The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KURSUS TEORI ASAS BOLA JARING new

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by permataserapi, 2021-06-22 00:26:13

TEORI ASAS BOLA JARING

KURSUS TEORI ASAS BOLA JARING new

KURSUS TEORI ASAS BOLA JARING

ANJURAN KELAB BOLA JARING
SK RAKYAT TUPONG
2021
(SIRI 1)

ASAL USUL BOLA JARING

• Sukan yang dimainkan dalam kalangan wanita.
• Salah satu sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara

Komanwel.
• Dr James Naismith, seorang rakyat Kanada memperkenalkan sukan ini sebagai

sukan dalaman di Amerika Syarikat pada tahun 1891.
• Beliau menggunakan bola yang besar supaya mudah untuk menerima dan

menghantar serta tidak boleh berlari dengan bola.
• Bakul dipasang ditempat tinggi sebagai gol.
• Dr James Naismith menetapkan 13 undang-undang bagi permainan ini.
• Permainan ini bertambah popular apabila aspek kemudahan seperti jaring, dan

undang-undang dimurnikan.
• Dikenali sebagai bola bakul ataupun basketball.

ASAL USUL BOLA JARING

• Dibawa ke England dari Amerika Syarikat oleh Dr Toles semasa beliau melawat
Kolej.P.T Osterberg pada tahun 1895.

• Beliau memperkenalkan permainan ini dengan cara menjaringkan bola ke dalam
bakul sampah.

• Pasukan Madam Osterberg mendapat reputasi antarabangsa melalui Kolej Dartford.
• Pada tahun 1897 bola jaring dimainkan di atas padang rumput di seluruh United

Kingdom.
• Lama-kelamaan permainan bertambah baik dan zon atau Kawasan permainan

baharu diperkenalkan yang terbahagi kepada 3 Kawasan.

SEJARAH AWAL BOLA JARING DI MALAYSIA

• Diperkenalkan di tanah Melayu oleh mubaligh Kristian dari England kepada murid
sekolah rendah Inggeris di negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British.

• Pada lewat tahun 1960-an bola jaring berkembang dengan meluas menerusi Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

• Semenjak tahun 1970-an sehingga lewat tahun 1980-an bola jaring di Malaysia
dimainkan dalam kalangan wanita di sekolah kolej, university, jabatan kerajaan dan
kelab.

• Persatuan Bola Jaring Selangor merupakan persatuan pertama yang berdaftar
dengan Jabatan Pendaftar pada awal tahun 1970-an.

• Diikuti beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor dan Pahang.

• Kesemua persatuan ini bergabung dengan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM)

• PBJM ditubuhkan pada 21 Mac 1978 dibawah naungan Yang Mulia Tengku Ampuan
Pahang

SEJARAH AWAL BOLA JARING DI MALAYSIA

• PBJM mempunyai 17 ahli gabungan yang terdiri daripada 14 ahli gabungan dari
negeri dan 3 ahli gabungan dari bukan negeri iaitu Polis DiRaja Malaysia, Angkatan
Tentera Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.

• PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun 1980.

• Bergabung dengan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) bermula sejak
tahun 1982.

• Malaysia merupakan antara ahli pengasas Persatuan Bola Jaring Asia yang
ditubuhkan pada tahun 1985.

• Aktiviti utama PBJM ialah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring pada peringkat
kebangsaan.

• Dua kejohanan tahunan yang diadakan pada peringkat kebangsaan ialah
Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 tahun

• Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan(KBJK) diadakan sejak tahun 1979.

• Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 tahun bermula pada tahun 1984. Kejohanan pada
peringkat kebangsaan merupakan medan bagi pemilihan pemain ke peringkat
antarabangsa

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

ASAS PERATURAN PERMAINAN

• Dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada 7 orang
pemain setiap pasukan dan 5 orang pemain simpanan bagi
setiap pasukan.

• Permainan ini menumpukan kepada jaringan gol untuk
menentukan kemenangan.

• Penjaring gol (GS) dan penyerang gol (GA) sahaja
dibenarkan menjaringkan gol dari dalam Kawasan D.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

A. UNDANG-UNDANG ASAS PERMAINAN BOLA JARING
1. Tempoh permainan
• Terdapat 2 bahagian iaitu selama 20 minit setiap separuh masa. Masa rehat 5 minit.
• Terdapat empat suku permainan iaitu selama 10 minit setiap suku. Masa rehat 3/5/3

selepas suku 1, 2 dan 3 atau selama 15 minit setiap suku dengan masa rehat 4/8
atau 12/4 minit selepas suku 1,2 dan 3.
• Pasukan akan bertukar Kawasan gol pada akhir separuh masa atau suku masa.
2. Pengadil
• Permainan diadili oleh 2 orang pengadil
3. Memulakan Permainan
• Permainan dimulakan dan dimulakan semula selepas setiap jaringan gol.
• Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir selepas setiap jaringan gol.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

4. Gerak Kaki
• Pemain tidak dibenarkan mengheret atau menggerakkan kaki apabila mendarat.
5. Held Ball
• Pemain tidak dibenarkan memegang bola lebih daripada 3 saat.

