The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUMAYYAH BINTI MUHAMAD SHARMAN IPG-Pelajar, 2025-03-09 10:47:17

MPU3471A_TUGASAN 1_SUMAYYAH

BUKU LOG KRS

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. MATLAMAT DAN RASIONAL MATLAMAT RASIONAL Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam. Membantu mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia dan berteraskan ilmu da amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. MATLAMAT DAN RASIONAL OBJEKTIF


Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban dilahirkan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Minat beliau dalam bidang pendidikan muncul ketika beliau berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu, pada 28 Februari 1985. SEJARAH PENGASAS Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur, pada 27 Jun 1987. Pada mulanya, pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, dan berketerampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajar telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Pada 13 September 1993, beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin.


Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan pelajarpelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang pelajar tingkatan 1 dan 2. SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara kehidupan (AD DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Taman Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani, Sek Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan bin Morad.


Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini, tesis mengenai KPIM telah dibentang. SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada lelaki dan perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.


Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. TUJUAN PENUBUHAN KRS Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara Malaysia. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. Menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Pembentukan disiplin yang tinggi melalui pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN DISIPLIN YANG KENTAL Berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentimen beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. PEGANG TEGUH KEPADA AGAMA Mendidik semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zaman dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Tunjang pendidikan KRS ialah rukun negara dan bendera Malaysia. CINTA AKAN NEGARA Melahikan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. SANGGUP BERKHIDMAT


3.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/ NEGERI/ DAERAH/ IPGM Menteri Pelajaran Malaysia PENAUNG PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI DAN DAERAH JAWATANKUASA PENASIHAT PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI DAN DAERAH Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia JAWATANKUASA PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI DAN DAERAH Penaung Pengerusi TImbalan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari AJK


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/ NEGERI/ DAERAH/ IPGM Peringkat Kebangsaan Peringkat Negeri Peringkat Daerah Peringkat Sekolah JAWATANKUASA TERDIRI DARIPADA EMPAT PERINGKAT JAWATANKUASA JAWATANKUASA PERINGKAT KEBANGSAAN a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia c. Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah d. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah e. Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah f. Penolong Setiausaha : Dilantik (dua orang) g. Bendahari : Dilantik h. Ahli-ahli Pengarah-pengarah JPN Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional Pengarah Institut Aminuddin Baki Tiga ahli dilantik Dua wakil Jurulatih KRS Dua wakil Jurulatih TKRS i. Juruaudit : Dilantik


a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia c. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri d. Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan e. Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum f. Penolong Setiausaha : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam dan Pegawai Tadbir KRS g. Bendahari : Dilantik h. Ahli-ahli Dilantik termasuk Pegawai Pelajaran Daerah Dua wakil Jurulatih KRS Dua wakil Jurulatih TKRS Wakil PKSM dan MGBI i. Juruaudit : Dilantik STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/ NEGERI/ DAERAH/ IPGM JAWATANKUASA JAWATANKUASA PERINGKAT NEGERI JAWATANKUASA PERINGKAT DAERAH a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Malaysia c. Pengerusi :Pegawai Pelajaran Negeri d. Timbalan Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (SPPK) e. Setiausaha : Penyelia f. Penolong Setiausaha : Dilantik g. Bendahari : Dilantik h. Ahli-ahli Dua wakil Jurulatih KRS Dua wakil Jurulatih TKRS Wakil PKSM dan MGB i. Juruaudit : Dilantik (2 orang)


a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri b. Penasihat : PPD c. Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar d. Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum e. Setiausaha : Dilantik f. Penolong Setiausaha : Dilantik g. Bendahari : Dilantik h. Ahli-ahli 7 orang dilantik Ketua Platun KRS/TKRS i. Juruaudit : 2 orang dilantik dalam kalangan guru STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/ NEGERI/ DAERAH/ IPGM JAWATANKUASA JAWATANKUASA PERINGKAT SEKOLAH Pelantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS. Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS.


CARTA ORGANISASI KRS PERINGKAT IPGM PENASIHAT Penaung Menteri Pendidikan Malaysia YB Puan Fadhlina binti Sidek Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tuan Haji Azman bint Adnan Pengerusi RektorIPG Induk Dr. Mohd Azam bin Ahmad TIMBALAN PENGERUSI Timbalan rektor pengurusan SETIAUSAHA KEHORMAT Ketua Jabatan PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT Pengerusi Majlis Tadbir KRS BENDAHARI KEHORMAT Ahli Majlis Tadbir KRS AHLI Pengarah-pengarah IPG Kampus 4 ahli majlis tadbir KRS JURUAUDIT Setiap IPG terdiri daripada 1 Majlis Tadbir KRS Ex-officio 2 Pegawai latih BPG


FUNGSI MAJLIS TADBIR MATLAMAT MAJLIS TADBIR Memperkasa dan memartabatkan profesionalism ahli dalam KRS. Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak. Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja. Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli. Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain. TUGAS PENGERUSI Mengurus dan mentadbir pertubuhan. Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung. Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa. Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti. Meneliti catatan minit mesyuarat. Berhak mempunyai undi pemutus. Menandatangani cek-cek. TUGAS PENOLONG PENGERUSI Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada. Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran. Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi.


