SENI BERFIKIR
SENI BERFIKIR
1
ZUKERNAIN WOOK merupakan Corporate Trainer dan
Management Consultant yang mempunyai pengalaman luas dalam
bidang pengurusan, pembangunan organisasi, peningkatan potensi &
prestasi, pengurusan kualiti & produktiviti dan pembentukan pasukan
kerja yang efektif. Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai
operasi dan pembangunan kualiti di 2 buah syarikat antarabangsa dan
seterusnya diberi tanggungjawab untuk mengetuai pasukan
pengurusan pembangunan sumber manusia, latihan, pembangunan
organisasi.
Sepanjang 13 tahun berkhidmat di 2 buah syarikat Antarabangsa, dan
4 tahun berkhidmat di syarikat tempatan, beliau telah diberi
tanggungjawab dalam beberapa bidang tugas yang memberi impak
besar kepada organisasi antaranya sebagai pemudahcara dan
penyelaras pasukan khas dalam memperkenalkan “transparent
management concept”, “talent management framework” dan terlibat
secara langsung dalam pelaksanaan projek-projek inovasi organisasi.
Bermula pada tahun 2007, beliau telah mengorak langkah untuk
memberi sepenuh tumpuan dalam bidang kejurulatihan korporat dan
perundingan dan telah diberi pengiktirafan oleh Perbadanan Sumber
Manusia Berhad sebagai jurulatih bertauliah. Dalam tempoh 14 tahun
kebelakangan ini, beliau terlibat dalam merangka, membuat
customization dan mengendali program-program latihan dan
perundingan kepada lebih 500 organisasi dalam sektor awam dan
swasta. Beliau juga merupakan industrial expert yang mempunyai
kelayakan profesional dari dalam dan luar negara.
2
Apa yang anda faham tentang BERFIKIR ?
Apa pula matlamat dan tujuan BERFIKIR ?
dan apa persamaan dan perbezaan antara BERFIKIR, MINDA dan OTAK ?
Soalan-soalan diatas telah cukup untuk
memeningkan kepala dan membuatkan kita
BERFIKIR. Perkataan BERFIKIR itu sendiri
telah membuatkan kita BERFIKIR untuk
memahami maksud dan pengertiannya.
Dari sudut bahasa, BERFIKIR membawa
maksud “Keupayaan minda untuk
bertindakbalas terhadap sesuatu keadaan”. Jika
dihuraikan dengan lebih lanjut maksud dan
pengertian BERFIKIR, ia melibatkan
keupayaan dan kemampuan minda untuk
FAHAM, INGAT, NILAI dan CIPTA sesuatu
dari situasi dan keadaan yang berlaku.
3
Berbagai persoalan, merungkai keajaiban…
Pada usia berapakan manusia mula berfikir ?
Tiada jawapan yang tepat biarpun berbagai kajian dilakukan dari pelbagai sudut
dan dimensi ilmu. Tetapi apa yang pasti, setiap manusia dianugerahkan dengan
otak dan minda yang hebat mengatasi makhluk-makhluknya tuhan yang lain,
dan dengan sebab itulah manusia dipilih dan dihantar ke dunia ini bumi untuk
menjadi pemimpin (khalifah).
Otak manusia berfungsi sejak dialam
kandungan. Apa sahaja yang dilakukan
oleh ibu, isyaratnya sampai ke otak bayi
yang dikandung. Masyarakat barat sudah
lama mengakui perkara ini sejak zaman
dahulu kala biarpun masih belum ada
kajian dari sudut sains dan perubatan
dilakukan pada waktu itu. Ibu mengandung
digalakkan aktif dan cergas agar otak bayi
dalam kandungan lebih cerdas.
4
Bayi menangis jika lapar, adakah itu sebahagian dari keupayaan berfikir dan
sebahagian dari “muslihat” untuk memberitahu ibunya yang ia perlukan
makanan ?