6. Lebih Kawasan
• Bola tidak boleh dihantar lebih daripada keseluruhan satu kawasan tanpa disentuh

atau ditangkap terlebih dahulu oleh mana-mana pemain yang dibenarkan.

7. Ofsaid
• Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika memasuki mana-

mana kawasan selain kawasan bermainnya.

8. Halangan
• Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang memegang bola kurang

daripada 0.9 meter (3 kaki). Jarak dikira dari kaki mendarat.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

9. Sentuhan
• Pemain tidak dibenarkan sama sekali melakukan sentuhan dengan

pemain lawan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

10. Memainkan Semula/Replay
• Apabila menerima bola dan bola dimiliki sepenuhnya bola terjatuh

dan mengambilnya semula. Situasi ini dikenali sebagai replay.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

B. Kawasan Bermain Bagi Setiap Pemain

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

B. Kawasan Bermain Bagi Setiap Pemain KAWASAN BERMAIN
1,2
POSISI PEMAIN 1,2,3
GS Penjaring Gol 2,3
GA Penyerang Gol 2,3,4
WA Penyerang Tepi 3,4
C Pemain Tengah 3,4,5
WD Penghadang Tepi 4,5
GD Penghadang Gol
GK Penjaga Gol

UKURAN GELANGGANG

A. Ukuran Gelanggang Bola Jaring
1. Gelanggang

Ukuran gelanggang bola jaring dibahagikan kepada 3 kawasan.
2. Jenis Gelanggang
2.1 Gelanggang rumput/simen
• Permukaan gelanggang hendaklah rata dan bersih
• Pastikan tiada batu, pasir, kaca dan sebagainya pada permukaan

tersebut
2.2 Gelanggang Dalam
• Tempat tertutup seperti dewan atau stadium

UKURAN GELANGGANG

B. Tiang Gol
• Tiang gol hendaklah tegak dengan ketinggian 3.05 meter

(10 kaki) untuk sekolah rendah.
• Diletakkan ditengah garisan gol.
• Satu gegelang logam dengan bahagian dalamnya

berdiameter 380 mm (15 inci) hendaklah dipasang
terkeluar 15mm (5/8 inci dari hujung tiang)

PERALATAN DAN PAKAIAN

A. Bib
Dua set bib/lapik dada berhuruf menunjukkan posisi permainan
seperti berikut:

GK Penjaga Gol (Goal Keeper)
GD Penghadang Gol (Goal

Defence)
WD Penghadang Tepi (Wing

Defence)
C Pemain Tengah (Centre)
WA Penyerang Tepi (Wing

Attack)
GA Penyerang Gol (Goal

Attack)
GS Penjaring Gol (Goal Shooter)

PERALATAN DAN PAKAIAN

B. Bola
• Bola yang digunakan bagi semua tahap umur berukuran saiz 5.
• Bola getah atau bola kulit sahaja digunakan dalam permainan

bola jaring.

C. Pakaian
• Satu pasukan perlu memakai pakaian yang seragam dan kasut

yang sesuai.

PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN

1. Aktiviti Memanaskan Badan
• Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah seperti yang berikut:
• Meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan

prestasi)
• Merangsang aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi

transmisi saraf-konstruksi otot menjadi lebih cepat dan lebih kuat)
• Mengurang masa reaksi motor
• Meningkatkan koordinasi
• Mengurangkan risiko kecederaan
• Meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi.

PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN

2. Contoh Aktiviti Memanaskan Badan
2.1 Senaman Regangan Statik

PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN

2. Contoh Aktiviti Memanaskan Badan
2.2 Senaman Regangan Dinamik

PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN

3. Aktiviti Gerak Kendur
• Selepas aktiviti intensiti tinggi (Latihan/pertandingan) terdapat jumlah

darah yang banyak menuju ke jantung.
• Jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana menyebabkan

pengumpulan darah di vena hujung kaki dan tangan. Ia dapat
mengganggu peredaran darah ke jantung, otak dan otot.
• Pergerakan perlahan-lahan selama 5-10 minit (jalan, aktiviti aerobik
intensiti rendah) dapat membantu menggalakkan peredaran darah/elak
pening/pengsan. Ini diikuti dengan senaman regangan (regangan statik).
• Masa ini yang paling baik untuk senaman regangan kerana:
• Kebolehan otot memanjang yang maksimum.
• Membantu mengurangkan edema dan pengumpulan asid laktik.

PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN

4. Contoh Aktiviti Gerak Kendur
• Aktiviti Berpasangan

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

1. Kemahiran Asas
1.1 Hantaran Aras Dada

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

1.2 Hantaran Aras Bahu

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

1.3 Hantaran Lantun

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

1.4. Hantaran Lob

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

1.5 Hantaran Bawah Tangan

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

1.6 Pergerakan (Gerak Kaki)

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

1.7 Menjaring

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

1.8 Menghadang

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

1.9 Mengelak (Mengacah)

TAHNIAH KERANA DAPAT
MENAMATKAN KURSUS ASAS BOLA

JARING SIRI 1
SEMOGA BERJUMPA LAGI UNTUK SIRI

YANG KEDUA!!!

Cikgu Masranitah
Cikgu Juliana
Cikgu Halimah


Click to View FlipBook Version