The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

REV 3 BUKU PENGURUSAN SEMANGAT 2022 (50)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smkas2014, 2022-03-15 21:54:04

BUKU PENGURUSAN SMKAS2022

REV 3 BUKU PENGURUSAN SEMANGAT 2022 (50)

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

SMKA SEGAMAT

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
SEKOLAH TS25

P P AERATURAN– ERATURAN M

PERKHIDMATAN GURU

101 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

PERATURAN-PERATURAN AM PERKHIDMATAN GURU

Untuk melicinkan lagi jentera pentadbiran dan pengurusan sekolah ini, dinyatakan
beberapa peraturan dan panduan untuk guru-guru.

1. ARAHAN AM
1.1. Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah
Am Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi
Perintah Am tersebut.
1.2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
1.4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang.
1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah, Halatuju, Objektif dan
Piagam Pelanggan Sekolah, Matlamat dan Falsafah SMKA, Falsafah Pendidikan Islam,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Kebangsaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 dan Wawasan 2022.
1.6. Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih
daripada kepentingan diri ketika bertugas.
1.7. Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin
keselamatan murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.8. Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan
dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

2.1. Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan.
2.2. Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali

menjalankan tugas rasmi di luar.

3. WAKTU HADIR KE SEKOLAH

3.1 Semua guru wajib berada di sekolah selewat-lewatnya 7.25 pagi , 5 minit sebelum masa
pertama dimulakan.

3.2 Daftar kehadiran dengan segera sebaik tiba di sekolah. Merakam punch card hendaklah
dilakukan sediri.

3.3 Merakam kad orang lain adalah satu kesalahan.
3.4 Kalau terlewat, perlu terus berjumpa pengetua / PK yang menajalankan tugas, untuk

memaklumkan sebab dan mencatatnya dalam kad perakam waktu.
3.5 Guru akan diberi surat pemberitahuan I dan II sekiranya sentiasa lewat.
3.6 Guru bertugas harian hendaklah berada di sekolah 7.15 pagi dan waktu balik 4.30 ptg.

4. WAKTU PULANG DARI SEKOLAH

4.1 Waktu pulang rasmi adalah 2.40 ptg. Guru wajib merakam waktu pulang
dan hendaklah merakamnya sendiri.

4.2. Rakaman hadir dan pulang guru adalah dokumen audit sekolah . Catatan kehadiran guru
adalah dokumen yang membantu pengetua untuk membuat penilaian ‘ Prestasi Tahunan ‘.

4.3 Guru- guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum / kelas tambahan perlu
tandatangan kehadiran bertugas pada buku yang disediakan.

102 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

5. TIDAK HADIR BERTUGAS

5.1 Wajib memaklumkan kepada pengetua / Penolong Kanan bertanggungjawab dan kepada
pejabat untuk tujuan menyediakan relief

5.2 Serahkan sijil cuti sakit / bukti tidak dapat hadir kepada pengetua / PK
bertanggungjawab keesokannya untuk tujuan rekod.

5.3 Cuti sakit swasta lebih daripada 2 hari perlu dapatkan pengesahan doktor kerajaan.

6. CUTI REHAT KHAS

6.1 Guru diperuntukkan sepuluh(10) hari cuti rehat khas.
6.2 Layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara pengetua.
6.3 Mesti dipohon daripada pengetua dengan berjumpa secara peribadi,

bukan isi borang dan tinggalkan kepada pembantu tadbir.
6.4 Isi borang setelah mendapat kebenaran kemudian isi permohonan dalam Hrmis on line catatkan

baki cuti dan sebab-sebab bercuti dalam borang tersebut dan sertakan dokumen sokongan tujuan
bercuti.
6.5 Kelulusan permohonan dipertimbangkan dengan syarat tidak menjejaskan tugas dan perjalanan
sekolah.
6.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal ( 3 hari) sebelum, kecuali kes-kes
kecemasan.
6.7 Kes kecemasan ( kemalangan, kematian atau musibah yang tidak dijangka) perlu
dimaklumkan melalui telefon , dan perlu mengisi borang sebaik saja datang
ke sekolah.

7. KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH/ URUSAN PERIBADI

7.1 Guru dan staf yang ingin meninggalkan kawasan sekolah untuk urusan peribadi perlu
mendapatkan kebenaran daripada Tuan Pengetua terlebih dahulu

7.2 Isi Borang Kebenaran Keluar dan Buku Keluar Masuk Semasa Bertugas . Dapatkan
Tandatangan Pengetua / Guru Penolong Kanan. Borang yang diisi diserahkan kepada
Pengawal Keselamatan bertugas di pos pengawal untuk makluman dan rekod.