Diperingkat awal kelahiran, bayi hanya bertindak balas
melalui pergerakkan fizikal atau suara apabila berlaku
keadaan tidak selesa. Bila lapar ia menangis, bila lampin
basah pun menangis juga. Pada peringkat ini, otak bayi
hanyalah memberi isyarat terhadap apa yang dirasai
kepada anggota badan yang lain. Ia merupakan
“tindakbalas” dan bukanlah proses berfikir.
Otak manusia mempunyai bahagian dan komponen tertentu yang mempunyai
fungsi serta peranan yang berbeza. Terdapat bahagian pada otak manusia (juga
disebut sebagai brain section) yang tugasnya ialah mengawal koordinasi tubuh
dan mengawal sistem saraf tubuh (body nervous system). Apabila bayi
menangis kerana lapar, ia bukanlah terhasil dari proses berfikir, ia hanyalah
tindakbalas yang lebih kurang sama dengan tindabalas orang dewasa dengan
menarik tangan apabila jari bersentuhan dengan sesuatu yang panas.
5
Suatu hari disebuah jabatan…
Aini dan Sofia merupakan 2 orang Pembantu
Tadbir disebuah jabatan. Mereka berdua pergi
berjumpa dengan seorang pegawai untuk
memberitahu yang mereka tidak mampu untuk
menyiapkan tugasan yang telah diberi dalam
tempoh yang ditetapkan.
Kata pegawai kepada kedua-dua Pembantu Tadbir tersebut, “Tak pa lah kalau
awak tak boleh siap, letak aje mana yang dah siap atas meja saya, nanti saya
siapkan”. Kedua-duanya berlalu pergi ke meja masing-masing.
Aini sangat gembira dengan kata-kata pegawainya. Hati kecilnya berkata
“Alhamdullillah, baik betul bos. Ingatkan kena marah sebab tak siap kerja,
rupanya dia nak tolong siapkan” .
Sofia pula sangat risau. Hati kecilnya berkata “mesti bos penyampah dengan
aku dan tak percaya aku lagi lepas ni. Siap perli lagi kata dia nak siapkan
sendiri”.
6
Aini dan Sofia berhadapan dengan situasi yang sama, berhadapan dengan
orang yang sama dan mendengar perkataan yang sama dari pegawai mereka.
Walaubagaimanapun, kedua-dua mereka mempunyai 2 set pemikiran dan dua
kefahaman yang berbeza. Lain orang lain cara berfikirnya. Tahap kefahaman,
kaedah penerimaan dan tahap individu memproses sesuatu isu dan keadaan
walaupun pasti berbeza. Itulah keupayaan BERFIKIR manusia dalam proses
kehidupan.
7
Berfikir secara ANALITIKAL juga disebut sebagai pemikiran
KRITIKAL/KRITIS. Berfikir secara ANALITIKAL bermaksud kemampuan
minda untuk membuat analisa terhadap sesuatu keadaan. Ia boleh dikaitkan
dengan kecenderungan minda untuk memahami sesuatu perkara dari sudut
yang tersurat dan tersirat,
dari sudut yang jelas dan
sudut yang tersembunyi dan
yang paling penting ialah
kemampuan minda untuk
mencari “jawapan” terhadap
perkara.
Berfikir secara analitikal perlu ada terutamanya apabila berhadapan dengan
keadaan yang agak rumit dan kompleks. Keupayaan minda seseorang individu
untuk bertanya, bertanya dan terus bertanya terhadap sesuatu hal, dari perkara
yang kecil dan dianggap remeh hinggalah kepada perkara yang besar. Ada
ketikannya, persoalan-persoalan yang nampak remeh akan membantu
meningkatkan keupayaan berfikir seseorang individu.
8
Banyak soal, dibenci orang…
Individu yang suka menyoal dan bertanya pada kebiasaanya tidak disukai oleh
kawan apatah lagi lawan. Cuba perhatikan apa reaksi rakan sekerja jika dalam
sesebuah mesyuarat, kita bertanya sesuatu biarpun soalan itu sebenarnya baik
untuk organisasi. Bila kerap bertanya itu dan ini, anda dianggap “nak tunjuk
pandai”, seorang penentang atau orang yang nak susah faham. Inilah realiti
dalam organisasi hari ini, tidak kira di jabatan kerajaan ataupun syarikat
swasta.