FUNGSI MAJLIS TADBIR TUGAS SETIAUSAHA Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang. Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi. Mengendalikan urusan surat-menyurat. Menyimpan buku daftar ahli. Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan. TUGAS BENDAHARI Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan. Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli dan keluar masuk wang. Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira. Menandatangani cek-cek yang diterima. Mengeluarkan resit. Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat. TUGAS PENOLONG SETIAUSAHA Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan. Menjalankan tiugas semasa ketiadaan setiausaha.


FUNGSI MAJLIS TADBIR TUGAS PENOLONG BENDAHARI Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari. Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol. Mengetuai satu kumpulan kecil. Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan. TUGAS AJK BIASA Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS. Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS. Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir. Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri. Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJAR KRS. Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan. Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri. Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri. Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS/TKRS. Membantu Ketua Unit dan penyelia KOKO. Tanggungjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan.


FUNGSI MAJLIS TADBIR TUGAS KETUA JURULATIH Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program berkaitan kejurulatihan KRS. Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS. Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS. Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas- jurulatih dalam sesuatu program. Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri. Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai. Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri. Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih/ pegawai. Tatacara perkhemahan. TUGAS PEGAWAI TEKNIKAL Pegawai Kanan Negeri Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih. Dilantik oleh KPM dan MEJAR KRS. Membantu Pegawai Tadbir dari aspek Teknikal. Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadap semua aktiviti. Menyelia ahli jawatankuasa teknikal. Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadap semua aktiviti. Menyelia ahli jawatankuasa teknikal. Bertanggungjawab dari aspek teknikal. Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN/Kementerian. Tanggungjawab terhadap perjalanan pertandingan kawad kaki di peringkat negeri.


FUNGSI MAJLIS TADBIR TUGAS PEGAWAI DATA/ MAKLUMAT Mengumpul data atau maklumat tentang Pegawai, Jurulatih dan Ahli Kadet. Dilantik oleh JPN dan MEJAR KRS. Mengumpul maklumat saintifik dan status semua pegawai, jurulatih dan ahli kadet - semua peringkat. Mengemas kini data. Membuat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet. Bertanggungjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Unit Kokurikulum dan Penyelia Kokurikulum JPN Negeri berhubung dengan statistik KRS dan TKRS. Membantu Pegawai Tadbir. TUGAS PENOLONG PEGAWAI KRS/TKRS Membantu dan menjadi penolong kepada pegawaipegawai kanan dalam merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau aktiviti. Dilantik oleh JPN dan KAPTEN KRS. Penolong dan pembantu berkaitan logistik KRS Negeri. Bertanggungjawb terhadap Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Unit Kokurikulum dan Penyelia Kokurikulum JPN Negeri berhubung dengan statistik KRS dan TKRS


FUNGSI MAJLIS TADBIR TUGAS PEGAWAI ISTIADAT Pegawai kanan KRS Negeri. Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai dan ahli kadet wanita. Dilantik oleh KPM dan MEJAR KRS. Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal dan Pegawai Istiadat Negeri. Membantu mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih wanita dan ahli kadet wanita.


4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


KOMPENI Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar/Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun. KETUA KOMPENI PENOLONG EJUTAN PEGAWAI WARAN PLATUN A PLATUN B PLATUN C PLATUN D CARTA ORGANISASI KOMPENI


PLATUN Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 20 anggota kadet. KETUA KOMPENI PENOLONG EJUTAN PLATUN A PLATUN B PLATUN C CARTA ORGANISASI PLATUN


SEKSYEN Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal dan 10 anggota kadet. KETUA SEKSYEN PENOLONG KETUA SEKSYEN 10 ANGGOTA KADET PEGAWAI WARAN CARTA ORGANISASI SEKSYEN


5.0 PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM


RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS


RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS


RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS


RANCANGAN MIGGUAN AKTIVITI TKRS TARIKH AKTIVITI 1 12/2/2025 PERJUMPAAN PERTAMA Pelantikan jawatankuasa Perancangan aktiviti tahunan Sasaran aktiviti tahunan Pengenalan TKRS 2 26/2/2025 KETATANEGARAAN Lagu KRS Moto KRS Bendera KRS Lambang bendera negeri-negeri Rukun Negara 3 19/3/2025 IKATAN TALI Simpul manuk Buku sila Bunga geti Pengail 4 7//5/2025 KAWAD KAKI Masuk baris Paras skuad Kanan lurus Senang diri Skuad sedia Buka/tutup baris Ke kanan/ ke kiri pusing Menghadap ke belakang/ hadapan pusing Keluar baris


RANCANGAN MIGGUAN AKTIVITI TKRS TARIKH AKTIVITI 5 21/5/2025 KEROHANIAN Hafazan 3 Qul Hafazan doa harian 6 11/6/2025 KAWAD KAKI Lanjutan aktiviti minggu ke 4 7 9/7/2025 ASAS BANTU MULA Pengenalan peti bantu mula Anduh (kepala, tangan dan kaki) 8 13/8/2025 IKHTIAR HIDUP Menyalakan api Teori dalam amali memasak survival 9 27/8/2025 IKHTIAR HIDUP Amali masakan sebelum merdeka 10 10/9/2025 KEUSAHAWANAN Pengenalan alat jahitan Pengenalan asas jahitan Jahitan butang 11 1/10/2025 PERKHEMAHAN/ALAM SEKITAR Mendirikan dan menyiapkan khemah Mengenal pasti 5 jenis pokok di sekolah 12 22/10/2025 KAWAD KAKI Pertandingan kawad kaki antara kumpulan Jamuan akhir tahun


SUMBER RUJUKAN


Click to View FlipBook Version