7.3 Catatkan tujuan keluar pada punch card di ruangan catatan pada punch card.
Rakamkan waktu keluar pada ruangan keluar . Sebaik tiba ke sekolah semula ,
rakamkan waktu masuk dengan segera.

7.4 Tidak boleh keluar semasa waktu bertugas TANPA KEBENARAN.

8. MENGHADIRI MESYUARAT, KURSUS, SEMINAR, BENGKEL

8.1 Wajib hadir apabila diarahkan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau
sekolah lain. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya .
Penggantian hanya dengan arahan pengetua.

8.2 Tumpukan sepenuh perhatian untuk tujuan melaporkan kepada Pengetua / GKMP
8.3 Sediakan MINIT CURAI dan serahkan kepada pengetua sebaik saja balik semula ke sekolah.

Maklumat dalam minit curai tersebut hendaklah dilaporkan kepada Penolong kanan/ GKMP
yang berkenaan. Borang minit curai diperolehi dari bilik GKMP.
8.4 Adakan in house training kepada guru-guru lain mengikut keperluan. Maklumkan kepada
pengetua/PK tarikh dan masa pelaksanaannya.
8.5 Dokumen yang diperolehi semasa taklimat hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah untuk
direkodkan dan penggunaan .
8.6 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk pelajar
dan mengisi borang maklumat tugasan dan diserahkan kepada Penolong Kanan.
8.7 Guru-guru/ PK / GKMP yang mendapat arahan JPN/PPD / KEMENTERIAN mesti memaklumkan
kepada Pengetua terlebih dahulu.

9. URUSAN DENGAN PPD/JPN/KPM

9.1 Dapatkan kebenaran pengetua / Penolong Kanan
9.2 Sebaiknya semua masalah dibincangkan di peringkat sekolah terlebih dahulu
9.3 Sentiasa berpakaian kemas, sopan dan menjaga imej guru dan sekolah.

103 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

10. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

10.1 Semua guru wajib menghadiri perhimpunan rasmi sekolah. Kehadiran akan direkodkan
10.2 Guru lelaki hendaklah memakai BAJU KOPORAT putih berlambangkan Jata negeri Johor dan logo

KPM. Guru perempuan samada memakai baju koporat putih atau baju kurung Johor.
10.3 Guru-guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Asmaul-Husna, Lagu Sekolah, Lagu

Negeri Johor, Negaraku serta membaca ikrar.
10.4 Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang dilaksanakan

semasa perhimpunan di dalam buku laporan bertugas.

11. PROGRAM RASMI SEKOLAH

11.1 Guru-guru wajib hadir dalam setiap program rasmi sekolah yang telah ditakwimkan seperti Majlis
Anugerah Kecemerlangan, Kejohanan Olahraga, Majlis Mahrajan Imtiyazi, Mesyuarat Agung PIBG,
Solat Hajat Perdana, LDP dan aktiviti-aktiviti lain.

11.2 Guru-guru perlu menandatangani kehadiran pada buku kedatangan khas.
11.3 Jika tidak dapat hadir sebarang program sekolah, surat permohonan hendaklah dikemukakan

sendiri kepada pengetua sebelum sebarang program berlangsung.

12. MENGHARGAI MASA INSTRUKSIONAL

12.1 Murid-murid berhak mendapat apa yang sepatutnya dipelajari dalam kelas. Oleh itu guru
bertanggungjawab memastikan PdP dilaksanakan dengan berkesan

12.2 Menepati masa ke kelas amat dituntut kerana masa PdP adalah hak murid-murid
12.3 Sekiranya guru tiada di sekolah kerana berkursus/ cuti rehat/ menghadiri mesyuarat / menjalankan

tugas di luar, guru harus menyediakan bahan untuk kelas berkenaan utuk diambil alih oleh guru
ganti.
12.4 Guru bertanggungjawab mengganti kelas yang ditinggalkan dan menghabiskan sukatan pelajaran
yang ditetapkan.
12.5 Guru perlu melindungi masa instruksional - pastikan guru-guru membuat persediaan sebelum
masuk ke kelas. Kepentingan murid diutamakan.

