MENEROKA
PERIBAHASA
MADINIE NADIA
TEMA 1
Putih tulang, jangan putih mata
Biar mati daripada menanggung malu
Contoh: Tokoh-tokoh Melayu sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air kerana baginya, biar putih tulang, jangan putih mata
Bagai aur dengan tebing
Tolong-menolong antara satu sama lain
Contoh: Hubungan antara Adib dengan Farhan yang bagai aur dengan tebing sepatutnya dicontohi
Usaha tangga kejayaan
Orang yang berusaha pasti akan berjaya
Contoh: Setelah 4 tahun berlatih, Akmal akhirnya mendapatkan pingat pertamanya dalam acara lontar peluru kerana baginya, usaha tangga
kejayaan
Membuka mata
Meluaskan pandangan/menyedarkan atau menginsafkan
Contoh: Filem 3 Idiots telah membuka mata saya tentang erti persahabatan
CEKUR JERANGGAU ADA LAGI DI UBUN-UBUN
Sudah hendak berumah tangga
Contoh: Paan sudah mendapat restu ibu-bapa tunangnya kerana cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.
BELUM TAHU DI MASIN GARAM
Masih belum mempunyai pengalaman
Contoh: Paan masih belum tahu membaiki motosikalnya kerana belum tahu di masin garam.
BAK KATA ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAK
memperoleh apa yang benar-benar diingininya
TEMA3
Peribahasa - Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke
seberang
Maksud - Usaha diperlukan untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
Cth ayat : AMIRA berusaha bersungguh - sungguh dan sedaya - upaya
mengusahakan tanah peninggalan ayahnya untuk menjadi petani yang berjaya
kerana baginya , kalau pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke
seberang. TEMA4
1, Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Maksud : jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah
Contoh ayat : Nasib Tan dan rakan-rakannya yang sesat di hutan ibarat untung sabut
timbul, untung batu tenggelam.
2. Bertangguh itu pencuri masa
Maksud : melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri
Contoh ayat : Janganlah kita suka menangguh-nangguhkan
segala urusan penting kerana bertangguh itu pencuri masa.
TEMA 5
Berganding bahu
Bekerjasama
Rakyat Malaysia perlu berganding bahu dalam usaha
menangani penularan CoVID-19.
Titik peluh
Penat lelah / usaha yang bersungguh-sungguh
Kita perlulah menghargai titik peluh guru-guru yang
mendidik kita.
TEMA 7
3.Bagai itik mendapat air
Maksud:kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh sesuatu yang disukai
Contoh ayat:Patrick bagai itik mendapatkan air apabila ayahnya menghadiahkan seutas rantai pada hari
jadinya.
4.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud:Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
Contoh ayat: Faridah itu umpama air tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam
tetapi bijak dan berani memberikan pendapat
5.kalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang
Maksud:Tentu ada sebab nya maka terjadi sesuatu hal
TEMA 8
4. PISANG TIDAK BERBUAH DUA KALI
Maksud : sesuatu yang berlaku dua kali berturut-turut( biasanya
yang jarang berlaku)
Contoh ayat : nampaknya pisang berbuah dua kali apabila
pengurus pemasaran yang baru juga diberhentikan.
5. SESAT DI UJUNG JALAN BALIK KE PANGKAL JALAN
Maksud : jika tahu kita sudah bersalah hendaklah Kembali
kepada jalan yang benar atau jika tahu sudah bersalah , jangan
diulangi kesalahan yang sama
Contoh ayat : elok kamu sudah sedar dan inilah peluang untuk
kamu sesat di hujung jalan balik pangkal jALAN.
TEMA 16
1, Malang tidak berbau
Maksud
Kecelakaan yang berlaku secara tiba-tiba.
Ayat Peribahasa
Pak Kasim berpesan kepada anaknya Meon supaya sentiasa berwaspada ketika menunggang motosikal kerana malang
tidak berbau.
2. Turun padang
Maksud
Pergi sendiri ke suatu tempat untuk melihat/meninjau/menyiasat sesuatu keadaan, masalah dan sebagainya(biasanya
merujuk kepada pemimpin/pembesar).
Ayat Peribahasa
Khairy Jamaluddin turun padang mendengar keluh kesah penduduk yang mengalami masalah banjir di sekitar kawasan
Kampung Melayu Subang, Selangor.
3.Anak buah
Maksud
1.Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga.
2. Orang yang termasuk dalam sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang.
3.Pekerja di atas kapal.
Ayat Peribahasa
Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.
terima
kasih