Anak-anak yang suka bertanya akan disuruh diam oleh orang yang lebih
dewasa. Kita juga selalu mendengar ungkapan “kau budak-budak, jangan
banyak soal”, ataupun ungkapan yang lebih pedas seperti… “ini hal orang
tua, budak-budak duduk diam, jangan menyampuk”.
Tahukan anda, ungkapan sedemikian akan menjadi “pembunuh” potensi minda
untuk berfikir dengan lebih ANALITIKAL…
9
Pemikiran Analitikal ;
Boleh dipelajari dan dibentuk atau berlaku secara semulajadi ???
OTAK vs. MINDA
Berbeza tetapi saling memerlukan dan
mempunyai hubungkait yang sangat rapat.
OTAK merupakan organ manusia yang bersaiz
yang agak kecil berbanding organ-organ lain.
Kajian mendapati, berat otak hanya sekitar 2%
dari berat keseluruhan tubuh badan. Otak
merupakan hardware yang fungsinya untuk
menghubungkan segala maklumat yang diterima
dari setiap deria.
Kecacatan pada otak akan menjejaskan minda
dan daya fikir seseorang. Ibarat sebuah komputer,
jika berlaku kerosakan kepada komponen fizikal
komputer, bermaksud akan terjejaslah segala
perisian yang telah di install didalamnya.
10
Pemikiran Analitikal ;
Boleh dipelajari dan dibentuk atau berlaku secara semulajadi ???
OTAK ialah hardware, MINDA pula adalah
software kepada seseorang manusia. Otak sesuatu
yang nampak dilihat, manakala minda ada sistem
operasi yang tidak mampu dilihat dengan mata
kasar.
Minda bukan organ tubuh manusia tetapi sistem
operasi yang memberi keupayaan dan
kemampuan untuk otak menyerap maklumat,
menyimpan, membentuk tanggapan, menjana
keputusan dan akhirnya membentuk tindak balas
dari apa yang diterima. Minda yang baik akan
membentuk tindakbalas yang baik. Minda yang
baik akan menjadi pencetus kepada segala
ciptaan luar biasa.
11
Pemikiran Analitikal dapat dibentuk dengan adanya proses yang betul untuk
meningkatkan keupayaan minda. Minda adalah software, yang mana ianya
boleh dipertingkatkan dari masa kesemasa tanpa ada apa-apa perubahan
kepada hardware iaitu otak.
Disini ingin kongsikan 3 teknik dan alat berfikir – thinking tools untuk
meningkatkan keupayaan minda ke arah mencapai maksud sebenar untuk
berfikir secara lebih ANALITIKAL.
Teknik-tekniknya adalah seperti berikut :-
• WHY-WHY
• INTERRELATION
• 360 DARJAH
12
Teknik WHY-WHY
WHY-WHY merupakan teknik memaksa minda untuk mencari jawapan yang
paling dasar kepada setiap persoalan. WHY-WHY mementingkan perkara
yang menjadi “ibu” dan punca yang berada pada tahap paling dasar kepada
sesuatu permasalahan, bukannya perkara-perkara yang berada dipermukaan.
Dengan menggunakan teknik WHY-WHY, setiap persoalan mampu difahami
dengan lebih jelas dan tepat agar ianya dapat memandu pemikiran kepada jalan
penyelesaian kepada setiap permasalahan.
Ahmad lambat ke sekolah hari ini
WHY 1 – Mengapa Ahmad lambat ?
Jawapan – bangun lambat
WHY 2 – Mengapa bangun lambat ?
Jawapan – Tak cukup tidur, tidur lambat malam tadi
WHY 3 – Mengapa tidur lambat
Jawapan – Tengok siaran langsung EPL
13
Teknik WHY-WHY merupakan kaedah yang paling berkesan bagi membentuk
cara berfikir yang lebih kritis terhadap sesuatu isu. Setiap soalan disusuli
dengan soalan-soalan yang lain untuk beberapa kali agar memahami setiap isu
dengan lebih jelas. Itulah tujuan ANALISA dan PEMIKIRAN ANALITIKAL,
gali, gali dan terus gali untuk mencari jawapan sehingga ke dasar kepada setiap
permasalahan.