13. WAKTU PdPc

13.1 Guru masa pertama hendaklah masuk kelas bersama-sama pelajar dan pastikan kelas berada
dalam keadaan bersih , teratur dan kondusif, bilangan murid akur dengan kehadiran murid dan
dicatatkan dalam buku kawalan kelas sebelum PdP dmulakan.

13.2 Mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan dan urus masa PdP
sebaiknya, dilarang meninggalkan kelas untuk apa-apa tujuan.

13.3 Guru yang terbaik adalah guru yang membuat persediaan untuk menjalankan PdP selepas
memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kondusif.

14. FAIL REKOD MENGAJAR

14.1 Fail persediaan mengajar adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butir hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.

14.2 Fail ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Penolong Kanan / Guru Kanan Mata
Pelajaran pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani. (rujuk jadual).

14.3 Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu : Sukatan Pelajaran,
Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu Kelas dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata
Diri, Senarai Nama Pelajar, Markah Ujian, TOV dan ETR Pelajar dan maklumat-maklumat lain di
ruangan yang disediakan.

14.4 Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak rancangan pengajaran dan sukatan pelajaran di
dalam buku persediaan mengajar.

14.5 Format terkini KBSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran.
14.6 Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat di dalam buku persediaan

mengajar perkara berikut :
1. Mata pelajaran yang diganti
2. Tingkatan
3. Masa

14.7 Buku Persediaan Mengajar adalah dokumen yang membantu dalam menyedia dan
melaksanakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

14.8 Jika seseorang guru bercuti, fail / buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong
Kanan, untuk urusan guru pengganti.

104 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

14.9 Semua guru WAJIB menghantar fail rekod mengajar untuk disemak pada hari Khamis oleh
pentadbir TANPA GAGAL

14.10 Fail Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir tahun
persekolahan.

15. BUKU LATIHAN / NOTA MURID / BUKU KERJA / BUKU REKOD PENILAIAN KOKURIKULUM
15.1 Buku-buku tersebut hendaklah sentiasa disemak dengan teliti dan dikembalikan kepada murid
15.2 Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah disemak.
15.3 Pentadbir sekolah akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual

16. PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY
16.1 Pekeliling Ikhtisas bil. 3/ 1981 menjelaskan bahawa waktu free adalah waktu bekerja. Oleh itu
perlu digunakan untuk membuat perancangan,berbincang dengan rakan-rakan mengenai
tugasan secara professional (PLC), menyemak kerja murid, menyediakan BBM , dan menulis
persediaan megajar.
16.2 Berbincang secara profesional dengan rakan sejawat (PLC) hendaklah dilaksanakan seminggu
sekali dan laporan perlu diserahkan kepada setiausaha PLC atau GKMP masing-masing dua
kali sebulan.

17. GURU GANTI ( RELIEF)

17.1 Relief adalah tanggungjawab bersama, terimalah dengan rela hati dan penuhi dengan rasa
setiakawan.

17.2 GURU MESTI MASUK KELAS dan adakan aktiviti, PdPc dan rekodkan di dalam Fail rekod
mengajar.

18. TUGAS MENGAWAS PEPERIKSAAN
18.1 Menjadi tanggung jawab semua guru
18.2 Tidak boleh dikecualikan kecuali sarat mengandung, sakit yang serius atau berkursus
18.3 Jika dilantik tidak boleh bercuti
18.4 Laksanakan pengawasan dengan penuh etika dan tanggung jawab. (dilarang melakukan aktiviti
seperti memeriksa kertas, membaca akhbar atau berbual)

19. KEGIATAN KOKURIKULUM

19.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi Guru Penasihat Unit-unit Kokurikulum. Tugas ini
hendaklah dijalankan dengan cekap.

19.2 Guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang
disediakan di Bilik Kokurikulum.

19.3 Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh murid dan mengesahkan
laporan tersebut.

19.4 Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu untuk disemak dan
dihantar sebulan sekali kepada Pengetua / GPK Kokurikulum untuk disahkan.

20. SURAT/ PEKELILING/BORANG UNTUK TINDAKAN
20.1 Bertindak dengan segera apabila diminitkan untuk tindakan
20.2 Berbincang dengan pegawai atasan untuk mendapatkan maklumat lengkap
20.3 Semua borang perlu ditaip dan perlu disediakan surat iringan
20.4 Tindakan perlu selesai sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima peringatan
daripada pihak berkenaan.

21. ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BERTUGAS

Semua guru dan staf dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut mengikut Etika Pemakaian Kakitangan
Awam.

