbuh-tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang
terjejas, sampel perosak (serangga, vertebrata, moluska dan rumpai) dan sampel-
sampel penyakit ke makmal-makmal BBT di Ibu Pejabat Kuala Lumpur atau Unit
Biosekuriti Tumbuhan Negeri untuk pengenalpastian.
Di Ibu Pejabat BBT, terdapat makmal diagnostik khusus, koleksi rujukan spesimen
perosak dan rujukan maklumat perosak dan penyakit tanaman yang boleh digunakan
untuk mengenal pasti sampel penyakit dan perosak sampel. Unit Biosekuriti
Tumbuhan di negeri-negeri juga boleh dihubungi untuk bantuan bagi menangani
masalah perosak dan penyakit.
Bagaimana Untuk Mengemukakan Sampel Untuk Diagnosis Penyakit?
1. Pastikan sampel tumbuh-tumbuhan yang dikumpulkan adalah yang
menunjukkan pelbagai peringkat kerosakan. JANGAN MENGEMUKAKAN/HANTAR
TUMBUHAN YANG SUDAH MATI - sampel akan membusuk atau rosak sebelum
pegawai teknikal/makmal membuat diagnostik. Pastikan spesimen menunjukkan
simptom atau kesan kepada masalah perosak/penyakit yang dihadapi. Hantar sampel
bahan tumbuhan yang cukup untuk menunjukkan semua peringkat penyakit - iaitu dari
bahagian yang sihat kepada bahagian yang paling tidak sihat. Untuk ujian virus,
pastikan untuk menghantar daun yang hijau dan daun yang menunjukkan simptom
penyakit. Hantarkan juga sampel bahagian tumbuhan yang menunjukkan simptom
dari keseluruhan tumbuhan, akar dan yang berkaitan. Akar hendaklah digali dan
bukannya ditarik atau dicabut.
2. Semasa menyerahkan sampel, maklumkan mengenai sejarah
tanaman/penanaman dan corak simptom yang berlaku di lapangan. Sesetengah
penyakit cenderung untuk merebak dalam corak atau ciri yang tertentu di kawasan
penanaman.
3. Sertakan juga maklumat-maklumat lain : maklumat tanah, tumbuh-tumbuhan di
kawasan berhampiran, dan kronologi masalah yang dihadapi. Sila kemukakan
gambar sekiranya ada. Pejabat dan Makmal Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
16
mempunyai Borang Penghantaran Sampel Khidmat Diagnostik Perosak Tanaman
untuk dibawa atau disertakan dengan sampel.
4. Balut spesimen dalam tuala kertas atau surat khabar bersih untuk mengelakkan
kelembapan. Bungkus secara longgar dalam beg plastik untuk mengurangkan
berlakunya kekeringan. Pastikan spesimen berada dalam keadaan sejuk dan hantar
pada hari yang sama.
5. Untuk surat-menyurat, gunakan bekas yang kukuh seperti kotak beralun
(corrugated boxes) atau bekas tiub untuk mengelakkan spesimen rosak dalam
perjalanan. Isikan ruang kosong di dalam kotak dengan kertas yang dipotong kecil
untuk melindungi spesimen
3. KURSUS DAN LATIHAN
KURSUS PERTANIAN
3.1 PROGRAM SIJIL PERTANIAN (IPSM)
Program Sijil Pertanian Malaysia dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam
kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori. Kurikulum Program
Sijil Pertanian dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi
mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.
Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di Institut Pertanian Serdang, Selangor;
Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak;
Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor; Institut Pertanian Sarawak, Semongok; dan
Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.
Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang merupakan satu-satunya Institut Pertanian yang
tidak mengendalikan Program Sijil Pertanian, sebaliknya menguruskan Program Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah pemantauan pihak Bahagian Latihan Kemahiran
Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran
Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan.
Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah di bawah
pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.
PERMOHONAN
17
Pengambilan pelajar baru akan diiklankan di akhbar utama pada Februari/Mac setiap
tahun. Mereka yang berminat boleh memohon secara online bagi lepasan sijil SPM.
Manakala bagi kakitangan Kerajaan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis
melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :
Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Pertanian,
Aras 13, No.30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
(u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional)
3.2 KURSUS PETANI DAN USAHAWAN
Jabatan Pertanian bertanggungjawab dalam pemindahan teknologi
tanaman kepada pelanggan melalui khidmat pengembangan.
Khidmat Pengembangan adalah untuk membangunkan keupayaan
pelanggan khasnya petani, pengusaha dan belia menjadi masyarakat
usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta bersikap
positif dalam mengamalkan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti
dan bermutu, mesra alam dan selamat dimakan serta menyumbang kepada
peningkatan pendapatan daripada bidang pertanian.
Objektif
• Meningkatkan pendapatan petani
• Meningkatkan kepakaran teknikal pertanian
• Mengurangkan kos pengeluaran pertanian
• Mengamalkan teknologi-teknologi moden bagi meningkatkan
produktiviti dan produk bermutu, mersa alam dan selamat dimakan.
3.3 PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
Membangunkan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi
industri pertanian negara yang merangkumi sektor pertanian negara yang
merangkumi sektor tanaman makanan, tanaman ladang (estet), ternakan,
perikanan dan pemprosesan makanan berasaskan pertanian.
18
JANGKAMASA PROGRAM
• Tahap 1 – 6 bulan
• Tahap 2 – 6 bulan
• Tahap 3 – 12 bulan
• Tahap 4 – 15 bulan
KEMUDAHAN
• Latihan pertanian secara percuma
• Tempat tinggal disediakan
• Makanan disediakan
LOKASI
• Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
• Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah
KUMPULAN SASAR
• Pelajar Lepasan UPSR
• Pelajar Lepasan PMR
• Pelajar Lepasan SPM
19
SYARAT KEMASUKAN
TAHAP SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UMUR
18 - 25 tahun
1 Tamat Darjah 6 atau UPSR sekurang-kurangnya Gred C
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik 18 - 25 tahun
2 Lulus SKM Tahap 1 dan bekerja sekurang-kurangnya 18 - 25 tahun
enam (6) bulan dalam bidang berkaitan serta telah
menduduki peperiksaan SPM / SPMV. Tidak
melebihi 45
3 Lulus SKM Tahap 2 dan bekerja sekurang-kurangnya tahun
satu (1) tahun dalam bidang berkaitan serta telah
menduduki peperiksaan SPM / SPMV.
4 Lulus SKM Tahap 3 dan bekerja sekurang-kurangnya
dua (2) tahun dalam bidang berkaitan serta telah
menduduki peperiksaan SPM / SPMV,
ATAU
Mempunyai Sijil Pertanian dan telah bekerja sekurang-
kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan.
KURIKULUM
• Kerja pengendalian tanaman dan penanaman
• Kerja penyediaan dan mengurus tempat serta alatan ladang
• Kerja penanaman benih dan penjagaan air
• Kerja menyediakan, mengurus dan penjagaan
• Kerja kawalan penyakit dan rawatan penyakit
• Kerja kutipan dan pengendalian hasi
Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian
(BLKP).
Untuk maklumat lanjut boleh melayari lawan web Jabatan Pertanian di
http://www.doa.gov.my/ .
20