Masalah Sosial Dikalangan Remaja
WHY 1
Perasaan ingin
mencuba
WHY 2
Pengaruh rakan
sebaya
WHY 3
Kurang perhatian dan
bimbingan ibu-bapa
WHY 4
Ibu bapa kurang masa
dan sibuk bekerja
14
Disebuah kawasan perumahan, berlaku mendapan pada bahu jalan
berhampiran beberapa rumah penduduk. Pihak berkuasa tempatan (PBT)
dimaklumkan oleh wakil persatuan penduduk tentang hal tersebut. Selang
beberapa hari, sepasukan kakitangan syarikat kontraktor datang untuk
meratakan kawasan mendapan dengan tanah dan membuat kerja-kerja
penurapan semula. Malangnya keadaan yang cantik dan rata hanya bertahan
untuk tempoh tidak sampai 6 bulan sebelum mendapan ditempat yang sama
berulang kembali. Apa yang tak kena ??? Cuba berfikir dengan menggunakan
teknik WHY-WHY, agak-agaknya berbeza ataupun tidak tindakannya ?
Berlaku mendapan pada bahu jalan
WHY 1 – Mengapa bahu jalan mendap ?
Jawapan – Berlaku aliran air bawah tanah
WHY 2 – Mengapa berlakunya aliran air bawah tanah
Jawapan – Berlaku kebocoran pada penyambung
paip utama ke rumah penduduk
WHY 3 – Mengapa berlaku kebocoran pada penyambung paip
Jawapan – ???
15
Teknik INTERRELATION
Teknik INTERRELATION merupakan satu konsep untuk meningkatkan
keupayaan minda dengan melihat hubungkait diantara sdatu perkara dengan
perkara yang lain.
Apa kena mengena dan hubungkait antara
“kerosakan jalan raya” dan “kemalangan jalan
raya”. Ada hubungkait atau tiada. Jika ada, yang
mana mempengaruhi yang mana ?
Adakah kerosakan jalanraya menjadi punca
kemalangan jalan raya atau kemalangan jajan raya
lah yang menyebabkan kerosakan jalan raya.
Teknik Interrelation akan membantu anda berfikir dengan lebih mendalam
terhadap sesuatu isu. Jika teknik WHY-WHY berfungsi untuk melihat sesuatu
isu ke tahap yang paling dalam, teknik Interrelation pula akan membolehkan
anda berfikir dengan melihat hubungkait terhadap sesuatu keadaan.
16
Banyak perkara yang berlaku dalam masyarakat hari ini sepatutnya dilihat
secara hubungkait dengan menggunakan teknik ini. Banyak permasalahan
yang sedang berlaku akan difahami dengan lebih jelas jika teknik Interrelation
digunakan dengan betul.
Jika dilihat masalah sosial dikalangan remaja masa kini, banyak punca menjadi
penyebab. Pastinya setiap punca mempunyai hubungkait dengan punca-punca
yang lain. Dibawah ini saya senaraikan beberapa punca masalah sosial
dikalangan remaja :-
• Pengaruh rakan sebaya
• Rasa ingin mencuba dan menunjuk-nunjuk
• Kesunyian dalam kehidupan harian
• Kurang tumpuan ibu bapa
• Persekitaran kediaman yang tidak kondusif
• Pengaruh dari TV, filem dan media masa
• Kesibukan ibu-bapa mencari rezeki
• Ekonomi yang kurang baik
• Tekanan hidup
… dan banyak lagi
17
Minda anda telah melihat isu ini dengan dimensi yang berbeza bukan ? Saya
pasti anda telah melihatnya isu diatas dengan lebih jelas dan anda tahu apa
yang sepatutnya dilakukan untuk mengurangkan masalah sosial dikalangan
remaja masa kini.