21.1 Sentiasa memakai tanda nama
21.2 Mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 ( rujuk salinan surat yang dilampirkan )
21.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat, hendaklah pakaian waktu bekerja .

Kemeja T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan.
21.4 Baju melayu bagi lelaki pada hari Jumaat.
21.5 Pakaian semasa aktiviti luar bilik darjah seperti sukan, gotong royong dibenarkan memakai pakaian

yang sesuai, labuh dan tidak selaras amalan pelajar sekolah agama. Seluar jeans adalah pakaian
tidak formal dan tidak sesuai dipakai dalam aktiviti sekolah.
21.6 Guru-guru adalah contoh kepada murid-murid.

105 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

22. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN
22.1 Semua guru SMKA Segamat ialah guru disiplin dan guru bimbingan. Guru-guru hendaklah sentiasa
memberi bimbingan kepada murid dan mengamalkan budaya “ Sekolah Penyayang “. Buku
Peraturan Sekolah dan Diari Murid menjadi panduan untuk mengurus murid.

23. KESELAMATAN MURID
23.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam
kawasan sekolah.
23.2 Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkannya kepada
Pengetua atau Penolong-penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga kepada murid berkenaan.
23.3 Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi.
23.4 Latihan kebakaran wajib diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.

23.5 Sebarang aktiviti murid seperti jamuan, lawatan dan penyertaan kokurikulum, guru kelas atau guru
penasihat hendaklah mendapat kebenaran pengetua dan perlu mematuhi semua prosedur yang
telah ditetapkan. guru berkenaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam program
berkenaan.

24. HUBUNGAN SESAMA GURU DAN STAF SOKONGAN
24.1 Guru dan Staf Sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi, profesional yang baik dan sihat
sesama rakan dan sentiasa menjaga tutur kata, mengukuhkan ukhuwah.
24.2 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat / kepercayaan sesama rakan ataupun murid sekolah ini
24.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

25. PEJABAT GURU
25.1 Kebersihan, keceriaan dan keselamatan ‘Pejabat Guru’ adalah menjadi tanggungjawab semua
guru. Jadikan pejabat guru sebagai contoh kepada murid.
25.2 Guru hendaklah berada di pejabat guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan
masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
25.3 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di pejabat guru.
25.4 Sebarang jamuan / pot luck oleh mana-mana pihak di minta mendapatkan kebenaran daripada
pentadbir sekolah.
25.5 Pelajar tidak dibenarkan berada di pejabat guru tanpa urusan.
25.6 Pelawat tidak dibenarkan menggunakan pejabat guru untuk berbincang sesuatu dengan guru.

26. GURU BAHARU/ GURU BERTUKAR MASUK
26.1 Serahkan perkara-perkara berikut ke pejabat ( KPT)
i. Gambar 4 keping
j. Borang Biodata diri
k. Borang Perbadi( gaji)

27. PENGURUSAN BILIK-BILIK KHAS DAN BILIK DARJAH

27.1 Bilik-bilik khas perlu lengkap dengan perkara berikut:
27.1.1 Carta Organisasi, Visi Misi, Brosur
27.1.2 Senarai Inventori
27.1.3 Rekod penggunaan bilik / buku pelawat
27.1.4 Jadual tempahan bilik perlu dipamerkan
27.1.5 Kunci perlu didaftarkan dan tidak diberi kepada murid

27.2 Guru-guru bilik khas termasuk guru kelas bertanggunjawab atas keselamatan, kebersihan dan
keceriaan bilik berkenaan. Pastikan bilik sentiasa dikunci apabila guru meninggalkan bilik khas.

27.3 Buat laporan segera kepada pihak pentadbiran jika ada kerosakan atau sesuatu yang tidak selamat
berlaku.

106 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

28. SURAT/ SURAT SIARAN SEKOLAH

28.1 Semua surat/ surat siaran sekolah kepada KPM/ JPN/PPD/ pihak luar/ Ibu bapa/ penjaga murid
mesti ditanda tangani oleh pengetua.

28.2 Sekiranya Pengetua tiada dan surat itu perlu dikeluarkan segera, Penolong Kanan hendaklah
menandatangani surat berkenaan bagi pihak pengetua.

28.3 Surat siaran PIBG kepada ibu bapa / penjaga hendaklah ditandatangai oleh YDP PIBG dan
salinan kepada pengetua.

28.4 Semua surat kepada pihak luar untuk tujuan memohon sumbangan/ derma mesti ditandatangani
oleh pengetua sahaja.

29 JADUAL KEDATANGAN MURID

29.1 Setiap Guru Tingkatan akan diberi sebuah Buku Kedatangan Murid. Buku ini amat penting
kepada pihak audit dan menjadi satu kesalahan sekiranya hilang. Buku ini tidak boleh dibawa
pulang ke rumah atau disimpan di bilik guru atau tempat-tempat lain. Buku ini mesti disimpan di
pejabat sekolah pada setiap masa.

29.2 Guru tingkatan hendaklah mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah
memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam
kulit hadapan.

29.3 Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis secara teratur dengan dakwat hitam atau biru sahaja,
kemas dan ditanda pada setiap hari oleh Guru Tingkatan selewat-lewatnya pada waktu kedua.
Jika Guru Tingkatan tidak hadir, Jadual kedatangan diserahkan kepada penyelaras tingkatan.

29.4 Guru tingkatan sendiri mesti menanda kehadiran murid setiap hari.
29.5 Murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut atau berselang seli selama 10 hari dalam satu bulan,

ibu bapa / penjaganya hendaklah dihubungi secara bertulis.
29.6 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Penyelaras

Tingkatan.

30 KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH

30.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Harta benda sekolah yang rosak hendaklah dilaporkan ke pejabat sekolah.

30.2 Ketua Panitia / Guru Kanan mata pelajaran hendaklah memastikan peraturan–peraturan
penggunaan alat di bilik-bilik tertentu disediakan seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

30.3 Alat-alat dan harta sekolah adalah harta kerajaan. Penggunaan untuk peribadi adalah dilarang.
Sesuatu alat yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran guru kanan / guru yang
bertanggungjawab dengan mengisi borang pinjaman. Alat yang digunakan hendaklah
dikembalikan semula dan menandatangan buku pinjaman.

30.4 Penggunaan Persada SEMANGAT perlu mengisi borang kebenaran daripada pentadbir.

31. KEBERSIHAN
31.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alatan yang
digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah disimpan dengan rapi dan selamat.
31.2 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat
khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan dan keselamatan bilik tersebut.
31.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid.

32. PELAWAT

32.1 Semua pelawat wajib melaporkan diri di pondok pengawal dan mendapatkan pas pelawat.
32.2 Pelawat dikehendaki berjumpa dengan Pengetua untuk tindakan selanjutnya.
32.3 Pelawat perlu sentiasa mempamerkan pas pelawat sepanjang berada di kawasan sekolah.
32.4 Pelawat yang tidak berbuat demikian tidak akan dibenarkan berurusan dan akan diminta keluar.

107 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

33. MEMBELI BARANG

33.1 Guru / staf yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran terlebih dahulu dengan
mengemukakan borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah untuk
ditandatangan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Guru Kanan berkaitan sebelum diluluskan oleh
Pengetua. Guru-guru / staf tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesuatu syarikat tanpa
melalui guru kanan mata pelajaran. Guru-guru kanan mata pelajaran wajib mendapat sebut
harga untuk membeli sesuatu barang yang lebih daripada RM 500.00 untuk 1 unit.

33.2 Pembelian barang melalui koperasi hendaklah menggunakan borang permohonan yang
disediakan dan mendapat kelulusan daripada Pengetua.

33.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order / LO).
33.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima, rekodkan No. daftar stok dan

serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta
merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.
33.5 Pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit tidak boleh melebihi nilai RM 100.00 untuk
tuntutan semula.

34. BUKU STOK / INVENTORI

34.1 Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini. ( Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta
merta )

34.2 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini
dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh GPK
/ Pengetua.

35. PEKELILING IKHTISAS / PERKIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN / PERINTAH AM PEGAWAI
AWAM

35.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi dan diambil tindakan.