Teknik Interrelation mampu untuk meningkatkan keupayaan minda agar lebih
analitikal dalam satu-satu hal. Tapi awas, anda pastinya dianggap pelik dan
cerewet jika menggunakan teknik ini dikalangan masyarakat biasa yang belum
terdedah dengannya.
Saya boleh bayangkan reaksi ibu-bapa dan AJK yang lain jika anda berfikir
seperti ini dalam menangani isu dan permasalah dalam mesyuarat PIBG
disekolah anak anda. Pasti ada ibu bapa akan menganggap anda seorang yang.
Pastinya anda dianggap “tidak berapa betul” apabila mengaitkan antara
“makanan yang dijual dikantin” dengan “kemerosotan pencapaian pelajar”.
Anda juga mungkin dianggap “buang tabiat” jika membuat hubungkait antara
“kipas yang berbunyi bising didalam bilik darjah” dengan “kelakuan pelajar
yang suka ponteng kelas dan merayau-rayau disekitar kawasan sekolah
diwaktu pembelajaran”.
18
Teknik 360 DARJAH
Berfikir menggunakan teknik 360 Darjah ialah satu jenis pemikiran yang
membolehkan seseorang individu melihat sesuatu dari keseluruhan sudut dan
dimensi. Atas, bawah, kiri dan kanan, semua sudut tiada yang tertinggal dalam
sesuatu isu dan permasalahan.
Pemikiran jenis ini akan membolehkan anda
melihat sesuatu isu dan permasalahan dari
sudut yang bertentangan. Sesuatu yang baik
tidak dilihat dan difikirkan baik semata-mata
tetapi mungkin ada perkara buruk yang
terselindung. Setiap kekuatan yang ada tidak
hanya dilihat kekuatan semata-mata tetapi
mungkin ada kelemahan disebaliknya.
Apabila kerajaan memutuskan untuk membina litar dan menjadi penganjur
kepada sukan Formula 1 pada pertengahan 1990-an, adakah kebaikan sahaja
yang dilihat atau ada keburukan yang juga menjadi perkara penting untuk
difikirkan?
19
Yang pasti setiap perkara ada baik dan buruknya, ada kuat dan lemahnya, ada
hitam dan putihnya, ada gelap dan terangnya. Teknik 360 Darjah akan
memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu isu. Teknik 360 Darjah
juga menjadi sesuatu yang sangat besar dalam menentukan keputusan dan
sangat berkesan dalam membuat penilaian yang lebih tepat.
Berbalik kepada keputusan kerajaan untuk menjadi penganjuran kepada sukan
Formula 1 itu tadi, bagaimana pemikiran 360 Darjah ini terbentuk ? Pada
peringkat pertama, program minda untuk berfikir dan menyenaraikan seberapa
banyak kebaikan-kebaikan yang akan diperolehi darinya…
20
Langkah kedua ialah dengan melupakan kebaikan dan kekuatan yang ada dan
beralih kepada sudut yang bertentangan. Program minda untuk berfikir dan
merungkai segala kelemahan dan keburukan yang mungkin ada dari keputusan
yang dibuat. Senaraikan seberapa banyak kelemahan dan keburukan, besar
atau kecil, ketara ataupun tidak ketara.
Pada peringkat ini, minda perlu diprogramkan untuk lebih NEGATIF dan lebih
menjurus kepada menjadi penentang kepada idea yang sedang dianalisa.
Negatif tidak salah jika ia digunakan untuk tujuan yang lebih besar dari sudut
objektif dan matlamatnya.
Setelah selesai bahagian ATAS iaitu kekuatan dan bahagian BAWAH iaitu
kelemahan, sekarang tibalah masanya untuk berfikir secara lebih santai tentang
perkara-perkara yang agak KELIRU iaitu perkara yang sukar untuk dipastikan
adakah ianya perlu diletakkan diatas (kebaikan) atau diletakkan dibawah
(kelemahan). Perkara-perkara inilah yang diletak dibahagian kiri dan kanan
seperti dibawah…
SENI BERFIKIR