35.2 Sila rujuk dan patuhi surat-surat Pekeliling Ikhisas (SPI) dalam buku Persediaan mengajar
mengenai:

35.2.1 Surat Bil. 2/196 ( Penggunaan Waktu tidak mengajar)
35.2.2 Surat Bil. PU(A) 531/97 Perkara 8 (AP) ( menyedia dan menghantar Buku

35.2.3 Rekod mengajar)
35.2.4 Surat Bil 1 / 1972 ( Perturan-peraturan ( Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959
35.2.5 Surat Bil. 5/ 1977 ( Tugas Guru dalam cuti Penggal Sekolah)
35.2.6 Surat Bil. 3 / 2005 ( Cuti Rehat Khas)
35.2.7 Surat Bil. 6 / 1985 ( Peraturan Pakaian Guru)
Surat Bil. 13/ 2005 (Pelaksanaan lima hari bekerja dan boleh melaksanakan aktiviti
35.2.8 hari sabtu)
Cabutan Perintah Am Pegawai Awam ( Kelakuan Dan Tatatertib Bab D)

36. SEMUA PENOLONG KANAN DAN GKMP BERTUGAS MASA CUTI

36.1 Catat laporan harian bertugas
36.2 Mengambil langkah atau tindakan yang perlu bagi menangani sebarang isu
36.3 Membuat pemantauan kerja kumpulan pelaksana, pengawal keselamatan dan pekerja

pembersihan
36.2 membuat pemantauan dan catatan keseluruhan aktiviti tugas harian

37. PENGGUNAAN ALAT-ALAT

37.1 Hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan
37.2 Mesti mendapat kebenaran daripada penyelaras berkaitan atau Penjaga Stok dan direkodkan.
37.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan

baik.
37.4 Alat-alat yang rosak hendaklah dilaporkan setelah digunakan kepada pihak bertanggungjawab

dengan serta merta.

108 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

38. ARAHAN DAN PEKELILING

38.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya

38.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus guru hendaklah menyimpannya di dalam fail
khas

39 TELEFON

39.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah
hendaklah menggunakan telefon awam untuk urusan peribadi.

39.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdP di dalam kelas.
39.3 Semasa mesyuarat guru dikehendaki menukar telefon bimbit kepada mode senyap

40 KUNCI

40.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku
Rekod Peminjaman di pejabat.
40.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
40.3 Kunci perlu didaftarkan dengan Ketua Pembantu Tadbir dan tidak diberi kepada murid.
40.4 Sebarang penukaran kunci / mangga hendaklah mendapat kebenaran pentadbir dahulu.

41. KERJA LUAR

41.1 Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar seperti berniaga, ceramah/pendakwah
bebas kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut :-

40.4.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
40.4.2 Tidak dilakukan semasa waktu pejabat.
40.4.3 Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam.
40.4.4 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan
jabatan.

41.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan
tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) sub seksyen 79 ( e ) dan
subseksyen 132 ( g ) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 ( Ringgit Malaysia : Lima
Puluh Ribu ) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

42. PANDUAN MENGENAI PERATURAN MELAKSANAKAN PEKERJAAN LUAR

1. TUJUAN
Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai peraturan melaksanakan pekerjaan luar bagi
pegawai awam mengikut Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-
Badan Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

2. RUJUKAN
Peraturan 4, Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun,
Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

3. LATAR BELAKANG

3.1 Pegawai awam yang ingin melakukan pekerjaan luar hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan masing-masing

3.2 Dalam menimbangkan permohonan pegawai, Ketua Jabatan perlulah mengambil kira
tatakelakuan pegawai berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah peraturan tersebut.

4. SYARAT-SYARAT

4.1 Kegiatan dalam pekerjaan luar tidak mengganggu tugas harian pegawai
4.2 Segala pekerjaan luar hendaklah dilakukan diluar waktu pejabat
4.3 Jika pekerjaan luar melibatkan waktu pejabat, maka pegawai berkenaan hendaklah

memohon cuti dengan mengikut peraturan yang ditetapkan.

109 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

4.4 Tidak dibenarkan menggunakan harta benda Kerajaan bagi tujuan pekerjaan luar tersebut
4.5 Tidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai pegawai Badan Berkanun
4.6 Tidak bercanggah dengan kepentingan Badan Berkanun, atau tidak selaras dengan

kedudukan pegawai.
4.7 Segala pekerjaan luar hendaklah selaras dengan Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-

Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) 2000 (Akta 605)
4.8 Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipatuhi, Ketua Jabatan boleh menarik balik Keputusan
dan pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan
Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

Penetapan syarat-syarat tersebut ialah untuk memastikan pekerjaan luar yang dilakukan oleh pegawai tidak akan
menjejaskan kepentingan penyampaian perkhidmatan awam dan produktiviti pegawai.

5. CARA MEMOHON
5.1 Isi borang permohonan dan kemukakan kepada Ketua Jabatan (peringkat jabatan / fakulti).
(Lampiran)
5.2 Hantar kepada Unit Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar untuk mendapatkan kelulusan Pendaftar.
5.3 Surat kelulusan akan dikemukakan kepada pegawai dalam tempoh dua minggu setelah
mendapat kelulusan Pendaftar.

43. PANDUAN MENGENAI CUTI

43.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
43.1.1 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember
1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi
guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar.

43.2 Cuti Rehat Khas ( CRK )

43.2.1 Tidak melebihi daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di
perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas
sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar.
( rujuk Perintah Am 1 ( ix ) bab C )

43.2.2 Untuk memohon cuti ini, sila baca surat Pekeliling KPM yang dilampirkan bersama
43.2.3 Dapatkan borang permohonan daripada Pejabat Sekolah.
43.2.4 Serahkan borang yang siap diisi untuk kelulus.an.

43.3 Cuti Sakit
43.3.1 Guru-guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada
Pengetua mengikut tatacara berikut :

43.3.1.1 Menelefon Pengetua dengan kadar segera.
43.3.1.2 Memaklumkannya pada petugas kaunter pejabat
43.3.1.3 Sijil Perakuan Doktor mesti diserahkan segera kepada Pengetua.

43.4 Cuti Keluar Negara
43.4.1 Guru-guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sama ada semasa cuti sekolah atau
semasa penggal persekolahan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah
selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

43.5 Cuti Tanpa Rekod
43.5.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan
pasukan sukarela menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan / persatuan latihan
syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas mengambil bahagian
sukan, tugas khas perubatan.

43.5.2 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
43.5.2.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli terdekat selama tiga (3) hari sebagai
cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak,
ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am.
Kelulus.annya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

110 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

43.5.3 Cuti Khas – Isteri Bersalin
43.5.3.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini
dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

43.5.4 Cuti Tanpa Gaji
43.5.4.1 Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.

43.5.5 Cuti Kuarantin
43.5.5.1 Sekiranya anak-anak penjawat awam diberikan surat doktor yang menyatakan anak tersebut perlu
dikuarantin, pegawai boleh memohon cuti kuarantin penjawat awam selama lima hari untuk
menjaga anak yang sakit.
43.5.5.2 Pegawai yang layak memohon hanyalah ibu bapa yang sah kepada anak-anak berikut:
Anak kandung
Anak tiri tanggungan
Anak angkat de facto
Anak angkat
Anak pelihara
43.5.5.3 Anak angkat de facto bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang
dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai anaknya di bawah sesuatu
pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua (2) tahun yang
berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh permohonan tersebut di bawah Akta Pendaftaran
Pengangkatan 1952 [Akta 253].
43.5.5.4 Kemudahan kuarantin ini diberikan dengan syarat:
Anak yang dikuarantin berumur bawah 18 tahun atau jika masih belajar berumur 21 tahun ke
bawah
Tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara
kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah
cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur
21 tahun

43.5.5.5 SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT
Berikut adalah senarai penyakit berjangkit yang layak menerima kemudahan cuti tersebut.
Antaranya:
Covid 19
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
Campak (Measles)
Chickenpox
Difteria
Malaria

44. TRANSFORMASI ASRAMA HARIAN

1. Semua guru hendaklah memahami konsep transformasi asrama iaitu
i. MATLAMAT : Menjadikan asrama sebagai kediaman yang menjamin kejayaan murid
ii. TEMA : Kemenjadian murid Tanggungjawab Bersama
iii. KE ARAH PENGLIBATAN MENYELURUH : warga sekolah guru, ibu bapa dan masyarakat dalam
pembangunan asrama

2. Terdapat 4 Fokus. Asrama Harian
i. Pengurusan Pentadbiran Asrama
ii. Penjanaan Kejayaan Akademik
iii. Penjanaan Kejayaan Sahsiah & Disiplin
iv. Penjanaan Kejayaan Kokurikulum Sukan

3. IMPAK Transfomasi Asrama Harian
Murid :
• Akses untuk pendidikan tanpa mengira latar belakang
• Keyakinan

111 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

• Minat
• Persekitaran kondusif

Guru : Pengagihan beban tugas
• Pengiktirafan & Kebajikan
• Latihan & Bimbingan formal


Asrama :
• Persekitaran kodusif
• Imej Asrama dapat ditingkatkan
• Menjadi pilihan murid & Ibubapa

Ibu Bapa :
• Keyakinan terhadap asrama harian meningkat
• Pilihan ruang & peluang

4. Semua guru terlibat dalam menjayakan pelaksanaan transfomasi asrama (prep berfokus.).

112 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) adalah sekolah yang cemerlang dalam klusternya dari aspek
pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.
SKK mempunyai kebitaraan (niche area) yang dapat membangunkan modal insan cemerlang dan dapat
bersaing pada peringkat global dan dapat menjadi show case kepada pihak lain.
SKK juga adalah sekolah yang cemerlang dalam semua aspek samada :

Akademik
Kokurikulum
Sahsiah
Pengurusan sekolah
Budaya
Hubungan dengan pihak luar
Sumber yang ada

TUJUAN
● Melonjakkan kecemerlangn (SKK) sekolah dalam sisitem pendidikan di Malaysia
● Membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain
di luar kelompok
● Menjadi show case di peringkat antarabangsa

MATLAMAT
● Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan mengadakan pendekatan piawaian dan
penanda aras yang lebih tepat sebagai sekolah kluster kecemerlangan
● Membangun institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi di dalam dan di luar kelompok
menerusi pendekatan piawai dan penanda aras
● Institusi model menjadi show case pada peringkat antarabangsa seterusnya membantu usaha untuk
menjadikan Malaysia pusatkecemerlangan pendidikan
● Sekolah kluster kecemerlangan menjadi tapak untuk merintis pendekatan dan perubahan baru dalam
sistem pendidikan
● Melahirkan murid cemerlang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah
● Pengetua / guru besar , guru dari institusi cemerlang ini pula diharap dapat menjadi contoh dan boleh
berkongsi pengalaman dengan pengetua, guru besar dan guru-guru dari institusi yang lain.

KEBITARAAN
1. KEBITARAAN AKADEMIK:
a. Mata pelajaran cemerlang sekolah disokong oleh bidang koakademik
b. Mata pelajaran berpotensi untuk dibangunkan

2. KEBITARAAN KOKURIKULUM
a. Sukan/ permainan
b. Persatuan /kelab/Badan beruniform

PELAKSANAAN
Tiga jawatankuasa ditubuhkan:
1. Jawatankuasa pemilihan sekolah dipengerusikan oleh KPPM
2. Panel penasihat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr.Abdul Rahman
Arshad
3. Jawatankuasa pelaksana dipengerusikan oleh TIM. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Bahagian
Sekolah)

KELOMPOK SKK
● SBP,SMT,SMKA
● Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah 100 Tahun
● Sekolah Model Khas
● Sekolah Kebangsaan
● Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
● Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
● Sekolah Orang Asli
● Sekolah Pedalaman
● Sekolah Kurang Murid
● Sekolah Pendidikan Khas

113 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023

Panduan Pengurusan SMKA Segamat 2022/2023

KUASA AUTONOMI
(tertakluk Akta Pendidikan 1996, Sistem Pendidikan kebangsaan, Akta tatacara kewangan 1957, pekeliling
perbendaharaan, garis panduan dan surat-surat siaran, SKPM, dasar dan undang-undang berkaitan penjawat
awam)

● Umum
● Mengikut kebitaraan

o Aspek pengurusan sekolah
o Pengurusan sumber manusia
o Pengurusan kewangan dan sumber fizikal
o Pengurusan dan pelaksanaan kurikulum
o Pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum
● KURIKULUM dan KOKURIKULUM : memohon kewangan dengan menyediakan Request for Proposal,
pengurusan sumber fizikal, pemilihan jurulatih, pemilihan murid
PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER
● Menggunakan Pendekatan Inovatif
● School Based Management
● KeputusanSecara Musyawarah (kolaboratif)
● Mewujudkan Jaringan
● Mewujudkan Jalinan

SUMBANGAN DAN IMPAK YANG DIHARAPKAN
● Model kepada sekolah berhampiran
● Enabler kepada pembangunan sekolah berhampiran
● Berkongsi kemudahan fizikal sekolah
● 5.8% ( 5 juta) pelajar cemerlang secara holistic yang diterima masuk ke universiti ternama dalam dan
luar Negara
● Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
● Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
● Sebanyak 300 sekolah diiktiraf antara bangsa (3.1% daripada 9,663 sekolah)
● Model piawai kepada sekolah dalam dan luar negara
● Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9,663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000
guru)
● Melonjakkan kecemerlangan

114 | _______________________________________Semangat Juara | 2022/2023


Click to View FlipBook Version